Anda di halaman 1dari 2

Rumusan

Kurikulum

sekolah

Malaysia

mendukung

matlamat

keramat

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada


aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ia juga telah mengilustrasikan hasrat negara untuk mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Dengan ini,
transformasi KBSR kepada KSSR mulai tahun 2011 yang mementingkan diharapkan
mampu memenuhi hasrat negara untuk membangunkan modal insan yang ulul albab.
Guru sebagai agen transformasi negara telah memainkan peranan yang penting
untuk merealisasikan kehendak negara Malaysia. Dalam usaha ini, Falsafah Pendidikan
Guru telah menjadi paksi tunjang kepada warga pendidik untuk membina kekuatan diri
dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan
bermasyarakat agar dapat melahirkan generasi muda yang seimbang dan boleh
menyumbang kepada masyarakat secara positif dan konstruktif untuk membawa
kemakmuran kepada negara serta mengiringi negara mengorak langkah ke persada
global.
Guru masa dulu menumpukan tugasnya dalam penyampaian ilmu pengetahuan
kepada murid-murid, namun kini, guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah supaya dapat melahirkan modal insan holistik. Demi menyahut era globalisasi
dan mengejar arus perubahan zaman sains dan teknologi, aplikasi ICT dan pendidikan
futuristik juga haruslah dititikberatkan oleh guru-guru sekarang supaya dapat
meningkatkan keberkesanan proses P&P dan memperkasakan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan murid. Kemahiran penaakulan dan
kemahiran insaniah juga perlu dipentingkan dalam kalangan murid supaya dapat
membentuk modal insan yang celik akal, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, pandai
bersosial, berkepimpinan dan mampu bersaing di persada global.
Pembelajaran sepanjang hayat dan budaya juga harus dipupuk oleh guru dalam
kalangan murid supaya dapat membudayakan ilmu dan membuka mata terhadap isu-isu
global semasa untuk membentuk insan yang berintelek tinggi dan cerdik kerana
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya! Tidak ketinggalan juga, guru juga seyogianya

menggunakan pendekatan P&P yang melibatkan interaksi dua atau lebih hala seperti
strategi pemusatan murid untuk meningkatkan keupayaan pemikiran murid-murid ketika
proses pertukaran idea dan perbincangan dengan guru dan rakan-rakan serta
membantu memupuk masyarakat yang mempunyai sifat kepimpinan bercirikan
demokratik. Lebih-lebih lagi, guru-guru juga haruslah memupuk nilai perpaduan,
patriotisme dan penghayatan warisan kebangsaan di sekolah melalui proses P&P
supaya masyarakat majmuk yang harmoni dan aman dapat terbentuk. Maka , negara
kita akan menuju ke arah kemakmuran kerana Perpaduan Teras Kejayaan manakala
Jati Diri Penggerak Wawasan.
Pendek

kata,

guru

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

usaha

memperkembangkan potensi individu secara holistik demi memenuhi kehendak dan


matlamat KSSR berdasarkan FPK dan FPG agar modal insan yang dilahirkan kelak
mampu menyahut cabaran globalisasi dan bersaing di arena dunia supaya negara kita
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

Anda mungkin juga menyukai