Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang wajib diikuti

oleh semua guru pelatih di setiap institiut perguruan di Malaysia. Program Berasaskan Sekolah selama
seminggu ini wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih apabila masuk ke Program Izajah Sarjana Muda
Perguruan Bahagian Pendidikan Guru. PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih selama empat semester
berturut – turut bermula pada semester pertama sehinggalah semester empat. Pada semester dua
ini, bermula pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011 saya dikehendaki menjalani PBS di
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur bersama – sama dengan empat orang
rakan saya.

Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk memperkenalkan kepada guru pelatih berkenaan
dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi membiasakan dan memberi pengalaman kepada guru
pelatih. Pengalaman yang ada ini dapat mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti sebenar
seoramg pendidik. Selain itu, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra
dan berkolaborasi dengan warga sekolah. Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar
terutamanya tentang hal – hal ehwal sekolah dari sekecil – kecil aspek hinggalah sebesar – besar
aspek. Program ini membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga sekolah dari
perspektif guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap sekolah ini, saya lebih
memahami tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah terhadap murid – muridnya dan hal –
hal sekolah. Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi pengajaran dan
pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai ilmu baru dari segi
pengurusan bilik darjah dan cara mengajar guru tersebut terhadap kanak – kanak yang bermasalah
pendengaran.
4. Selain itu, saya berpeluang untuk masuk ke kelas bersama rakan – rakan sebagai guru ganti
disebabkan guru sibuk menguruskan hal lain yang berkaitan. Pada mulanya saya dan rakan menolak
kerana semasa PBS kami tidak dibenarkan untuk menjadi guru ganti. Namun, atas sebab
perikemanusiaan dan berbudi bahasa saya dan rakan bersedia untuk menghulurkan bantuan. Semasa
sesi tersebut saya dan rakan telah menjalankan aktiviti permainan bahasa seperti “ a,e,i,o,u”, “ Jagung
Manis” dan “ Teka – teki kepada pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut saya dapat mengetahui bahawa
untuk menjadi guru seseorang perlu menjadi kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dilihat melalui
keseronokan murid – murid belajar sambil bermain. Saya juga dapat ilmu bahawa jika menjadi
pendidik pada masa hadapan saya tidak boleh semata – mata mengajar matapelajaran tanpa mengira
perasaan pelajar yang bosan dengan isi matapelajaran yang P&Pnya statik tiada unsur kecindan dan
permainan yang menarik perhatian. Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan bahawa PBS ini
memberi banyak manfaat kepada bakal pendidik seperti saya. Ini kerana, banyak ilmu yang diperoleh
semasa tempoh seminggu di sekolah. Program ini sememangnya dapat membantu saya memahami
situasi dan bagaimana sekolah berfungsi.
PENGENALAN

Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri
oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar
dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti
hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Anda mungkin juga menyukai