Anda di halaman 1dari 3

6

2.2 SILINDER PENYUKAT



SILINDER PENYUKAT
Setelah membuat pemerhatian terhadap makmal sains sekolah rendah
semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), didapati bahawa
makmal sains ini tidak mempunyai silinder penyukat. Pada pandangan saya, saya
bersetuju bahawa makmal sains sekolah rendah sepatutnya mempunyai silinder
penyukat.
Silinder penyukat ini dapat digunakan semasa pengajaran topik pengukuran,
Tahun empat dengan subtopik iaitu mengukur isipadu cecair. Jadi, guru boleh
melaksanakan eksperimen yang mempunyai dua aktiviti. Aktiviti pertama dengan
objektifnya mengenalpasti alat standard untuk mengukur isipadu cecair. Murid
diberikan beberapa jenis alat seperti cawan, botol, bikar dan silinder penyukat untuk
mengenalpasti dan mengelaskan alat yang standard dan alat bukan standard untuk
mengukur isipadu cecair.
Aktiviti kedua dengan objektifnya mengenalpasti teknik yang betul semasa
mengambil bacaan. Dalam aktiviti kedua, murid mengukur 50ml minyak dalam
silinder penyukat A dan minyak 50ml dalam silinder penyukat B. Seterusnya,
tuangkan 50ml minyak dari silinder penyukat A ke dalam silinder penyukat B untuk
mendapatkan bacaan baru.
Kedua-dua aktiviti dalam eksperimen ini dapat meningkatkan kemahiran
manipulatif dalam kalangan murid. Salah satu daripadanya ialah menggunakan dan
7

mengendalikan peralatan dan bahan sains yang betul. Sebagai contoh, murid-
murid dapat menggunakan dan mengendalikan silinder penyukat dengan betul
seperti cara menuangkannya dan cara mengambil bacaan dengan mengambil
bacaan pada bahagian terendah meniskus serta mata berada pada bahagian
menikus.
Seterusnya, eksperimen ini juga dapat meningkatkan kemahiran manipulatif
lain iaitu membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan
menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Selepas
eksperimen tersebut dijalankan, murid-murid membersihkan silinder penyukat ini
dengan cara yang betul dan seterusnya menyimpannya dengan betul dan selamat
seperti meletakkannya pada rak silinder penyukat. Keadaan ini secara tidak
langsungnya telah meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid.
Justeru, makmal sains sekolah rendah wajar mempunyai silinder penyukat.
Selain itu, eksperimen tersebut juga dapat meningkatkan kemahiran proses
sains asas dalam kalangan murid. Melalui aktiviti kedua, murid dapat mengukuhkan
kemahiran meramal dengan meramal apakah yang akan berlaku pada bacaan
silinder penyukat B sebelum mencampurkan kedua-dua cecair. Seterusnya, murid
akan meningkatkan kemahiran memerhati dengan menggunakan deria penglihatan
untuk memerhatikan perubahan yang akan berlaku pada bacaan silinder penyukat B
apabila minyak dicampurkan. Seterusnya, para murid telah meningkatkan kemahiran
mengukur dan menggunakan nombor iaitu dengan mengambil bacaan yang baru
pada silinder penyukat B. Kemudiannya, murid juga dapat meningkatkan kemahiran
membuat inferens terhadap pemerhatian tersebut seperti campuran 50ml dengan
50ml menghasilkan 100ml.
Dalam aktiviti pertama, murid juga dapat meningkatkan kemahiran mengelas
dimana para murid mengelaskan yang manakah alat standard dan alat bukan
standar untuk mengukur isipadu cecair. Selepas itu, murid dapat mengukuhkan
kemahiran berkomunikasi dengan mempersembahkan keputusan aktiviti pertama
dalam bentuk jadual. Justeru, makmal sains sepatutnya mempunyai silinder
penyukat bagi meningkatkan kemahiran proses sains asas tersebut.
Seperkara lagi, eksperimen ini dapat meningkatkan kemahiran proses sains
bersepadu dalam kalangan murid seperti mentafsirkan data. Dalam aktiviti pertama,
8

murid dapat memberi penerangan rasional iaitu bikar dan silinder penyukat
merupakan alat standard disebabkan terdapatnya skala pada kedua-dua alat supaya
dapat mengukur isipadu cecair dengan tepat. Di samping itu, murid juga dapat
mengukuhkan kemahiran membuat hipotesis dengan menentukan hubungan di
antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens. Contohnya, hanya alat yang
mempunyai skala dapat mengukur isipadu cecair dengan tepat. Lantaran itu, murid
juga meningkatkan kemahiran mengeksperimen dengan mempunyai kebolehan
melaksanakan prosedur eksperimen untuk menguji hipotesis bagi kedua-dua aktiviti
dalam eksperimen ini.
Tuntasnya, makmal sains sekolah rendah sepatutnya mempunyai silinder
penyukat yang penting untuk membantu murid memperolehi kemahiran manipulatif,
kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam
pengajaran sains sekolah rendah.



Disediakan oleh,
THIAN FANG MING
3 PISMP-SAINS

Anda mungkin juga menyukai