Anda di halaman 1dari 4

1)HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza] Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan 1 biji limau nipis [ambilkan jusnya] 2 s/b minyak 1/2

cawan air 1 s/k cuka 1 helai daun kunyit [mayang halus] garam bahan tumbuk 5 ulas bawang putih 6 sm halia 4 sm kunyit hidup bahan rempah - tumbuk 1 s/k jintan manis 1 s/k jintan putih 1 s/k lada hitam Cara 1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan. 2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan. 3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak. 4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat. 5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit. 6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar. 7. Hidangkan dan makan semasa panas. 2)resepi saya dlm pantang [jelitadangdut]...mak yg buat... anggaran sendiri yer.... ikan merah (ikan yg tak gatal) bawang merah bawang putih halia - ditumbuk kunyit hidup lada hitam serai - ketuk asam keping garam secukup rasa tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi 3).Sup Ikan haruan Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan 2 cawan air 2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk 3 ulas bawang merah - di tumbuk 2 ulas bawang putih - di tumbuk 2 cm halia - di tumbuk 1 keping asam keping Garam secukup rasa Daun bawang dan daun sup di hiris Cara membuatnya Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera. 4)Ayam Masak Bijan Bahan-bahannya: 1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan 4cm halia tua - di hiris 3 sudu makan minyak bijan 1/2 sudu makan kicap manis Sedikit garam Air secukupnya Cara: Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

5)Sup Sayur Campur Bahan:

3 ulas bawang putih 1 kiub pati rebusan ayam 50 gm suun 40 gm kek ikan 30 gm bunga kobis 30 gm brokoli 30 gm cendawan Garam secukup rasa Air secukupnya Sedikit minyak Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan. Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang. 6)Sawi tumis air Bahan: Sedikit ikan bilis 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 pokok sawi dicuci dan potong Cara: Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

7)Kari Ikan Haruan Bahan:

1 ekor ikan haruan dipotong kecil2 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar ( dimesin) 1 biji bawang besar- dihiris 1 camt halba campur 1 tangkai daun kari 4 camb serbuk kari ikan 1 camt serbuk cili 1 mangkuk air asam Cara: Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api. 8) Daging Bakar Bahan-bahan: 300 gm daging lembut garam minyak Cara: 1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak. 2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 9)

Anda mungkin juga menyukai