Anda di halaman 1dari 7

Tajuk: Elektrik

Pernyataan masalah: Apakah sifat-sifat bagi litar bersiri dan litar selari?

Objektif: Untuk mengakaji sifat-sifat litar bersiri dan litar selari.

Pengenalan:

Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai penyambung
dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir. Satu litar elektrik
terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung
dan satu suis. Terdapat dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri,
dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan
sahaja. Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah. Apabila satu mentol
terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala. Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan
menjadi malap kerana bebanan bertambah, Arus,(I) yang sama mengalir menerusi setiap
perintang. Jumlah beza keupayaan,(V) adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap
perintang, Vᵀ = V₁+ V₂+ V₃. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap
rintangan, Rᵀ= R₁+ R₂+ R₃. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah
berkadar terus dengan nilai R itu. (V ∝ R).

Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Arus elektrik
mengalir melalui lebih daripada satu lintasan. Voltannya sama disemua tempat tetapi arusnya
semakin kurang apabila semakin banyak beban. Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain
akan terus menyala. Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah.
Beza keupayaan,V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus,I adalah bersamaan
dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan: Iᵀ= I₁ +I₂ + I₃. Jumlah rintangan adalah
1 1 1
sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan R₁ +R₂ +R₃ Arus I yang merentasi setiap perintang
1
adalah berkadar songsang dengan nilai R(I ∝ ).
R
LITAR BERSIRI LITAR SELARI

I₁
I₃

I₂

Arus mengalir melalui setiap perintang Jumlah arus adalah bersamaan dengan
adalah sama hasil tambah arus bagi setiap cabang
I=I₁=I₂ =I₃ lintasan
I= I₁ + I₂ + I₃

Jumlah voltan adalah bersamaan dengan Voltan pada setiap perintang adalah
hasil tambah voltan tiap-tiap perintang sama
V=V₁ + V₂ + V₃ V=V₁=V₂=V₃
Jumlah rintangan (R) adalah sama dengan Jumlah rintangan (R) adalah mengikut
hasil tambah rintangan bagi setiap rumus berikut
perintang 1 1 1 1
=
R R₁
+R₂ +R₃
R = R₁ + R₂ + R₃
Rajah 1: Perbezaan Litar selari dan litar bersiri

Hipotesis: Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar bersiri adalah berbeza
dan malap manakala ke kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar selari
adalah sama dan terang.

Pemboleh ubah:

- Dimanipulasi: Jenis litar


- Bergerak balas: Bacaan ammeter, nyalaan mentol
- Dimalarkan: Bilangan mentol, kuasa yang dibekalkan
Alat dan radas: Bekalan kuasa/transformer, klip buaya, ammeter, voltmeter dan mentol.

Prosedur:

1. Bekalan kuasa/ transformer, klip buaya, ammeter dan mentol disediakan.


2. Setiap daripada radas berikut disusun mengikut susunan dalam rajah A iaitu susunan bagi
litar bersiri.

RAJAH A
3. Pemerhatian terhadap kecerahan mentol dan bacaan ammeter dicatat dan direkodkan.
4. Eksperimen diulang semula dengan menggunakan susunan dalam rajah B iaitu susunan
bagi litar bersiri.

RAJAH B
Langkah-langkah keselamatan:

1. Pastikan tangan tidak basah semasa melakukan eksperimen kerana


2. Pastikan pelajar memakai sarung tangan semasa mengendalikan peralatan elektrik bagi
mengelakkan daripada terkena
3. Pastikan bekalan kusa ditutup setiap kali pelajar ingin mengubah susunan litar supaya
4. Memutuskan litar apabila terdapat arus berlebihan untuk mengelakkan litar pintas.

Langkah-langkah berjaga-jaga:

1. Pastikan jarum pada ammeter berada pada “0” sebelum memulakan eksperimen bagi
mengelakkan ralat pada bacaan ammeter semasa eksperimer dijalankan.
2. Pastikan terminal pada bekalan kuasa disambungkan dengan betul supaya mentol
menyala.
3. Pastikan kedudukan mata adalah berserenjang dengan skala bacaan semasa mengambil
bacaan pada ammeter dan voltmeter untuk mengelakkan ralat paralaks.

Keputusan:

Jenis litar Pemerhatian Inferens


Bersiri Kecerahan mentol Bacaan ammeter menunjukkan bacaan arus elektrik
adalah berbeza yang diterima oleh mentol A lebih tinggi daripada
dimana mentol A bacaan arus yang diterima oleh mentol B dimana:
lebih cerah - Bacaan ammeter sebelum mentol A: 0.14
berbanding mentol B - Bacaan ammeter sebelum mentol B: 0.12
- Bacaan ammeter selepas mentol B: 0.11
Selari Kecerahan mentol Bacaan ammeter bagi setiap mentol adalah sama
bagi setiap mentol iaitu 0.18
adalah sama
Perbincangan:

Perbincangan dalam eksperimen ini, terdapat dua cara asas untuk menyambungkan
komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu sama ada secara siri atau selari. Litar bersiri ialah
sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar
siri disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap.
Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus.
Komponen-komponen litar selari pula disambung secara bersebelah. Ammeter dan voltmeter
juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk mengukur arus
elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrumen yang digunakan untuk mengukur
beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik.

Dalam aktiviti 1, litar siri dan litar selari, terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar. Setelah
ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat.
Dalam litar bersiri, kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi
malap. Ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan
semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban(mentol), semakin banyak jumlah
rintangan. Maka, kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar selari pula, didapati
kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Ini kerana, dalam litar selari
terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di semua tempat dalam litar selari.
Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila semakin banyak beban(mentol).

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar bersiri adalah
berbeza dan malap manakala ke kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar
selari adalah sama dan terang.
Rujukan

Norbie Abu Bakar. (2013). Litar siri dan selari.

https://www.slideshare.net/NorbieAbuBakar/litar-siri-dan-selari

https://www.scribd.com/doc/52892979/Nota-Litar-Siri-dan-Litar-Selari

Hailmi. (2014, julai 21). Retrieved from www.cikguhailmi.com/2014/07/litar-selari-dan-litar-


bersiri.html?m=1

Loh Suet Ling, Audrey M.A.L. (2008). Bilingual SCIENCE Form 3. Shah Alam, Selangor: Arah
Pendidikan Sdn Bhd.

Nurul Nadia Haron. (2015). Tenaga Elekrtrik. Kuala Lumpur: Institusi Penterjemahan dan Buku
Malaysia Berhad.

S.C.Toh, A.S.Ong, Lam Chang Huat. (2012). Ekpres Sains Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Pelangi
publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai