Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Berkuat kuasa mulai Jun 2011

1
PENDAHULUAN

BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar
PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program ini
direalisasikan dalam 3 peringkat yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-aktiviti
yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui
penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan
guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang
tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan
sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang
berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras
dengan hasrat negara”. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan
bahawa “… guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan peranan amat penting
dalam melahirkan modal insan yang terbaik.

1.0 RASIONAL
Program Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai
kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG


Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :
 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

2
 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.
 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan
penampilan diri yang sesuai.
 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.
 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
 Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

 menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG.
 menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan;
 mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran,
perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru;
 menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran
prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan
 mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.

5. 0 PELAKSANAAN BIG PPG


Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Peringkat 1
,iaitu aktiviti di IPG dan perkhemahan 3 H 2 M yang dilaksanakan pada semester dua hingga tiga dan diikuti dengan
aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Peringkat 2 dan 3 . Aktiviti yang dijalankan ialah
perkhemahan , ceramah, seminar, bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan kembara sosial .

3
5.1 Struktur Pelaksanaan BIG PPG
Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Jumlah
Bil Program / Aktiviti
S2 S3 S4 S5 S6 Jam

1 Aktiviti di IPG X 5

2 Perkhemahan 1 X 40
X X X
3 Kursus / bengkel / seminar / kajian kes 12
(3) (3) (6)
4 Perkhemahan 2 X 35
X X
5 Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial 14
(7) (7)
X
6 Lawatan “bench-marking” 14
(7+7)
JUMLAH JAM 120

5.2 Domain Kandungan Kurikulum BIG PPG


Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan berasaskan
kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan
insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan
budaya IPG.

Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:


A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan
 Mengamalkan tingkah laku terpuji.
 Mempunyai kemantapan jati diri.
 Menghayati disiplin diri yang tinggi.
 Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti


 Pembelajaran sepanjang hayat.
 Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu.
 Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building).
4
 Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.
 Pembinaan Pasukan.
 Perkongsian misi dan visi.
 Kejelikitan berpasukan secara strategik
 Hidup Berbakti.
 Kerja sebagai ibadat
 Kesanggupan dan keikhlasan bekerja
 Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C. Berakauntabiliti dan Amanah


 Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat.
 Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran.
 Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan.
 Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE))
 Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.

D. Berdaya Tahan Yang Tinggi


 Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan.
 Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang.
 Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi
 Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah

E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa


 Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan
 Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka
 Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana.
 Bijak menyelesaikan masalah
 Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan

F. Kreatif dan Inovatif


 Kesediaan menerima idea dan teknologi baru
 Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan
kecemerlangan.
 Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global.
 Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik.
 Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri
5
6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Objektif pentaksiran
 Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah
 Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan
 Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan
 Menilai amalan nilai – nilai keguruan di kalangan pelajar
 Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post
ujian personaliti
 Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada

Bentuk pentaksiran
 Rujukan Kriteria
 Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan
berdasarkan maklumat yang diperoleh.
 Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG.

Instrumen pentaksiran
Pentaksiran kursus BIG PPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan,
portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Komponen Pentaksiran Wajaran


Portfolio 50%

Rakaman 40%

Refleksi Kendiri 10%

Jumlah 100%

7.0 KRITERIA PENTAKSIRAN


 Dilaksanakan melalui penilaian formatif
 kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred
 bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil:
 Portfolio
6
 Rakaman
 Refleksi kendiri

8.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN ( 100 Markah )


8.1 Portfolio Individu ( 50 markah )
8.1.1. Arahan Penyediaan Portfolio
 Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan
 Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung
 Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

8.1.2. Format Portfolio dan Isi kandungan


 Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:
 Nama Institut
 Tajuk program
 Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG
 Lokasi pelaksanaan
 Nama pelajar dan ahli kumpulan
 Gambar pelajar dan ahli kumpulan
 Nama Mentor

 Isi Kandungan Folio


 Maklumat diri pelajar PPG
 Isi Kandungan
 Kertas kerja perkhemahan
 Surat panggilan mesyuarat
 Minit mesyuarat perkhemahan
 Agihan tugas dan jawatankuasa
 Jadual perkhemahan
 Senarai nama pelajar / peserta perkhemahan
 Surat kebenaran waris
 Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital
dan sebagainya )
 Keputusan pertandingan ( jika ada )
 Laporan kewangan
 Laporan perkhemahan
7
 Lampiran
- Brosur perkhemahan
- Gambar ( statik )
- Dan bahan-bahan lain yang berkaitan

8.2. Rakaman Audio / Video ( 40 markah )


8.2.1. Arahan Penyediaan Rakaman
 Rakaman dilaksanakan secara individu
 Pelajar membuat rakaman ( audio / video ) apa yang dialami dan dipelajari sepanjang
program
 Diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG
 Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini.
 Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit sahaja.

8.2.2. Format Rakaman


 Penerbitan CD / DVD
 Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.
 Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti
Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya.
 Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD.
 Rakaman hendaklah mempunyai ' cd cover "
 Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan
rakaman.
 Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang
menyokong perisian Windows atau Apple.

8.3. Refleksi Kendiri ( 10 Markah )


8.3.1. Arahan Penyediaan Refleksi Kendiri
 Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah
dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.
8.3.2. Format Penulisan Refleksi Kendiri

8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG

8
PERINGKAT PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH JUMLAH WAJARAN
1. Perkhemahan 1  Portfolio 50 % 100 % 35%
 Rakam 40 %
an 10 %
 Penilaia
n Kendiri

2. Kursus / bengkel /  Laporan 50 % 100 % 50%


seminar / kajian kes  Rakaman 40 %
 Penilaian Kendiri 10 %
3. Aktiviti Kemasyarakatan / 50 % 100 % 15%
Kembara Sosial  Laporan 40 %
 Rakaman 10 %
Lawatan “bench-marking”
 Penilaian Kendiri

JUMLAH PERATUS WAJARAN 100 %


8.6 Tindakan Susulan
Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut:
 Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya – membantu dari segi perkongsian maklumat diri
 Kaunselor – mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan
 Mentor – memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing
 Pensyarah-pensyarah – mengikut keperluan.

9
9.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG PERINGKAT 1
9.1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Perkhemahan :

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH


1. Kandungan  Menyusun maklumat mengikut  Kandungan portfolio ditulis Penulisan portfolio 30
Portfolio format yang telah ditetapkan bertepatan dengan format yang  Kandungan
 menguasai kemahiran membuat ditetapkan  Pra perancangan
 Perancangan pengurusan secara strategik  Menyediakan kertas cadangan - JK pelaksana
(Sebelum aktiviti ) (strategic planning (4W1H) - Peranan JK
management) - Nama aktiviti - Objektif
 mengaplikasikan analisis 4W1H - Bila, di mana, siapa yang terlibat - Latar belakang
untuk menjana strategi. dan bagaimana dilaksanakan pelajar
 Melatih diri membuat - Bentuk JK Kerja dan spesifikasi - Demografi
rundingcara secara profesional tugas. pelajar
 menguasai kemahiran - Memberi penjelasan, kefahaman  Kertas cadangan
membuat keputusan dan tentang objektif program. - 4W1H
menghargai keputusan secara - Membina plan kerja. - Jadual kerja
musyawarah  Menentukan lokasi program - Kewangan
- Mendapatkan mandat / maklumat  Laporan reflektif
program dari pihak-pihak - Analisis SWOT
berkaitan.  Maklum balas
 Pihak atau agensi yang berkaitan pelajar ( Penilaian
dengan program. kendiri )
 Menyediakan kertas cadangan yang
lengkap  Surat memohon
 Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan kebenaran melalui KJ
agihan kerja. HEP
 Menyediakan jadual program yang  Surat kebenaran
lengkap untuk edaran semua JK dan daripada agensi
 Semasa pihak-pihak yang terlibat. berkaitan
Program  Melaksanakan taklimat awal
dilaksanakan program kepada semua ahli yang
terlibat.
 Menyatakan tarikh dan masa
pergerakan ke lokasi program.
 Melaksanakan semua tugasan dalam
bidang kuasa yang telah ditetapkan.  Jadual kerja
 Berhubung dengan pihak
bertanggungjawab jika berlaku
sesuatu masalah .
Selepas program  Menyelaras semua kerja mengikut
10
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
 Semua JK Kerja bertindak dan keperluan semasa.
Catatan: melaksanakan tanggungjawab  Membantu JK-JK lain melicinkan
Kandungan () mengikut bidang dan spesifikasi program.
kerja yang telah ditetapkan  Melaksanakan semua aktiviti yang  Laporan reflektif
 mengetahui sistem sosial telah dirancangkan mengikut jadual.  Salinan surat
masyarakat dilampirkan
 menguasi kemahiran membuat  Mesyuarat akhir / post mortem.  Sisipkan lampiran
keputusan dan menghargai  Menyediakan laporan reflektif untuk berkaitan
keputusan secara musyawarah. dihantar kepada Mentor.
 Mengembalikan semua barang dan
peralatan pinjaman.
 Menghantar surat penghargaan
terima kasih kepada agensi luar yang
terlibat.
 membuat penilaian dan refleksi
diri tentang menghadapi
perubahan dalam bidang
perguruan.
 Membuat penilaian program dan
membuat refleksi.
 Dapat membuat penilaian dan
refleksi diri tentang menghadapi
perubahan dalam bidang
perguruan.

2. Kreativiti  Penyampaian / persembahan  Persembahan menarik dan  Penulisan portfolio


menarik dan kreatif menunjukkan kreativiti ke arah dan lampiran
memenuhi keperluan format yang - Bahan-bahan
ditetapkan bukti
3. Kekemasan  Portfolio tersusun kemas  Penulisan portfolio tersusun dengan  Penulisan portfolio
mengikut format kemas mengikut format dan lampiran

Laporan  Kebolehan pelajar PPG  Ulasan dapat menjelaskan pemikiran  Penulisan portfolio 20
Aktiviti Perkhemahan menghubungkan pengalaman reflektif yang terhasil daripada  Analisis SWOT:
sedia ada dengan pengalaman program BIG PPG - kekuatan
baru  Setiap pelajar dikehendaki - kelemahan
 Kesedaran / pembelajaran baru menyediakan satu laporan reflektif - peluang
diperolehi daripada pengalaman berkaitan ceramah/bengkel/seminar - ancaman
 Membuat refleksi kendiri yang dilaksanakan. Panjang laporan
sebagai wahana pembangunan adalah antara 1000 – 1500 patah
diri dan profesionalisme perkataan
11
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
keguruan
 Ulasan kendiri menunjukkan
pemikiran reflektif, matang dan
mendalam dengan
memasukkan analisis SWOT

Portfolio : 50%

9.2 Spesifikasi Rakaman


ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Audio  Kebolehan pelajar PPG  Penggunaan audio yang sesuai  Penerbitan CD / 10
menghubungkan pengalaman ( lagu, kesan bunyi dan rakaman DVD
sedia ada dengan pengalaman suara ).  Penggunaan fail-fail
baru  Kesan bunyi yang digunakan sesuai MP3,MP4, FLV,
 Kesedaran / pembelajaran baru  Muzik latar tidak menghilangkan WMP dan
diperolehi daripada pengalaman fokus persembahan sebagainya dalam
.  Skrip persembahan sesuai dan penerbitan.
bertepatan dengan video/gambar
yang dipaparkan
Video  Kebolehan pelajar PPG  Kualiti video yang digunakan  Penerbitan CD / 30
menghubungkan pengalaman sesuai, jelas dan tidak kabur DVD
sedia ada dengan pengalaman  Penggunaan sudut penggambaran  Penggunaan fail-fail
baru sesuai dengan fokus utama. MP3,MP4, FLV,
 Kesedaran / pembelajaran baru  Pemilihan warna yang kontras dan WMP dan
diperolehi daripada pengalaman sesuai. (Contrast). sebagainya dalam
penerbitan.
 Susunletak Grafik (Alignment).
 Persembahan yang harmonis
(Simplicity).
 Penjajaran (Proximity).
 Penekanan fokus (Emphasis).
 Ketekalan warna, font,
latarbelakang, dsb (Repetition).
Rakaman : 40%

12
9.3 Refleksi Kendiri
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Refleksi Kendiri  Kesan pengalaman baru  Ulasan dapat menunjukkan  Sesi refleksi
sebelum, semasa dan terhadap perlakuan / peningkatan nilai dan kemahiran diri
selepas perkembangan diri sebagai seorang insan guru daripada
perkhemahan  Kesedaran tentang kekuatan keseluruhan aktiviti BIG PPG
dan kelemahan diri 10
 Kesedaran tentang manfaat
yang diperolehi daripada
penyertaan dalam program BIG
PPG

Refleksi Kendiri : 10%

13
10. RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN FASA 1

10.1 Rubrik Pemarkahan Portfolio

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang Sederhana Lemah
1. KANDUNGAN 8 – 10 Markah 5- 7 Markah 0 - 4 Markah
( 10 )
 Dapat mempamerkan kandungan  Kurang dapat mempamerkan  Tidak dapat mempamerkan
portfolio bertepatan dengan kandungan portfolio bertepatan kandungan portfolio bertepatan
format yang ditetapkan dengan format yang ditetapkan dengan format yang ditetapkan

2. KREATIVITI 8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah


( 10 )

 Berjaya menghasilkan penulisan  Kurang berjaya menghasilkan  Tidak berjaya menghasilkan


yang menarik dan kreatif ke arah penulisan yang menarik dan penulisan menarik dan kreatif ke
memenuhi keperluan format yang kreatif ke arah memenuhi arah memenuhi keperluan format
ditetapkan keperluan format yang yang ditetapkan
ditetapkan

3. KEKEMASAN 8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah


( 10 )
 Berjaya menghasilkan penulisan
folio tersusun dengan kemas  Kurang berjaya menghasilkan  Tidak berjaya menghasilkan
mengikut format penulisan folio tersusun dengan penulisan folio tersusun dengan
kemas mengikut format kemas mengikut format

 Berjaya mempamerkan penulisan  Kurang berjaya mempamerkan  Tidak berjaya mempamerkan


yang jelas ke arah pemikiran penulisan yang jelas ke arah penulisan yang jelas ke arah
reflektif pemikiran reflektif pemikiran reflektif

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang Sederhana Lemah
LAPORAN ( 20 ) 16 - 20 Markah 10 - 15 Markah 0 - 9 Markah
 Berjaya mempamerkan penulisan  Kurang berjaya mempamerkan  Tidak berjaya mempamerkan
yang jelas ke arah pemikiran penulisan yang jelas ke arah penulisan yang jelas ke arah
reflektif pemikiran reflektif pemikiran reflektif

14
10.3 Rubrik Rakaman

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang Sederhana Lemah
Audio ( 10 ) 8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah
 Dapat menggunakan elemen  Audio yang digunakan kurang tepat dan  Pemilihan audio / muzik latar
audio dalam persembahan mengganggu persembahan yang tidak bersesuaian dengan
dengan baik sesuai dengan  Audio terlalu kuat / terlalu perlahan dan persembahan
gambar dalam skrip menjejaskan persembahan  Audio telah menghilangkan fokus
persembahan  Skrip baik tetapi kurang tepat. persembahan
 Pemilihan audio / muzik latar  Skrip persembahan tidak kemas
yang tepat dan sesuai dan tidak bertepatan dengan
 Skrip sesuai dan bertepatan video atau gambar

Video ( 30 ) INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang Sederhana Lemah
24 - 30 Markah 12 - 23 Markah 0 - 11 Markah
 Menggunakan elemen  Video yang digunakan kabur dan  Video kabur dan muzik latar yang
CASPER sepenuhnya dalam urutan story board tidak menentu. tidak menentu.
penerbitan  Muzik latar dan suara latar kurang  Gagal mengekalkan maklumat dan
 Video terang dan jelas. sesuai dengan persembahan fokus penerbitan
 Muzik latar dan suara latar  Unsur kesinambungan video kurang  Skrip dan muzik latar mengganggu
sesuai dengan persembahan. diberi perhatian. persembahan .
 Tiada gangguan penerbitan  Penggunaan subtitile / penerangan  Tidak ada subtitile / penerangan
 Objektif dan fokus penerbitan yang sesuai.
baik tidak menggangu
persembahan.
 Ada subtitile / keterangan
video yang jelas bagi setiap
scene.

10.4 Refleksi Kendiri

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


ASPEK YANG DINILAI
Cemerlang Sederhana Lemah
8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah
 Berjaya mempamerkan  Kurang berjaya mempamerkan  Tidak berjaya mempamerkan
penulisan yang jelas ke arah penulisan yang jelas ke arah pemikiran penulisan yang jelas ke arah
pemikiran reflektif reflektif pemikiran reflektif

15
Agihan Markah :
 Portfolio - 50%
 Rakaman - 40%
 Refleksi Kendiri - 10%

Jumlah Markah Keseluruhan : Portfolio + Rakaman + Refleksi Kendiri


50% + 40% + 10% = 100%

PELAN KONTIGENSI

Unit Ko-Kurikulum perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi
menghadapi kemungkinan luar jangka.

11.0 SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH

 Semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) WAJIB terlibat dengan aktiviti BIG PPG sebagai
satu syarat bagi melayakkan mereka dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.
 Pelajar yang gagal / tidak melaksanakan program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG.

11.1 Pelajar Gagal:


Pelajar dianggap gagal:
 Tidak melaksanakan aktiviti pada setiap peringkat BIG PPG
 Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus

11.2 Pelajar Mengulang / tangguh:


 Pelajar yang tidak melaksanakan keseluruhan / sebahagian aktiviti BIG PPG
 Kehadiran 100% dan melaksanakan semua aktiviti BIG PPG
 Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus.
 Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred

16
12. 0 KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN

 Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua
peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan.
 Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG
dilaksanakan.
 Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.
 Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk
mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG.
 Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.
 Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai
dokumen sulit kepada institut barunya.
 Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum
 Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan.
 Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Unit Ko-Kurikulum.
 Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal

13.0 BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG


 Lampiran A ( Borang Individu – Fortfolio, Rakaman dan Refleksi Kendiri )
 Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )

17
SENARAI PANEL PENGGUBAL BINA INSAN GURU (BIG PPG) FASA 1

1. Pn Hjh Dr Noriati bt Abd Rashid - Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPGM

2. En. Baharuddin bin Abd. Latiff - Pusat Perkembangan Akademik IPGM

3. En. Ahmad Sukri bin Mustaffa - IPG Kampus Darulaman

4. En. Hishamuddin bin Hassan - IPG Kampus Temenggong Ibrahim

5. En. Mohamad Hafedz bin Salleh - IPG Kampus Darulaman

6. Tn.Hj Norhizan bin Zainol - IPG Kampus Temenggong Ibrahim

7. Tn.Hj Ruslan bin Saad - IPG Kampus Sultan Abdul Halim

8. Tn.Hj Alias bin Md Isa ( Penyelaras ) - Pusat Perkembangan Akademik IPGM

18
19
20

Anda mungkin juga menyukai