Anda di halaman 1dari 5

Pertandingan Melukis

Tarikh penyertaan : 25 Mac 2015


Tarikh penyerahan : 25 April 2015
Hanya terbuka kepada pelajar-palajar yang tinggal
di PPR Seri Pantai, PPR Kg Limau, PPR Pantai Ria,
PPR Chempaka dan Kg Dato Tatah sahaja

Kategori

Sekolah Rendah : 10-12 tahun


Sekolah Menengah : 13-17 tahun

Hadiah

Kategori Sekolah Rendah


Tempat Pertama-RM750
Tempat Kedua-RM500
Tempat Ketiga-RM250

Kategori Sekolah Menengah


Tempat Pertama-RM1000
Tempat Kedua-RM750
Tempat Ketiga-RM500
Kepada sesiapa yang berminat sila ke Pusat Informasi Awam. P2STP
untuk mendapat borang dan syarat-syarat penyertaan.
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Cik Hazyra, 012-9151 233 atau
layari laman web kami di www.pantai2stp.com.my

PERADUAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER


LOJI KUMBAHAN PANTAI 2 (P2STP) DENGAN TEMA
TRANSFORMASI HIJAU LEMBAH PANTAI MELALUI
PROJEK P2STP .
25 Mac 31 Mei 2015
___________________________________________________________________________

A. PENGENALAN
Pihak P2STP bagi tahun 2015 akan mengadakan peraduan melukis poster dan
membuka pertandingan ini kepada penuntut-penuntut sekolah yang tinggal di alamat
PPR Chempaka, PPR Kg Limau, PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai dan Kg Dato
Tatah.
Peraduan melukis ini terbuka hanya kepada penuntut-penuntut yang tinggal di PPR
seperti yang tertera di atas.
Pengumuman peraduan dan pertandingan akan bermula pada 25 Mac 2015 dan hasil
lukisan yang siap perlu dikembalikan ke Pusat Sumber Info, P2STP sebelum hari
Sabtu, 25 April 2015 jam 1 tengahari.
Nama para pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2015.

B. TEMA
Tema peraduan melukis ini adalah 'Transformasi Hijau Lembah Pantai Melalui
Projek P2STP'.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Kriteria Teknologi Hijau


Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi
kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk
semua hidupan;
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang
boleh diperbaharui.

C. PERADUAN MELUKIS
SAIZ LUKISAN
Saiz lukisan adalah seperti berikut : Lukisan Bersaiz A3
KATEGORI
Hanya penuntut pada tahap seperti di bawah boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan melukis ini.
i.
ii.

KATEGORI 1 : Pelajar Sekolah Rendah (Darjah 4-6 )


KATEGORI 2 : Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)

SYARAT-SYARAT PERADUAN
Syarat-syarat peraduan melukis adalah seperti berikut:i.
Peserta bebas menggunakan apa-apa jenis peralatan dan bahan pewarna;
ii.
Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan;
iii.
Lukisan dan idea lukisan dan poster hendaklah hasil ciptaan sendiri;
iv.
Lukisan dan poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran A3;
v.
Peserta boleh memilih untuk menghasilkan poster dalam bahasa melayu atau
bahasa inggeris;
vi.
Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam satu lukisan;
vii.
Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syaratsyarat yang telah ditetapkan;
viii.
Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan
yang lengkap. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang lukisan
dan poster; dan
ix.
Tidak ada yuran penyertaan akan dikenakan.
x.
Dengan menyertai peraduan ini, bererti peserta dengan sendirinya memberi
hak / kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan mana-mana hasil seni
atau imej hasil seni yang ikut penyertaan bagi tujuan pameran, penerbitan dan
promosi tanpa memberikan pambayaran / royalty kepada peserta.
xi.
Ke-semua karya seni yang di hantar akan menjadi milik penganjur.
xii.
xii. Jawatankuasa penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan
karya seni yang dihantar untuk dipertandingkan di sepanjang penyimpanan.

PENGHAKIMAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hakim-hakim peraduan melukis dan melukis poster akan dilantik oleh


Jawatankuasa Kerja Komunikasi P2STP.
Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati kehendak
peraduan sebelum ianya dihakimkan.
Keputusan akan dimaklumkan kepada pemenang oleh pihak penganjur.
Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
Nama pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2015.

KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Memahami Tema
Peserta amat faham tema 'transformasi hijau', 'mesra-eko' dan menerapkan
tema itu ke dalam hasil lukisan.
Contoh aplikasi hijau yang digunapakai di Loji Kumbahan P2 (P2STP) adalah
pengunaan sistem tenaga solar, teknologi penuaian air hujan, pengunaan biogas dari
hasil kumbahan untuk menjana tenaga elektrik, sistem pengunaan kitar semula efluen
bagi tujuan menyiram pokok/penyaman udara serta pengunaan cahaya semulajadi
melalui rekaan bumbung akuatik .
2. Memahami Dan Menggunakan Kesan Seni
Peserta memahami dan menggunakan elemen kesenian dari segi bentuk, garisan,
komposisi dan warna untuk menghidupkan tema 'transformasi hijau'.
3. Kreativiti
Peserta menunjukkan kreativiti dari segi cara persembahan, menggunakan idea yang
asli dan menarik, serta menunjukkan kajian dari segi menggunakan elemen-elemen
mesra-eko atau teknologi hijau di dalam komposisi lukisan.
4. Hasil Kesenian
Peserta menghasilkan satu lukisan dan mempersembahkannya secara profesional.
Tanpa ada kesan koyak atau kerosakan pada kertas serta tidak kotor dengan kesankesan yang mencacatkan hasil karya mereka.

HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah bagi peraduan melukis ini adalah berbentuk wang tunai dan trofi yang
akan disediakan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Komunikasi P2STP.

KATEGORI 1 : Pelajar Sekolah Rendah (Darjah 4-6)


Pertama:
RM 750
Kedua:
RM 500
Ketiga:
RM 250
KATEGORI 2 : Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
Pertama:
RM 1000
Kedua:
RM 750
Ketiga:
RM 500

BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan peraduan ini boleh diperolehi di
Pusat Sumber Info P2STP.
Maklumat lanjut mengenai transformasi hijau serta aplikasi teknologi hijau yang di
guna pakai di dalam projek P2STP boleh di dapati di laman web P2STP pada alamat :
www.pantai2stp.com.my

Anda mungkin juga menyukai