Anda di halaman 1dari 4

Masalah tingkah laku murid Cerita ini mengenai seorang murid yang bernama marsitah, di mana mempunyai masalah

hubungan guru dengan murid dan murid dengan murid. Marsitah merupakan seorang murid tahun 5 yang bersekolah di sekolah rendah pendalaman. Marsitah mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Ayahnya hanyalah bekerja sebagai tukang mekanik dan ibunya mengambil upah untuk menjahit baju kurung daripada saudara mara dan rakanrakan yang terdekat. Marsitah merupakan anak ke empat daripada enam orang adik beradik yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Suatu pagi, semasa marsitah hendak ke sekolah, hujan turun dengan lebatnya. Dengan berbekalkan payung yang diberikan oleh mak marsitah, marsitah pergi ke sekolah dengan adiknya yang berada di darjah dua dengan berjalan kaki. Perjalanan mereka daripada rumah ke sekolah tersebut mengambil masa selama 15 minit. Habis basah dan berlumpur kasut mereka apabila melalui jalan yang terdekat untuk sampai ke sekolah dengan lebih cepat. Walaupun begitu, marsitah bersemangat untuk ke sekolah disebabkan subjek kesukaannya iaitu subjek sains. Experiment, itulah yang sering di nanti-nantikan oleh marsitah, walaupun dalam subjek-subjek yang lain dia mendapat keputusan yang kurang memuaskan, namun marsitah sering mendapat cemerlang dalam subjek sains. Tepat pukul 6.55 pagi marsitah dengan adiknya tiba di sekolah tersebut. Sebelum masuk ke dalam kelas marsitah akan menghantar adiknya ke kelas darjah dua. Setelah itu, marsitah akan ke kelasnya yang berada di blok 3 selang dua blok kelas adiknya. Semasa marsitah menjejakkan kaki di dalam bilik darjah tersebut, seorang rakan perempuan menegurnya mengenai kasut sekolah marsitah yang kelihatan kotor dan berlumpur menyebabkan kelas mereka kotor dengan tapak kasut marsitah. Lalu, beberapa orang murid lelaki mendekati dan mengejek-ejek marsitah yang datang ke sekolah dengan kotor, comot dan ada yang mengatakan marsitah tidak mandi dan berbau busuk seperti kambing. Dengan muka yang merah padam marsitah menuju ke meja tulisnya, marsitah hanya berdiam diri dan memaku di tempat duduknya. Rakan yang duduk bersebelahan dengannya menegur rakanrakan yang lain supaya menghentikan olokan mereka terhadap marsitah. Selama beberapa minit berperang mulut dengan rakan-rakan yang lain, guru bagi subjek

pertama iaitu bahasa melayu pun masuk ke dalam kelas. Dengan pantas, muridmurid senyap dan mengucapkan salam kepada guru tersebut. Ketika berada di dalam kelas, guru tersebut meminta murid-muridnya untuk menghantar kerja rumah yang diberikan pada minggu lalu. Semua murid menghantar dan guru memulakan kiraan jumlah buku latihan yang dihantar. Guru tersebut mendapati salah seorang murid masih belum menghantar kerja sekolah yang diminta olehnya dan meminta murid yang belum menghantar untuk mengangkat tangan. Dengan perasaan yang berdebar dan takut, marsitah mengangkat tangan. Dengan pantas, beberapa orang murid berbisik-bisik dan ada juga yang mengejek dan mengata marsitah seorang yang pemalas. Dengan hati yang tidak tentu hala, tiba-tiba guru tersebut memanggil marsitah ke hadapan kelas dan menyuruhnya membawa buku latihannya. Marsitah dengan kepala tertunduk, menghadap guru Azran, beliau meminta marsitah untuk mejelaskan kenapa kerja rumah yang diberikan tidak dapat disiapkan olehnya. Dengan suara yang tergagapgagap dan takut, marsitah hanya menjawab bahawa dia lupa untuk membuat kerja rumah tersebut. Guru Azran, menyuruh marsitah mengangkat kepala semasa bercakap dengannya, dengan muka yang bengis guru tersebut sedikit berang dan memerhatikan pemakaian dan kasut sekolahnya. Lantas guru tersebut menampar marsitah, disebabkan kurang puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh marsitah. Lalu mengeluarkan kata-kata kesat seperti bodoh dan pengotor kepada marsitah. Dengan tiba-tiba, buku latihan marsitah yang di pegang oleh guru tersebut dibuang ke muka marsitah dan menyuruh marsitah kembali ke tempat duduk dan memberi amaran kepadanya untuk menyiapkan kerja tersebut dan menghantar pada hari esok. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tersebut, marsitah kurang memberi tumpuan kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru tersebut. Beberapa minit kemudian, marsitah meminta kebenaran untuk keluar ke tandas. Setelah kelas bahasa melayu tersebut tamat barulah marsitah masuk semula ke dalam kelasnya. Pengajaran matematik pula akan bersambung dalam beberapa minit lagi. Tiba-tiba rakan di sebelahnya, bertanyakan kepada marsitah mengenai kerja rumah yang diberikan oleh cikgu Anne. Dengan rasa gelabah, marsitah mengeluarkan buku latihan dan melihat kerja rumah yang diberi belum lagi siap. Marsitah cuba memujuk rakan di sebelahnya untuk melihat kerja sekolah

tersebut. Dengan rasa serba salah dan kasihan, rakannya memberi dan marsitah mula meniru dan membuat kerja sekolah tersebut. Semasa kelas matematik, Cikgu Anne lebih suka bersoal jawab dengan murid-muridnya, melihat marsitah kurang memberi tumpuan, Cikgu Anne memanggil marsitah untuk ke hadapan dan menjawab soalan yang dibuat di papan tulis. Marsitah mula berdebar dan takut untuk menjawab soalan tersebut, tiba-tiba seorang rakan lelaki dalam kelasnya mula mengejek dan mengata marsitah bodoh dan tidak tahu menjawab soalan tersebut. Dengan pantas, marsitah naik berang sambil menangis dan menolak mejanya, lantas mengangkat dan menghumban kerusinya kearah rakan yang mengata

dirinya. Cikgu Anne hanya tergamam dan tidak sempat untuk menghentikan tindakan yang dilakukan oleh marsitah kerana terlalu pantas berlaku. Kemudian, marsitah dan rakannya itu di bawa ke bilik penolong kanan oleh Cikgu Anne untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sepanjang berada di bilik tersebut, marsitah hanya menangis dan berdiam diri. Cikgu Anne dengan sedaya upaya cuba menenangkan marsitah dan meminta murid yang terlibat untuk meminta maaf kepada marsitah. Sebelum hari tersebut, ketika berada di dalam bilik darjah, marsitah kurang diberi perhatian terhadap guru-guru yang masuk ke kelas tersebut. Hal ini kerana, marsitah kurang menonjol dan lemah dalam kesemua subjek kecuali mata pelajaran sains. Kewujudan marsitah di dalam kelas tersebut tidak pernah disedari oleh sesetengah orang guru dan menyebabkan marsitah sering ponteng ke sekolah. Kebanyakan guru-guru yang mengenali marsitah hanyalah guru-guru yang melatihnya dalam bidang sukan. Pernah dahulu, marsitah di denda oleh Cikgu Kamil yang mengajar kajian tempatan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Marsitah di minta berdiri di luar bilik darjah sehinggalah separuh masa pengajaran dan digantungkan sehelai kertas A4 dilehernya ya ng bertuliskan saya tidak siap kerja sekolah,saya janji tidak akan mengulanginya lagi. Pernah suatu hari, marsitah dimarahi oleh guru kelasnya disebabkan keluar ke latihan sukan tanpa memaklumkan guru kelas tersebut. Pada keesokkan harinya, marsitah dipanggil dan di marahi oleh guru kelas tersebut kerana tidak memaklumkan kepadanya. Walhal, marsitah telah memesan kepada ketua kelas agar memberitahu guru kelas mereka bahawa dia ke latihan sukan. Setelah itu,

marsitah kembali ke kelas dengan muka masam dan sedih. Melihatkan marsitah sedemikian, rakan-rakannya yang lain sempat lagi melontarkan kata-kata yang menyakitkan telinga untuk didengari, ada yang mengatakan marsitah sengaja untuk keluar ke latihan dan ada juga yang mengatakan marsitah akan dibuang sekolah. Disebabkan perkara itu, marsitah bertengkar dengan rakan-rakannya dan bergaduh dengan mereka. Begitulah kehidupan murid yang bernama marsitah, seringkali melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan. Bukan itu sahaja, marsitah juga kurang diberikan perhatian oleh guru apabila berada di dalam kelas. Marsitah juga sering dipanggil oleh guru kelas kerana mempunyai rekod kehadiran yang kurang memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai