Anda di halaman 1dari 10

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Praktikal 5: Litar Elektrik Hasil pembelajaran : Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari. Penyata masalah : Apakah kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan ltar selari? Hipotesis Pembolehubah a) Dimalarkan b) Dimanipulasi : Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I. : : Bateri : Pemasangan mentol berfilamen/ Perintang

c) Bergerak balas : Kecerahan mentol filamen Teori : Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R).

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi tiap-tiap cabang lintasan. IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, 1/RT = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3. Arus, I yang menerusi setiap perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai R. (I 1/R).

Rajah 1 Bahan dan radas : Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter, voltmeter, mentol filamen

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang ringkas Prosedur:

Rajah 2 1. Dua litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa wayar berpenebat dan dua mentol filamen untuk setiap litar. 2. Semua wayar disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammater dan voltmeter disambung dalam kedua-dua litar tersebut. Bina satu jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. 4. Satu mentol filamen dilonggarkan dalam setiap litar. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan direkod bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter. 5. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar A secara bersiri. Semua mentol filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod. 6. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar B secara selari. Semua mentol filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod.

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Keputusan : Litar A : Litar Bersiri 2 mentol Litar B : Litar Selari 2 mentol Keadaan 1 Litar A B I,A 0.18 0.4 V,V 3.2 2.8 Kecerahan Malap Cerah

Keadaan 2 Litar A + 1 mentol dilonggarkan B + 1 mentol dilonggarkan 0.24 3.1 Mentol bernyala tetapi kurang cerah daripada sebelum 1 mentol dilonggarkan I,A 0 V,V 3.9 Kecerahan Mentol tidak bernyala

Keadaan 3 Litar A + 1 mentol I,A 0.14 V,V 3.4 Kecerahan Lebih malap daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih malap daripada litar B + 1 mentol B + 1 mentol 0.58 2.1 Lebih cerah daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih cerah daripada litar A + 1 mentol

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Mastery Of Knowledge And Skills Question: 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu daripada mentol filamen terbakar? Terangkan. Keadaan ini sama dengan keadaan 2 iaitu apabila salah satu mentol dilonggarkan. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya.

2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar selari apabila satu mentol filamen terbakar? Terangkan. Merujuk kepada keputusan eksperimen, mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi kecerahannya berkurang. Ini kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh melaluinya kerana untuk litar selari tersebut, arus terbahagi kepada dua dan mengalir mengikut lintasan mentol masingmasing. Mentol yang terbakar tidak akan mempengaruhi laluan arus. Kecerahan 1 mentol berkurang berbanding 2 mentol kerana rintangan bertambah, maka arus yang mengalir berkurang. Ini menyebabkan kecerahan mentol turut berkurang.

3. Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol filamen. Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut dipengaruhi dengan cara kamu menyambung litar secara bersiri atau selari? Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang. Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

4. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan. Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang dan sama nyalaan.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar selari apabila satu mentol filamen lain disambung secara selari padanya? Terangkan. Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

Aktiviti 2: Membina gabungan litar selari dan bersiri Prosedur:

Rajah 3 1. Litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina menggunakan satu pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan tiga biji mentol filamen. 2. Suis disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk menyukat arus dan beza keupayaan setiap mentol filamen. Satu jadual yang sesuai dibina untuk merekod bacaan.

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

4. Mentol filamen 1 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod. 5. Mentol filamen 2 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod. Keputusan: Keadaan 1 Mentol 1 2 Nyalaan mentol Mentol menyala dengan terang Nyalaan mentol malap dan kadar kecerahannya sama dengan kecerahan mentol 3 3 Nyalaan mentol malap dan kadar kecerahannya sama dengan kecerahan mentol 2 0.1 0.5 I, A 0.24 0.1 V, V 2.0 0.2

Keadaan 2 (Mentol 1 dikeluarkan) Mentol 2 dan 3 Nyalaan mentol Lebih cerah berbanding sebelum mentol 1 dibuang dan kecerahan mentol 2 dan 3 sama I, A 0.24 V, V 2.0

Keadaan 3 (Mentol 2 dikeluarkan) Mentol 1 dan 3 Nyalaan mentol Lebih malap berbanding sebelum mentol 3 dibuang dan kecerahan mentol 1 dan 3 sama I, A 0.1 V, V 0.2

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Keadaan 1

Keadaan 2

Keadaan 3

Mastery Of Knowledge And Skills Question: 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 1 dikeluarkan? Terangkan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana, apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari (rujuk rajah 3) . Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang. Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir, semakin cerah mentol.

2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 2 dikeluarkan? Terangkan.

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

- Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V berkurang. Ini kerana, apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan sebelum mentol 2 dikeluarkan. - Mentol 3 sama kecerahannya dengan mentol 1. Ini kerana, sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari. Arus yang mengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 menjadi bersiri dengan mentol 1. Arus yang mengalir pada kedua-dua mentol adalah sama. Maka, kecerahan untuk kedua-dua mentol adalah sama. (rujuk rajah 3)

3. Apakah litar yang sesuai digunakan di dalam rumah? Litar bersiri atau selari? Terangkan alasan anda. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Kelebihan litar selari ialah:Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan. Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/ beza keupayaan. Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara kelemahan litar bersiri ialah:Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan lain. Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.

Kesimpulan: Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

SCE3105 PHYSICS IN CONTEXT

Rujukan : Anonymous, Advantages of Parallel Circuits, http://www.gcse.com/circ6a.htm (23/4/2011) Anonymous, Lesson 9: Series circuits, http://www.furryelephant.com/content/electric ity/series-circuits/ (23/4/2011) Lim, Lim & Toh. (2005). Fizik SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai