Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PENGAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS 12MENGEKSPERIMEN TARIKH : 31 OGOS 2012 HARI : JUMAAT MASA : 9.00 -10.

00 PAGI TEMPAT : BILIK SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT, PERAK. TAJUK : MELARUTKAN GARAM TUJUAN : Untuk menyiasat hubungan di antara suhu air dan masa garam melarut. HIPOTESIS : Semakin bertambah suhu air, semakin berkurang masa untuk garam melarut. Radas dan bahan : 2 buah bikar, garam, sudu, spatula, 200ml air panas dan 200ml air paip. Langkah-langkah : 1. Dua buah bikar di label A dan B. 2. Isikan 200ml air paip ke dalam bikar A dan 200ml air panas ke dalam bikar B. 3. Masukkan 2 sudu garam dalam kedua-dua bikar A dan B. 4. Kacau dengan menggunakan spatula dan perhatikan. 5. Catatkan pemerhatian anda.

Merekod data : (keputusan) Suhu air Air paip Masa garam larut

Air panas

Mentafsir data : (menyatakan hubungan )

Mengenalpasti pembolehubah : i. dimanipulasikan :. ii. bergerak balas : iii.dimalarkan :. Kesimpulan : IMPLIKASI PENGAJARAN: Seramai 28 daripada 30 orang murid telah berjaya menjalankan eksperimen seperti yang diarahkan. PERBINCANGAN : Dalam aktiviti mengeksperimen saya telah menggabungkan semua kemahiran proses sains. Saya telah merancang penyiasatan, bermula dengan murid membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan. Seterusnya murid-murid saya telah mereka bentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. (seperti di dalam lampiran).

Saya

telah

mengarahkan

murid-murid

membuat

catatan

laporan

eksperimen. Ini adalah kerana mengeksperimen adalah tidak sama dengan menjalankan eksperimen. Menjalankan eksperimen bermaksud hanya

menjalankan eksperimen dan ini bererti murid hanya melaksanakan langkahlangkah penyiasatan yang telah disediakan oleh guru.

Manakala mengeksperimen adalah hasil eksperimen dapat disebarkan kepada umun melalui penulisan laporan amali. Amali yang dijalan itu haruslah mengandungi pernyataan masalah seperti mengkaji masa garam melarut. Dalam aktiviti yang dijalankan murid telah membuat satu hipotesis dan kemudian hipotesis itu diuji. Kemudian pernyataan tentang pembolehubah dikenalpasti. Setelah pembolehubah dinyatakan, maka langkah-langkah eksperimen

ditetapkan. Murid menjalankan aktiviti mengikut prosedur dan pengendalian alat

radas diberi penekanan langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kecederaan. Semasa menjalankan aktiviti, murid merekodkan pemerhatian. Samada dalam bentuk jadual mahupun graf. Murid-murid juga dikehendaki melukis rajah dalam skala yang tepat untuk menunjukkan atau menerangkan cara eksperimen

dijalankan. Kemahiran manipulatif ini sangat penting dan perlu diberi penekanan. Skala lukisan mempengaruhi pembolehubah semasa penyiasatan dijalankan.

Setelah ujikaji siap dijalankan, murid-murid telah mengemas tempat kerja serta membersihkan alatan dan menyimpan alatan ditempat asalnya. Beberapa soalan berkaitan kps telah dibincangkan melalui kad soalan yang disediakan. Kemudian murid berbincang dalam kumpulan untuk membina soalan-soalan dan jawapan daripada kps yang telah dijalankan.

Dalam aktiviti mengekperimen secara tidak langsung, mengaitkan aktiviti kehidupan kita seharian. Aktiviti ini dapat menarik minat murid dalam matapelajaran sains dan menjalankan aktiviti mengeksperimen dengan baik..

KELEMAHAN DALAM AKTIVITI Dua orang murid tidak dapat mengikuti eksperimen hingga akhir disebabkan mereka adalah murid linus. Mereke hanya dapat menjalankan eksperimen iaitu dapat memenuhi kps 12 dan dapat mencatat pemerhatian dan inferens. Tetapi mereka tidak dapat membina soalan dan membuat keputusan disebabkan oleh mereka adalah murid linus ,oleh itu mereka tidak dapat menginterpretasi data keputusan yang diperoleh. Walaupun mereka telah menjalankan eksperimen, mereka masih tidak dapat membuat kesimpulan bagi keseluruhan.

PENAMBAHBAIKKAN AKTIVITI Dalam aktiviti ini saya dapat mengetahui bahawa kita seharusnya menjalankan aktiviti ini lebih terperinci iaitu dengan memberi kaedah yang lebih jelas. Selain itu kita juga harus memberi pengenalan mengenai suhu sebelum menjalankan eksperimen ini di mana murid dapat sedikit pengetahuan mengenai

suhu. Ini dapat membantu murid galus untuk mengikuti proses eksperimen sepenuhnya. Di samping itu murid dapat menjalankan kajian tentang suhu dengan sepenuhnya. Selain itu , dengan pengetahuan yang dipenuhnya murid juga dapat berbincang dalam kumpulan. Oleh itu persiapan rapi sebelum memulakan eksperimen adlah penting dalam aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai