Anda di halaman 1dari 11

http://cikgumadrid.blogspot.

com

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 18000 Kuala Krai, Kelantan

NAMA NO. I/C ANGKA GILIRAN KURSUS

: MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI : 891207-03-5203 : 2010211310030 : PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010

NAMA PENSYARAH : USTAZAH KAMARIAH BT. HUSSIN TARIKH HANTAR : 12 SEPTEMBER 2011

http://cikgumadrid.blogspot.com

1.0 KONSEP DAN MATLAMAT MATA PELAJARAN MORAL Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peratuaran

masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang

individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima. Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Matlamat pengajaran pendidikan moral juga adalah untuk memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dirancang berjaya dicapai dengan semaksimumnya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehormanian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

http://cikgumadrid.blogspot.com

2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Pengajaran pendidikan Moral di sekolah membolehkan murid memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia serta dapat meningkatkan amalan budi pekerti mulia. Selain itu, pendidikan moral membolehkan murid menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar. Pendidikan moral juga penting diajar di sekolah bagi mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu masyarakat yang adil dan harmoni serta masyarakat yang progresif dan maju. Dewasa ini, murid terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa tetapi juga pihak sekolah. Justeru, pendidikan Moral di

sekolah dapat membantu pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan lebih rasional dan berkesan. Akhir sekali, pendidikan Moral juga dapat mengimbangi nilai-nilai tradisi

masyarakat Malaysia daripada terhapus disebabkan perubahan dalam masyarakat hasil daripada globalisasi yang banyak memberikan kesan negatif terhadap sistem

nilai masyarakat.

http://cikgumadrid.blogspot.com

3.0 NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN MORAL Mengikut sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), terdapat 14 nilai utama yang diajar iaitu : kepercayaan kepada Tuhan; baik hati; bertanggungjawab; berterima kasih; hemah tinggi; hormat; kasih sayang; keadilan; keberanian; kejujuran; kerajinan; kerjasama; kesederhanaan dan toleransi Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula, nilai-nilai moral yang diajar boleh dibahagikan kepada lima bidang pembelajaran iaitu nilai berkaitan dengan
Perkembangan Diri; nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga; nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat; nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar dan nilai berkaitan dengan Diri dan Negara. Nilai-nilai yang sama diulang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 pada setiap tahun tetapi skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

Secara umum nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Pendidikan nilai adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan nilai menjadi salah satu unsur yang penting setelah Kementerian Pendidikan melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam kurikulum. Nilai-nilai murni ini dirancang untuk merentasi kurikulum dan kurikulm tersembunyi. Justeru itu sukatan mata pelajaran yang dibentuk berdasarkan KSSR dan KBSR telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap releven dan dapat diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam

Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Kerasionalan pengajaran nilai dalam merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni ini menjadi teras penting dalam semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan juga FPK menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan berpegang teguh kepada agama.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.0 SOALAN ESEI BERDASARKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4.1 PERANAN PIHAK PENGURUSAN DALAM MEMPERKEMBANGKAN ASPEK PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL DAN AKHLAK MULIA Aspek pembentukan insan bermoral dan akhlak mulia tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak yang ingin memainkan peranan masing-masing. Antara pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan di sekolah ialah guru besar, ketua panitia dan guru kelas. Saya telah menemubual beberapa orang guru di SK Sultan Yahya Petra 1 semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah. 4.1.1 GURU BESAR Guru besar SK Sultan Yahya Petra 1 bernama Encik Roznan bin Mohd Noor. Sebagai guru besar sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Antaranya peranannya adalah menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh, mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin. Seterusnya, beliau juga berjumpa dengan ibu bapa dan penjaga semasa mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Dalam mesyuarat ini, beliau akan menjelaskan prestasi dan sikap murid-murid di sekolah. Beliau turut membincangkan aktivitiaktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah. Selain itu, beliau menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan. Akhir sekali, beliau turut menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru . Memeriksa buku kemajuan murid, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.1.2 KETUA PANITIA Ketua panitia moral memainkan peranan yang penting dalam pembentukan insan bermoral dan akhlak mulia. Guru yang telah saya temubual bernama Raja Ismail bin Raja Ibrahim. Beliau juga bertugas sebagai pemimpin pengakap sekolah. Antara tugas beliau adalah mengadakan mesyuarat bersama panitia-panitia mata pelajaran moral yang lain bagi mebincangkan rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran bulanan dan rancangan pengajaran mingguan. Beliau juga membincangkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi memastikan objektif pengajaran moral tercapai. Beliau juga mengadakan usaha khidmat bimbingan kepada ahli-ahli panitia. Beliau sentiasa bersedia untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh guru subjek pendidikan moral dari masa ke semasa. Peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Selain itu, beliau juga sentiasa menghadiri kursus yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negara (JPN) bersama ketua panitia sekolah lain bagi berkongsi idea, masalah-masalah dan cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di sekolah bagi memastikan pembentukan nilai dapat dilaksanakan dengan cara yang paling berkesan. Selepas menghadiri kursus, beliau akan memberi kursus dalamam kepada guru-guru subjek pendidikan moral. selepas menghadiri kursus. Seterusnya, beliau juga bertanggungjawab menyemak soalan-soalan ujian sebelum dicetak bagi memastikan sukatan dan kandungan soalan menepati kehendak KSSR ataupun KBSR. Selepas ujian dijalankan, beliau akan

mengumpulkan markah-markah ujian murid-murid yang diambil daripada guru-guru subjek pendidikan moral. Selepas itu, beliau akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid serta cadangan penambahbaikan ataupun aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.1.3 GURU PENDIDIKAN MORAL Guru pendidikan moral di sekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam membentuk sahsiah murid. Sebagaimana yang kita maklum, murid-murid pada zaman ini mudah terdedah dengan gejala-gejala yang kurang sihat. Justeru, mereka memerlukan didikan moral iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan, dan pengamalan nilai murni. Guru-guru pendidikan moral harus mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran agar pelajar mengambil serius tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Melalui temubual saya bersama seorang guru pendidikan moral, Pn. Sabariah Bt Jusoh yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, beliau mengatakan bahawa guru pendidikan moral perlulah sentiasa bersedia untuk

mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral

murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk

melahirkan individu yang bermoral tinggi. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa guru Pendidikan Moral perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Sebagai contoh, beliau sering memilih aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Beliau juga pernah membawa murid-murid untuk melawat rumah orang tua dan rumah anak yatim yang berdekatan Melalui pengalaman tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin

yang kaya dengan nilai kemanusiaan. Seterusnya, beliau juga berperanan membuat semakan buku latihan muridmurid. Beliau akan menanda buku latihan murid-murid sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi melihat perkembangan dan memperbaiki kelemahan murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.2 STRATEGI DAN PERKAEDAHAN Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas seorang guru pendidikan moral yang juga merangkap sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK Sultan Yahya Petra 1 pada 24 Ogos 2011 semasa beliau menjalankan proses P&P untuk murid Tahun 1. Dalam kelas ini hanya terdapat dua orang murid sahaja. Beliau telah mengajar tajuk keadilan. Beliau telah menggunakan strategi berpusatkan murid dan menggunakan kaedah bercerita dan nyanyian. Pada walnya, beliau telah menceritakan kepentingan sikap keadilan dalam masyarakat. Kemudian, beliau memberikan sebiji kuih kepada setiap murid dan menanyakan murid sama ada apa yang beliau lakukan adalah adil ataupun tidak bagi melihat kefahaman murid tentang konsep keadilan. Pada akhir sesi pengajaran, beliau meminta murid untuk menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan keadilan. Pada pandangan saya, guru tersebut boleh memulakan sesi pengajaran dengan menayangkan sebuah video bagi memberikan gambaran awal tentang konsep keadilan tanpa terus menceritakan kepentingan keadilan. Selepas tayangan ini, barulah guru boleh bertanyakan kepada murid apa yang telah mereka lihat. Guru perlu membimbing murid sehingga murid tersebut dapat menyatakan konsep keadilan. Cara ini dapat meningkatkan daya kognitif murid-murid dan bersesuaian dengan strategi berpusatkan murid. Selain itu, saya mencadangkan agar guru tersebut menjalankan sedikit penilaian seperti mengadakan kuiz ringkas kepada murid bagi memastikan murid tersebut faham apa yang mereka telah pelajari sekali gus dapat memastikan sama ada objektif pembelajaran tercapai atau sebaliknya.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.3

PERSEKITARAN

SEKOLAH,

PROGRAM

DAN

AKTIVITI

DALAM

PEMUPUKAN NILAI Di SK Sultan Yahya Petra 1, persekitaran sekolah sangat baik dalam memupuk nilai murni. Hal ini demikian kerana, tahap kebersihan di sekolah ini sangat baik. Tambahan pula, guru-guru sentiasa menggalakkan murid-murid untuk menjaga kebersihan dan menjaga alam semula jadi dalam kawasan sekolah. Terdapat lanskap yang sangat menarik di sekolah ini. Budaya hormat-menghormati kurang jelas diwujudkan di sekolah ini. Sebagai contoh, budaya memberi salam apabila murid bertemu dengan guru. Melalui pemerhatian saya,murid-murid di sekolah ini jarang memberikan salam kepada guru apabila berjumpa dengan guru. Selain itu, semangat patriotik juga dapat dilihat di sekolah ini. Sebagai contoh, banyak bendera telah dipasang di kawasan sekolah sempena kedatangan bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2011. Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah pula akan disambut pada minggu pertama selepas cuti hari raya. Dalam sambutan ini, terdapat banyak aktiviti yang dirancang seperti mendeklamasikan sajak, nyanyian lagu bertemakan kemerdekaan, kuiz kemerdekaan dan sebagainya. Selain itu, semasa sesi perhimpunan pagi pada setiap hari, guru-guru silih berganti untuk menyampaikan tazkirah pendek selama 10 minit untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Seterusnya, terdapat program solat hajat dan bacaan surah yasin pada setiap hari khamis sebelum memulakan pembelajaran bagi murid Tahun 6. Nilai keagamaan ini dapat mendekatkan murid kepada penciptaNYA. Aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum ini bermula pada pukul 2.30 petang. Antara jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini adalah sukan, aktiviti badan beruniform serta aktiviti kelab dan persatuan. Kegiatan kokurikulum dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan FPK. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum juga dapat mengembangkan potensi dan bakat murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri individu ke dalam diri murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

5.0 RUMUSAN/CADANGAN Semua pihak perlu berganding bahu dalam pembentukan nilai murid-murid di sekolah. Tanggungjawab ini bukanlah semata-mata diserahkan kepada guru-guru di sekolah bahkan ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk nilainilai kepada anak-anak mereka. Ini akan memudahkan tugas guru di sekolah jika ibu bapa dapat memberi kerjasama yang jitu dalam menerapkan nilai-nilai kepada muridmurid.

Setiap masalah murid yang berlaku, guru perlu menyelesaikannya dengan berhemah supaya murid teus minat untuk hadir di sekolah. Guru juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Selain itu, guru juga perlu menjadi role model kepada murid-murid di sekolah supaya murid-murid lebih bermotivasi dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru. Guru yang baik akan melahirkan murid yang baik.

Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan PBS ini, saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilaksanakan di sekolah ini. Antaranya, pihak sekolah boleh melaksanakan program 3 S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi menangani masalah kurangnya kesedaran murid terhadap budaya memberi salam kepada guru.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap pemupukan nilai bagi membentuk insan bermoral dan akhlak mulia di sekolah ini.

http://cikgumadrid.blogspot.com

6.0 LAMPIRAN

Subjek : Pendidikan Moral Tahun : 1 Cerdas Bilangan murid : 2 orang Masa : 11.00 pagi-11.30 pagi Tarikh : 24 Ogos 2011 Tajuk : Keadilan

Gambar 1 : Guru dan murid murid pendidikan moral Tahun 1

Gambar 2 : Guru memberikan sebiji kuih kepada muridmurid bagi menerangkan konsep keadilan.

Anda mungkin juga menyukai