Anda di halaman 1dari 2

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH (JPKN)

PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN

(1) PINTU YANG TERTUTUP MUNGKIN MENYELAMATKAN ANDA

Sesetengah ibubapa beranggapan dengan membiarkan pintu bilik terbuka akan


memudahkan mereka mendengar anak-anak. Tetapi jika berlaku kebakaran pintu
ruang terbuka akan mempercepatkan kemerebakan asap dan api sekali gus
mengurangkan masa dan peluang untuk anda menyelamatkan diri.

(2) KEJUTKAN SEMUA PENGHUNI RUMAH

Jika penggera asap anda berbunyi atau terhidu bau asap jangan siasat punca
kebakaran. Pekik dengan jelas dan kumpulkan semua penghuni rumah di suatu
tempat , ikut rancangan tindakan kebakaran anda dan keluar dari rumah.

(3) APA TINDAKAN ANDA JIKA JALAN KELUAR TERHALANG

Sekiranya jalan keluar terhalang tutup pintu bilik dengan rapat. Asap dan wasap
boleh membunuh dengan cepat. Letakkan tuala atau tilam di sepanjang lubang di
ruang pintu sebagai penghalang. Buka dan berada berdekatan dengan tingkap
supaya anda mudah dilihat oleh anggota bomba.

(4) MENYELAMATKAN DIRI MELALUI TINGKAP

Jika anda berada di tingkat bawah atau tingkat satu anda boleh menyelamatkan diri
melalui tingkap. Jika perlu, pecahkan tingkap dan tutup kaca yang bercerancang
dengan cadar katil yang tebal. Campakkan keluar tilam melalui tingkap, ia boleh
menahan anda dari jatuh, jangan lompat dari tingkap, sebaliknya turun perlahan-
lahan dengan badan mengadap dinding rumah, turun sejauh panjang tangan anda
kemudian jatuhkan diri anda ke tanah.

(5) JIKA ASAP YANG MEMENUHI RUANG RUMAH

Cara yang betul untuk menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama, cuba
merangkak ke lantai menggunakan kedua-dua tangan dan lutut. Kedua, pastikan
kepala anda 30 - 60 cm daripada aras lantai.

(6) BERHENTI, REBAH DAN BERGULING


Sekiranya pakaian anda disambar api jangan panik.
Berhenti dengan serta-merta supaya api tidak merebak.
Rebahkan badan anda ke bawah dan berguling untuk
memadam api.
(7) JANGAN MASUK SEMULA KE DALAM RUMAH

Telefon Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mendail nombor 994 di rumah jiran
atau telefon awam. Jangan berhenti atau kembali semula ke tempat kejadian.

KE ATAS

Anda mungkin juga menyukai