Anda di halaman 1dari 6

Praktikal 5 : Litar Elektrik

Objektif : Untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan litar bersiri dan litar selari. Pernyataan masalah : Apakah kelebihan dan kelemahan litar bersiri dan litar selari ?

Hipotesis : Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus.

Pemboleh ubah : a) Dimalarkan = bateri b) Dimanipulasi = pemasangan mentol c) Bergerak balas = kecerahan mentol Bahan dan radas : Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter, voltmeter,mentol

Aktiviti 1 : Membina litar bersiri dan selari yang ringkas Prosedur : 1) Dua litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri dan beberapa wayar berpenebat serta 2 mentol untuk setiap litar. 2) Wayar disambung dan mentol diperhatikan. 3) Ammeter dan Voltmeter disambung dalam kedua-dua litar tersebut. Bina satu jadual untuk merekod bacaan.

Keputusan : Litar A : Litar Bersiri = 2 mentol Litar B : Litar Selari = 2 mentol Litar A B Bacaan Ammeter 0.18 0.5 Bacaan Voltmeter 4.3 3.5 Kecerahan mentol Malap Terang

Aktiviti 2 : Membina satu siri gabungan dan litar selari Prosedur :


1) Dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri dan beberapa wayar

berpenebat serta 3 mentol untuk satu litar selari. 2) Wayar disambung dan mentol diperhatikan. 3) Rekodkan pemerhatian terhadap nyalaan mentol.
4) Mentol 1 dikeluarkan dalam dari litar. Mentol yang tinggal diperhatikan dan

direkodkan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter. 5) Mentol 1 dipasangkan semula dan mentol 2 dikeluarkan dari litar. Mentol yang tinggal diperhatikan dan direkodkan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter.

Keputusan : Keadaan 1 Bilangan mentol 1 2 3 Keadaan 2 mentol 1 dikeluarkan Bacaan ammeter Tiada bacaan Bacaan Voltmeter 4.6 Nyalaan Baki mentol tidak menyala. Keadaan 3 mentol 1 dipasang dan mentol 2 dikeluarkan Bacaan ammeter 0.18 Bacaan Voltmeter 2.5 Nyalaan Baki mentol menyala sama terang. Kecerahan Terang Malap Malap

Kesimpulan : Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus.

Soalan : 1) Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri apabila satu daripada mentol terbakar ? Terangkan. Apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar, mentol ke dua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar yang tidak lengkap kerana arus tidak dapat melalui litar tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya. 2) Apakah yang terjadi kepada mentol yang lain dalam litar selari apabila satu mentol terbakar ? Terangkan. Mentol yang lain masih lagi menyala kerana litar tersebut masih lagi litar lengkap yang mengalirkan arus. Mentol yang terbakar tidak akan mempengaruhi arus yang melaluinya. 3) Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut mempengaruhi dengan cara penyambunggan litar secara bersiri atau selari ? Bagi litar bersiri, semakin banyak mentol, semakin banyak rintangan. Maka semakin kurang arus yang mengalir. Kecerahan mentol juga berkurangan. Bagi litar selari pula, semakin banyak mentol, semakin kurang rintangan. Maka semakin banyak arus yang mengalir. Maka kecerahan mentol semakin terang.
4) Apakah yang akan terjadi kepada mentol-mentol dalam litar bersiri apabila satu

mentol yang lain disambung secara bersiri padanya ? Terangkan. Bagi litar bersiri, semakin banyak mentol, semakin banyak rintangan. Jadi semakin kurang arus yang mengalir. Ini menyebabkan kecerahan mentol akan berkurangan dan sama nyalaannya .

5) Apakah yang akan terjadi kepada mentol-mentol dalam litar selari apabila mentol

yang lain disambung secara selari padanya ? Terangkan. Bagi litar selari, semakin banyak mentol semakin kurang rintangannya. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Ini menyebabkan semua mentol menyala dengan terang.

Anda mungkin juga menyukai