Anda di halaman 1dari 1

ISL 10 REFLEKSI PENGALAMAN BELAJAR PENDIDIKAN MUZIK DI SEKOLAH RENDAH Pendidikan Muzik hanya diperuntukkan selama satu jam

sahaja dalam seminggu. Namun, terdapat banyak manfaat dan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sepanjang mempelajari subjek ini. Pendidikan Muzik ini merupakan satu terapi yang mampu menghilangkan tekanan selain mampu menceriakan keadaan. Oleh itu, subjek ini merupakan satu subjek yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh saya dan rakan-rakan ketika di sekolah rendah dahulu. Pada tahap satu, saya hanya didedahkan dengan pelbagai lagu kanak-kanak yang mudah untuk difahami dan dinyanyikan iramanya. Antara lagu yang telah saya pelajari ialah Ais Kacang, Sungai, Mawar Merah dan banyak lagi. Kebiasaannya, saya dan rakan-rakan akan menyanyi sambil diiringi oleh alunan piano yang dimainkan oleh guru kami sendiri. Keadaan ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyanyi selain menimbulkan keinginan saya untuk mempelajari mana-mana alatan muzik pada masa hadapan kelak. Pada tahap dua, impian untuk bermain sendiri alatan muzik telah tercapai. Pada awalnya, saya dan rakan-rakan telah berpeluang mempelajari cara-cara untuk meniup rekoder. Terdapat sedikit kesukaran untuk menghafal not-not ketika meniup rekoder. Seseorang itu perlulah sentiasa peka agar not yang dihasilkan betul untuk satu-satu lagu yang cuba dialunkan. Oleh itu, koordinasi motor mata tangan sangat memainkan peranan penting sewaktu meniup dan menghasilkan not-not rekoder ini. Namun, pada akhir-akhir tahap dua, Pendidikan Muzik ini kebiasaannya akan diambil alih oleh subjek-subjek major yang mempunyai peperiksaan. Keadaan ini amat menghampakan saya kerana kadang kala tiada lagi subjek Muzik dalam seminggu. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana jelas menunjukkan bahawa Muzik itu merupakan terapi jiwa yang mampu mendamaikan dan menceriakan. Oleh itu, subjek Muzik haruslah dikekalkan sehingga ke tahun enam walaupun masa yang diperuntukkan lebih singkat daripada masa-masa sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai