Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN

JIKA ASAP YANG MEMENUHI RUANG RUMAH


Cara yang betul untuk menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama, cuba merangkak ke lantai menggunakan kedua-dua tangan dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30 - 60 cm daripada aras lantai.

JANGAN MASUK SEMULA KE DALAM RUMAH Telefon Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mendail nombor 999 di rumah jiran atau telefon awam. Jangan berhenti atau kembali semula ke tempat kejadian.

APA TINDAKAN ANDA JIKA JALAN KELUAR TERHALANG Sekiranya jalan keluar terhalang tutup pintu bilik dengan rapat. Asap dan wasap boleh membunuh dengan cepat. Letakkan tuala atau tilam di sepanjang lubang di ruang pintu sebagai penghalang. Buka dan berada berdekatan dengan tingkap supaya anda mudah dilihat oleh anggota bomba.

KEJUTKAN SEMUA PENGHUNI RUMAH


Jika penggera asap anda berbunyi atau terhidu bau asap jangan siasat punca kebakaran. Pekik dengan jelas dan kumpulkan semua penghuni rumah di suatu tempat , ikut rancangan tindakan kebakaran anda dan keluar dari rumah.

MENYELAMATKAN DIRI MELALUI TINGKAP


Jika anda berada di tingkat bawah atau tingkat satu anda boleh menyelamatkan diri melalui tingkap. Jika perlu, pecahkan tingkap dan tutup kaca yang bercerancang dengan cadar katil yang tebal. Campakkan keluar tilam melalui tingkap, ia boleh menahan anda dari jatuh, jangan lompat dari tingkap, sebaliknya turun perlahan-lahan dengan badan mengadap dinding rumah, turun sejauh panjang tangan anda kemudian jatuhkan diri anda ke tanah.

PINTU YANG TERTUTUP MUNGKIN MENYELAMATKAN ANDA


Sesetengah ibubapa beranggapan dengan membiarkan pintu bilik terbuka akan memudahkan mereka mendengar anak-anak. Tetapi jika berlaku kebakaran pintu ruang terbuka akan mempercepatkan kemerebakan asap dan api sekali gus mengurangkan masa dan peluang untuk anda menyelamatkan diri.

BERHENTI, REBAH DAN BERGULING Sekiranya pakaian anda disambar api jangan panik. Berhenti dengan sertamerta supaya api tidak merebak. Rebahkan badan anda ke bawah dan berguling untuk memadam api.

Anda mungkin juga menyukai