Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN KESELAMATAN

1. Gunapakai hiasan yang sesuai untuk mengelak daripada terjadinya kejadian tidak
diingini seperti melecur, terjatuh, terpotong, luka akibat mesin dan banyak lagi. Dapur
bukanlah sebuah taman permainan dan setiap orang perlu berhati-hati dan mengelak
daripada sebarang bahaya.

2. Jangan kelam kabut ataupun berlari semasa berada di kawasan penyediaan makanan
dan kawasan memasak. Anda tidak perlu kelam kabut demi menjimatkan beberapa
saat dan sebaliknya membuang masa di hospital sekiranya terjadi perkara yang tidak
diingini.

3. Pastikan kesemua ahli kumpulan memahami cara yang betul untuk menggunakan
peralatan dan perkakas dapur. Baca arahan dan pastikan barangan elektrik selamat
untuk diguna. Gunakan mana mana peralatan hanya untuk tujuan asalnya sahaja.

4. Jangan biarkan makanan masak di dapur tanpa perhatian. Makanan boleh beralih dari
peringkat masak, ke hangus, ke terbakar dalam sekelip mata. Tanpa disedari, kejadian
tidak diingini mungkin tercetus.

5. Matikan gas ketika tidak menggunakan dapur memasak. Pengguna lain mungkin tidak
sedar bahawa dapur gas masih menyala. Api yang menyala boleh menyebabkan
kemalangan.

6. Jangan letakkan objek tajam atau panas di bucu yang tidak mudah kelihatan. Ahli
kumpulan yang sedang sibuk mungkin tidak sedar akan bahaya tersembunyi seperti
tersebut. Simpan objek tajam di suatu sudut yang selamat agar kesemua ahli
kumpulan akan lebih berjaga-jaga.

7. Terdapat pemadam api di hadapan dan belakang dewan. Pada masa yang sama juga,
anda perlu mengetahui cara-cara untuk menguruskan sebarang kejadian kebakaran
elektrik atau gris. Padamkan api dengan menghentikan sumber oksigen dengan
menggunakan penutup periuk, serbuk atau garam bukannya air.

8. Jangan sesekali letakkan beban berlebihan pada soket. Demi keselamatan, lebih baik
anda hanya menggunakan satu plag untuk satu lubang soket. Walaupun anda
menggunakan apa-apa penyambung tambahan (adapter) dan pastikan padanya
terdapat fius. Jangan sesekali melebihi beban dengan yang telah ditetapkan padanya
seperti yang tertera di peralatan tersebut.

9. Sentiasa memerhatikan keadaan plag dan soket anda samaada terbakar, cair atau
rosak. Jika berlaku sedemikian, maklum kepada urusetia dengan kadar segera.

10. Pastikan wayar peralatan elektrik anda tidak melalui atau merentasi di atas sebarang
alat pemanas.

11. Elakkan percampuran bahan cecair dengan elektrik. Sentuh alat elektrik apabila
tangan anda benar-benar kering. Dan, pastikan Cerek Elektrik anda benar-benar OFF
apabila hendak menambahkan air didalamnya.
12. Peti Pertolongan Kecemasan telah disediakan. Sekiranya terjadi sebarang kejadian,
pastikan anda tidak panic dan bersedia untuk menghadapi kes seperti luka kecil. Peti
pertolongan kecemasan mengandungi bekal yang mencukupi.

13. Semasa berada di dapur, pastikan anda memakai kasut tertutup ataupun kasut
keselamatanuntuk melindungi kaki anda.

14. Sekiranya loceng kecemasan berbunyi, sila tinggalkan dewan dalam keadaan teratur
dan bergerak ke padang sekolah. Guru pengiring perlu membuat roll-call untuk
memastikan tiada murid yang terabai semasa pergerakan murid ke tempat berkumpul.

15. Hubungi urusetia bagi sebarang pertanyaan tambahan atau kemalangan yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai