Anda di halaman 1dari 23

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

Laporan Pratikal / Amali 5 Tajuk Tujuan Teori Eletrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan geseran, haba dan aruhan elektromagnet. Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir. Contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik adalah bateri dan janakuasa. Cas elektrik terdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb ( Q ) Unit Coulomb ( C ). Arus elektrik adalah satu pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal negatif. Simbol : 1 unit : Ampiar ( A ) JJ10. Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiaptiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R). : Litar Elektrik : Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar sesiri.

Bahan dan Radas Pemegang bateri, beberapa dawai penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu filamen.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Aktiviti 1 : Membina litar sesiri dan litar selari ringkas.

Rajah 1 ( a )

Rajah 2 ( b )

1. Bina kedua-dua litar di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa dawai penebat dan dua buah lampu mentol. 2. Sambung semua dawai dan perhatikan cahaya lampu. 3. Sekarang sambungkan ammeter dan voltmeter dalam kedua-dua litar. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. 4. Sekarang longgarkan skru satu lampu mentol di dalam setiap litar. Perhati kecerahan mentol lampu yang sedia ada dan rekodkan juga bacaan kedua dua ammeter dan voltmeter dalam setiap litar. 5. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara sesiri dalam litar A. Perhati kecerahan mentol mentol lampu dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter. 6. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara selari dalam litar B. Perhati kecerahan mentol dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Keputusan / Perbincangan Keputusan Aktiviti 1 Litar A : Litar Bersiri 2 mentol Litar B : Litar Selari 2 mentol Kuasa Bateri : 4 V. Keadaan 1 Litar A B I,A 0.22 0.12 V,V 2.0 3.0 Kecerahan Terang Sangat Cerah

Keadaan 2 Litar A + 1 mentol dilonggarkan B + 1 mentol dilonggarkan I,A 0 0.24 V,V 3.9 3.1 Kecerahan Mentol tidak bernyala Mentol bernyala tetapi kurang cerah daripada sebelum 1 mentol dilonggarkan

Keadaan 3 Litar A + 1 mentol I,A 0.14 V,V 3.4 Kecerahan Lebih malap daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih malap daripada litar B + 1 mentol Lebih cerah daripada sebelum menambah 1 mentol dan lebih cerah daripada litar A + 1 mentol

B + 1 mentol

0.58

2.1

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran

1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu daripada mentol filamen terbakar? Terangkan.

Keadaan ini sama dengan keadaan 2 iaitu apabila salah satu mentol dilonggarkan. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya.

2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar selari apabila satu mentol filamen terbakar? Terangkan.

Merujuk kepada keputusan eksperimen, mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi kecerahannya berkurang. Ini kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh melaluinya kerana untuk litar selari tersebut, arus terbahagi kepada dua dan mengalir mengikut lintasan mentol masing-masing. Mentol yang terbakar tidak akan mempengaruhi laluan arus. Kecerahan 1 mentol berkurang berbanding 2 mentol kerana rintangan bertambah, maka arus yang mengalir berkurang. Ini menyebabkan kecerahan mentol turut berkurang.

3. Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol filamen. Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut dipengaruhi dengan cara kamu

menyambung litar secara bersiri atau selari? Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang. Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

4. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan.

Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang dan sama nyalaan.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar selari apabila satu mentol filamen lain disambung secara selari padanya? Terangkan.

Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Aktiviti 2: Membina gabungan litar selari dan bersiri Bahan dan Radas :Pemegang bateri, bateri, suis, wayar, tiga biji mentol.

Prosedur : 1. Bina litar seperti ditunjukkan pada rajah di atas menggunakan pemegang sel kering, sel kering, suis, beberapa wayar penyambung dan tiga mentol lampu. 2. Sambung suis dan perhatikan kecerahan mentol lampu. 3. Sambung ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan melalui setiap mentol. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. 4. Keluarkan mentol 1. Perhatikan kecerahan mentol-mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter. 5. Keluarkan mentol 2. Perhatikan kecerahan mentol-mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Keputusan / Pemerhatian Keadaan 1 Mentol 1 2 3 Ammeter 0.42 0.14 0.1 Voltan 3.3 0.7 0.6 Keadaan mentol Sangat cerah Cerah Malap

Keadaan 2 (Mentol 1 dikeluarkan) Mentol 2 dan 3 Nyalaan mentol Lebih cerah berbanding sebelum mentol 1 dibuang dan kecerahan mentol 2 dan 3 sama I, A 0.24 V, V 2.0

Keadaan 3 (Mentol 2 dikeluarkan) Mentol 1 dan 3 Nyalaan mentol Lebih malap berbanding sebelum mentol 3 dibuang dan kecerahan mentol 1 dan 3 sama I, A 0.1 V, V 0.2

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran 1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 1 dikeluarkan? Terangkan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana, apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari (rujuk rajah) Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang. Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir, semakin cerah mentol.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 2 dikeluarkan? Terangkan. Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V berkurang. Ini kerana, apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan sebelum mentol 2 dikeluarkan. Mentol 3 sama kecerahannya dengan mentol 1. Ini kerana, sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari. Arus yang mengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 menjadi bersiri dengan mentol 1. Arus yang mengalir pada kedua-dua mentol adalah sama. Maka, kecerahan untuk kedua-dua mentol adalah sama. (rujuk rajah)

3. Apakah litar yang sesuai digunakan di dalam rumah? Litar bersiri atau selari? Terangkan alasan anda. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Kelebihan litar selari ialah:Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan. Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/ beza keupayaan. Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara kelemahan litar bersiri ialah:Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan lain. Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.

Kesimpulan: Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Laporan Pratikal / Amali 6 Tajuk Tujuan : Penjanaan dan penghantaran arus elektrik. : Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijana. Bahan : Dawai kuprum, galvanometer dan magnet.

Aktiviti 1 :

Menyiasat arus yang dijana.

Teori : Penghasilan arus akibat pemotongan fluks magnet oleh konduktor (atau perubahan fluks merangkai satu litar) dikenali sebagai aruhan elektromagnet. Bekalan arus yang dibekalkan ke rumah kita adalah hasil daripada pemutaran turbin besar di stesen janakuasa elektrik. Penjana-penjana tenaga menggunakan prinsip aruhan elektromagnet untuk menjanakan kuasa elektrik. Terdapat dua hokum aruhan elektromagnet yang penting iaitu Hukum Faraday dan Hukum Lenz. Hukum Faraday menyatkan bahawa magnitud d.g.e. teraruh dalam suatu konduktor adalah berkadar langsung kepada perubahan fluks merangkai gegelung (atau kadar pemotongan fluks magnet oleh konduktor). Hukum Lenz pula menyatakan bahawa arus teraruh sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet (atau gerakan) yang menghasilkannya.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

Prosedur

1.

Lilitkan

dawai

kuprum

sebanyak

10-20

lilitan

di

dua

jari

anda.

Sambungkan hujung bebas kepada galvanometer yang peka. .

2.

Siasat apa yang berlaku bila:

(a) (b) (c) (d) (e)

Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gelung ? Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gelung ? Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gelung ? Gelung digerakkan kearah magnet ? Magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelung?

3.

Ulang alngkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub selatan magnet.

4.

Sekarang, Sambung

lingkarkan hujung

40 lilitan

gelung kuprum sekitar

dua

jari

anda.

bebas

kepada galvanometer yang peka. Ulang langkah

langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub Utara magnet.

5.

Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet yang dilekat bersama-sama dengan kesemua kutub utara berada pada

penghujung yang sama. Ulang langkah2 (a) hingga (e) dengan magnet magnet yang lebih kuat.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Keputusan / Pemerhatian 1 Kutub Utara Tindakan 2a 2b 2c 2d 2e Pemerhatian Jarum galvanometer bergerak ke kanan Jarum galvanometer bergerak ke kiri Jarum galvanometer bergerak ke kiri Jarum galvanometer bergerak ke kanan Jarum galvanometer tidak bergerak

Kutub Selatan Tindakan 2a 2b 2c 2d 2e Pemerhatian Jarum galvanometer bergerak ke kiri Jarum galvanometer bergerak ke kanan Jarum galvanometer bergerak ke kiri Jarum galvanometer bergerak ke kiri Jarum galvanometer tidak bergerak

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Keputusan / Pemerhatian 2

Ujian Kutub magnet digerakkan ke dalam gegelung?

(20 lilitan) Kutub Utara Jarum galvanometer bergerak ke arah positif

(20 lilitan) Kutub Selatan Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif

(40 lilitan) Kutub Utara Jarum galvanometer bergerak ke arah positif dengan lebih jauh

(40 lilitan) Kutub Selatan Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif dengan lebih jauh Jarum galvanometer bergerak ke arah positif dengan lebih jauh Jarum galvanometer bergerak ke arah positif lebih jauh

Kutub utara magnet

Jarum galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah positif

Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif dengan lebih jauh

dikeluarkan dari bergerak ke gegelung? arah negatif

Kutub utara magnet digerakkan dengan sangat laju ke dalam gegelung ? Gegelung digerakkan di atas magnet?

Jarum galvanometer terpesong jauh ke arah positif

Jarum galvanometer terpesong jauh ke arah negatif

Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif lebih jauh

Jarum galvanometer bergerak ke arah positif

Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif

Jarum galvanometer bergerak ke arah positif lebih jauh

Jarum galvanometer bergerak ke arah negatif lebih jauh Tiada perubahan berlaku

Magnet dikekalkan pada posisi dalam gegelung?

Tiada perubahan berlaku

Tiada perubahan berlaku

Tiada perubahan berlaku

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :

1. Apakah terjadi bila magnet digerakkan ke dalam gelung ? Terangkan. Jarum galvanometer bergerak menunjukkan arus elektrik teraruh (2 markah)

2. Apakah terjadi bila magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelung? Terangkan. Jarum galvanometer tidak bergerak menunjukkan tiada arus elektrik. (2 markah)

3. Apakah terjadi bila magnet digerakkan dengan cepat ke dalam gelung? Terangkan. Jarum galvanometer bergerak ke kiri dan kekanan dengan cepat kerana lebih banyak arus teraruh. (2 markah)

4.Apakah terjadi bila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gelung? Terangkan. Jarum galvanometer bergerak ke kiri dan kekanan dengan lebih cepat. ( 2 markah )

5. Apakah terjadi bila magnet yang mempunyai banyak lilitan di masukkan ke dalam gelung? Terangkan. Bacaan galvanometer menunjukkan bacaan yang lebih tinggi (2 markah)

6. Apa yang mesti anda buat untuk meningkatkan magnitud arus yang dijana? i. ii. iii. Gunakan magnet yang lebih kuat Gerak keluar masuk magnet dengan lebih cepat Tambah dan rapatkan lilitan pada magnet (1 markah)

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Aktiviti 2 : Membina transformer injak turun dan injak naik.

Tujuan

Untuk mendemonstrasikan peggunaan transformer dalam penghantaran elektrik.

Bahan

Dawai kuprum bersalut PVC, teras-C besi lembut, bekalan kuasa AC, suis, mentol, ammeter AC, voltmeter AC, dan pengapit G.

Teori

: Transformer ialah suatu alat yang digunakan untuk meningkatkan dan menurunkan

beza keupayaan suatu bekalan a.u. . Transformer adalah penting dalam kehidupan kita. Transformer yang kecil merupakan komponen penting dalam litar elektronik seperti litar televisyen. Bagi transformer yang besar, ia dapat dilihat pada pencawang di kawasan perindustrian dan perumahan. Transformer terdiri daripada dua gegelung yang dililit pada teras besi berlapis. Dua gegelung ini dikenali sebagai gegelung primer dan gegelung sekunder. Bekalan a.u. yang hendak dinaikkan atau diturunkan disambungkan kepada gegelung primer sebagai input. Manakala beza keupayaan a.u. yang telah dinaikkan atau diturunkan merupakan output gegelung sekunder.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Prosedur :

1.

Lilitkan 10 lilitan dawai kuprum bersalut PVC pada teras-C besi lembut dan sambungkan gelung itu ke bekalan kuasa AC dan suis. Gelung ini dipanggil gelung primer.

2.

Lilitkan 25 lilitan dawai kuprum pada teras-C besi lembut yang lain dan sambungkan kedua dua hujung gelung ke mentol. Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana meter-meter disambung untuk mengukur arus dan beza keupayaan di dalam gelung primer.

3.

Sekarang sambungkan meter-meter untuk mengukur arus dan beza keupayaan di dalam gelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

4. Di dalam transformer di atas, bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih besar daripada gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.

5. Sekarang terbalikkan sambungan kedua-dua gelung primer dan sekunder. Bilangan lilitan dalam gelung sekunder adalah lebih kecil berbanding gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.

Keputusan / Pemerhatian

Transformer

Bacaan volmeter [V] Primer Sekunder 1.5 0.5

Bacaan ammeter [A] Primer 0.5 0.5 Sekunder 0.5 0.5

Injak naik Injak turun

0.5 1.5

Bilangan lilitan

Bilangan lilitan

Hubungan antara Ns dengan Np

Pemerhatian Bacaan ammeter Bacaan Voltmeter Vs>Vp Transformer adalah jenis injak naik Vs<Vp Ip=I1=1.5A Vp= V1=4.0V Transformer Is=I2=3.5A Vs=V2=1.5 V adalah jenis injak turun Kesimpulan

gegelung gegelung primer sekunder

Ip=I1=1.5A 10 25 Ns > Np Is=I2=0.5A

Vp= V1=4.0 V Vs=V2=8.5 V

25

10

Ns < Np

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 PERBINCANGAN : Untuk prosedur 4, bilangan lilitan pada gegelung sekunder, NS ialah 25 lilitan, manakala bilangan lilitan pada gegelung primer, NP ialah 10 lilitan. Apabila bilangan lilitan pada gegelung sekunder adalah lebih banyak berbanding dengan gegelung primer (NS > NP), maka jenis transformer ini dikenali sebagai transformer injak naik. Bacaan ammeter dan voltmeter pada prosedur 4 (transformer injak naik): IP = I1 = 1.5 A, VP = V1 = 4.0 V IS = I2 = 0.5 A, VS = V2 = 8.5 V Untuk prosedur 5, bilangan lilitan pada gegelung primer, NP ialah 25 lilitan, manakala bilangan lilitan pada gegelung sekunder, NS ialah 10 lilitan. Apabila bilangan lilitan pada gegelung primer adalah lebih banyak berbanding dengan gegelung sekunder (NP > NS), maka jenis transformer ini dikenali sebagai transformer injak turun. Bacaan ammeter dan voltmeter pada prosedur 5 (transformer injak turun): IP = I1 = 1.5 A, VP = V1 = 4.0 V IS = I2 = 3.5 A, VS = V2 = 1.5 V Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, transformer jenis injak naik digunakan untuk menaikkan beza keupayaan. Bagi sebuah transformer injak naik, ia mempunyai bilangan lilitan gegelung sekunder yang lebih besar berbanding dengan bilangan lilitan pada gegelung primer. Arus pada gegelung primer ini adalah lebih besar jika dibandingkan dengan arus pada gegelung sekunder. Manakala bagi sebuah transformer injak turun, ia digunakan untuk menurunkan beza keupayaan. Transformer ini mempunyai bilangan lilitan pada gegelung primer yang lebih besar berbanding bilangan lilitan pada gegelung sekunder. Arus pada gegelung primer adalah lebih kecil daripada arus pada gegelung sekunder. Kebanyakan transformer dapat memindahkan kuasa elektrik dengan cekap dan hanya sedikit tenaga elektrik yang hilang dalam proses pemindahan. Bagi transformer yang 100% cekap:

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

Kuasa yang dibekalkan kepada litar primer sekunder Vp x Ip = Vs x Is

= Kuasa digunakan dalam litar

Bagi sebuah transformer yang tidak 100% cekap , sebahagian tenaganya akan hilang dalam bentuk tenaga haba. Maka , kuasa input biasanya akan melebihi kuasa output. Prinsip kerja transformer ialah apabila arus ulang alik dimasukkan ke dalam gegelung primer sesuatu transformer, satu medan magnet yang berubah-ubah dihasilkan. Medan magnet ini ditumpukan dan dirangkaikan oleh teras besi lembut kepada gegelung sekunder.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran : 1. Untuk transformer injak naik, arus yang manakah yang anda jangka lebih besararus primer atau arus sekunder? Untuk transformer injak naik, arus pada gegelung primer adalah lebih besar daripada daripada arus pada gegelung sekunder. 2. Bagaimana anda mengukur kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak naik dan apakah nilai-nilainya. Kuasa input dan kuasa output transformer injak naik boleh diukur dengan : Kuasa input (gegelung primer), Pi = V p x V p Kuasa output (gegelung sekunder), Po = V s x V s Kuasa input = kuasa output Po = P i V s Is = V p Ip

3. Kira nisbah kuasa output kepada kuasa input. Apakah nama nisbah ini?

VS VP

NS NP

Voltan sekunder Voltan primer

Bilangan lilitan sekunder Bilangan lilitan primer

Nisbah bilangan lilitan.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012 4. Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap kabel dikira dengan menggunakan formula, Kuasa hilang dalam setiap kabel = IR, dimana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel. Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan? Kehilangan kuasa boleh dikurangkan dengan : Menggunakan dawai kuprum yang lebih tebal supaya rintangan dawai kuprum lebih rendah. Menggunakan teras besi lembut yang mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan. Lilitan gegelung primer dan gegelung sekunder dirapatkan supaya kebocoran fluks tidak berlaku Menggunakan teras besi yang berlapis dan ditebatkan dengan cat enamel untuk menghalang pengaliran arus pusar.

5. Terangkan peranan transformer injak naik di dalam membantu mengurangkan kehilangan kuasa semasa penghantaran elektrik. Transformer injak naik berperanan dalam membantu untuk mengurangkan kehilangan kuasa semasa penghantaran elektrik. Semasa penghantaran elektrik, sebahagian tenaga elektrik akan hilang sebagai tenaga haba. Jadi, transformer injak naik akan digunakan untuk menaikkan nilai beza keupayaan supaya arus yang mengalir dalam kabel penghantaran adalah kecil dan mengurangkan kehilangan tenaga. 6. Untuk transformer injak turun, arus yang manakah yang anda jangka lebih besararus primer atau arus sekunder? Untuk transformer injak turun, arus pada gegelung primer adalah lebih kecil daripada arus pada gegelung sekunder.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

7. Apakah nilai-nilai kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak turun? VP = 4.0 V dan NP = 10 lilitan

Oleh itu, kuasa output sekunder = kuasa input primer = VS IS = VP IP MAKA = 4.0 1.5 =

2.66 Volt.

8. Terangkan peranan transformer injak turun di dalam penghantaran elektrik. Apabila transformer injak naik digunakan untuk menaikkan nilai beza keupayaan supaya arus yang mengalir dalam kabel dapat dikecilkan untuk mengelakkan kehilangan tenaga, transformer injak turun berperanan untuk menurunkan semula nilai beza keupayaan supaya arus yang tinggi dapat dibekalkan kepada pengguna.

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

LAPORAN PRATIKAL 5 & 6


NAMA PELAJAR CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN ( PPGSN2611) ( 770506135975 ) KENNEDY ANAK LICHON( PPGSN1611) ( 760107135311) SANDING ANAK GENI ( PPGSN2611) (790314135901) GERALD ANAK BENJAMIN( PPGSN2611) (780520-13-5567) LIAS ANAK JOSEPH INGAS( PPGSN2611) (800213135520 ) KUMPULAN NAMA PENSYARAH KOD DAN NAMA SUBJEK TARIKH SERAHAN SEMESTER PPGSN2611 / PPGSN1611 ENCIK YAHYA BIN SIDEK SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SEHARIAN LAPORAN AMALI PRATIKAL 5 & 6. 05 OKTOBER 2012 3/ AMBILAN JUN 2011

Laporan Amali / Pratikal 5 dan 6 SCE Fizik Dalam Konteks Kehidupan Seharian 2012

Anda mungkin juga menyukai