Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN AMALI 5

1. TAJUK :
Litar Elektrik

2. TUJUAN:
Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari.

3. PENGENALAN
Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir
melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik
seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat dua jenis litar iaitu litar
bersiri dan litar selari. .Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun
dalam satu baris. Arus, (I) yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah
beza keupayaan,(V) adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, Vᵀ
= V₁+ V₂+ V₃. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap
rintangan, Rᵀ= R₁+ R₂+ R₃. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R
adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V ∝ R).
Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris.
Beza keupayaan , V merentasi setiap perintang adalah sama. Juamlah arus, I
adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan :Iᵀ= I₁ +I₂

1
+ I₃. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan
R₁

1 1
+ + Arus I yang merentasi setiap perintang adalah berkadar songsang
R₂ R₃

1
dengan nilai R(I ∝ ).
R

LITAR BERSIRI LITAR SELARI

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 1


V

I₁
I₃

I₂

Arus mengalir melalui setiap perintang Jumlah arus adalah bersamaan dengan
adalah sama hasil tambah arus bagi setiap cabang
I=I₁=I₂ =I₃
lintasan
I= I₁ + I₂ + I₃
Jumlah voltan adalah bersamaan Voltan pada setiap perintang adalah
dengan hasil tambah voltan tiap-tiap sama
V=V₁=V₂=V₃
perintang
V=V₁ + V₂ + V₃
Jumlah rintangan (R ) adalah sama Jumlah rintangan ( R) adalah mengikut
dengan hasi;l tambah rintangan bagi rumus berikut
1 1 1 1
setiap perintang = + +
R R₁ R₂ R₃
R = R₁ + R₂ + R₃
Rajah 1:Perbezaan Litar selari dan litar bersiri

Eksperimen ini adalah untuk melihat apakah kelebihan dan kekurangan yang
terdapat dalam litar selari dan litar bersiri.hipotesis yang ingin dibuktikan adalah.
Jika mentol-mentol disambung secara siri dalam litar elektrik,maka kecerahan
nyalaan mentol-mentol tersebut adalah sama tetapi malap.Jika mentol-mentol
disambung secara selari dalam litar elektrik,maka kecerahan nyalaan mentol
adalah sama dan terang. Untuk membuktikan hipotesis dan menyelesaikan
penyataan masalah yang tersebut, maka ekperimen berikut telah dijalankan
dengan mengikut prosedur dan bahan sert radas seperti berikut.

AKTIVITI 1: Membina satu litar siri dan litar selari yang ringkas

1. BAHAN / RADAS
1. Pemegang sel kering
2. 2 buah sel kering
3. Wayar berpenebat
4. Sebuag Ammeter
5. Sebuah voltmeter
6. 3 buah mentol

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 2


2. PROSEDUR
2.1 Dua buah litar disediakan seperti rajah di bawah dengan menggunakan
pemegang sel kering, beberapa wayar berpenebat dan dua buah mentol untuk
setiap litar.

LITAR BERSIRI LITAR SELARI

Rajah 2: Rajah susunan litar Bersiri dan Litar Selari

2) Semua wayar telah disambung dan nyalaan mentol telahdiperhatikan.


3) Seterusnya, sebuah ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut.
Jadual yang sesuai telah dibuat untuk mencatatkanbacaan.
4) Satu mentol telah dibuang pada setiap litar. Mentol yang tinggal dilitar telah
diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter pada setiaplitar telah
dicatatkan.
5) Selepas itu, satu lagi mentol telah disambung secara siri padalitar A. Nyalaan
mentol telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat.
6) Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan
mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah
dicatat.

3. PEMERHATIAN/KEPUTUSAN

KEADAAN 1

BACAAN AMETER BACAAN KEADAAN


LITAR I , (A) VOLTMETER MENTOL

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 3


I ± 0.02 V(V) V ± 0.02
Kecerahan mentol tidak
Litar Bersiri sama
2 mentol 0.12 A 2.6 V M1=cerah
M2=Malap
Kedua-dua mentol sama
Litar selari 0.4 A 3.0 V cerah
2 mentol

Rajah 3 : Keputusan yang diperolehi pada Litar Bersiri dan Litar Selari

KEADAAN 2

BACAAN BACAAN
LITAR AMMETER VOLTMETER KEADAAN MENTOL
I,(A) I ± 0.02 V(V) V ± 0.02
Litar Bersiri
+ 1 mentol 0 3.1 .v Mentol tidak menyala
dilonggarkan
Litar selari Mentol menyala tetapi
+ 1 mentol 0.24 2.9 v kurang cerah daripada
dilonggarkan sebelum 1 mentol
dilonggarkan
Rajah 4: Bacaan Ammeter dan Voltmeter dalam litar selari dan bersiri
apabila 1 mentol dilonggarkan

KEADAAN 3

BACAAN AMMETER Bacaan voltmeter


LITAR I,(A) V(V) KEADAAN MENTOL
I ± 0.02 V ± 0.02
Mentol lebih malap

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 4


Litar Bersiri 0.1 A 3.4 V daripada sebelum 1
+ I mentol mentol lagi ditambah
-lebih cerah daripada
mentol di litar selari
Lebih cerah daripada 1
Litar selari 0.5 A 2.1V lagi mentol ditambah
+ 1 mentol Lebih cerah daripada
mentol di litar bersiri.

Rajah 5: Bacaan Ammeter dan Voltmeter pada Litar Selari dan Bersiri apabila 1
mentol ditambah.
SOALAN:
1) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar siri jika
satudaripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan.
Apabila satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akan
menyalakerana dalam litar siri, hanya terdapat satu lintasan atau laluan arus
elektrik didalam litar siri.

2.) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar selari jika
satudaripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan.

Mentol-mentol yang lain akan menyala kerana dalam litar selari


terdapatbeberapa laluan arus elektrik dimana kesemua laluan tersebut
bersambunganpada hujung setiap cabang. Maka, mentol-mentol lain masih
menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan litar tersebut.

3.) Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapa


mentol.Bagaimanakah kadar kecerahan mentol bergantung kepada
carapenyambungan mentol pada litar samada secara siri atau selari.

Dalam litar siri, jika bilangan mentol ditambah, maka mentol-mentol lain dalam
litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin
malap. Ini kerana, dalam sesebuah litar siri, hanya terdapat satu laluan arus

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 5


elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama.
voltan akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam litar siri. ,
Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol ditambah,maka kecerahan
nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah. Ia akan tetap sama seperti kadar
kecerahan jika hanya satu mentol sahaja yang terdapat dalam litar selari. Ini
kerana, voltan yang melalui dalam litar tersebut adalah sama.Tambahan pula,
terdapat lebih daripada satu laluan arus dalam litar tersebut..-

4. Apakah yang terjadi kepada mentol -mentol dalam litar bersiri apabila satu mentol
filamen lain disambung secara bersiri padanya?Terangkan.
Untuk litar bersiri, semakin bertambah mentol semakin banyak rintangan. Maka
semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka
kecerahan semua mentol berkurang.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol -mentol dalam litar selari apabila satu mentol
lain disambung secara selari padanya?Terangkan.
Bagi litar selari, samakin banyak mentol , semakin berkurang rintangan. Maka
semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

AKTIVITI 2 : Membina satu litar kombinasi antara litar siri dan selari.
1. Prosedur :

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 6


1.1. Sebuah litar telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam rajah
dibawah menggunakan pemegang sel kering, sel kering, suis,
beberapa wayar penebat dan tiga lampu mentol

Bateri suis mentol 1

Wayar Mentol 3
Rajah 6: Sambungan kombinasi litar selari dan bersiri
berpenebat
1.2. Suis telah disambung pada litar dan nyalaan lampu mentol
telahdiperhatikan.
Mentol2
1.3. Seterusnya, ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar
tersebut untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan
yangmelalui setiap lampu mentol tersebut. Sebuah jadual telah
dibuatuntuk merekodkan semua bacaan yang telah diambil
1.4. Lampu mentol 1 telah dibuang dari litar. Kecerahan nyalaan
mentollain telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter
telahdicatatkan.
1.5. Seterusnya,lampu mentol 2 pula telah dibuang dari litar.
Kecerahannyalaan mentol yang lain telah diperhatikan dan bacaan
ammeter dan voltmeter telah dicatatkan.
2. KEPUTUSAN/ PEMERHATIAN

KEADAAN 1

BACAAN AMMETER BACAAN VOLTMETER


MENTOL NYALAAN MENTOL I(A) I ± 0.02 V(V) V ± 0.02
Mentol menyala
1 dengan terang 0.5 1.5
Nyalaan mentol malap
2 0.8 1.3

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 7


Nyalaan mentol
3 sangat malap 0.8 1.0
Rajah 7: Keputusan terhadap nyalaan mentol dan bacaan Ammeter serta bacaan
voltmeter dalam litar gabungan bersiri dan selari

KEADAAN 2= (Mentol 1 dikeluarkan)

BACAAN AMMETER BACAAN VOLTMETER


MENTOL NYALAAN MENTOL I(A) I ± 0.02 V(V)
V ± 0.02
Lebih cerah
berbanding sebelum
2 dan 3 mentol 1 dibuang 2.0
0.5
dan kecerahan
mentol 2 dan 3
adalah sama

Rajah 8: Keputusan yang diperolehi terhadap nyalaan mentol , serta bacaan


Ammeter dan voltmeter apabila 1 mentol dikeluarkan.

KEADAAN 3 = (Mentol 2 dikeluarkan )

BACAAN BACAAN VOLTMETER


MENTOL NYALAAN MENTOL AMMETER I(A) V(V) = V ± 0.02
I ± 0.02
Lebih malap berbanding
1 dan 3 sebelum mentol 3 dibuang 0.1 0.2
dan kecerahan mentol 1
dan 3 adalah sama.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 8


Rajah 9: keputusan yang diperolehi apabila mentol 2 dikeluarkan dari litar
gabungan selari dan bersiri.

Soalan Aktiviti 1 :

1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila
mentolfilamen 1 dikeluarkan? Terangkan.
Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana,
apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar
selari . Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang.
Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir dan semakin
cerah mentol.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 9


2. Apakah yang terjadi kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2
dikeluarkan? Terangkan.
Mentol 1 dan mentol 3 sama cerah. Inikerana, apabila mentol 2 dikeluarkan,
mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan
semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan sebelum mentol 2
dikeluarkan., sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari.
Arus yangmengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang
mengalir pada mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3menjadi
bersiri dengan mentol 1. Arus yang mengalir pada kedua-duamentol adalah
sama. Maka, kecerahan untuk kedua-dua mentol adalah sama.

3. Adakah litar selari atau litar bersiri atau kedua-duanya sekali yang sesuai
digunakan di dalam rumah anda? Terangkan alasan anda.

Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah.Kelebihan


litar selari ialah:-- Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh
digunakan.- Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak
menambaholtage/ beza keupayaan.Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk
kegunaan di rumah. Antarakelemahan litar bersiri ialah:-- Tidak boleh menutup
satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadamperalatan lain.- Arus akan
berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik
ditambah.Kesimpulan:Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.
3. PERBINCANGAN
Perbincangan :Dalam eksperimen ini, terdapat dua cara asas untuk
menyambungkan komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu sama ada secara
siri atau selari. Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus
sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung
kehujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari
pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-
komponen litar selari pula disambung secara bersebelah. Ammeter dan voltmeter
juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk
mengukur arus elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrumen
yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar
FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 10
elektrik. Manakala, bateri yang digunakan ialah 3.0V dan jenis mentol yang
digunakan ialah 3.0V, 0.3A.
Dalam aktiviti 1, litar siri dan litar selari.terdapat 2 biji mentol dalam setiap
litar. Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan
voltmeter telah dicatat. Dalam litar bersiri, kedua-dua biji mentol didapati menyala
pada kecerahan yang sama tetapi malap. Ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya
satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah.
Semakin banyak beban(mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka,
kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar selari pula, didapati
kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Ini kerana,
dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di
semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila
semakin banyak beban (mentol).
Seterusnya, satu biji mentol telah dicabut daripada litar-litar tersebut. Dalam
litar bersiri, didapati mentol kedua yang terdapat dalam litar tidak menyala. Ini
kerana, arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun,
terdapat bacaan pada voltmeter. Ini kerana, bacaan voltmeter tersebut ialah jumlah
beza keupayaan merentasi bateri dalam litar. Manakala dalam litar selari pula,
didapati mentol kedua yang tinggal dalam litar masih menyala pada kecerahanyang
sama seperti sebelum itu. Ini kerana, dalam litar selari, terdapat lebih daripada satu
laluan arus dan nilai voltan adalah sama di semua tempat.
Kemudian, dalam setiap litar dipasang tiga biji mentol. Mentol-mentol dalam
litar bersiri didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi lebih malap
berbanding pada litar sebelum itu yang hanya terdapat 2 biji mentol sahaja. Hal ini
kerana,semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka,
voltan juga akan semakin berkurang. Tambahan pula, dalam litar siri hanya terdapat
satu laluan arus sahaja. Oleh yang demikian, nyalaan mentol-mentol tersebut
sangat malap. Manakala, dalam litar bersiri pula, ketiga-tiga mentol menyala pada
kecerahan yang sama seperti apabila 2 mentol sahaja yang terdapat dalam litar. Ini
kerana,dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus mengalir. Arus semakin
berkurang apabila semakin banyak beban.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 11


Namun begitu, nilai voltan adalah tetap sama disemua tempat dalam
litar.Dalam aktiviti 2 pula, sebuah litar gabungan dibina yang terdiri daripada
kombinasi litar siri dan litar selari. Terdapat tiga mentol iaitu mentol 1,mentol 2, dan
mentol 3. Ammater dan voltmeter turut disambungkan untuk mengukur arus elektrik
dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol-mentol itu. Mentol 1 didapati
menyala dengan sangat terang berbanding dengan mentol 2 dan 3 yang akan
menyala pada kadar kecerahan yang sama dan terang. Ini kerana,mentol 1
disambung secara siri dalam litar tersebut. Mentol 1 terang kerana kurang beban
yang disambung secara siri. Oleh yang demikian,semakin kurang beban, semakin
tinggi voltan. Seterusnya, bagi mentol 2 dan mentol 3 yang disambung secara
selari pula menyala sama terang kerana dalam sambungan secara selari, voltan
sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban semakin bertambah dan
jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil.

4. KESIMPULAN:
Terdapat Dua jenis litar iaitu litar selari dan litar bersiri. Dalam litar bersiri,
semakin banyak mentol , semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang
arus yang mengalir., kecerahan semua mentol berkurang dan sebaliknya
apabila mentol berkurang. Dalam litar Selari pula semakin banyak mentol ,
semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir.
Maka semua mentol semakin cerah. Litar selari adalah paling sesuai digunakan
untuk kegunaan di rumah berbanding dengan litar bersiri. Oleh kerana terdapat
berbagai pekakasan dan pengunaan mengikut keperluan yang berbeza di
rumah, adalah mustahak menggunakan pemasangan secara selari.
Penambahan alatan elektrik tidak akan meberi bebanan bayaran bil elektrik
kepada pengguna. Kerana penambahan pengunaan peralatan elektrik dalam
litar selari tidak menambah voltage atau beza keupayaan. Semua lampu
menyala dengan kecerahan yang sama terang. Setiap lampu dan alat elektrik
dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan. Kerosakan atau kebakaran

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 12


sesuatu lampu atau elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada pekakas
yang lain. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama.
Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah
memandangkan beberapa kelamahan yang yang ada. Ia termasuklah jika
menutup satu peralatan, maka pelalatan yang lain juga tidak akan berfungsi.
Bebanan juga bertambah sekiranya peralatan turut bertambah. Arus akan
berkurang apabila semakin banyak peralatan digunakan. Rintangan semakin
bertambah dan arus semakin berkurang.
Walaubagaimanapun,Litar siri selari turut popular digunakan. Litar siri
selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. Litar siri selari digunakan dalam
kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen. Suis pula digunakan dalam
litar untuk menyambung atau memutuskan aliran elektrik. Suis disambung
secara bersiri kepada beban. Voltmeter digunakan untuk mengukur beza
keupayaan di antara dua titik dalam unit volt. Voltmeter disambung secara selari
dengan beban.

KEADAAN 1 PEMERHATIAN/ GAMBARAJAH

A = Ammeter A V
B
V = voltmeter

B = bateri

E D C
D =Pemegang bateri

E = suis

Litar bersiri
2 mentol

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 13


Mentol1 Mentol2

Mentol 1 lebih cerah daripada mentol 2

Litar selari
2 mentol
Mentol2 Mentol 1

Kedua-dua mentol sama cerah

KEADAAN 2 PEMERHATIAN/ GAMBARAJAH

Litar sesiri~ Mentol 1

1 mentol dilonggarkan
Mentol 2

Kedua-dua mentol tidak menyala

Litar selari

1 mentol dilonggarkan
Mentol 1

Mentol2

Mentol2 menyala tetapi kurang cerah daripada


sebelum 1 mentol dilonggarkan

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 14


KEADAAN 3 PEMERHATIAN/GAMBARAJAH

Litar sesiri
1mentol ditambah secara sesiri

Mentol lebih malap daripada sebelum


1 mentol lagi ditambah
-lebih cerah daripada mentol di litar B

Litar selari
1 mentol ditambah secara selari

Lebih cerah daripada 1 lagi mentol


ditambah
Lebih cerah daripada mentol di litar A.

GAMBAR AKTIVITI 3:

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 15


Satu litar kombinasi antara litar siri dan selari

Gambar Ammeter Gambar Voltmeter

Yap Eng Keat (1996). SPM fizik tingkatan 4 & 5. Pustaka Delta Pelajaran
Sdn.Bhd.Selangor .
Poh Liong Yong (2001) Fizik Tingkatan 5. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.
Selangor.
Chew Yew Sing (1988).SPM Fizik. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.Kuala
Lumpur

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 16


http://www.slideshare.net/razlanhamidon/jenis-jenis-litar-elektrik
http://www.slideshare.net/wakemran/02-hukum-ohm
http://www.scribd.com/doc/74040106/38/Kebaikan-litar-selari
http://www.youtube.com/watch?v=rIXkeS0EAAk
http://www.pkb.edu.my/elearning/JJ102UNIT1.pdf

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] –laporan Litar Elektrik Muka Surat 17

Anda mungkin juga menyukai