Anda di halaman 1dari 10

PRAKTIKAL 5 LITAR ELEKTRIK Objektif Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari.

Pernyataan Masalah Apakah kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari? Pengenalan Lintasan arus elektrik yang lengkap melalui lampu, dawai penyambung, suis, bateri dan komponen elektrik yang lain disebut litar elektrik.Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas. Apabila cas Q melalui satu konduktor dalam masa t, arus I yang mengalir melalui konduktor itu ialah Q= It Unit SI arus elektrik ialah ampere (A). Arus yang mengalir melalui suatu konduktor ialah satu ampere apabila satu coulomb cas melalui konduktor itu dalam masa saat iaitu: 1 ampere = 1 coulomb per saat Beza keupayaan, V merentasi dua titik dalam satu medan elektrik ditakrifkan sebagai kerja, E yang dilakukan untuk menggerakkan 1 cas merentasi dua titik itu. Beza keupayaan , V= Beza keupayaan disukat dalam unit joule per coulomb atau volt (V). Beza keupayaan merentasi dua titik dalam satu medan elektrik ialah 1 V jika 1 kerja E dilakukan untuk menggerakkan 1C cas yang merentasi dua titik itu. Litar bersiri mempunyai arus melalui setiap perintang yang sama. Beza keupayaan merentasi perintang-perintang, V adalah sama dengan jumlah beza keupayaan merentasi setiap perintang V = V1+ V2 + V3

Rintangan berkesan atau jumlah rintangan perintang-perintang, adalah sama dengan jumlah perintang rintangan setiap perintang. R = R1 + R2 + R3 Rintangan berkesan perintang sesiri adalah sentiasa lebih besar daripada rintangan mana-mana satu perintang itu. Litar selari pula terdiri daripada beza keupayaan V merentasi setiap perintang adalah sama. Arus I yang mengalir dari bateri adalah sama dengan jumlah melalui setiap perintang. I = I1 + I2 + I3 Rintangan berkesan R untuk sambungan perintang secara selari diberi oleh = +

Hipotesis Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I. Pembolehubah a) Dimalarkan b) Dimanipulasi : Bateri : Pemasangan mentol berfilamen/ Perintang

c) Bergerak balas : Kecerahan mentol filamen Bahan/ radas Pemegang sel kering, sel kering, beberapa wayar penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu. Prosedur Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang ringkas 1. Dua litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa wayar berpenebat dan dua mentol filamen untuk setiap litar. 2. Semua wayar disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammater dan voltmeter disambung dalam kedua-dua litar tersebut. Bina satu jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. 4. Satu mentol filamen dilonggarkan dalam setiap litar. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan direkod bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter. 5. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar A secara bersiri. Semua mentol filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod. 6. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar B secara selari. Semua mentol filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod.

Keputusan Aktiviti 1 Keadaan 1 Litar A B I,A 0.14 0.16 V,V 0.7 0.8 Kecerahan Mentol kelihatan malap Mentol kelihatan Cerah

Keadaan 2 Litar A + 1 mentol dilonggarkan B + 1 mentol dilonggarkan I,A 0 V,V 1.5 Kecerahan Mentol tidak bernyala

0.24

Mentol bernyala tetapi kurang cerah daripada sebelum 1 mentol dilonggarkan

Keadaan 3 Litar A + 1 mentol I,A 0.14 V,V 3.4 Kecerahan Lebih malap daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih malap daripada litar B + 1 mentol Lebih cerah daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih cerah daripada litar A + 1 mentol

B + 1 mentol

0.58

2.1

Perbincangan 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu daripada mentol filamen terbakar? Terangkan. Apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat mengalir melalui litar tersebut. 2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar selari apabila satu mentol filamen terbakar? Terangkan. Mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi kecerahannya berkurang. Ini kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh melaluinya kerana untuk litar selari, arus terbahagi kepada dua dan mengalir mengikut lintasan mentol masing-masing. 3. Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol filamen. Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut dipengaruhi dengan cara kamu menyambung litar secara bersiri atau selari? Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang.

Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

4. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan. Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir dan kecerahan semua mentol berkurang dan sama nyalaan.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar selari apabila satu mentol filamen lain disambung secara selari padanya? Terangkan. Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

Prosedur Aktiviti 2: Membina gabungan litar selari dan bersiri 1. Litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina menggunakan satu pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan tiga biji mentol filamen. 2. Suis disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk menyukat arus dan beza keupayaan setiap mentol filamen. Satu jadual yang sesuai dibina untuk merekod bacaan. 4. Mentol filamen 1 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod. 5. Mentol filamen 2 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod. Keputusan Keadaan 1 Mentol 1 2 Nyalaan mentol Mentol menyala dengan terang Nyalaan mentol malap dan kadar kecerahannya sama dengan kecerahan mentol 3 Nyalaan mentol malap dan kadar kecerahannya sama dengan kecerahan mentol 2 I, A 0.24 0.1 V, V 2.0 0.2

0.1

0.5

Keadaan 2 (Mentol 1 dikeluarkan) Mentol 2 dan 3 Nyalaan mentol Lebih cerah berbanding sebelum mentol 1 dibuang dan kecerahan mentol 2 dan 3 sama I, A 0.24 V, V 2.0

Keadaan 3 (Mentol 2 dikeluarkan) Mentol 1 dan 3 Nyalaan mentol I, A V, V 0.2

Lebih malap berbanding sebelum mentol 3 0.1 dibuang dan kecerahan mentol 1 dan 3 sama

Perbincangan 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 1 dikeluarkan? Terangkan. Mentol 2 dan 3 tidak menyala kerana litar tersebut telah terbuka. Arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun begitu, terdapat bacaan pada voltmeter kerana ia adalah bacaan beza keupayaan atau voltan bateri. 2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 2 dikeluarkan? Terangkan. Sambungan mentol 1 dan 3 akan membentuk sebuah litar siri. Maka, mentolmentol tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, dalam sesebuah litar siri hanya terdapat satu laluan arus elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama. 3. Apakah litar yang sesuai digunakan di dalam rumah? Litar bersiri atau selari? Terangkan alasan anda. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Kelebihan litar selari ialah: Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan. Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/ beza keupayaan.

Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara kelemahan litar bersiri ialah: Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan lain. Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.

Kesimpulan Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I. SOALAN MASTERI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN 1. Apa yang telah anda pelajari? Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-komponen litar selari pula disambung secara

bersebelah. 2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah yang mengajar topik ini? Menyiasat alam fizikal ( elektrik Tahun 5)

3. Bincangkan bagaimana anda dapat gunakan praktikal tersebut dalam pengajaran? Guru boleh mengadakan eksperimen seperti berikut: Menjalankan aktiviti membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan mentol, wayar penyambung dan sel kering. Menyiasat fungsi suis, mentol, sel kering dan wayar penyambung dalam litar elektrik. Menjalankan aktiviti melukis rajah litar elektrik lengkap menggunakan simbol.

4. Apakah peranan guru dalam praktikal ini? Guru sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar semasa membuat eksperimen.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU

FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN (SCE 3105) Praktikal 5: Litar Elektrik

Nama Unit Ambilan Nama Pensyarah

Jessica Bongsam 3PISMP-SAINS Januari 2012 Cik Roshidah bt Mat

Anda mungkin juga menyukai