Anda di halaman 1dari 9

Tajuk

Sifat-sifat litar siri dan litar selari.

Penyataan masalah

Apakah kebaikan dan keburukan yang ada pada siri litar dan siri selari?

Objektif

Untuk mengenal pasti kebaikan dan beburukan litar siri dan litar selari.

Pengenalan

Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar
lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan
perintang. Terdapat dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. .Dalam suatu litar bersiri, dua
atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, (I) yang sama mengalir menerusi setiap
perintang. Jumlah beza keupayaan,(V) adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap
perintang iaitu V=V₁+ V₂+ V₃ . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap
rintangan, R = R₁+ R₂+ R₃. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah
berkadar terus dengan nilai R itu. (V ꝏ R). Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun
dalam beberapa baris. Beza keupayaan , V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah
arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan : I= I₁+ I₂+ I₃.
Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan 1/R = 1/R₁+ 1/R₂+ 1/R₃
Arus I yang merentasi setiap perintang adalah berkadar songsang dengan nilai R(I ꝏ 1/R) .

Eksperimen ini adalah untuk melihat apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam
litar selari dan litar bersiri.hipotesis yang ingin dibuktikan adalah. Jika mentol-mentol disambung
secara siri dalam litar elektrik,maka kecerahan nyalaan mentol-mentol tersebut adalah sama
tetapi malap.Jika mentol-mentol disambung secara selari dalam litar elektrik,maka kecerahan
nyalaan mentol adalah sama dan terang. Untuk membuktikan hipotesis dan menyelesaikan
penyataan masalah yang tersebut, maka ekperimen berikut telah dijalankan dengan mengikut
prosedur dan bahan sert radas seperti berikut.
Perbezaan litar siri dan litar selari.

Litar bersiri Litar selari


Arus mengalir melalui setiap perintang Jumlah arus adalah bersamaan dengan
adalah sama hasil tambah arus bagi setiap cabang
I=I₁=I₂=I₃ lintasan
I= I₁+ I₂+ I₃

Jumlah voltan adalah bersamaan Voltan pada setiap perintang adalah


dengan hasil tambah voltan tiap-tiap sama
perintang V=V₁=V₂=V₃
V=V₁+ V₂+ V₃

Jumlah rintangan (R ) adalah sama Jumlah rintangan ( R) adalah mengikut


dengan hasil tambah rintangan bagi rumus berikut
setiap perintang 1/R = 1/R₁+ 1/R₂+ 1/R₃
R = R₁+ R₂+ R₃
ꭥꭥꭥꝎ∞ꟹꟹ

Hipothesis

Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar siri adalah berbeza dan malap.
Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar selari adalah sama dan terang.

Tujuan
Untuk mengkaji kebaikan dan keburukan pada litar siri dan litar selari.

Radas dan bahan

1. Wayar berpenebat
2. 2 buah buah Ammeter
3. 3 buah mentol
4. Suis

Prosedur

Dua buah litar disediakan seperti rajah di bawah dengan menggunakan pemegang sel kering,
beberapa wayar berpenebat dan dua buah mentol untuk setiap litar.

LITAR BERSIRI LITAR SELARIRajah 2: Rajah susunan litar Bersiri dan Litar Selari

Rajah Sambungan kombinasi litar selari dan bersiri

1. Sebuah litar siri telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah
menggunakan, suis, beberapa wayar penebat dan tiga lampu mentol

2. Suis telah disambung pada litar dan nyalaan lampu mentol telah diperhatikan.1
3. Seterusnya, ammeter telah disambung pada litar tersebut untuk mengukur arus elektrik
dan beza keupayaan yang melalui setiap lampu mentol tersebut. Sebuah jadual telah
dibuat untuk merekodkan semua bacaan yang telah diambil1.

Langkah keselamatan

1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang

2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah

3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.


4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.

5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.

6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.

7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian

8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan Rabel elektrik

9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak

10. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak

Langkah berjaga-jaga

1. Bacaan pada ammeter dan voltmeter perlu diulangi beberapa kali untuk mendapatkan
bacaan yang tepat.

2. Pastikan ammeter, mentol dan suis berada dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan
baik.

3. Semasa mengambil bacaan untuk ammeter dan voltmeter, posisi mata hendaklah selari
dengan ukuran yang hendak dibaca demi mengelakkan ralat paralaks.

Pemerhatian

Litar Pemerhatian Inferens


Litar siri  Kadar kecerahan  Jumlah ampere yang
kedua-dua mentol melalui setiap mentol
adalah berbeza. adalah berbeza iaitu
 Kadar kecerahan 0.16, 0.15 dan 0.14
setiap mentol adalah ampere
berbeza dan
kecerahan mentol-
mentol tersebut
semakin malap.
Litar selari  Kadar kecerahan  Jumlah ampere yang
kedua-dua mentol melalui setiap mentol
adalah sama. adalah sama iaitu
0.12 dan 0.12
ampere.

Kesimpulan

Dalam litar siri, mentol-mentol yang disambung mempunyai kecerahan nyalaan mentol yang
sama tetapi malap. Dalam litar selari, mentol-mentol yang disambung mempunyai kecerahan
nyalaan mentol yang sama dan terang.

Perbincangan

Terdapat Dua jenis litar iaitu litar selari dan litar bersiri. Dalam litar bersiri, semakin banyak
mentol , semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir., kecerahan
semua mentol berkurang dan sebaliknya apabila mentol berkurang. Dalam litar Selari pula
semakin banyak mentol, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang
mengalir.Maka semua mentol semakin cerah. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk
kegunaan di rumah berbanding dengan litar bersiri. Oleh kerana terdapat berbagai pekakasan
dan pengunaan mengikut keperluan yang berbeza dirumah, adalah mustahak menggunakan
pemasangan secara selari.Penambahan alatan elektrik tidak akan meberi bebanan bayaran bil
elektrik kepada pengguna. Kerana penambahan pengunaan peralatan elektrik dalam litar selari
tidak menambah voltage atau beza keupayaan. Semua lampu menyala dengan kecerahan yang
sama terang. Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan.
Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada
pekakas yang lain. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama. Litar bersiri
tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah memandangkan beberapa kelamahan yang
yang ada. Ia termasuklah jika menutup satu peralatan, maka pelalatan yang lain juga tidak akan
berfungsi. Bebanan juga bertambah sekiranya peralatan turut bertambah. Arus akan berkurang
apabila semakin banyak peralatan digunakan. Rintangan semakin bertambah dan arus semakin
berkurang.

Rujukan

Chang. S. L., Chia. S. C., Koay K. C. & Yew. K. L.(2003). Fokus Ungu Masteri SPM Fizik.
Selangor:

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Chang. S. L., Chia. S. C., Hasnah Binti Abu Bakar, Koay. K. C., & Yew. K. L. (2001). Fizik
Tingkatan 4. Johor:

Gunung Cipta Enterprise.

Leong, Y. P. & Loo, W. Y. (2008). The Complete Text & Guide Physics 1. Selangor Darul
Ehsan: Arah

Pendidikan Sdn. Bhd.

Poh, L. Y. (2003). STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

SOALAN:1) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar siri jikasatudaripada
mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan.

Apabila satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akanmenyalakerana dalam litar
siri, hanya terdapat satu lintasan atau laluan aruselektrik didalam litar siri
.2.) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar selari jikasatudaripada mentol-
mentol tersebut terbakar. Huraikan.

Mentol-mentol yang lain akan menyala kerana dalam litar selari terdapatbeberapa laluan arus
elektrik dimana kesemua laluan tersebut bersambunganpada hujung setiap cabang. Maka,
mentol-mentol lain masihmenyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan litar tersebut

.3.)Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapamentol.Bagaimanakah


kadar kecerahan mentol bergantung kepadacarapenyambungan mentol pada litar samada
secara siri atau selari.

Dalam litar siri, jika bilangan mentol ditambah, maka mentol-mentol lain dalamlitar tersebut akan
menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakinmalap. Ini kerana, dalam sesebuah
litar siri, hanya terdapat satu laluan aruselektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang
(mentol) adalah sama.voltan akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam litar siri.
,Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol ditambah,maka kecerahannyalaan mentol yang lain
tidak akan berubah. Ia akan tetap sama seperti kadar kecerahan jika hanya satu mentol sahaja
yang terdapat dalam litar selari. Ini kerana, voltan yang melalui dalam litar tersebut adalah
sama.Tambahan pula,terdapat lebih daripada satu laluan arus dalam litar tersebut..-

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Apakah yang akan berlaku pada mentol
di litar siri sekiranya salah satu mentol terbakar? Jelaskan. (3 markah) Mentol-mentol yang lain
tidak akan menyala jika salah satu mentol terbakar dalam litar siri. Hal ini kerana hanya terdapat
satu laluan arus elektrik dalam sesuatu litar siri.

2. Apakah yang akan berlaku pada mentol di litar selari sekiranya salah satu mentol terbakar?
Jelaskan. (3 markah) Mentol-mentol yang lain akan terus menyala. Hal ini kerana terdapat lebih
daripada satu laluan arus elektrik dalam litar selari. Semua laluan bersambungan pada hujung
setiap cabang. Oleh itu, mentol-mentol lain boleh terus menyala kerana masih ada arus elektrik
yang boleh melalui litar tersebut.

3. Anda sedang membina jaringan lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakan


kadar kecerahan mentol berkaitan dengan sama ada anda menyambung mentol secara siri
atau selari? (4 markah) Dalam litar siri, jika bilangan mentol ditambah, maka mentolmentol lain
dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal
ini demikian kerana dalam sesebuah litar siri, hanya terdapat satu laluan arus elektrik dan arus
yang mengalir melalui setiap mentol adalah sama. Selain itu, voltan akan semakin berkurang
apabila beban bertambah dalam litar siri. Dalam litar selari, kecerahan nyalaan mentol yang
lain tidak akan berubah jika bilangan mentol ditambah. Kadar kecerahan mentol tidak akan
berubah jika hanya satu mentol sahaja yang terdapat

dalam litar selari. Hal ini kerana voltan yang melalui litar tersebut adalah sama. Terdapat juga
lebih daripada satu laluan arus dalam litar tersebut.

4. Apa yang akan berlaku pada mentol di litar siri sekiranya mentol yang lain disambung secara
siri pada litar tersebut? Jelaskan. (3 markah) Kadar kecerahan mentol-mentol tidak akan sama
dan akan menjadi malap. Hal ini kerana hanya satu laluan arus yang terdapat di dalam litar siri.
Oleh itu, voltan yang melalui setiap mentol berkurangan apabila bebanan bertambah.

5. Apa yang akan berlaku pada mentol di litar selari sekiranya mentol yang lain disambung
secara selari pada litar tersebut? Jelaskan. (3 markah) Kadar kecerahan mentol-mentol adalah
sama. Hal ini kerana terdapat lebih daripada satu laluan arus di dalam litar selari. Oleh itu,
voltan yang melalui setiap mentol adalah sama meskipun bilangan mentol ditambahkan.

Anda mungkin juga menyukai