Anda di halaman 1dari 1

Mitos 4 Bukti yang dikumpul mencipta satu pengetahuan yang tepat.

Sekiranya kita membuat andaian: semua angsa berwarna putih. Kita memerhati ke seluruh dunia dan mendapati semua angsa berwarna putih. Oleh itu kita membuat kesimpulan, semua angsa berwarna putih dan menganggap itu adalah tepat dan itu adalah hukum. Namun, sekiranya kita menemui walaupun seekor angsa berwana hitam selepas itu, hukum tersebut boleh dipertikaikan dan menjadikannya tidak tepat. Fakta sains sentiasa berubah. Mitos 5 Sains dan kaedahnya adalah bukti tepat dan kukuh. Sains hanya betul apabila faktanya boleh dipertikaikan. Tidak ada fakta yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan dalam sains. Seperti kes angsa di atas, fakta sains hanya diiktiraf untuk suatu jangka masa sahaja dan bila-bila masa boleh berubah. Ini menerangkan mengapa para saintis sentiasa membuat kajian semula, (research) adalah untuk mempertikaikan, memperbaharui, mengubah fakta yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai