Anda di halaman 1dari 18

Poornima A/P Krishnasamy

Praktikal 5: Litar Elektrik Hasil pembelajaran : Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari. Penyata masalah : Apakah kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan ltar selari? Hipotesis Pembolehubah a) Dimalarkan b) Dimanipulasi
c) Bergerak balas

: Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I. : : Bateri : Pemasangan mentol berfilamen/ Perintang
: Kecerahan mentol filamen

Perkakas Pemegang sel kering, sel kering, beberapa wayar penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu.

Pengenalan Bergerak balas : Kecerahan mentol filamenLitar elektrik ialah lintasan yang Satu litar lengkap mestilah

membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R).
1

Poornima A/P Krishnasamy

Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi tiap-tiap cabang lintasan. IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, 1/R T = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3. Arus, I yang menerusi setiap perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai R. (I 1/R).

Poornima A/P Krishnasamy

Aktiviti 1: Prosedur: 1.

Membina litar bersiri dan selari yang mudah.

Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut.

2. 3. 4. 5. 6.

Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan. Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu jadual dibina untuk merekod data bacaan. Mentol pertama dikeluarkan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan. Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri. Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. sekarang, mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Poornima A/P Krishnasamy

Keputusan: Litar A Litar A (Bersiri) Situasi 4. Satu mentol dikeluarkan. 5. Satu mentol lagi dipasangkan secara bersiri Litar B Litar B (Selari) Situasi 4. Satu mentol dikeluarkan. 6. Satu mentol lagi dipasangkan secara selari Nyalaan Mentol Menyala Pemerhatian Ammeter, A I1 I2 0.26 Voltmeter,V V1 V2 2.4 Nyalaan Mentol Tidak menyala Pemerhatian Ammeter, A I1 I2 0 0 Voltmeter,V V1 V2 0 0

Menyala

0.19

0.19

1.2

1.3

Menyala

0.48

0.48

2.0

1.8

Soalan:

Poornima A/P Krishnasamy

1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol

terbakar?Jelaskan. Semua mentol tidak menyala kerana litar bersiri tidak lengkap. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya.

2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan Mentol-mentol yang lain akan menyala kerana dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus elektrik dimana kesemua laluan tersebut bersambungan pada hujung setiap cabang. Maka, mentol-mentol lain masih menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan litar tersebut. 3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan dengan samada anda menyambungnya secara bersiri atau selari? - Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang. - Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

Poornima A/P Krishnasamy 4. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar bersiri jika satu lagi

mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan. Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang dan sama nyalaan.

5. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar selari jika satu lagi mentol yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?. Jelaskan. Mentol masih menyala seperti biasa, kecerahan semua mentol adalah sama. Perintang disambung selari mempunyai arus yang berlainan melalui setiap perintang tetapi beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah sama

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari. Prosedur: 1. Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar, 3 mentol.

Poornima A/P Krishnasamy

2. 3.

Suis disambungkan dan mentol diperhatikan. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4. 5.

Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Keputusan : Pemerhatian ituasi Nyalaan Mentol 3. Suis Mentol 1 menyala dipasangkan. malap, mentol 2 dan 3 tidak kelihatan menyala. 4. Mentol 1 Semua mentol tidak dikeluarkan. menyala. 5. Mentol 2 Mentol 1 dan 3 tidak dikeluarkan. kelihatan menyala. Ammeter, A I1 I2 I3 0.16 0 0.14 0.06 0 0.1 0 0.14 Voltmeter,V V1 V2 V3 0.8 0 0.5 0.4 0 0.4 0 0.5

Soalan:
1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dikeluarkan?

Jelaskan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana, apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari (rujuk rajah 3) . Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang. Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir, semakin cerah mentol.

Poornima A/P Krishnasamy 2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan?

Jelaskan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V berkurang. Ini kerana, apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan sebelum mentol 2 dikeluarkan.
-

Mentol 3 sama kecerahannya dengan mentol 1. Ini kerana, sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari. Arus yang mengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 menjadi bersiri dengan mentol 1. Arus yang mengalir pada kedua-dua mentol adalah sama. Maka, kecerahan untuk kedua-dua mentol adalah sama.

3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda. Saya mahukan litar rumah saya dipasang secara selari. Ini kerana, jika salah satu perintang; mentor atau lampu tidak menyala, rumah saya masih lagi berfungsi walaupun tidak sepenuhnya. Jika dipasang secara bersiri, kemungkinan besar rumah saya tidak akan berfungsi sepenuhnya jika salah satu perintang telah rosak.

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan : 1. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut : a) Apa yang dapat anda pelajari daripada aktiviti ini? Daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui kelemahan dan kekuatan litar selari mahupun bersiri. Melalui aktiviti ini juga, saya mengetahui apa perbezaan antara kedua- dua litar ini. Saya juga belajar bagaimana memasang kesemua komponen elektrik dan mengetahui fungsinya dalam
8

Poornima A/P Krishnasamy

mendirikan sesebuah litar. Melalui akriviti ini juga, saya mendapat pengalaman sendiri dan memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan litar selari dan bersiri, pengetahuan ini boleh diaplikasikan kelak.

b) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik ini diajar? Tahun : 5 Tema : Penyiasatan Daya dan Tenaga Tajuk : Elektrisiti Objektif : Memahami litar bersiri dan selari.

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

Pertama, guru perlu menerangkan konsep topik terlebih dahulu. Permulaan ini adalah penting agar murid berupaya menjana idea dan membina pengetahuan asas murid dalam topik tersebut. Contohnya, set induksi dengan menunjukkan video demostrasi dan bagaimana sesuatu litar elektrik berfungsi. Seterusnya, guru meminta pandangan dari murid apakah jenis cara penyambungan litar pendawaian di rumah. Untuk slot aktiviti, guru kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan atau selari mereka dalam kumpulan. Aktiviti ini haruslah di bawah pemerhatian guru untuk mengelakkan sebarang kecederaan selain mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Setelah tamat aktiviti, guru perlu meminta murid-murid mengembalikan kesemua barang yang digunakan dan kemudiannya menyoal beberapa soalan
9

dan memberi

peluang kepada semua murid untuk menyediakan litar elektrik iaitu bersiri

Poornima A/P Krishnasamy

berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Pada akhir P&P, guru membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Pembelajaran berpusatkan murid seperti ini perlu dipraktikkan untuk meningkatkan pemahaman mereka kerana mereka mengalami sendiri pengalaman/aktiviti tersebut d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Pertama, sebagai fasilitator untuk mengajar dan memberi taklimat. Kedua, perekacipta bermaksud perlu mempunyai ilmu yang sentiasa baru. Ketiga, sebagai pembimbing dalam menolong pelajar. Keempat sebagai penilai terhadap tugasan yang diberikan. Kelima sebagai pemberi motivasi kepada pelajar.

Perbincangan : Dalam eksperimen ini, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu samada secara siri atau selari. Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-komponen litar selari pula disambung secara bersebelah.

x x

Rajah 1 : Litar Siri

Rajah 2 : Litar Selari

Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk mengukur arus elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrument yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua
10

Poornima A/P Krishnasamy

titik dalam litar elektrik. Manakala, bateri yang digunakan ialah 3.0V dan jenis mentol yang digunakan ialah 3.0V, 0.3A. Dalam aktiviti 1, kami telah membina sebuah litar siri dan litar selari. Terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar. Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat. Dalam litar A (litar siri), kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Hal ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar B (litar selari) pula, didapati kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Hal ini kerana, dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila semakin banyak beban (mentol). Seterusnya, satu biji mentol telah dicabut lampunya daripada litar-litar tersebut. Dalam litar A, didapati mentol kedua yang terdapat dalam litar tidak menyala. Hal ini kerana, arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter. Ini kerana, bacaan voltmeter tersebut ialah jumlah beza keupayaan merentasi bateri dalam litar. Manakala dalam litar B pula, didapati mentol kedua yang tinggal dalam litar masih menyala pada kecerahan yang sama seperti sebelum itu. Hal ini kerana, dalam litar selari, terdapat lebih daripada satu laluan arus dan nilai voltan adalah sama di semua tempat. Kemudian, dalam setiap litar dipasang tiga biji mentol. Mentol-mentol dalam litar A didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi lebih malap berbanding pada litar sebelum itu yang hanya terdapat 2 biji mentol sahaja. Hal ini kerana, semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, voltan juga akan semakin berkurang. Tambahan pula, dalam litar siri hanya terdapat satu laluan arus sahaja. Oleh yang demikian, nyalaan mentol-mentol tersebut sangat malap. Manakala, dalam litar B pula, ketiga-tiga mentol menyala pada kecerahan yang sama seperti apabila 2 mentol sahaja yang terdapat dalam litar. Hal ini kerana, dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus mengalir. Arus semakin berkurang apabila semakin banyak beban. Namun begitu, nilai voltan adalah tetap sama di semua tempat dalam litar.
11

Poornima A/P Krishnasamy

Dalam aktiviti 2 pula, kami telah membina sebuah litar gabungan yang terdiri daripada kombinasi litar siri dan litar selari. Terdapat tiga mentol iaitu mentol 1, mentol 2, dan mentol 3.Kami telah menyambungkan ammater dan voltmeter untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol-mentol itu. Mentol 1 didapati menyala dengan sangat terang berbanding dengan mentol 2 dan 3 yang akan menyala pada kadar kecerahan yang sama dan terang. Hal ini kerana, mentol 1 disambung secara siri dalam litar tersebut. Tambahan pula, mentol 1 terang kerana kurang beban yang disambung secara siri. Oleh yang demikian, semakin kurang beban, semakin tinggi voltan. Seterusnya, bagi mentol 2 dan mentol 3 yang disambung secara selari pula menyala sama terang kerana dalam sambungan secara selari, voltan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban semakin bertambah dan jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil. Seterusnya, mentol 1 dibuang kepalanya daripada pemegang mentol. Kami mendapati mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini kerana, tiada arus yang mengalir dalam litar tersebut kerana litar tersebut dalam keadaan terbuka. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter bagi mentol 2 dan 3 kerana ini merupakan bacaan nilai voltan bateri iaitu 3.0V. Kemudian, mentol 2 dibuang daripada pemegang mentol. Mentol 1 dan 3 menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Hal ini kerana, litar telah menjadi litar siri. Maka, dalam litar siri, voltan akan semakin kurang jika beban bertambah walaupun arus elektrik yang mengalir ke semua tempat dalam litar adalah sama. Tambahan pula, jumlah rintangan akan semakin tinggi jika beban semakin bertambah. Dalam eksperimen ini terdapat bebarapa langkah berjaga-jaga. Pertama, ammeter dan voltmeter perlulah dipastikan berfungsi dengan baik iaitu pastikan jarum ammeter dan voltmeter berada tepat di angka 0.. Hal ini ialah bagi mengelakkan berlakunya ralat sifar. Selain itu, pastikan bacaan pada ammeter dan voltmeter diambil beberapa kali untuk menggelakkan ralat paralaks. Seterusnya, pastikan tangan dalam keadaan kering bagi menggelakkan sebarang kemalangan akibat kejutan elektrik. Selain itu, pastikan mentol-mentol yang digunakan sama jenis iaitu daripada segi voltan dan arus. Contohnya, jika 3.8V, 0.3A mentol digunakan, pastikan semua mentol juga sama. Ini bagi meningkatkan ketepatan keputusan yang diperoleh kelak.
12

Poornima A/P Krishnasamy

Kesimpulan: Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

Rujukan : Anonymous, Advantages of Parallel Circuits, http://www.gcse.com/circ6a.htm Anonymous, Lesson 9: Series circuits, http://www.furryelephant.com/content/electric ity/series-circuits/ Lim, Lim & Toh. (2005). Fizik SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

13

Poornima A/P Krishnasamy

14

Poornima A/P Krishnasamy

15

Poornima A/P Krishnasamy

16

Poornima A/P Krishnasamy

17

Poornima A/P Krishnasamy

18

Anda mungkin juga menyukai