Anda di halaman 1dari 37

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

KEMENTERIAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA
EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S
THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. Identify three phase drawing specifications and requirement


NO. DAN PERNYATAAN
2. Carry out layout drawing equipment and materials
AKTIVITI KERJA / WORK
3. Carry out three line / schematic diagram drawing
ACTIVITIES NO. AND
4. Carry out three phase wiring drawing
STATEMENT
5. Inspect three phase drawing

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(1/5)
Drp / of : 32

TAJUK / TITLE : SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN TIGA FASA

TUJUAN / PURPOSE :
Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan pengiraan dan lukisan perseimbangan
beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk mengetahui jumlah permintaan
arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan peralatan mengikut saiz yang sesuai
seperti saiz papan suis utama, ELCB, kabel dan lain-lain
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 2 / 37

PENERANGAN/INFORMATION :

1.0 PENGENALAN

Terdapat pelbagai jenis barangan dan alatan kelengkapan elektrik serta peralatan aksesori
pendawaian. Setiap peralatan dan aksesori mempunyai fungsi dan tugas yang berlainan diantara
satu sama lain. Untuk memastikan pengenalan alatan dan aksesori supaya tidak mengelirukan
pengguna,dengan itu setiap satunya ditunjukkan secara lukisan simbol pada pelan pendawaian.

Dalam sistem pendawaian memerlukan satu pelan khas yang dinamakan pelan pendawaian
elektrik.pelan ini sebagai rujukan kepada pendawai untuk membuat kerja-kerja pendawaian pada
suatu premis. Dalam pelan pendawaian inilah mengandungi maklumat lengkap seperti bentangan
pendawaian,rekabentuk litar, komponen, aksesori, faktor keselamatan pengguna dan faktor kos
yang ekonomi.

Setiap pelan elektrik mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
yang bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik,contohnya seperti :

i) Peraturan Suruhanjaya Tenaga-Elektrik


ii) Peraturan-Peraturan Elektrik
iii) Peraturan I.E.E

1.1 PROSEDUR LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN

1.1.1 Lawatan Tapak

Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-

i. Kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;


ii. Permintaan beban maksimum;
iii. Bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;
iv. Jenis pendawaian; dan
v. Susunatur kelengkapan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 3 / 37

Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan


Kediaman Bekalan Fasa Tungal Dan Tiga Fasa

RAJAH : 1

Rajah 1 : Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan


Fasa Tunggal dan Tiga Fasa
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 4 / 37

1.2 Teknik Penghasilan Lukisan


Secara teorinya lukisan yang dihasilkan mestilah kemas, mempunyai maklumat yang jelas
dan mudah difahami. Kemahiran melukis hanya boleh diasah dengan latihan yang sistematik dan
mencukupi.
Sebelum memulakan proses lukisan, pelukis perlulah merancang dari mula hingga lukisan itu
disiapkan. Pelukis perlu menganggarkan saiz lukisan supaya dapat di lukis dalam kertas lukisan,
orientasi lukisan samada menegak atau melintang, dan maklumat yang perlu dimasukkan dalam
lakaran berdasarkan saiz kertas lukisan. Pelukis juga perlu memastikan saiz simbol dan objek
yang digunakan dalam lukisan adalah sekata dan seragam. Pelukis disyorkan untuk menyediakan
satu lakaran yang mengandungi maklumat asas lukisan sebelum menghasilkan lukisan yang
tepat.

1.2.1 Asas Lukisan

a) Garisan
Garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk, simbol, kontur , dsb. Garisan
yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini
membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut dengan baik.

Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti:


i) Garisan objek
ii) Garisan keratan
iii) Garisan pandu
iv) Garisan unjuran
v) Garisan dimensi
vi) Garisan tersembunyi
vii) Garisan tengah
viii) Garisan pecah
ix) Satah Pemotongan
x) Garisan penyambungan
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 5 / 37

Jadual 1.0: Jenis – Jenis Garisan

Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan

1.

Garisan yang tebal dan


hitam, digunakan untuk
tebal garisan = 0.7mm
menunjukkan garisan
objek/benda

Garisan objek
2.
Garisan tebal dan
terputus panjang dan
tebal garisan = 0.3mm
pendek
0.7mm

Digunakan untuk
menunjukkan bahagian
Garisan keratan
keratan objek

3.

tebal garisan = 0.3mm


Garisan yang halus,
digunakan untuk asas
membina objek
Garisan
pandu
4.
Garisan yang halus,
digunakan untuk
mengunjurkan garisan
tebal garisan = 0.3mm
objek

Selalunya digunakan
Garisan
dalam lukisan ortografik.
unjuran
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 6 / 37

5.
Garisan ini hitam dan
halus

tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk


mendimensi objek

Ditandakan dengan anak


panah dikedua-dua
Garisan
hujung garisan
dimensi

6.
Garisan yang diputuskan

tebal garisan = 0.3mm garis-garis pendek


Digunakan untuk
menunjukkan garisan
objek yang tidak boleh
kelihatan
Garisan
tersembunyi
7.

tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan


oleh titik-titik
Digunakan untuk
menunjukan bahagian
tengah objek yang
berbantuk
Garisan
tengah

8.
Garisan ini dibuat sama
hitam dan tebal seperti
garisan objek
tebal garisan = 0.7mm

Untuk menunjukkan
Garisan
struktur dalaman bagi
pecah
sesuatu objek
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 7 / 37

9.

Untuk menunjukkan
tebal garisan = 0.3mm struktur dalaman bagi
0.7mm sesuatu objek

Satah
Pemotongan

b) Penghurufan

Huruf dan nombor digunakan untuk menekankan/ menerangkan dengan lebih lanjut
maklumat yang terdapat dalam suatu lukisan. Saiz piawai untuk melukis huruf dan nombor
adalah pada ketinggian 3mm.

Terdapat 3 jenis tulisan yang digunakan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Ia
boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil. Pensel gred sederhana lembut seperti HB
digunakan untuk menghuruf dan mata pensel hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam
atau menggunakan pensel mekanikal.

i) Cara yang betul untuk menghuruf

i. Semasa menghuruf jangan campur tulisan besar dan kecil


ii. Gunakan garis panduan untuk menyeragamkan ketinggian tulisan.
iii. Garisan panduan boleh dibuat dengan menggunakan pensil gred keras seperti
2H.
iv. Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dan kaedahcondong
v. Jarak antara huruf hendaklah sama
vi. Ketebalan huruf hendaklah sama ia boleh dibuat dengan menggunakan pensil
yang sama.

Aa Bb Cc Dd Ee Ff
Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm
Nn Oo Pp Qq Rr Ss
Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz
Rajah 2: Contoh huruf jenis Gothic
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 8 / 37

Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg 3mm

Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn
Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu
Vv Ww Xx Yy Zz
Rajah 3: Contoh huruf jenis Roman

ii) Teknik menghuruf

Terdapat 2 jenis teknik menghuruf yang digunakan iaitu teknik menegak dimana tulisan
ditulis secara menegak dan condong dimana tulisan dilukis secara condong (italic).

Berikut adalah contoh dan teknik menghuruf dengan betul

Garis Panduan
Pensil 2H

G H
Pensil H

Rajah 4: Teknik menegak

Garis Panduan
Pensil 2H

G H
Pensil H

Rajah 5: Teknik Condong


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 9 / 37

iii) Penskal aan


Jika sesuat u objek terlalu besar untuk dilukis di atas kertas lukisan,
lukisan objek tersebut hendaklah dikecilkan mengikut kadaran yang
tertentu.

Rajah 6 : Skala

Nota: Dimensi yang ditunjukkan dalam rajah adalah nilai ukuran yang sebenar.

1.3 FAKTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR)

1.3.1 Pengenalan

Suatu perkiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus pada alat, saiz kabel, dan alat
perlindungan perlu ada dalam sesuatu pepasangan

1.3.2 Penggunaan Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalanseperti
suis utama dan pemutus litar pada pengalir utama dan sub-utama. Faktor kepelbagaian tidak
boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir litar akhir kecuali bagi litar akhir pemasak.
Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan untuk mengira saiz
pengalir dan peralatan kawalan kecuali litar akhir.

Cara Menggunakan Faktor Kepelbagaian

Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah:


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 10 / 37

Faktor Kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan


Jumlah beban yang digunakan

Faktor Kepelbagaian ini boleh ditentukan oleh perancang-perancang pemasangan elektrik


dengan berpandukan secara asas di dalam JADUAL KETIGA PERATURAN 11 yang terdapat
di dalam Buku Akta Bekalan Elektrik Peraturan-Peraturan Elektrik yang disediakan .Jadual
khas ini memberi anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban yang terdapat di dalam
pemasangan elektrik jenis domestik. Harus diingat peraturan-peraturan yang terdapat di dalam
Buku Akta dan peraturan 80 % adalah melibatkan pepasangan domestik , jadi apa jua
pepasangan yang melibatkan pepasangan domestik haruslah dirujuk peraturan 11.

Di dalam pepasangan pendawaian elektrik terbahagi kepada 3 kategori iaitu:


i) Domestik – Rumah kediaman
ii) Perdagangan- Kedai kecil, stor, pejabat dan bangunan perniagaan persendirian, hotel
kecil, rumah rehat, rumah tamu dan sebagainya
iii) Industri - Kilang

Di bawah adalah jadual 4B petikan dari bab Peraturan-peraturan I.E.E Edisi ke 15

Jadual 1.1 : Jadual 4B

Jenis Pemilik Bangunan


Bil Penggunaan
kepelbagaian bagi Pemasangan Kedai Hotel kecil,rumah
litar kecil akhir Rumah kecil,stor,pejabat rehat,rumah tamu
yang disuapkan Persendirian dan bangunan dan sebagainya
dari pengalir atau termasuk Blok perniagaan
peralatan suis Penginapan persendirian
Persendirian

1. Lampu 66% daripada 90 % daripada 75% daripada jumlah


jumlah permintaan jumlah permintaan permintaan arus
arus arus

2. Bekalan Kuasa dan 100% daripada 100% beban penuh 100% beban penuh
pemanas (lihat bil 3 jumlah permintaan perkakas yang perkakas yang
hingga 8) arus yang melebihi terbesar tambah terbesar tambah 80%
10 Amp tambah 75% beban penuh beban penuh
50% daripada arus perkakas baki perkakas yang kedua
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 11 / 37

yang melebihi 100 terbesar tambah 60%


Amp beban penuh
perkakas baki

10 Amp yang
pertama tambah 100% beban penuh perkakas yang terbesar
3 Perkakas Memasak 30% beban penuh tambah 20% beban penuh perkakas yang
perkakas memasak kedua terbesar tambah 60% beban penuh
yang melebihi 10 perkakas baki
Amp tambah 5 Amp
jika unit itu
menyediakan soket
alir keluar

100% beban penuh 100% beban penuh


4. Motor motor yang motor yang terbesar
(selain pengangkut terbesar tambah tambah 50% beban
yang memerlukan 80% beban penuh penuh motor baki
perhatian khusus) motor yang kedua
terbesar tambah
60% beban penuh
motor baki

100% beban penuh 100% beban penuh


5. Pemanas air(jenis perkakas yang perkakas yang
segera) terbesar tambah terbesar tambah
100% beban penuh 100% beban penuh
perkakas yang perkakas yang kedua
kedua terbesar terbesar tambah 25%
tambah 25% beban beban penuh baki
penuh baki

6. Pemanas air Tidak dibenarkan kepelbagaian


(kawalan laras suhu)

7. Pemasangan Tidak dibenarkan kepelbagaian


pemanas lantai
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 12 / 37

8. Pemasangan ruang Tidak dibenarkan kepelbagaian


simpanan haba

9. Susunan litar akhir 100% permintaan arus litar yang terbesar 100% permintaan arus
yang piawaian tambah 40% permintaan arus bagi setiap litar yang terbesar
mengikut lampiran 5 litar lain tambah 50%
permintaan arus bagi
setiap litar lain

100% permintaan 100% permintaan 100% permintaan arus


10 Soket alir keluar arus titik arus titik titik penggunaan yang
selain Bil 9 dan penggunaan yang penggunaan yang terbesar tambah 75%
kelengkapan yang terbesar tambah terbesar tambah permintaan arus
dinyatakan diatas 40% bagi setiap titik 75% bagi setiap setiap titik di bilik
penggunaan yang titik penggunaan utama ( seperti di
lain yang lain ruang makan ) tambah
40% permintaan arus
bagi setiap titik
penggunaan yang lain

Jika anda perhatikan bil-bil elektrik samaada di rumah anda atau di tempat kerja anda berbeza
tarifnya. Ini adalah kerana penggunaan elektrik berbeza bagi kategori Domestik,Perdagangan
dan Industri. Jadi penggunaan faktor kepelbagaian juga berbeza mengikut 3 kategori tadi. Bagi
pemasangan 3 fasa, Pengiraannya adalah sama dengan pengiraan satu fasa, iaitu jumlah
beban di bahagi dengan voltan nominal terbaru. Dan di akhir pengiraan jumlah keseluruhan
perlu dibahagi 3.

Bagi beban seperti 3 fasa jumlah beban terus dibahagi 3 x 400 x 0.85 untuk mencari jumlah
arus
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 13 / 37

1.3.3 Contoh pengiraan faktor kepelbagaian

Contoh 1 :

Sebuah rumah kediaman memerlukan pendawaian berikut dengan bekalan 1 fasa dengan
bekalan 240 volt

1) 15 mata lampu kalimantang 1x 40 watt


2) 3 mata kipas angin siling 85 watt
3) 8 mata soket alir keluar 13 amp (500 watt setiap satu)
4) 2 mata penghawa dingin 1 hp (kuasa kuda)
5) 1x2 kw dapur Elektrik
6) 1x1 kw Pemanas Air Segera

Bil. Beban / Litar Arus Maksima Faktor Arus Anggaran


Kepelbagaian

1. 15 mata lampu I = P X 1.8


kalimantang 40 watt V = 4.5 x 66 %
66%
I = 15 x 40 x 1.8
240 = 2.97 amp

I = 4.5 amp

I= P
V X 0.85
2. 3 mata kipas angin 66% 1.25 amp x 66 %
siling 85 watt I= 3 X 85
240 X 0.85
= 0.83 amp
I = 1.25 amp

Jumlah permintaan arus


pertama
Yang terbesar
3. 8 mata soket alir keluar I = 2 X 500 watt 100% 4.2 amp x 100%
13 amp (500 watt 240
setiap satu) = 4.2 amp
4 Litar = 8 suis soket I = 4.2 amp
keluaran
Jumlah permintaan arus
yang selebihnya
I = 6 X 500 watt 40% 12.5 x 40 %
240
= 5 amp
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 14 / 37

I = 12.5 amp

4 2 mata penghawa I= P 100 % A/C 1 = 1x


dingin 1 hp (kuasa V X 0.85 746
kuda) 240 x
I = 2 x 746 0.85
240 x 0.85
80 % = 3.65
I =7.31 amp Amp x 100%
= 3.65
amp

A/C 2= 1 x 746
240 x
0.85

= 3.65
Amp x 80%
= 2.92
amp

5 1 X 2 kW Dapur I= P
Elektrik V

I = 1 X 2 X 1000 100% 8.33 x 100%


240
= 8.33 amp
I = 8.33 amp

6 1 X 1 kW Pemanas Air I=P


Jenis Segera V

I = 1 X 1 X 1000
240 100% 4.2 x 100 %

I = 4.2 amp = 4.2 amp

Jumlah Keseluruhan 42.26 amp 32.07 amp

Suis Utama yang di pilih = 63Amp satu fasa dan neutral


Saiz RCD yang dipilih = 300 mA (0.3Amp)
Kadaran fius = 63 Amp.
Saiz kabel utama yang digunakan = 16mm² pvc
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 15 / 37

Contoh 2 :

Sebuah syarikat ingin mendirikan sebuah syarikat kilang memproses getah. Kilang tersebut
mempunyai beban-beban seperti berikut.Bekalan bagi kilang ini ialah 3 fasa 415 volt,50 HZ
dengan faktor kuasa 0.85

1) 100 kuasa kuda motor 3 fasa


2) 30 kuasa kuda motor 3 fasa
3) 10 kuasa kuda motor 3 fasa
4) 3 kuasa kuda motor 3 fasa
5) 63 nos 2 x 40 watt lampu pendaflour
6) 8 nos 85 watt kipas siling
7) 40 soket alir keluar 13 amp (250 watt setiap satu)

Kirakan jumlah beban tersambung (KW) dan jumlah arus yang digunakan untuk keseluruhan
pemasangan tersebut (Faktor Kepelbagaian 100%)

Bil. Beban / Litar Beban Tersambung Faktor Arus Sebenar


(KW) Kepelbagaian

1 100 kuasa kuda motor 100 x 746 = 74,600 100 x 746


3 fasa watt √3 x 415 x 0.85
1000 100 %
=122.1 amp x 100%
= 74.6 = 122.1 amp
kilowatt

2 30 kuasa kuda motor 3 30 x 746 = 22,380 30 x 746


fasa watt 100 % √3 x 415 x 0.85
1000
= 36.63 amp x 100%
= 36.63 amp
= 22.38
kilowatt
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 16 / 37

3 10 kuasa kuda motor 3 10 x 746 watt = 7460 100 % 10 x 746


fasa watt √3 x 415 x 0.85

= 7.46 kilowatt =12.21 amp x 100%


=12.21 amp

4 3 kuasa kuda motor 3 3 x 746 watt = 2238 100 % 3 x 746


fasa watt √3 x 415 x 0.85

= 2.24 kilowatt =3.66 amp x 100%


=3.66 amp

5 63 nos 2 x 40 watt 63 x 2 x 40 x 1.8 Beban lampu dan


lampu pendaflour = 9072 watt kipas disatukan
1000
= 9.072 kilowatt
100 %

6 8 nos 85 watt kipas 8 x 85 watt 9.752 x 1000


siling = 680 watt √3 x 415 x 0.85
1000
=0.68 kilowatt
= 15.96 amp x 100%
9.072 + 0.68 = 9.752
kilowatt = 15.96 amp

7 40 soket alir keluar 13 40 x 250watt 40 x 250


amp = 10,000 watt √3 x 415 x 0.85
1000 100 %
= 16.36 amp x 100%
= 10 kilowatt = 16.36 amp
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 17 / 37

Jumlah Beban = Jumlah Arus = 126.43 x 1000


126.43 kw Sebenar √3 x 415 x 0.85
Tersambung
= 206.93 amp

Suis Pemutus Litar Udara (ACB) yang di pilih = 300A tiga fasa dan neutral
Saiz Busbar Pada papan Suis Utama = 6.3 mm x 31.5 mm
Saiz Alat Ubah Arus (CT) = 300/5 amp
Saiz kabel utama yang digunakan = 4 X 150 mm²

1.4 Bill of Quantity ( BQ/ BoQ) / Senarai Kuantiti


Bil atau senarai kuantiti (BOQ) adalah dokumen yang menerangkan butiran dan kuantiti kerja
yang akan dilaksanakan. Dokumen ini kebiasaannya disediakan semasa dalam proses tender
dalam industri pembinaan atau pembekalan di mana maklumat bahan, bahagian, upah kerja serta
kos keseluruhan dinyatakan secara terperinci.

1.4.1 Kegunaan Senarai kuantiti

i. Mempelawa Tender
ii. Menyediakan Bayaran Kemajuan / Bayaran Interim
iii. Menilai Pindaan Kerja
iv. Menilai Pindaan Kerja
v. Memesan dan Membeli Bahan-bahan
vi. Data Kos
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 18 / 37

Rajah 7: Contoh Bill of Quantity (BoQ)


1.5 Jenis –jenis pengiraan

1.5.1 Permintaan Maksimum (Maximum Demand) dan Faktor Kepelbagaian (Diversity


Factor)
Permintaan Maksimum merujuk kepada anggaran keperluan kuasa maksimum bagi sesebuah
pepasangan. Nilai diberi oleh
MD=TCL x DF
MD: maximum demand
TCL: jumlah beban (Ampere)
DF: Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian dinyatakan dalam Jadual 4B, Peraturan IEE. Jika maklumat tentang
peralatan elektrik tidak dapat diperolehi, maka perkara berikut mestilah diambil kira dalam menilai
permintaan maksimum.

Permintaan maksimum (maximum demand)

Permintaan maksimum adalah arus terbesar yang biasanya dibawa oleh litar, suis dan peranti
pelindung; ia tidak termasuk paras arus yang mengalir pada keadaan litar pintas atau beban
lebih.

1.6 Kepelbagaian (diversity)

Kepelbagaian adalah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz
pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.

Formula:
Saiz kabel (kapasiti membawa arus) >kadar alat pengasingan/ perlindungan > arus kepelbagaian
Jenis –jenis pengalir
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 19 / 37

1.7 Jenis –jenis pengalir

Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan
pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan
kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis logam
boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbeza dan
boleh mempengaruhi aliran arus.

Untuk dijadikan pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai
kerintangan rendah. Ianya mudah membawa aliran arus. Pengalir yang kerap digunakan dalam
pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum dan aluminium.

1.7.1 Kuprum

Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya
yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dandibentuk, kabel berpengalir kuprum paling
sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumah atau di luar rumah bagi pemasangan tetap. Selain
itu kuprum keras yang mempunyai ketegasan tertinggi ini digunakan untuk pengalir talian
rentangan atas yang lazimnya tidak bertebat

1.7.2 Aluminium

Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit daripada
kuprum. Untuk dijadikan pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada
10mm. Aluminium lebih ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3 berat daripada berat
kuprum di samping harganya lebih murah.

Jadual 1.3 :Perbezaan Tembaga Dan Aluminium

No Tembaga Aluminium
1 Pengalirannya baik, oleh itu saiznya Pengalirannya kurang baik, oleh itu
lebih kecil untuk sesuatu kadaran arus saiznya lebih besar bagi sesuatu kadaran
arus yang sama
2 Harganya mahal Harganya murah
3 Lebih berat Ringan
4 Tidak mudah patah Mudah patah
5 Mudah lentur Tidak mudah lentur
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 20 / 37

1.8 Jenis Jenis Kabel

Jenis-jenis kabel bawah tanah:

1. Kabel PVC/PVC Single Core Bertebat PVC.


2. Kabel PVC/SWA/PVC 2 Core
3. Kabel PVC/SWA/PVC multicore pilot cable.
4. Kabel X.L.P.E ( Cross Link Poly Ethylene)

1.9 Komponen-Komponen Pelindung Tiga Fasa

Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan
dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang dihadkan
bagi litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu
secara bersiri dengan litar bekalan.

Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun
disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya.

Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan berlakunya
kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus keupayaan maksimum
alat itu mengalir didalam llitarnya. Disamping itu juga, pelindung lebihan arus juga melindungi
kabel daripada rosak.

1.9.1 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan


a) Jenis beban
b) Keupayaan unit perlindungan
c) Suhu sekeliling
d) Alat khas
e) Harga

1.9.2 Jenis-jenis alat perlindungan


a) Pemutus litar
b) Fius
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 21 / 37

a) Pemutus Litar

i) Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871)

Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan domestik
dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah sebagai
peranti perlindungan kepada pemasangan.dalam keadaan litar pintas dan juga arus
rosak peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka
dan tiada arus mengalir di dalam litar.dalam keadaan normal peranti ini akan membuat
sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar.

Rajah 1.11: MCB (Miniature Circuit Breaker)

-Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma
-Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik
- Tempoh masa untuk membuka

- Binaan MCB

MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga 100
ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA.Dengan yang demikian peranti ini dibuat
bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian seperti:

Satu set mekanisma pensuisan - Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh
ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan.Punat suis akan
terpelantik secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya.
Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan OFF, periksa litar yang
bersambung dengan MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti
rosak.Kemudian boleh tolak punat suis ke ON semula,jika masih terpelantik semula ke
OFF,periksa aksesori dan kabel pendawaian

Satu set alatan automatic terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang
digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 22 / 37

- Jenis magnet terma

Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.Kendalian akan dilakukan oleh alat
sesentuh dwi logam (bimetal).Apabila arus lebih melaluinya,bahan logam yang satu
akan pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali pelantiksistem
mekanisma suis ke arah OFF

Kepingan metalik membengkok Binaan MCB Jenis Magnet


apabila panas disebabkan oleh Terma
arus.Plag magnet melantik
membuka sentuhan dan
memutuskan litar.Fius H.B.C
(BS 88 dan BS 1361)

Rajah 1.12: Binaan MCB

Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih di
sekitar 10 x kadaran arusnya.

- Jenis Magnet Hidrolik

Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada tabung
berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya.Apabila arus besar melaluinya
akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma pelantik secara
automatik dan memutuskan litar.

Rajah 1.13: Binaan MCB jenis Hidrolik

- Set pelindung pemadam arka


- Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika sesentuh terbuka
dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan ini membolehkan arka
dipadamkan dengan serta merta
- Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak

Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik
lambat dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat sebagai
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 23 / 37

pelantik serta merta.Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak berkendali ketika
mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan.MCB juga dikehendaki supaya
terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus 1.5 kali lebih daripada
kadaran arus biasa,atau 1.35 kali daripada arus kadaran bagi kadaran lebih daripada 10
amp

- Kebaikan MCB

- Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan tidak boleh
diubahsuai
- Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula
- Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat dikesan
dengan lebih cepat.
- Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain manakala MCB
hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik.

ii) Pemutus arus baki (PAB atau RCD)

Dikenali sebagai pemutus litar arus baki(PLAB atau RCCB), adalah sejenis pemutus litar
bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus
elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar
neutral.

Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh kebocoran arus elektrik melalui
badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang
mengalami kerosakan.Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh
membawa maut. PAB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk
mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya tidak direka untuk
memberi perlindungan daripada keadaan beban lampau ataupun litar pintas.

Rajah 1.14: Pemutus litar arus baki


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 24 / 37

- Jenis-jenis fius
i. Fius boleh dawai semula
Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di
perindustrian ciri-ciri:
a) Terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh
dikeluarkan dari tapak fius.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum
tulin.
c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A

- Takat lebur fius pada suhu 1083 º C


- Faktor fiusnya di antara 1.75 hingga 2.00

Rajah 1.8: Fius Jenis Dawai Semula

Jadual 1.5 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

Kebaikan Keburukan

1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang
kuat

2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

ii. Fius katrij

Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius
tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.
b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 25 / 37

Rajah 9: Fius jenis kartrij.

Jadual 1.6: kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij.

Kadaran Arus Fius Dalam Amp Diameter dawai Fius dalam mm


5 Putih
15 Biru
20 Kuning
30 Merah
45 Hijau
60 Ungu

Jadual 1.7 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

Kebaikan Keburukan
1. Kadar arus nominal diketahui dengan 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan
tepat fius tidak boleh digunakan.
2. Kapasiti pemutus tidak merosot 2. Pemegang fius hanya sesuai
3. Mempunyai kod warna untuk dengan
kadaran saiz yang tertentu. saiz kartrij yang tertentu.
4. Dapat mengelakkan terjadinya arka
dan bunyi yang kuat.

iii. Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang
tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.
Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta
diselaputi oleh serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 26 / 37

d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.


e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C.

Rajah 1.10: Fius HRC

Jadual 1.8 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

Kebaikan Keburukan
1. Dapat mengelakkan terjadinya arka - Paling mahal.
dan bunyi yang kuat.
2. Dapat mengawal arus yang tinggi. - Mengambil masa untuk menggantikan
fius yang baru.
3. Kapasiti pemutusan yang tinggi. - Hanya sesuai dengan penghubung fius
dan tapak fius yang tertentu.
4. Mempunyai tanda pemutusan. - Sukar didapati.

Jadual 1.9: Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius

Istilah Maksud
Elemen fius Adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus
yang berlebihan mengalir melaluinya
Arus nominal Arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa
yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau
mencairkan elemen fius.
Arus fiusan Arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.
Faktor fiusan Nisbah arus fiusan dengan kadaran arus
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 27 / 37

1.10 Jenis Pendawaian Tiga Fasa

Terdapat beberapa jenis sistem pendawaian untuk kaedah pemasangan. Seperti mana yang
telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis sistem pendawaian adalah bergantung kepada faktor
pemilihan.

1.10.2 Berikut disenaraikan jenis-jenis pendawaian yang lazim digunakan,

a) Sistem pendawaian permukaan (Surface wiring)


b) Sistem pendawaian tersembunyi (Conceal wiring)
c) Sistem pendawaian conduit (Conduit wiring)
d) Sistem pendawaian sesalur (Ducting wiring)
e) Trunking /Casing
f) Dulang Kabel ( Cable tray)
g) Underground

a) Sistem Pendawaian Permukaan (Surface wiring)

1. Sistem pendawaian permukaan merupakan kaedah pemasangan yang popular pada


satu masa dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung-kampung. Pemasangan
kabel dilakukan pada permukaan dinding dan siling secara terbuka. Kabelnya hanya
diklipkan secara permukaan tanpa sebarang pelindung tambahan.
2. Kesesuaian pemilihan sistem ini berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti
berikut,

- Bangunan dibuat daripada kayu atau batu


- Memerlukan bekalan voltan fasa tunggal
- Bilangan litar kecil akhir yang sedikit
- Kabel yang dipasang tidak begitu banyak
- Kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal
- Kerja pemasangan dibuat dalam masa yang singkat
- Kos pembiayaan pemasangan yang rendah
- Beban kuasa yang digunakan kecil

Pemilihan Kabel

1. Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan
persekitaran dan kemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal.
2. Kabel jenis bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan ini. Kabelnya bersalut dengan
pvk dan dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan pvk kedua dan ini menjadikan
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 28 / 37

tebatan dua lapisan. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir
daripada terus mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

b) Sistem Pendawaian Tersembunyi (Conceal wiring)

1. Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau di
atas siling bangunan atau rumah. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat kecuali
bahagian hujung tamatan untuk sambungan ke aksesori seperti soket keluaran, mata lampu,
kipas dan suis.
2. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan
ditempatkan pada lurah yang dibuat khas bersama perlindungan seperti konduit,
kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan cantik.
3. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan
seperti berikut,

- Pendawaian dan pemasangan untuk bekalan satu fasa.


- Bangunan diperbuat daripada batu-bata atau blok.
- Kekemasan bangunan atau rumah yang cantik tanpa melihatkan kabel-kabel
pendawaian. Pemasangan cara ini dapat melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal.

c) Sistem Pendawaian Konduit (Conduit wiring)

1. Sistem pendawaian konduit menggunakan paip konduit sebagai penghalaan


pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhan kerja
pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit. Kabel akan disalurkan ke
dalam konduit hingga ke punca-punca tamatannya.
2. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan
seperti berikut,

- Bangunan komersial, kilang dan juga kedai-kedai.


- Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau
mekanikal.
- Memerlukan voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa.
- Beban kuasa yang digunakan adalah besar.

d) Sistem Pendawaian Sesalur

1. Sistem pendawaian sesalur yang menggunakan sesalur lazimnya untuk memuatkan


kabel yang banyak dan lebih jimat berbanding menggunakan konduit yang memerlukan
banyak konduit untuk digunakan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 29 / 37

2. Sesalur boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta
aksesori pemasangan.Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan juga pvk.
3. Pemasangan sesalur logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur
tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar.

e) Trunking

1. Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya dalam bentuk
muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh di keluarkan dan
dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
(Dalam peraturan IEE).

2. Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak, tidak kira
samada kabel itu sama saiznya ataupun berlainan saiznya.Ia juga digunakan apabila
bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan kedalam konduit

f) Dulang Kabel ( Cable tray)

1. Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong kabel elektrik yang digunakan untuk
pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada
pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan
kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian.
2. Dulang Kabel adalah sangat berguna dalam situasi di mana perubahan kepada sistem
pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh dipasang dengan meletakkan mereka
dalam dulang, bukan menarik mereka melalui paip.

g) Underground Cabling

Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah:

1. - Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya

2. - P.v.c. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin
konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa.

3. - Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan
sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 30 / 37

Rajah 1.15: Kabel bawah tanah

1.11 Pembumian / Earthing

Bumi boleh bermakna perkara yang berbeza kepada orang yang berbeza. Dalam konteks ini ia
bermakna tempat sifar potensi, tempat di mana arus kesalahan boleh diarahkan kapasiti yang
mencukupi untuk membolehkan fius pecah. Dalam realiti ia biasanya bahan di bawah tapak kaki
kami dan kita menyambung kepada ini dalam beberapa cara yang berbeza.

Bangunan disambungkan ke tanah dan oleh itu tingkat di mana kita berdiri pada masa yang sama
berpotensi. Sambungan elektrik yang datang ke rumah dan pejabat kami perlu selamat. Inilah
sebabnya sambungan bumi di lokasi domestik biasanya dibuat untuk paip logam (biasanya air
sesalur membekalkan) tempat dekat di mana ia memasuki tanah.

Ia juga akan mendapati bahawa pengubah pengedaran akan mempunyai sambungan bumi,
biasanya dalam bentuk rod tembaga yang berlabuh di tanah.

Konduktor Kilat yang ditemui di bangunan tinggi juga akan berakar umbi di dalam tanah, supaya
dalam peristiwa mogok kilat semasa pas secara tidak ke tanah dan tidak ke dalam struktur
bangunan, sekali gus menjimatkan bangunan daripada kerosakan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 31 / 37

Rajah 1.16: pembumian bagi bangunan

1.12 Electrical ACT & Regulation and Standard

1.12.1 Ms 1979: 2007 (Cop)


 Setelah 3 tahun dalam draf dan selepas 2 tahun diwartakan, pengumuman awam
oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dilihat dalam satu surat pekeliling bertarikh Julai
2008.
o MS 1979:2007 : Pemasangan Elektrik Bangunan – (Code of Practice) COP.
o MS 1936:2006 : Pemasangan Elektrik Bangunan - Panduan MS IEC
60364.
 Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

 COP05 - Semua kandang logam peralatan elektrik mesti disambungkan kepada pengalir
perlindungan. Air, paip gas, bahagian logam struktur bangunan dan ducting sistem
penyaman udara juga perlu dihubungkan dengan ikatan pembumian utama.
 COP06 - Pengasingan dari litar rosak. Perlindungan menggunakan RCD , fius , pemutus
litar dan lain-lain mesti mematuhi Ra x la < 50V
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 32 / 37

Ra = Rintangan elektrod bumi & konduktor perlindungan;


Ia = Arus semasa pengendalian peranti perlindungan ( sensitivy RCD dan perjalanan
semasa 5s untuk inverse time relay ).
50V voltan kendalian selamat ditakrifkan oleh IEC60749 -1.

 COP07 - Rintangan pembumian mesti kurang daripada 10Ω untuk operasi RCD tetapi
rintangan kurang daripada 1Ω adalah lebih baik.
 COP08 - Peralatan elektrik hendaklah dipasang dalam bahan-bahan yang boleh menahan
suhu yang dihasilkan (oleh peralatan).
 COP10 - Pemanas air atau pemanas udara paksa atau penjana wap perlu dilengkapi
dengan lebih daripada alat-alat pemanasan dan pepotong (cut out).
 COP12 - In> Ib
 COP13 - Iz > In
 COP14 - I2 < 1.45 x Iz

o In = arus nominal;
Ib = reka bentuk semasa (beban)
Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel;
I2 = arus peranti perlindungan yang sesuai

 COP16 - Memerlukan penentuan semasa litar pintas dalam pemasangan. TNB jurutera
daerah perlu mengeluarkan maklumat mengenai litar point of common coupling ( PCC) di
kawasan pemasangan.
 COP19 - Surge Protector Device (SPD) adalah disyorkan untuk bekalan dari talian atas.
 COP26 - Lenturan jejari hendaklah 12 kali diameter kabel. Ini memerlukan sesiku dan
simpang digunakan di mana kabel perubahan arah. Di Malaysia, kebanyakkan
pemasangan pendawaian GAGAL KRITERIA INI.
 COP27 - Faktor ruang untuk kondiut hendaklah 40% dan untuk trunking hendaklah 45%.
 COP28 - Kabel yang terpasang di belakang dinding (iaitu tertanam dalam konkrit)
hendaklah selari melintang atau menegak dengan bahagian tepi bilik dan dalam 150mm
dari atas dan 150mm dari tepi dinding.
 COP30 - Pendawaian dalam ruang siling (di bawah bumbung) perlu disediakan dengan
perlindungan mekanikal (iaitu dipasang di dalam saluran yang DILULUSKAN). Di samping
itu kabel perlu dipasang sama ada selari atau sepanjang bahagian tepi dinding.
 COP31 - Litar pemanas air hendaklah mempunyai suis 2 kutub (double pole) dan
dipasang pada tempat yang sesuai atau berdekatan dengan beban.
 COP32 - Litar AC hendaklah mempunyai soket (jenis unswitched adalah accepable ) pada
setiap unit.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 33 / 37

 COP35 - Saiz pengalir neutral mesti saiz sama seperti fasa pengalir.
 COP36 - Saiz pengalir neutral boleh dikurangkan ( merujuk kepada COP35 ) mengikut
budi bicara Jurutera Rekabentuk Profesional (iaitu hanya orang berkelayakkan yang boleh
membuat keputusan ).
 COP39 - Saiz kabel minimum hendaklah 1.5mm ≤ tembaga atau 2.5mm ≤ aluminium.
Oleh itu amalan menggunakan 1.25mm ≤ kabel tembaga adalah dilarang sama sekali!

Nota : Penggunaan kabel aluminium DALAM BANGUNAN adalah BAHAYA dan


harus dipertimbangkan dengan teliti oleh jurutera yang berkelayakan. Di India, amalan ini
paling lazim menggunakan kabel aluminium dan hanya kabel di atas 50mm ≤ mungkin
aluminium sahaja boleh digunakan.

 COP41 - Dibenarkan kejatuhan voltan adalah 4%. Kejatuhan voltan untuk motor
permulaan boleh mencapai 10 %.
 COP42 - TIDAK DIBENARKAN menyambung kabel dengan pateri (lihat COP43 di
bawah).
 COP43 - Sambungan konduktor atau kabel hendaklah melalui soket dan Crimping
 COP44 - Kabel untuk sub litar TIDAK BOLEH DISAMBUNG .
 COP51 - RCD (atau jenis ELCB semasa) untuk pemasangan fasa tunggal tidak boleh
melebihi 100mA ( sebelumnya disebut dalam peraturan-peraturan adalah 30mA ).
 COP52 - RCD untuk pemasangan 3 fasa tidak melebihi 100mA . Tiga unit tunggal
RCD jenis tiang dan bukannya RCD 3-fasa boleh digunakan DENGAN SYARAT tiada
beban 3 fasa digunakan.
 COP53 - Peralatan Tangan hendaklah mempunyai RCD tidak melebihi 30mA.
 COP54 - RCD tidak melebihi 10mA hendaklah dipasang untuk lokasi khas ( tempat-
tempat hiburan awam; tempat-tempat basah; perlindungan pemanas air elektrik ).
 COP56 - Memerlukan RCD yang hendak diuji secara tetap, sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
 COP59 - Adalah disyorkan untuk meletakkan Surge Protection Device (SPD) sebelum
RCD ( jika ada permintaan )
 COP61 - Surge Protection Device (SPD) harus berkadar yang tidak kurang daripada
5kA.
 COP64 - Sambungan bumi minimum dari SPD ke terminal bumi utama hendaklah
tidak kurang daripada 10mm ≤ tembaga dan hendaklah sesingkat mungkin ( 0.5m ).
 COP65 - Setiap litar hendaklah disediakan dengan cara pengasingan.
 COP67 - Peranti semikonduktor tidak boleh digunakan untuk pengasingan . Oleh itu
soft stater mesti disokong dengan suis fizikal .
 COP70 - Elektrod bumi hendaklah rod tembaga bersarung keluli , pita tembaga
konduktor , rod atau paip atau bar keluli diperkukuhkan asas-asas konkrit bangunan.
Pilihan terakhir basbar menjadi pilihan kegemaran untuk ramai pereka tetapi walau
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 34 / 37

bagaimanapun perlu direka, yang dinyatakan dan dipasang oleh pengamal


berpengalaman.
 COP71 - Paip air atau gas TIDAK dibenarkan untuk digunakan sebagai satu-satunya
cara pembumian tetapi ikatanequipotential dibenarkan.
 COP72 - Memerlukan sistem pembumian diperiksa setiap tahun
 COP73 - Pembumian konduktor dikebumikan di tanah dan tanpa perlindungan
terhadap hakisan hendaklah 25mm minimum ≤ tembaga terdedah . Nilai ini boleh
dikurangkan kepada 16mm ≤ jika terdapat pada tembaga perlindungan.

Nota : Pita tembaga (cooper tape) standard di 25mmx3mm mematuhi keperluan ini.

 COP74 - Sambungan konduktor bumi dikebumikan di tanah menggunakan kimpalan


eksotermik atau cad well adalah disyorkan. Sambungan ke elektrod bumi yang
memerlukan pemeriksaan berkala di dan jenis pengapit.
 COP76 - Perlindungan konduktor adalah seperti berikut:
o saiz sama seperti talian konduktor jika kurang daripada 16mm ≤
o 16mm ≤ jika garis konduktor adalah lebih daripada 16mm ≤ dan sehingga 35mm ≤
o separuh saiz garis konduktor jika lebih daripada 35mm ≤.
 COP77 - Perlindungan ikatan kepada terminal bumi utama hendaklah ≤ 6mm untuk
tembaga atau 16mm ≤ untuk aluminium.
 COP78 - Pengalir neutral hendaklah berasingan apabila digunakan.
 COP79 - Perlindungan untuk fire fighting adalah penting (contohnya pumpsets melawan
kebakaran ) boleh diketepikan. Peranti perlindungan arus lebih jika disediakan , boleh
mengadakan peruntukan penggera sahaja.
 COP82 - Penyeliaan kerja-kerja pemasangan fasa LV hendaklah di bawah tanggungjawab
langsung Pendawai (fasa tunggal atau sekatan 3- fasa). Borang perakuan penyiapan kerja
di bawah Borang G.
 COP83 - Penyeliaan kerja-kerja LV pemasangan 3 fasa hendaklah di bawah
tanggungjawab langsung Pendawai ( sekatan 3- fasa). Yang Pendawai dikehendaki
mengesahkan siap di bawah Borang G.
 COP 84 - Ujian untuk pemasangan fasa hendaklah melalui Pendawai ( fasa tunggal atau
sekatan 3- fasa) di bawah Borang H.
 COP 85 - Ujian untuk pemasangan 3 fasa hendaklah melalui Pendawai ( sekatan 3- fasa)
di bawah Borang H.
 COP86 - Pemasangan di lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah diuji oleh Jurutera
Perkhidmatan Elektrik di bawah Borang H.
 COP87 - Elektrik TIDAK AKAN DISAMBUNG sehingga Borang G & H dikemukakan oleh
pemilik atau pengendali bangunan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 35 / 37

 COP88 - Ukuran Penebat hendaklah dijalankan pada pemasangan LV menggunakan


voltan AT. Di mana 500Vdc digunakan , rintangan penebatan itu hendaklah lebih daripada
1Mega Ohm
 COP91 - Setelah selesai pemasangan hendaklah disediakan rajah skematik dan
dipamirkan. Rajah hendaklah diendorskan oleh pereka bentuk jurutera elektrik profesional.

Nota: Borang G dan H di bawah COP 82-85 dan elektrik sambungan di bawah COP87
hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa bekalan untuk penyambungan bekalan.

1.12.1 Electrical Installation Of Buildings – Code Of Practice (Cop)


1.12.2 Berdasarkan Arahan Terbaru Oleh Badan Pengawalseliaan
ALAT TAMBAH STANDARD
Ros Siling BS 476
Pemegang Lampu BS 5042
Soket Alur Keluar BS 1363
Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan
BS 546 & BS 646
berbumi (a.u)
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2
BS 196
kutub dengan sentuhan bumi

Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung


BS 5550
wayang
Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343
Penyambung dan pengganding kabel BS 196, BS 1778 &
BS 4343

1.13 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994

1.13.1 Mempunyai limabelas (15) bahagian

1. Permulaan (preliminary);
2. Perlantikan pegawai (appointment of officers);
3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh);
4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of employers
and self-employed persons
5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of designers,
manufacturers and suppliers);
6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees);
7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 36 / 37

8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan pekerjaan


& penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous occurrence,
occupational poisoning and occupational diseases and inquiry);
9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of plant or
substance);
10. Tataamalan industri (industry codes of practice);
11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation);
12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences);
13. Rayuan (appeals);
14. Peraturan-peraturan (regulations);
15. Pelbagai (miscellaneous).

1.14 Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak

1.14.1 Green card

i. Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel
binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’
selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau.
Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta
perlindungan Takaful secara percuma.
ii. Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja
yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak
binaan.

Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap
kemahiran yang dimilikinya.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 37 / 37

SOALAN/QUESTION:

1. SENARAIKAN JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN ? -


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

2. TERANGAN PENGUNAAN FAKTOR KEPELBAGAIAN ?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations
Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers

Anda mungkin juga menyukai