Anda di halaman 1dari 7

Litar Elektrik

TUJUAN
Untuk mengkaji ciri-ciri arus dan voltan pada litar bersiri dan litar selari.

PERNYATAAN MASALAH
Adakah ciri-ciri arus dan voltan pada litar bersiri dan litar selari adalah sama ?

HIPOTESIS
Nilai arus yang diterima oleh setiap mentol adalah sama pada litar bersiri . Nilai voltan
yang diterima oleh setiap mentol pada litar selari adalah sama .

PEMBOLEH UBAH

Dimanipulasi : Jenis litar


Bergerak balas : Bacaan ammater dan voltmeter
Dimalarkan ; Bilangan bateri ( voltan yang digunakan )

ALAT DAN RADAS

Perumah sel kering , Sel kering ( 4.5 volt ) , Wayar berpenebat , 5 buah Ammeter ,
Sebuah voltmeter , Beberapa buah mentol , Suis , Mentol , Perumah mentol

KAEDAH DAN PROSES

EKSPERIMEN 1

1.Dua buah litar disediakan seperti rajah di bawah dengan menggunakan perumah sel
kering, beberapa wayar berpenebat dan beberapa mentol untuk setiap litar.
LITAR BERSIRI LITAR SELARI

Rajah susunan litar Bersiri dan Litar Selari

2) Semua wayar telah disambung dan nyalaan mentol telah diperhatikan.

3) Seterusnya, sebuah ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut. Jadual
yang sesuai telah dibuat untuk mencatatkan bacaan.

4) Satu mentol telah ditambah pada setiap litar. Mentol yang berada dilitar telah diperhatikan
dan bacaan ammeter dan voltmeter pada setiap litar telah dicatatkan.

5) Selepas itu, satu lagi mentol telah ditambah secara siri pada litar A. Nyalaan mentol telah
diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat.

6) Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan mentol
selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat

Litar selari

1. Sel kering disambungkan dengan ammeter dan kemudiannya disambung pada dua
mentol yang berlabel A dan B secara selari .
2. Kedua-dua mentol disambung pada ammeter dan disambungkan terus secara selari
pada sel kering
3. Bacaan pada setiap ammeter diperhati dan direkodkan .

EKSPERIMEN 2 ( MENGUJI VOLTAN PADA LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI )

1. Sel kering disambung pada mentol berlabel A dan B , kemudian disambung pada
satu voltmeter .
2. Bacaan voltmeter diperhati dan dicatatkan
3. Eksperiment diulang dengan menggunakan litar selari
4. Bacaan voltmeter diperhati dan dicatat .

EKSPERIMEN 3 ( MENGUJI KECERAHAN DAN NYALAAN MENTOL PADA SETIAP LITAR


BERSIRI DAN SELARI )

Situasi 1

1. Litar selari dan litar bersiri disediakan


2. Nyalaan mentol diamati
3. Ammeter dan voltmeter disambungkan pada litar bersiri dan selari , kemudian
bacaan dicatatkan .

Situasi 2

1. Mentol ditambah satu pada tiap-tiap litar dan nyalaan mentol diperhati .
2. Bacaan ammeter dan voltmeter dicatat

Situasi 3

1. Setiap litar dibuang satu mentol .dan nyalaan diperhatikan .


2. Bacaan ammeter dan voltmeter dicatatkan .
KEPUTUSAN

BACAAN AMMETER BACAAN CATATAN


VOLTMETER
LITAR I , (A)

Litar Bersiri
Arus yang mengalir
sama.
Ammeter 1 0.25 3.60 Nilai voltan
bersamaan nilai hasiil
Ammeter 2 0.25 2.40
tambah voltan pada
Ammeter 3 0.25 1.20 setiap mentol

Litar selari

Arus yang mengalir


sama dengan hasil
Ammeter 1 0.56 4.00
tambah arus bagi
Ammeter 2 0.28 4.00 setiap cabang
Nilai voltan sama
Ammeter 3 0.28 4.00

Keputusan yang diperolehi pada eksperimen 1 dan 2

SITUASI LITAR BERSIRI LITAR SELARI

1 Bacaan ammeter : 0.25A Bacaan ammeter : 0.56A

Bacaan voltmeter : 3.6V Bacaan voltmeter : 2.7V

Kecerahan mentol berbeza Mentol sama cerah


2 Bacaan ammeter : 0.25A Bacaan ammeter : 1.00A

Bacaan voltmeter : 3.7V Bacaan voltmeter : 2.8V

Kecerahan mentol semakin Nyalaan mentol sama


malap

3 Bacaan ammeter : 0 A Bacaan ammeter : 0.56A

Bacaan voltmeter : 3.1V Bacaan voltmeter : 32.8V

Mentol tidak menyala Nyalaan mentol sama

Keputusan yang diperoleh pada Eksperiment 3

PERBINCANGAN

Dalam eksperimen ini, terdapat dua cara untuk menggabungkankan komponen-komponen


dalam litar elektrik iaitu sama ada secara bersiri atau selari. Litar bersiri ialah sebuah litar
yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar bersiri
disambung secara hujung kehujung untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar
selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-
komponen litar selari pula disambung secara bersebelahan.

Voltmeter ialah sebuah alat yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan litar elektrik .
Manakala , ammeter ialah sebuah alat untuk mengukur arus elektrik dalam litar . Ammeter
dan voltmeter juga disambung dalam litar . Bateri yang digunakan ialah 4.5 V dan mentol .
Dalam Eksperimen 1, litar bersiri dan litar selari.terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar.
Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah
dicatat. Dalam litar bersiri, kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang
sama tetapi malap. Ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik
sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban(mentol),
semakin banyak jumlah rintangan. Maka, kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap.
Dalam litar selari pula, didapati kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan
terang. Ini kerana, dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya
sama di semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila
semakin banyak beban (mentol).

Kemudian, dalam setiap litar ditambah sebiji mentol . Mentol-mentol dalam litar bersiri
didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi lebih malap berbanding pada litar
sebelum itu yang hanya terdapat 2 biji mentol sahaja. Hal ini kerana,semakin banyak beban
(mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, voltan juga akan semakin berkurang.
Dalam litar bersiri hanya terdapat satu laluan arus sahaja. Oleh itu, nyalaan mentol-mentol
tersebut sangat malap. Manakala, dalam litar selari , ketiga-tiga mentol menyala pada
kecerahan yang sama seperti apabila 2 mentol sahaja yang terdapat dalam litar. Ini
kerana,dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus mengalir. Arus semakin berkurang
apabila semakin banyak beban.

Seterusnya, satu biji mentol telah dicabut daripada litar-litar tersebut. Dalam litar bersiri,
diperhatikan mentol kedua yang terdapat dalam litar tidak menyala. Ini kerana, arus elektrik
tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter.
Ini kerana, bacaan voltmeter tersebut ialah jumlah beza keupayaan merentasi bateri dalam
litar. Manakala dalam litar selari pula, didapati mentol kedua yang tinggal dalam litar masih
menyala pada kecerahan yang sama seperti sebelum itu. Ini kerana, dalam litar selari,
terdapat lebih daripada satu laluan arus dan nilai voltan adalah sama di semua tempat.

Dalam eksperimen ini , kita perlu memastikan keadaan fizikal wayar berpenebat misalnya
berada dalam keadaan yang bak agar tidak berlaku pintasan arus elektrik . Keadaan sekitar
sewaktu eksperimen dijalankan juga perlu selamat dan bebas daripada sebarang bahan
yang merbahaya dan boleh mengganggu kelancaran eksperimen ini .

KESIMPULAN

Hipotesis diterima . Nilai arus yang diterima oleh setiap mentol pada litar bersiri adalah sama
dan nilai voltan yang diterimanya adalah berbeza . Nilai arus yang diterima oleh litar selari
adalah berbeza dan nilai voltan yang diterimanya adalah sama

FORMULA LITAR BERSIRI LITAR SELARI

ARUS 1= 2 = 3 1= 2 + 3

VOLTAN 1= 2 + 1= 2=
3 3
.

Anda mungkin juga menyukai