Anda di halaman 1dari 8

PRAKTIKAL 5 TOPIK : Litar Elektrik TEORI : Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Litar elektrik boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu litar sesiri dan selari. Litar bersiri mempunyai komponen -komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap. Ianya hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. Litar ini juga menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R). Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi tiap-tiap cabang lintasan. IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, 1/RT = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3. Arus, I yang menerusi setiap perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai R. (I 1/R). Manakala bagi litar selari, komponen litar disambung sebelah menyebelah. Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam litar jenis ini. Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Perbezaan di antara litar sesiri dan litar selari seperti jadual di bawah.

Jadual 5.1 Perbezaan di antara Litar Sesiri dan Litar Selari

OBJEKTIF : Menentukan kelebihan dan kekurangan dalam litar sesiri dan litar selari. PERNYATAAN MASALAH : Apakah kelebihan dan kekurangan litar sesiri dan litar selari? Aktiviti 1 : Membina litar sesiri dan selari. HIPOTESIS : Kecerahan mentol berbeza bagi litar sesiri dan litar selari. PEMBOLEHUBAH : Dimanipulasikan : Kedudukan mentol Dimalarkan : Sumber kuasa (4V) Bergerak balas : Nilai bacaan ammeter dan voltmeter. BAHAN DAN RADAS : Sumber kuasa (4V), beberapa utas wayar penebat, ammeter, voltmeter dan mentol. PROSEDUR : 1. Litar sesiri dan litar selari dibina menggunakan pemegang sel kering, wayar penebat dan dua biji mentol setiap litar. 2. Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan kepada kedua-dua litar sesiri dan litar selari. 4. Kemudian, salah satu mentol dibuka bagi setiap litar. Mentol yang masih berada di dalam litar diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter setiap litar direkodkan. 5. Seterusnya, mentol yang lain disambungkan dalam bentuk siri di litar A. Mentol yang masih berada di dalam litar diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter setiap litar direkodkan. 6. Kemudian, mentol yang lain disambungkan dalam bentuk selari di litar B. Mentol yang masih berada di dalam litar diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter setiap litar direkodkan.

SUSUNAN RADAS :

Gambarajah 5.1 Susunan Litar Sesiri

Gambarajah 5.2 Susunan Litar Selari 4

KEPUTUSAN : Litar Bilangan Mentol Ammeter (A) Voltmeter (V) PERBINCANGAN : 1. Apabila salah satu mentol terbakar dalam litar sesiri, mentol yang lain tidak akan menyala. Hal ini kerana litar tersebut tidak lengkap. Arus elektrik tidak dapat melalui mentol yang telah terbakar dan menyebabkan mentol yang lain tidak menyala. 2. Apabila salah satu mentol terbakar dalam litar selari, mentol yang lain masih menyala. Hal yang sedemikian kerana litar tersebut masih langkap. Walaupun arus elektrik tidak dapat melalui mentol yang terbakar, tetapi arus elektirk masih boleh melalui mentol yang lain. 3. Dalam litar sesiri, kecerahan mentol sama tetapi dalam litar selari, kecerahan mentol adalah semakin berkurang. Ini dapat dilihat dalam persamaan berikut; Litar sesiri I = I1 = I2 = I3 Litar selari I = I1 + I2 + I3 (I = Arus) 4. Kecerahan mentol akan berubah apabila ditambah sebiji lagi mentol di dalam litar sesiri. Kecerahan bagi kedua-dua mentol adalah sama kerana jumlah arus dalam litar sesiri adalah sama berdasarkan persamaan berikut; Litar sesiri I = I1 = I2 = I3 (I = Arus) 5. Kecerahan mentol akan berkurang apabila ditambah sebiji lagi mentol di dalam litar selari. Kecerahan mentol bagi kedua-dua mentol adalah berbza kerana jumlah arus dalam litar selari akan berkurangan berdasarkan persamaan berikut; Litar selari I = I1 + I2 + I3 (I = Arus) 2 0.02 4.50 A 1 0 0 2 0.08 4.50 B 1 0.02 4.50

Jadual 5.2 Bacaan Ammeter dan Voltmeter bagi Litar A dan Litar B

Aktiviti 2 : Membina gabungan litar sesiri dan selari. BAHAN DAN RADAS : Sumber kuasa (4V),suis, beberapa wayar penebat, dan tiga biji mentol. PROSEDUR : 1. Litar seperti yang ditunjukkan di bawah dibentuk menggunakan sumber kuasa, suis, beberapa wayar penebat, dan tiga biji mentol. 2. Ia disambungkan kepada suis dan mentol-mentol bercahaya. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan lalu arus dan beza keupayaan diukur. Sebuah jadual dibentuk untuk merekodkan bacaan. 4. Mentol pertama dibuka. Semua mentol lain diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. 5. Mentol kedua dibuka. Semua mentol lain diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. SUSUNAN RADAS :

Gambarajah 5.3 Susunan Gabungan Litar Sesiri dan Litar Selari 6

KEPUTUSAN : Mentol Ammeter (A) Voltmeter (V) 1,2,3 0.02 4.50 2,3 0 0 1,3 0.02 4.50

Jadual 5.3 Bacaan Ammeter dan Voltmeter

PERBINCANGAN : 1. Apabila mentol 1 dibuka, mentol yang lain tidak menyala. Hal ini kerana mentol 1 berada di dalam litar sesiri. Hal yang sedemikian kerana litar tersebut tidak lengkap. Arus elektrik tidak dapat melalui mentol yang telah dibuka dan menyebabkan mentol yang lain tidak menyala. 2. Apabila mentol 2 dibuka, mentol yang lain masih menyala. Hal ini kerana mentol 2 berada dalam keadaan sesiri. Hal yang sedemikian kerana litar tersebut masih langkap. Walaupun arus elektrik tidak dapat melalui mentol yang telah dibuka, tetapi arus elektirk masih boleh melalui mentol yang lain. 3. Litar selari lebih sesuai digunakan di dalam rumah. Hal yang sedemikian kerana lampu akan tetap menyala walaupun terdapat salah satu lampu yang terbakar. Ianya juga lebih menjimatkan elektrik kerana arus yang digunakan dibahagikan sama rata bagi setiap lampu. LANGKAH PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN : 1. Memastikan wayar penebat tidak rosak bagi mengelakkan berlakunya rencatan elektrik. 2. Menguji terlebih dahulu sumber kuasa menggunakan voltmeter untuk memastikan voltan yang digunakan adalah sama. 3. Mentol dan wayar penebat diuji dengan menggunakan sel kering untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

KESIMPULAN : Kecerahan mentol berbeza bagi litar sesiri dan litar selari. Hipotesis diterima.

RUJUKAN :

Chang See Leong, Chia Song Choy, Koay Kheng Chuan dan Yew Kok Leh, (2003). Fokus Ungu Masteri SPM Fizik. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Electrical Circuit. Diakses pada 16 Februari 2012 daripada Laman sesawang: http://simple.wikipedia.org/wiki/Electrical_circuit Litar sesiri dan selari. Diakses pada 17 Februari 2012 daripada Laman sesawang: http://www.slideshare.net/juradi79/litar-selari-siri-selari Nota Kemahiran Hidup. Diakses pada 16 Februari 2012 daripada Laman sesawang: http://www.freewebs.com/khbsatu/elektrik2.htm Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Litar Sesiri dan Selari. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=SCI&b=JUL&m=2& =2&r=m&i=NOTA diambil pada 20 Februari 2012.

Anda mungkin juga menyukai