Anda di halaman 1dari 6

Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Pemerhatian:

Saya telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap sekolah yang


saya menjalankan aktiviti PBS, iaitu SJK (C) Kai Chung pada 1 hingga 5 April
2013. Antara pemerhatian yang dilakukan ialah pemerhatian terhadap
persekitaran sekolah, aktiviti sekolah, bilik darjah dan tingkah laku murid-murid.
Melalui pemerhatian saya terhadap persekitaran sekolah, saya mendapati
bahawa sekolah ini sangat cantik dengan cat yang baru dan berwarna-warni
bagai tempat permainan kepada murid. Sekolah ini telah dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan yang cukup sempurna untuk keperluan warga sekolah.
Kelebihan kemudahan-kemudahan ini telah membantu para pelajar dapat belajar
di suasana yang selesa. Contohnya, kemudahan LCD dalam setiap kelas.
Keadaan persekitaran sekolah dijaga dengan baik dan bersih.Tong sampah kitar
semula disediakan dan kakitangnan diupah untuk menjaga kebersihan kelas dan
sekolah. Keceriaan dan kecantikkan sekolah ini adalah berasakan konsep kitar
semula dengan menggunakan air hujan untuk kolam pancut air. Terdapat bunga-
bungaan dan taman-taman yang menjadi hiasan di sekolah. Usaha guru besar
dan guru-guru memang penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa dan membina kecerdasan fizikal dan mental murid-murid dengan sihat.
Seterusnya, melalui pemerhatian saya terhadap aktiviti di sekolah, saya
telah mendapati bahawa apabila dalam kelas, murid-murid akan bertugas untuk
membersihkan kelas mereka sendiri mengikut jadual tugas yang telah
ditetapkan. Pertandingan kebersihan akan dilaksanakan untuk kesedaran murid
utnuk menjaga kebersihan kelas. Dalam pemerhatian ini, saya sedar bahawa
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk murid-murid dapat menanam nilai-nilai
moral ke dalam diri mereka, contohnya nilai bertanggungjawab kerana mereka
akan mempunyai kesanggupan dan kerelaan untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan. Semasa waktu rehat atau ketiadaan guru
dalam kelas, mereka juga diberi peluang untuk melakukan kerja sendiri. Pada
masa ini mereka akan menyambung kerja rumah yang diberikan oleh guru
mereka. Jika tidak, mereka juga akan pergi ke pusat sumber untuk membaca
dan memulangkan buku.
Semasa menjalankan pemerhatian di bilik darjah pula, saya mendapati
kemudahan seperti LCD dan OHP telah dipakai semasa proses P&P. Guru juga
menggunakan alat bantu mengajar dalam mengajar dan mengukuhkan
pemahaman murid tentang konsep yang diajar. Suasana bilik darjah juga selesa
dan terdapat papan notis yang dilengkapi dengan karya murid dan nilai-nilai
murni. Proses P&P boleh dijalankan dengan lancar dan juga dapat menarik
minat pelajar dalam suasana pembelajaran yang selesa ini. Bentuk-bentuk grafik
yang dipaparkan melalui LCD menambahkan minat pelajar untuk memberikan
tumpuan semasa di kelas. Secara ringkasnya, kemahiran ICT semakin penting
kerana proses P&P yang dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini lebih
menarik perhatian murid-murid dan murid-murid dapat menumpukan perhatian
dalam pembelajaran. Begitu juga dengan papan notis adalah penting sebagai
paparan maklumat tambahan untuk pelajar dan makluman kepada murid.
Pemerhatian yang akhir sekali ialah terhadap tingkah-laku murid-murid. Di
sekolah ini, murid-murid sangat sopan dan menghormati guru-guru mereka serta
juga saling menolong sesama sendiri termasuk juga murid-murid pendidikan
khas. Mereka selalu bersalam dengan guru dan menolong untuk mengangkat
barang. Mereka juga menggunakan nada suara yang lembut dan menggunakan
bahasa yang bersopan untuk berkomunikasi. Mereka juga menjaga kebersihan
dan mengutip sampah di persekitaran sekolah.

Kesimpulannya sebagai seorang guru, kita harus menjadi teladan murid-


murid. Nilai-nilai moral juga sangat penting dan perlu diterapkan dalam sanubari
pelajar supaya mereka dapat saling menolong dan menghormati antara satu
sama lain. Apabila mereka dewasa nanti, ilmu yang diperoleh semasa di bangku
sekolah akan diamalkan oleh mereka untuk berjaya dalam hidup. Murid yang
unggul adalah dari kecemerlangan segi ilmu dan akhlak.
4.2 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Senarai Semak:

Senarai semak yang telah saya hasilkan adalah untuk mencatat kemudahan-
kemudahan yang terdapat dan tidak terdapat di sekolah ini. Senarai semak yang
telah saya menggunakan adalah senarai semak kemudahan di sekolah, bilik
guru, bilik darjah, bilik komputer, perpustakaan dan kantin. Melalui senarai
semakan yang telah saya perolehi, saya telah mendapati bahawa semua
kemudahan-kemudahan asas yang patut ada di sekolah ini telah disediakan dan
telah digunapakai dengan berkesan.

Senarai semak ini telah memberikan pengetahuan yang baru kepada


saya. Pertamanya, melalui senarai semak, saya dapat menyesuaikan diri di
sekolah dan di bilik darjah kerana semasa mengisi senarai semak ini, saya
bertindak dengan melawat seluruh sekolah dan juga setiap sudut kawasan
sekolah untuk kajian dan catatan. Saya juga tidak perlu risau tentang ketinggalan
maklumat yang belum tercatat. Semasa saya perlu mendokumentasi kerja-kerja
saya, senarai semak ini juga membantu saya dengan banyak kerana catatan
yang telah tersedia ada. Malahan, melalui senarai semak, saya lebih senang
mengira kemudahan-kemudahan yang terdapat dan tidak terdapat di sekolah
tersebut serta
Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Temubual:

Semasa menjalankan PBS di sekolah, saya telah menjalankan temubual


dengan pihak-pihak pengurusan sekolah dan juga guru-guru serta pelajar. Saya
telah melakukan temu bual dengan guru besar, guru penolong kanan 1, guru
penolong kanan kokurikulum, guru mentor, guru-guru lain, kakitangan sekolah
dan pelajar.

Melalui temu bual-temu bual tersebut, saya telah memperoleh pelbagai


maklumat yang berguna. Kesemua bahan perbualan yang telah diperoleh juga
menolong saya membina kemahiran dan pengetahuan asas tentang pengurusan
sekolah serta membentuk kemahiran saya berinteraksi dengan murid, guru, dan
kakitangan sekolah.

Selepas temubual dengan guru besar, saya telah memahami bahawa


kerja sebagai seorang guru besar tidak mudah kerana guru besar perlu
menguruskan segala hal yang berkaitan dengan sistem pentadbiran sekolah.
Beliau perlu memegang segala tanggungjawab berkenaan dengan sekolah.
Manakala selepas temubual dengan guru penolong kanan 1, saya menyedari
bahawa kerja sebagai guru penolong kanan juga lebih kurang seperti guru besar.
Beliau merupakan orang kedua penting di sekolah selepas guru besar. Beliau
perlu membantu guru besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah.

Di samping itu, temubual dengan guru penolong kanan kokurikulum pula


membantu saya mengetahui bahawa kokurikulum adalah penting untuk
mengasah bakat murid-murid yang terpendam selain dapat membina jasmani
para pelajar. Temubual dengan guru mentor pula menambahkan pengetahuan
saya tentang proses dan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Saya telah mengetahui bahawa murid-murid lebih senang menyiapkan kerja
sekiranya diagihkan dalam bentuk kumpulan dan nilai kerjasama juga dapat
dipupuk dalam sikap mereka. Penggunaan LCD dan alat bantu yang lain akan
menarik minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam
kelas. Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa murid-murid pendidikan
khas tidak cacat seperti yang sering dikatakan malah mereka mempunyai
kelebihan yang tersendiri dan keazaman yang tinggi. Mereka juga boleh
mencapai kejayaan dalam hidup seperti murid-murid yang lain sekiranya mereka
diajar dan diasuh dengan sabar dan penuh rasa kasih sayang.

Seterusnya, temu bual dengan kakitangan sekolah pula menyedarkan


saya bahawa kerjasama adalah sangat penting di sesebuah sekolah. Semasa
waktu peperiksaan mula menjelang, kerja-kerja mencetak akan bertambah.
Tetapi pertolongan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih senang
berbanding dengan langsung tidak ada pertolongan. Selepas temubual dengan
murid yang telah dikenalpasti, pengetahuan yang saya telah mendapati ialah
murid-murid kadangkala juga mempunyai masalah dalam pelajaran. Pada masa
ini, sebagai seorang guru sepatutnya menolong murid dalam pelajaran dengan
secara sukarela dan tidak mengenal erti penat terutamanya untuk murid yang
lemah. Guru harus sentiasa prihatin dengan kelemahan murid supaya mereka
dapat menguasai dan memahami semua topik yang diajar dalam kelas.
Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Soal Selidik:

Melalui soal selidik yang telah saya jalankan kepada beberapa orang
murid, saya mendapati bahawa kebanyakan murid memahami pengajaran yang
disampaikan oleh guru tetapi, ada juga yang lemah dalam Sains dan Matematik.
Ini secara tidak langsung juga menyebabkan kebanyakan pelajar lemah dalam
sains kerana penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris dan mereka
sering mengalami masalah dalam menjawab soalan sains semasa ujian.

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam


sains, mereka kadangkala diminta untuk berbincang sesuatu topik sains dalam
kumpulan. Perbuatan guru kelas ini membolehkan saya memahami bahawa
perbincangan dalam kumpulan memudahkan pemahaman pelajar dan boleh juga
saling bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Di samping itu, terdapat sesetengah
murid di dalam kelas adalah murid pemulihan khas. Mereka selalu ketinggalan
dan tidak berani menyuarakan soalan mereka kerana guru menganggap mereka
tidak pandai. Oleh itu, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan tidak akan
menumpukan perhatian di dalam kelas. Ini mengakibatkan mereka semakin
lemah dan akhirnya menjadi murid pemulihan khas dan sering dipandang
rendah.

Sebagai seorang pendidik, nilai saksama dan adil serta bertanggungjawab


perlu ada pada diri seseorang guru itu agar dapat membantu semua anak
didiknya tanpa mengenal warna kulit, agama, bangsa, tahap kecerdasan dan
lain-lain. Guru tidak harus memandang enteng terhadap keupayaan belajar
murid pemulihan khas di kelas mereka. Perhatian yang sewajarnya perlu
diberikan kerana murid pemulihan juga adalah sama seperti murid normal yang
lain. Mereka juga akan menjadi pandai jika diajar dengan sabar.

Anda mungkin juga menyukai