Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN AMALI 5

1. TAJUK : Litar Elektrik 2. TUJUAN: Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari. 3. PENGENALAN Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. .Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, (I) yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,(V) adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, V = V+ V+ V. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, R= R+ R+ R. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R).

Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan , V merentasi setiap perintang adalah sama. Juamlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan :I= I +I + I. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan + R(I +

Arus I yang merentasi setiap perintang adalah berkadar songsang dengan nilai ).

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 1

LITAR BERSIRI
V

LITAR SELARI

Arus mengalir melalui setiap perintang Jumlah arus adalah bersamaan dengan adalah sama I=I=I =I hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan I= I + I + I Jumlah voltan adalah bersamaan Voltan pada setiap perintang adalah

dengan hasil tambah voltan tiap-tiap sama perintang V=V + V + V Jumlah rintangan (R ) adalah sama Jumlah rintangan ( R) adalah mengikut dengan hasi;l tambah rintangan bagi rumus berikut setiap perintang R = R + R + R Rajah 1:Perbezaan Litar selari dan litar bersiri = + + V=V=V=V

Eksperimen ini adalah untuk melihat apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam litar selari dan litar bersiri.hipotesis yang ingin dibuktikan adalah. Jika mentol-mentol disambung secara siri dalam litar elektrik,maka kecerahan nyalaan mentol-mentol tersebut adalah sama tetapi malap.Jika mentol-mentol disambung secara selari dalam litar elektrik,maka kecerahan nyalaan mentol adalah sama dan terang. Untuk membuktikan hipotesis dan menyelesaikan penyataan masalah yang tersebut, maka ekperimen berikut telah dijalankan dengan mengikut prosedur dan bahan sert radas seperti berikut.
FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik Muka Surat 2

AKTIVITI 1: Membina satu litar siri dan litar selari yang ringkas

1. BAHAN / RADAS 1. Pemegang sel kering 2. 2 buah sel kering 3. Wayar berpenebat 4. Sebuag Ammeter 5. Sebuah voltmeter 6. 3 buah mentol

2. PROSEDUR 2.1 Dua buah litar disediakan seperti rajah di bawah dengan menggunakan pemegang sel kering, beberapa wayar berpenebat dan dua buah mentol untuk setiap litar. LITAR BERSIRI LITAR SELARI

Rajah 2: Rajah susunan litar Bersiri dan Litar Selari


FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik Muka Surat 3

2) Semua wayar telah disambung dan nyalaan mentol telahdiperhatikan. 3) Seterusnya, sebuah ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut. Jadual yang sesuai telah dibuat untuk mencatatkanbacaan. 4) Satu mentol telah dibuang pada setiap litar. Mentol yang tinggal dilitar telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter pada setiaplitar telah dicatatkan. 5) Selepas itu, satu lagi mentol telah disambung secara siri padalitar A. Nyalaan mentol telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat. 6) Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat.

3. PEMERHATIAN/KEPUTUSAN KEADAAN 1 BACAAN AMETER LITAR I , (A) I 0.02 BACAAN VOLTMETER V(V) V 0.02 Kecerahan mentol tidak Litar Bersiri 2 mentol 0.12 A 2.6 V sama M1=cerah M2=Malap Kedua-dua mentol sama Litar selari 2 mentol 0.4 A 3.0 V cerah KEADAAN MENTOL

Rajah 3 : Keputusan yang diperolehi pada Litar Bersiri dan Litar Selari

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 4

KEADAAN 2 BACAAN LITAR AMMETER I,(A) I 0.02 Litar Bersiri + 1 mentol dilonggarkan Litar selari + 1 mentol dilonggarkan 0.24 2.9 v Mentol kurang sebelum dilonggarkan Rajah 4: Bacaan Ammeter dan Voltmeter dalam litar selari dan bersiri apabila 1 mentol dilonggarkan KEADAAN 3 BACAAN LITAR AMMETER I,(A) I 0.02 Bacaan voltmeter V(V) V 0.02 Mentol Litar Bersiri + I mentol 0.1 A 3.4 V daripada lebih malap 1 KEADAAN MENTOL menyala cerah 1 tetapi daripada mentol 0 3.1 .v Mentol tidak menyala BACAAN VOLTMETER V(V) V 0.02 KEADAAN MENTOL

sebelum

mentol lagi ditambah -lebih cerah daripada mentol di litar selari Lebih cerah daripada 1

Litar selari + 1 mentol

0.5 A

2.1V

lagi mentol ditambah Lebih cerah daripada mentol di litar bersiri.

Rajah 5: Bacaan Ammeter dan Voltmeter pada Litar Selari dan Bersiri apabila 1 mentol ditambah.
FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik Muka Surat 5

SOALAN: 1) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar siri jika satudaripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan. Apabila satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akan

menyalakerana dalam litar siri, hanya terdapat satu lintasan atau laluan arus elektrik didalam litar siri.

2.) Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar selari jika satudaripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan.

Mentol-mentol

yang

lain

akan

menyala

kerana

dalam

litar

selari

terdapatbeberapa laluan arus elektrik dimana kesemua laluan tersebut bersambunganpada hujung setiap cabang. Maka, mentol-mentol lain masih menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan litar tersebut.

3.) Kamu

telah

membina

satu kadar

jaringan kecerahan

lampu

menggunakan bergantung

beberapa kepada

mentol.Bagaimanakah

mentol

carapenyambungan mentol pada litar samada secara siri atau selari.

Dalam litar siri, jika bilangan mentol ditambah, maka mentol-mentol lain dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Ini kerana, dalam sesebuah litar siri, hanya terdapat satu laluan arus elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama. voltan akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam litar siri. ,

Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol ditambah,maka kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah. Ia akan tetap sama seperti kadar kecerahan jika hanya satu mentol sahaja yang terdapat dalam litar selari. Ini kerana, voltan yang melalui dalam litar tersebut adalah sama.Tambahan pula, terdapat lebih daripada satu laluan arus dalam litar tersebut..-

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 6

4. Apakah yang terjadi kepada mentol -mentol dalam litar bersiri apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya?Terangkan. Untuk litar bersiri, semakin bertambah mentol semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol -mentol dalam litar selari apabila satu mentol lain disambung secara selari padanya?Terangkan. Bagi litar selari, samakin banyak mentol , semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 7

AKTIVITI 2 : Membina satu litar kombinasi antara litar siri dan selari. 1. Prosedur : 1.1. Sebuah litar telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah menggunakan pemegang sel kering, sel kering, suis, beberapa wayar penebat dan tiga lampu mentol

Bateri

suis

mentol 1

Wayar berpenebat

Mentol2

Mentol 3

Rajah 6: Sambungan kombinasi litar selari dan bersiri

1.2.

Suis telah disambung pada litar dan nyalaan lampu mentol telahdiperhatikan.

1.3.

Seterusnya, ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yangmelalui setiap lampu mentol tersebut. Sebuah jadual telah dibuatuntuk merekodkan semua bacaan yang telah diambil

1.4.

Lampu mentol 1 telah dibuang dari litar. Kecerahan nyalaan mentollain telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telahdicatatkan.

1.5.

Seterusnya,lampu

mentol

pula

telah

dibuang

dari

litar.

Kecerahannyalaan mentol yang lain telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatatkan.
FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik Muka Surat 8

2.

KEPUTUSAN/ PEMERHATIAN

KEADAAN 1 BACAAN AMMETER MENTOL NYALAAN MENTOL Mentol menyala 1 dengan terang Nyalaan mentol malap 2 Nyalaan mentol 3 sangat malap 0.8 1.0 0.8 1.3 0.5 1.5 I(A) I 0.02 BACAAN VOLTMETER V(V) V 0.02

Rajah 7: Keputusan terhadap nyalaan mentol dan bacaan Ammeter serta bacaan voltmeter dalam litar gabungan bersiri dan selari

KEADAAN 2= (Mentol 1 dikeluarkan) BACAAN MENTOL NYALAAN MENTOL AMMETER I(A) I 0.02 Lebih cerah BACAAN VOLTMETER V(V) V 0.02

berbanding sebelum 2 dan 3 mentol dan mentol 1 dibuang kecerahan 2 dan 3 0.5 2.0

adalah sama

Rajah 8: Keputusan yang diperolehi terhadap nyalaan mentol , serta bacaan Ammeter dan voltmeter apabila 1 mentol dikeluarkan.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 9

KEADAAN 3 = (Mentol 2 dikeluarkan ) BACAAN MENTOL NYALAAN MENTOL AMMETER I(A) I Lebih malap berbanding 1 dan 3 sebelum mentol 3 dibuang dan kecerahan mentol 1 dan 3 adalah sama. 0.1 0.2 0.02 BACAAN VOLTMETER V(V) = V 0.02

Rajah 9: keputusan yang diperolehi apabila mentol 2 dikeluarkan dari litar gabungan selari dan bersiri.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 10

Soalan Aktiviti 1 : 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentolfilamen 1 dikeluarkan? Terangkan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana, apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari . Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang. Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir dan semakin cerah mentol.

2. Apakah yang terjadi kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2 dikeluarkan? Terangkan. Mentol 1 dan mentol 3 sama cerah. Inikerana, apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan sebelum mentol 2 dikeluarkan., sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari. Arus yangmengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3menjadi bersiri dengan mentol 1. Arus yang mengalir pada kedua-duamentol adalah sama. Maka, kecerahan untuk kedua-dua mentol adalah sama.

3. Adakah litar selari atau litar bersiri atau kedua-duanya sekali yang digunakan di dalam rumah anda? Terangkan alasan anda.

sesuai

Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah.Kelebihan litar selari ialah:-- Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan.Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambaholtage/ beza keupayaan.Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antarakelemahan litar bersiri ialah:-- Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadamperalatan lain.- Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.Kesimpulan:Semakin tinggi

rintangan, R, semakin kurang arus, I.


FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik Muka Surat 11

3. PERBINCANGAN Perbincangan :Dalam eksperimen ini, terdapat dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu sama ada secara siri atau selari. Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung kehujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponenkomponen litar selari pula disambung secara bersebelah. Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk mengukur arus elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrumen yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. Manakala, bateri yang digunakan ialah 3.0V dan jenis mentol yang digunakan ialah 3.0V, 0.3A. Dalam aktiviti 1, litar siri dan litar selari.terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar. Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat. Dalam litar bersiri, kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban(mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar selari pula, didapati kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Ini kerana, dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila semakin banyak beban (mentol). Seterusnya, satu biji mentol telah dicabut daripada litar-litar tersebut. Dalam litar bersiri, didapati mentol kedua yang terdapat dalam litar tidak menyala. Ini kerana, arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter. Ini kerana, bacaan voltmeter tersebut ialah jumlah beza keupayaan merentasi bateri dalam litar. Manakala dalam litar selari pula, didapati mentol kedua yang tinggal dalam litar masih menyala pada kecerahanyang

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 12

sama seperti sebelum itu. Ini kerana, dalam litar selari, terdapat lebih daripada satu laluan arus dan nilai voltan adalah sama di semua tempat. Kemudian, dalam setiap litar dipasang tiga biji mentol. Mentol-mentol dalam litar bersiri didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi lebih malap berbanding pada litar sebelum itu yang hanya terdapat 2 biji mentol sahaja. Hal ini kerana,semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, voltan juga akan semakin berkurang. Tambahan pula, dalam litar siri hanya terdapat satu laluan arus sahaja. Oleh yang demikian, nyalaan mentol-mentol tersebut sangat malap. Manakala, dalam litar bersiri pula, ketiga-tiga mentol menyala pada kecerahan yang sama seperti apabila 2 mentol sahaja yang terdapat dalam litar. Ini kerana,dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus mengalir. Arus semakin berkurang apabila semakin banyak beban. Namun begitu, nilai voltan adalah tetap sama disemua tempat dalam litar.Dalam aktiviti 2 pula, sebuah litar gabungan dibina yang terdiri daripada

kombinasi litar siri dan litar selari. Terdapat tiga mentol iaitu mentol 1,mentol 2, dan mentol 3. Ammater dan voltmeter turut disambungkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol-mentol itu. Mentol 1 didapati menyala dengan sangat terang berbanding dengan mentol 2 dan 3 yang akan menyala pada kadar kecerahan yang sama dan terang. Ini kerana,mentol 1 disambung secara siri dalam litar tersebut. Mentol 1 terang kerana kurang beban yang disambung secara siri. Oleh yang demikian,semakin kurang beban, semakin tinggi voltan. Seterusnya, bagi mentol 2 dan mentol 3 yang disambung secara selari pula menyala sama terang kerana dalam sambungan secara selari, voltan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban semakin bertambah dan jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 13

4. KESIMPULAN: Terdapat Dua jenis litar iaitu litar selari dan litar bersiri. Dalam litar bersiri, semakin banyak mentol , semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir., kecerahan semua mentol berkurang dan sebaliknya apabila mentol berkurang. Dalam litar Selari pula semakin banyak mentol , semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah berbanding dengan litar bersiri. Oleh kerana terdapat berbagai pekakasan dan pengunaan mengikut keperluan yang berbeza di rumah, adalah mustahak menggunakan pemasangan secara selari.

Penambahan alatan elektrik tidak akan meberi bebanan bayaran bil elektrik kepada pengguna. Kerana penambahan pengunaan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage atau beza keupayaan. Semua lampu

menyala dengan kecerahan yang sama terang. Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan. Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada pekakas yang lain. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama. Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah

memandangkan beberapa kelamahan yang yang ada. Ia termasuklah jika menutup satu peralatan, maka pelalatan yang lain juga tidak akan berfungsi. Bebanan juga bertambah sekiranya peralatan turut bertambah. Arus akan berkurang apabila semakin banyak peralatan digunakan. Rintangan semakin bertambah dan arus semakin berkurang. Walaubagaimanapun,Litar siri selari turut popular digunakan. Litar siri

selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. Litar siri selari digunakan dalam kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen. Suis pula digunakan dalam litar untuk menyambung atau memutuskan aliran elektrik. Suis disambung secara bersiri kepada beban. Voltmeter digunakan untuk mengukur beza keupayaan di antara dua titik dalam unit volt. Voltmeter disambung secara selari dengan beban.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 14

KEADAAN 1

PEMERHATIAN/ GAMBARAJAH

= Ammeter

= voltmeter

= bateri

=Pemegang bateri = suis

Litar bersiri 2 mentol


Mentol2

Mentol1

Mentol 1 lebih cerah daripada mentol 2

Litar selari 2 mentol


Mentol2 Mentol 1

Kedua-dua mentol sama cerah

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 15

KEADAAN 2

PEMERHATIAN/ GAMBARAJAH

Litar sesiri~
1 mentol dilonggarkan

Mentol 1

Mentol 2

Kedua-dua mentol tidak menyala

Litar selari
1 mentol dilonggarkan
Mentol 1

Mentol2

Mentol2 menyala tetapi kurang cerah daripada sebelum 1 mentol dilonggarkan

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 16

KEADAAN 3

PEMERHATIAN/GAMBARAJAH

Litar sesiri 1mentol ditambah secara sesiri

Mentol lebih malap daripada sebelum 1 mentol lagi ditambah -lebih cerah daripada mentol di litar B

Litar selari 1 mentol ditambah secara selari

Lebih cerah daripada 1 lagi mentol ditambah Lebih cerah daripada mentol di litar A.

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 17

GAMBAR AKTIVITI 3:

Satu litar kombinasi antara litar siri dan selari

Gambar Ammeter

Gambar Voltmeter

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 18

Yap Eng Keat (1996). SPM fizik tingkatan 4 & 5. Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd.Selangor . Poh Liong Yong (2001) Fizik Tingkatan 5. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd. Selangor. Chew Yew Sing (1988).SPM Fizik. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

http://www.slideshare.net/razlanhamidon/jenis-jenis-litar-elektrik http://www.slideshare.net/wakemran/02-hukum-ohm http://www.scribd.com/doc/74040106/38/Kebaikan-litar-selari http://www.youtube.com/watch?v=rIXkeS0EAAk http://www.pkb.edu.my/elearning/JJ102UNIT1.pdf

FIZIK DALAM KONTEKS[SCE3105] laporan Litar Elektrik

Muka Surat 19