Anda di halaman 1dari 8

Keselamatan Di Dapur

Berikut ialah beberapa kemalangan biasa dan panduan tentang

bagaimana untuk mengurangkan kejadian yang tidak diingini berlaku di

dapur anda:

Tergelincir dan Terjatuh

 Jika penyediaan makanan anda melibatkan banyak penggorengan,

adalah lebih baik untuk mengasingkan dapur basah dan dapur

kering secara bersebelahan supaya minyak yang tertumpah atau

terpercik hanya terdapat di satu tempat. Kawasan ini seharusnya

mudah dicuci setiap hari untuk mengelakkan minyak terkumpul

dengan banyak dan menjadikan lantai licin.

 Cuba elakkan dari menggunakan jubin licin sebagai lantai. Jubin

seperti ini memang cantik, tetapi agak bahaya. Hanya sedikit

lapisan minyak atau air sabun boleh menjadikannya licin seperti

ais. Jika anda sudahpun mempunyai lantai seperti ini di dapur anda,

1
dapatkan pelapik getah seperti yang selalu digunakan di tandas

awam. Hamparkannya di bahagian lantai yang selalu basah. 

 Jika anda tumpahkan sesuatu di atas lantai, bersihkannya serta-

merta. Sediakan mop untuk tujuan ini dan pastikan ianya dicuci

dengan air sabun serta-merta selepas digunakan untuk

mengelakkan minyak terkumpul dan tersebar ke kawasan lain

apabila ianya digunakan semula.

Elektrik

Berhati-hati dengan peralatan elektrik di dapur; ia boleh menyebabkan

kejutan elektrik atau menyebabkan kebakaran jika tidak diawasi.

 Berhati-hati dengan wayar elektrik. Pastikan tiada bahagian yang

terdedah atau terputus. Jika berlaku kerosakan, tukar wayar itu.

Jangan ambil cara mudah dengan membalut bahagian itu dengan

pita lekat.

 Jangan bebankan litar dengan menyambungkan terlalu banyak plag,

wayar penyambung dan sebagainya. Jika anda memerlukan soket

elektrik tambahan, dapatkan pakar untuk memasangnya.

2
 Jika rumah anda menggunakan pendawaian lama, adalah baik jika

anda mendapatkan seorang yang pakar untuk memeriksa tahap

kapasitinya untuk memastikan ia boleh menanggung keperluan

elektrik daripada peralatan tambahan yang anda gunakan.

 Jangan guna peralatan elektrik berdekatan dengan sinki atau

punca air yang lain. Jika hujung wayar alat itu jatuh ke dalam air,

JANGAN sekali-kali cuba menariknya keluar, walaupun suisnya

telah ditutup. Pertama sekali, tutup punca utama dan kemudian

cabut plag dari soket. Jika anda mempunyai peralatan yang telah

basah, jangan gunakannya sehingga ia telah diperiksa oleh

juruelektrik yang bertauliah.

 Pastikan plag anda padan dengan soket. Jangan cabut pin ketiga

untuk memadankannya dengan soket dua konduktor; ini boleh

menyebabkan kejutan elektrik. Jangan paksa masuk sesuatu plag

ke dalam soket jika ia tidak padan.

3
Bahan Kimia

Anda harus lebih berhati-hati jika anda ada menyimpan bahan kimia di

dapur.

Berikut ialah beberapa isu penting mengenai keselamatan:

 Bahan pencuci longkang, peluntur dan asid kuat adalah berbahaya.

Jangan sekali-kali campurkan bahan-bahan yang berlainan ini

bersama kerana ia boleh menyebabkan letupan atau menghasilkan

gas berbahaya. Pastikan bahan-bahan ini digunakan menurut

panduan yang diberikan, dan pastikan bekasnya ditutup dengan

rapi apabila tidak digunakan.

 Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran bahanapi.

Keracunan monoksida boleh berlaku melalui peralatan gas yang

tidak dipasang dengan sempurna atau yang tidak mempunyai

pengudaraan yang baik. Selalulah periksa peralatan anda secara

profesional. Jangan gunakan briket arang atau yang seumpamanya

untuk memasak atau pemanasan dalaman.

4
 Bahan kimia yang mudah meruap, seperti cecair pencuci, minyak

tanah, minyak petrol dan sebagainya biasanya mudah terbakar,

boleh menyebabkan kebakaran dan letupan dengan mudah, dan

tidak seharusnya disimpan di dapur.

 Racun serangga dan racun tikus adalah berbahaya. Jika ia terkena

tangan anda, cuci dengan segera. Apabila anda menggunakannya,

pastikan tiada bahan makanan yang terdedah berhampiran.

Pastikan ia dijauhkan dari kanak-kanak atau haiwan pelirahaan.

Simpan dengan cermat, dan lebih baik bukan di dapur.

 Jika anda terpaksa menyimpan bahan kimia pencuci dan bahan

beracun yang lain di dapur, simpan di rak bawah daripada rak

makanan supaya jika berlaku kebocoran, bahan ini tidak masuk ke

dalam makanan.

Dapur Gas, Penunu dan Ketuhar

 Pastikan silinder gas anda diletakkan di kawasan yang mempunyai

pengudaraan yang baik untuk mengelakkan pengumpulan gas jika

5
berlaku kebocoran. Cuba elakkan dari menyimpan silinder

tambahan di dapur.

 Dapatkan seorang yang profesional untuk memeriksa sambungan

paip gas anda dari masa ke semasa untuk memastikan ianya kalis

bocor.

 Pastikan peralatan memasak yang diperbuat daripada kaca tidak

dibiarkan di atas dapur. Ia mungkin meletup.

 Padamkan plet pemanas apabila tidak digunakan.

 Menggunakan surat khabar untuk menutup kawasan sekeliling

dapur ialah perkara yang biasa dilakukan di kebanyakan rumah di

Malaysia kerana ia menjimatkan masa daripada terpaksa

membersihkan kesan minyak. Elakkan amalan ini kerana percikan

kecil boleh menyebabkan kebakaran jika ia terjatuh di atas

kertas. Juga pastikan tiada bahan mudah meletup berada

berdekatan dapur.

 Letakkan penutup periuk berdekatan untuk memadamkan api gris –

jangan sekali-kali simbah air ke atas api gris. Selain itu, simpan

6
baking soda berdekatan untuk memadamkan api makanan. Jika

kebakaran berlaku di dalam ketuhar, matikan ketuhar dan tutup

pintunya.

 Gunakan sarung tangan ketuhar, pemegang periuk dan sebagainya

untuk memegang peralatan panas dan bukannya menggunakan tuala

kecil. Ini kerana hujung tuala yang tergantung boleh terbakar jika

terkena api, atau menyebabkan melecur jika ia basah kerana

kelembapan boleh bertukar menjadi stim.

Pisau dan objek tajam yang lain

Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda

mengelakkan kecederaan semasa menggunakan pisau dapur dan objek

tajam yang lain.

 Pastikan pisau anda sentiasa tajam. Pisau yang tajam memudahkan

kerja memotong dan anda menggunakan sedikit sahaja tenaga

untuk melakukannya. Jika pisau anda tumpul, anda terpaksa

menolak dengan kuat untuk memotong, dan jika terpesong sedikit

ia boleh mengenai tangan dan menyebabkan kecederaan.

7
 Jangan masukkan pisau kotor ke dalam alat pencuci pinggan kerana

ia boleh merosakkan hujung pisau. Cuci pisau secara berasingan.

 Jangan letakkan pisau dengan hujungnya menghala ke atas. Hujung

tajam ini sukar kelihatan, dan seseorang mungkin terkena hujung

ini dan menyebabkan kecederaan.

 Apa saja jenis pecahan kaca adalah tajam dan berbahaya.

Bersihkannya dengan cermat, dan pastikan anda tidak

meninggalkan serpihannya pada span pencuci. Jangan buang

pecahan kaca ke dalam beg sampah kerana ia akan menyebabkan

kecederaan kepada orang yang mengangkat beg tersebut.

Bungkuskannya dengan surat khabar lama atau kadbod. Jangan

sekali-kali pecahkan kaca dengan sengaja dan membuangnya ke

dalam beg sampah.

Anda mungkin juga menyukai