Anda di halaman 1dari 47

INDEPENDENT SELF LEARNING (ISL) MINGGU 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP AMBILAN JANUARI 2012) SEMESTER 4

Pendidikan Pemulihan (2) Waj 3107 Pensyarah : Pn. Hjh. Salmah binti Othman

NAMA AHLI KUMPULAN :


Mohd Shahran Azmi bin Sabri Ag Mohd Khairi bin Kassim Muhammad Khairil bin Mat Noor Muhammad Safwan bin Safarudin Zakki

Menghasilkan peta minda tentang seni dan perkembangan JERISE kanak-kanak mengikut tahap. Menyenaraikan peringkat-peringkat pengutaraan kanak-kanak mengikut teori Victor Lowenfeld dan Herbert Read. Mengumpul contoh-contoh gambar warna dan menjelaskan bagaimana warna mempengaruhi mud atau mood

JASMANI
Otot kasar dan otot halus serta perkembangan fizikal

meningkat mengikut usia Pada usia 6-12 tahun, perlu diberi peluang untuk bersuara dan bergerak Otot yang belum matang sepenuhnya, perlukan latihan pergerakan dan seni visual yang kerap Perkembangan motor tangan lebih penting dan ketara.

EMOSI
Keadaan mental yang menunjukkan reaksi terhadap sesuatu

benda atau keadaan Semasa berada di pra sekolah, kawalan emosi kanak-kanak adalah lemah. Namun semasa sekolah rendah, emosi mereka lebih terkawal. Mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain.

ROHANI
Menumpukan kepada aktiviti yang melibatkan kerohanian

dan moral Lagu yang boleh meningkatkan amalan kerohanian dan moral.

INTELEK
Menguasai konsep pengekalan, tentang paduan nombor, berat

dan padatan Menguasai pertuturan dan gemar membaca. Pembelajaran melalui gerak kerja supaya kanak-kanak boleh berinteraksi. Pada usia 11-12 tahun, berlakunya perubahan olahan konkrit kepada olahan formal

SOSIAL
Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah penting dalam

membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak. Albert Bandura berpendapat elemen sosial dalam proses pembelajaran adalah murid belajar dari peniruan. Terdapat tiga jenis peniruan
Langsung & tidak langsung Sekat & tak sekat lakuan Elistasi

ESTETIK
Pada peringkat ini kanak-kanak mula dan cuba untuk faham

aspek estetik Kanak-kanak akan di didik untuk memperolehi konsep perkongsian Latihan perlu dibanyakkan.

Menyenaraikan peringkat-peringkat pengutaraan kanakkanak mengikut teori Victor Lowenfeld dan Herbert Read

Lahir pada tahun 1903 di Linz, Austria. Bermain muzik (violin) sejak dari kecil, dan pada umur 9 tahun beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lukis. Menurut Viktor Lowenfeld peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dapat diketahui dengan meneliti lukisan kanak-kanak

Viktor Lowenfeld telah mengkelaskan peringkat pengutaraan tampak di kalangan kanak-kanak hingga remaja, peringkat-peringkat tersebut adalah:

Contengan 2-4

Pra Skematik 47

Skematik 79

Remaja 14 -17

Penakulan 12 14

Awal realisme 9 12

CONTENGAN
Peringkat

contengan boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu:

Contengan tanpa kawalan Contengan Terkawal Contengan bermakna

CONTENGAN TANPA KAWALAN Bermula dengan menconteng menggunakan apa sahaja bahan yang dapat dipegang Melihat permukaan yang luas sebagai tempat paling mudah bagi mereka menconteng. Hanya merupakan catatan kinestatik bukan bertujuan untuk menggambar.

CONTENGAN TERKAWAL
Wujud koordinasi mata dan tangan. Garisan berulang-ulang dengan pelbagai nilai garisan. Mula membentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang. Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mereka mula menyedari hubungan antara contengannya dengan objek tampak.

CONTENGAN BERMAKNA
Kanak-kanak cuba menamakan bahagian-bahagian pada lukisan mereka atau menceritakan tentang apa yang mereka lukis. Gambar yang dilukis sudah mula dapat dikaitkan dengan alam sekeliling terutamanya percubaannya untuk menggambarkan perasaannya. Sudah mula menampakkan imaginasi dan tidak lagi hanya tertumpu kepada pergerakan kinestetik

PRA SKEMATIK

Bermulanya bentuk konkrit Kanak-kanak di peringkat ini melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitaran mereka Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya Unsur ruang telah cuba dinampakkan iaitu berasaskan kepada objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek utama. Mereka suka mencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.

SKEMATIK

Skema bermaksud suatu konsep. Ianya diulang-ulang. Kanak-kanak diperingkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometrik seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan kaku. Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah.

AWAL REALISME

Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kadar banding(propotion) pada lukisan orang dilakukan secara naturalistic. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.

PENILAIAN

Lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat

REMAJA

Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

Scribble 2-4 Line 4 Descriptive Symbol 5-6 Descriptive Realism 7-8

Artistic Revival 14 Repression 11 - 14 Visual Realism 9 - 10

Herbert Read Education Through Art 1966

Mengumpul contohcontoh gambar warna dan menjelaskan bagaimana warna mempengaruhi mud atau mood

Menurut ahli fengshui, warna memberikan dua pengaruh :

Emosi anda boleh sedih, ceria, bersemangat @ mudah rasa lapar. Semua perasaan tersebut muncul akibat baju yang dipakai

Pengaruh terhadap orang lain yang melihat. Mereka lihat warna baju yg anda pakai dan akan terpengaruh dgn mood tertentu

Walaupun persepsi warna menjadi hal yang subjektif, ada beberapa kesan warna yang memiliki makna universal. Warna merah di daerah spektrum warna yang dikenal sebagai panas. Manakala warna biru dikenal sebagai spektrum warna sejuk. Warna panas membangkitkan emosi dan perasaan marah manakala warna sejuk sering digambarkan sebagai ketenangan, tetapi juga dapat membangkitkan perasaan sedih atau terpinggir.

HITAM

Black is real sensation, even if it is produced by entire absence of light. The sensation of black is distinctly different from the lack of all sensation.

Sering digunakan sebagai simbol ancaman atau simbol jahat, tetapi juga terkenal sebagai penunjuk kekuasaan. Di Mesir kuno, hitam merupakan simbol kehidupan dan kebangkitan. Di dunia moden hitam memberi kesan melangsingkan.

Hermann von Helmholz

PUTIH

God paints in many colors; but He never paints so gorgeously, I had almost said so gaudily, as when He paints in white.

Putih melambangkan kesucian atau kemurnian, dapat juga menggambarkan kesan sejuk, lemah lembut dan steril. Pengunaan warna putih dalam ruangan akan memberi kesan luas, bersih, terang dan megah.

G. K. Chesterton

MERAH

Red has guts.. deep, strong, dramatic. A geranium red. A Goya red to be used like gold for furnishing a house for clothes, it is strong, like black or white.

Merah memberi kesan hangat yang kuat bahkan dapat memacu emosi Merah juga dianggap sebagai simbol kegairahan hidup, atau bahkan marah.

Valentino

BIRU

Biru merupakan warna yang paling disukai banyak lelaki. Biru memberikan kesan ketenangan fikiran atau perasaan tenang. Warna biru natural pada buah dan sayuran hanya terdapat pada buah blueberry dan plum, bahkan warna biru bila dikaitkan dengan makanan biasanya memberi kesan makanan yang beracun.

KUNING

How wonderful yellow is. It stands for the sun.

Kuning sering digambarkan sebagai riang dan hangat. Namun warna kuning dapat membuat mata penat kerana jumlah cahaya yang terpancar. Karena warna kuning mengandungi banyak jumlah cahaya, maka penggunaan warna kuning dapat dilihat pada rambu-rambu lalu lintas atau iklan.

Vincent Van Gogh

HIJAU

Green, which is natures colour, is restful, soothing, cheerful, and health-giving.

Hijau juga mencerminkan ketenangan, kesihatan, dan kecemburuan. Sejak zaman dulu warna hijau merupakan simbol kesuburan. Hasil penelitian menemukan bahwa hijau dapat meningkatkan kemampuan membaca. Hijau sering digunakan dalam hiasan untuk memberi kesan ketenangan.

Paul Brunton

JINGGA

Orange is very blatant and vulgar. It makes you immediately start having feelings.

Jingga adalah kombinasi kuning dan merah dan dianggap sebagai warna yang energik. Warna ini dapat membangkitkan kegembiraan dan kehangatan.

Wolf Kahn

COKLAT

Warna yang dapat membangkitkan kekuatan dan kehandalan. Coklat juga dapat menciptakan perasaan sedih dan terasing. Coklat cenderung membawa pikiran pada rasa kehangatan, kenyamanan, dan keamanan.

CIRI WARNA KEGEMARAN

Menggambarkan ketenangan dan kesetiaan. Jika anda menggemari biru anda adalah seorang yang sensitif dan mudah terluka. Ana tidak mudah panik dan bijak mengawal hidup anda. Anda tidak mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Namun anda seorang yang rela untuk mengorbankan apa sahaja asalkan matlamat anda tercapai.

Adalah warna yang negatif dan bermaksud tidak. Jika ini adalah warna kegemaran anda, selalunya ana adalah seorang yang mudah mengalah. Anda juga seorang yang misteri dan suka menyindiri. Tidak mudah berkawan dengan orang lain dan hanya melakukan kerja yang biasa anda lakukan. Anda mahu mengawal hidup anda sendiri .

Pink pada dasarnya adalah capuran warna merah dan putih. Warna ini biasanya dikaitkan dengan perasaan cinta dan romantik. Warna pink juga dapat memberikan kesan ketenangan. Warna ini dikaitkan dengan ketidakpastian dan soalan.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai