Anda di halaman 1dari 2

Nama: Tang Hong Yieng

Nombor pengenalan: 930611-13-5782

Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana saya telah berjaya
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS 2) selama seminggu di
sekolah SJK (C) Min Daik. Semasa PBS 2 ini dijalankan, saya diberi tugasan iaitu
memerhati kelas pemulihan yang ada di sekolah tersebut serta mengambil gambar
bersama dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah dibuat oleh guru
pemulihan di sekolah tersebut.

Oleh itu, saya pun mengunjungi ke kelas pemulihan sekolah tersebut. Dalam
kelas tersebut terdapat banyak BBM yang pelbagai jenis. Saya pun memerhati BBM
tersebut serta mengambil tahu cara membuat BBM tersebut. Di samping itu, saya
pun mengambil gambar bersama BBM yang telah dihasilkan oleh guru pemulihan.

Saya mendapati BBM yang guru pemulihan hasilkan semuanya kreatif dan
menarik minat serta perhatian murid pemulihan. BBM yang dihasilkan juga
mengandungi beberapa aspek yang penting. Sebagai contoh, ketahanan BBM
tersebut, kesesuaian terhadap kemampuan murid pemulihan dan sebagainya. Oleh
itu, BBM yang dihasilkan oleh guru pemulihan selalu menepati masalah yang
dihadapi oleh murid pemulihan.

Melalui pemerhatian ini, saya menapati betapa pentingnya BBM perlu ada
dalam kelas pemulihan. Ini adalah kerana, murid pemulihan lebih cenderung kepada
barang yang menarik dan cantik. Dengan ada BBM dapatlah membantu murid
pemulihan mengatasi masalah akademik mereka. Melalui cara tersebut, dapat
membantu murid pemulihan menguasai 3 kemahiran asas iaitu membaca, menulis
dan mengira.

Saya berasa gembira kerana berpeluang melawati kelas pemulihan yang


penuh dengan BBM ini. Dengan ini dapatlah menambah ilmu pengetahuan saya dan
mendapat idea yang berbeza supaya dapat menghasilkan BBM yang lebih kreatif
pada masa yang akan datang. Saya berterima kasih kepada guru pemulihan kerana
beliau telah menjadi role model yang sangat bagus. Ini adalah kerana beliau telah
menunjukkan kegigihan dan keupayaan beliau dengan mengorbankan masanya
untuk menghasilkan BBM yang cantik dan berkesan demi murid pemulihannya.

Akhir sekali, saya memang sangat bersyukur kepada Tuhan kerana


memberkati saya dapat menghabiskan tugasan saya ini iaitu mengambil gambar
bersama BB< dengan lancar walaupun sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya
pernah menghadapi cabaran yang berlainan. Saya juga berasa gembira dan seronok
sepanjang menghabiskan tugasan tersebut. Di samping itu, saya juga mendapati
tugasan projek ini merupakan satu tugasan yang sangat menarik bagi saya. Hal ini
kerana, tugasan ini berkaitan dengan mata pelajaran major saya iaitu Pendidikan
Pemulihan Pendidikan Rendah SJK (C). Jika sebelum ini iaitu sewaktu pra
persediaan, saya hanya menghasilkan tugasan yang mudah namun tugasan untuk
Program Ijazah Sarjana Muda begitu mencabar mental dan fizikal saya. Saya juga
memang mendapat banyak faedah melalui tugasan tersebut. Tugasan ini bukan
sahaja mendidik saya dari segi minda malah juga mendidik saya dari segi budi
bahasa. Di samping itu, melalui tugasan ini juga telah menyemaikan perasaan cinta
saya terhadap profession guru yang mulia ini. Ini adalah kerana, melalui profession
guru ini saya dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dan dapat melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Walaupun saya
pernah mengalami kesukaran, tetapi saya telah mengatasinya dengan baik dan
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya supaya dapat menggunakan
pengetahuan tersebut pada masa akan datang terutamanya di sekolah nanti. Ini juga
dapat memastikan anak murid saya bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan
dengan jelas dan tepat di dalam bilik darjah malah juga mendapat kasih sayang dan
prihatin daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai