Anda di halaman 1dari 7

Amali Set B : Konduktor bukan ohmik (mentol)

Tujuan :
Mengkaji hubungan antara arus elektrik, I dengan beza keupayaan, V melalui suatu
konduktor bukan ohmik (mentol).
Pernyataan masalah :
Apakah kesan perubahan arus elektrik yang mengalir melalui mentol terhadap beza
keupayaannya?
Inferens :
Kecerahan mentol berubah apabila arus elektrik atau beza keupayaan yang mengalir
melaluinya berubah.
Hipotesis :
Apabila arus elektrik, I yang mengalir melalui mentol bertambah, maka beza
keupayaannya akan bertambah juga.
Pembolehubah :
(i) Pembolehubah yang dimanipulasikan : Arus elektrik, I
(ii) Pembolehubah yang bergerak balas : Beza Keupayaan, V
(iii) Pembolehubah yang dimalarkan : Jenis mentol, bekalan sumber elektrik
Radas atau bahan :
(i) Voltmeter
(ii) Ammeter
(iii) Reostat
(iv) Sumber elektrik (0 12 V)
(v) Dawai penyambung dengan klip buaya
(vi) Mentol dengan pemegangnya.

Prosedur :



1. Sebiji mentol disambungkan dalam litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Reostat diselaraskan sehingga bacaan 0.1 A ditunjukkan pada ammeter.
3. Bacaan beza keupayaan dicatatkan.
4. Nyalaan mentol diperhatikan dan direkodkan.
5. Eksperimen diulangi dengan menggunakan arus yang berbeza, I = 0.2 A, 0.3 A, 0.4
A, 0.5 A dan 0.6 A.
6. Nilai rintangan

dihitung dan graf V melawan I diplotkan.


Keputusan :
Arus, I (A) Beza Keupayaan, V
(V)
Keadaan mentol
Rintangan,


()
0.10 0.25 Tidak bernyala 2.50
0.12 0.40 Tidak bernyala 3.33
0.14 0.60 Lebih malap 4.29
0.16 0.80 Malap 5.00
0.18 1.00 Terang 5.55
0.20 1.40 Lebih terang 7.00


Rajah 1: Gambar sebenar sambungan
mentol dalam litar
Rajah 1: Diagram skematik
sambungan mentol dalam litar

Perbincangan :
1. Graf yang diplotkan menunjukkan bahawa ketidakwujudan hubungan linear antara
arus elektrik dengan beza keupayaan merentasi mentol itu kerana mentol
merupakan konduktor bukan ohmik. Konduktor bukan ohmik ialah konduktor elektrik
yang tidak mematuhi Hukum Ohm di mana rintangannya akan berubah akibat
daripada perubahan suhu di dalamnya.
2. Di dalam mentol, rintangan filamen dawai semakin meningkat apabila arus
melaluinya akibat daripada perubahan keadaan suhu bilik kepada suhu beroperasi
(operating temperature) yang berlaku pada filamen itu.
Peningkatan suhu filamen telah menyebabkan getaran atom-atom menjadi lebih
cergas. Frekuensi dan amplitud getaran yang kian bertambah itu telah menghasilkan
lebih banyak halangan terhadap pengaliran elektron, maka nilai rintangan filamen
bertambah.
3. Kecerahan mentol semakin bertambah apabila arus elektrik dan beza keupayaan
yang mengalir semakin bertambah.
4. Langkah-langkah berjaga:
Pastikan kedudukan mata kita adalah serenjang kepada bacaan yang ditunjukkan
oleh jarum ammeter dan voltmeter bagi mengelakkan ralat paraleks.

Kesimpulan :
Beza keupayaan, V bertambah apabila arus elektrik, I bertambah merentasi konduktor
bukan ohmik (mentol) dengan keadaan nisbah


atau rintangan, R adalah tidak tetap.
Hipotesis diterima.


Rujukan :
Buku:
Chang See Leong et.al. (2007). Focus Excel Physics Form 5. Bangi, Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Foo Seng Teek (2009). SUCCESS Physics SPM Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar
Sdn. Bhd
Lim Ching Chai (2011) XPRESS 2011 SPM Physics. Selangor Darul Ehsan Sasbadi
Sdn. Bhd.
Tho Lai Hoong. (1993). Fizik Revisi Lengkap SPM KBSM. Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Internet:
Chapter 19. SUCCESS Physics SPM Selangor Darul Ehsan Electric Circuits-Grade 11
Ohmic and non-ohmic conductors. Diakses pada 29 Januari 2014, daripada
http://files2.creonto.com/2/pdf/45/21.pdf.
Current, Voltage and Resistance in Series and Parallel Circuits. Diakses pada 28
Januari 2014, daripada http://minerva.union.edu/labrakes/Physics111_Expt3.pdf
Experiment I : Ohm's Law and Not Ohm's Law. Diakses pada 7 Februari 2014,
daripada https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&



Ohms Law. Diakses pada 7 Februari 2014 daripada http://www.passmyexams.co.
uk/GCSE/physics/ohms-law.html
The relationship between electric current and potential difference. Diakses pada 28
Januari 2014 daripada http://icolour.com.my/heraldprinter/Herald%20PO0916_
Hands%20on%20Physics%20Form%205/PB165242%20PEKA%20Pull-Out_24
pp.pdf
cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0CF0QFjAI&url=http%3A%2F%2Fwww2.physics.um
d.edu%2F~eno%2Fteaching%2F276%2Ff07%2Flectures%2FExperiment1_fred.d
oc&ei=lHdOU-r_HY-IrAefsIDgAQ&usg=AFQjCNGRjOAVCPbEXp2VnIFwoID-
cRBllA&bvm=bv.64764171,d.bmk

Anda mungkin juga menyukai