Anda di halaman 1dari 12

01 ) Definisi Pendidikan Khas Dalam Konteks Malaysia

DEFINISI

PENDIDIKAN

KHAS

DALAM

KONTEKS MALAYSIA Pendidikan Khas merupakan satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan kearah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendakkehendak khas. Dari segi praktiknya, Pendidikan Khas merupakan pendidikan secara individu dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari. Pendidikan Khas beerti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui Perkembangan Mental, Kestabilan Emosi dan Integrasi Sosial. Pendekatan Baru Definisi Kanak-kanak Dengan Keperluan-keperluan Pendidikan Khas juga menekankan kepada kebolehan kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( Development skill ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan ( Medical Defict Model ). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran social, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, pengusaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan juga kebolehan pendengaran. Menurut Hallahan dan Kauffman ( 2006 ), Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo ( 2003 ) pula berpendapat Pendidikan Khas merupakan program pengajaram khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus.

Friend ( 2005 ) pula menyatakan Pendidikan Khas adalah satu pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, dirumah, dihospital, atau diinstitut lain. Menurut Mansor ( 2005 ) pula, Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masayarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. http://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-pendidikan-khas-dalamkonteks-malaysia/ DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ). Istilah lain juga telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanakkanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri. Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi 1. mental ( pencapaian akademik ), 2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ), 3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ), 4. tingkah laku ( mengawal diri ), 5. emosi ( bercampur gaul ) 6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri) 06 ) Sejarah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SEJARAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang mengalami masalah daripada aspek social dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad. Kebolehan intelek yang terhad bermaksud, muridmurid dalam kategori ini adalah tergolong dalam golongan yang rendah kebolehan intelek mereka. Murid-murid ini menerima pendidikan pemulihan di 180 buah sekolah rendah disemua negeri di semenanjung Malaysia. Murid-murid bermasalah dalam aspek budaya dan sosial daripada sekolah-sekolah rendah terpilih menerima pendidikan imbuhan di bawah projek imbuhan pusat perkembangan kurikulum

Kementerian Pelajaran iaitu di tiga buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Pada tahun 1988, Kementerian Pelajaran memulakan kelas perintis untuk muridmurid bermasalah pembelajaran pada peringkat rendah. Pendidikan bagi muridmurid yang mengalami masalah terencat akal pula telah ditubuhkan pada tahun 1953. Sekolah pertama bagi murid-murid dalam golongan ini dimulakan dengan penubuhan Rumah Kanak-Kanak Jubilee di Johor Bharu. Pada tahun 1964, pusat murid-murid terencat akal di Selangor pula ditubuhkan. Kesinambungan darrripada itu, pada tahun 1966, sekolah khas di Ipoh telah ditubuhkan manakala pada tahun 1969 sekolah khas cacat akal di Pulau Pinang pula telah ditubuhkan.

AUTISM : 02) Sejarah Perkembangan Autism


SEJARAH PERKEMBANGAN AUTISM Sejarah Autism dikaitkan dengan Victor iaitu seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Wild Boy Of Aveyron . Dia telah ditangkap di dalam hutan selatan Perancis pada tahun 1799 ketika berusia lebih kurang 10 atau 11 tahun. Selepas ditangkap, dia telah dibawa ke Paris untuk ditempatkan bersama kumpulan orang pekak. Beliau telah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus untuk seterusnya menjadi pelopor dalam pendidikan khas. Setelah membuat pemerhatian terhadap Victor, Itard mendapati terdapat beberapa ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor seperti tidak bercakap, mengayungkan badan ke depan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan dan hubungan dengan sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian terhadap sesuatu. Victor juga tidak memandang objek atau orang, dan tidak memberi reaksi walaupun tembakan dilepaskan dibelakang kepalanya tetapi memberi reaksi terhadap bunyi kulit kacang yang dipecahkan walaupun bunyi itu perlahan. Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri-ciri lain seperti tidak suka bermain dengan alat-alat permainan tetapi kuat ketawa apabila bermain air. Victor menunjukkan daya ingatan yang kuat dan juga menunjukkan reaksi semasa menyentuh kain, tangan dan muka mereka yang dikenalinya (Paluszny, 1979 ). Semua ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor menunjukkan persamaan dengan ciri-ciri Autism. Pada tahun 1919, Eugene Blueler telah memperkenalkan perkataan Autism . Ia merujuk pada kurang atau tidak ada hubungan dengan individu lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun, kini istilah Autim merujuk pada masalah perkembangan. Doktor Leo Kanner, iaitu salah seorang ahli psikologi pada tahun 1943 telah menghuraikanAutism sebagai satu syndrome kumpulan tingkah laku yang unik. AUTISM : 03) Definisi Autism DEFINISI AUTISM Autism berasal daripada perkataan autos yang beerti diri sendiri dan isme yang bermakna aliran. Jadi autism bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Gejala Autism mula kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Kanak-

kanak Autism biasanya mempunyai gangguan dalam komunikasi, masalah dalam interaksi social, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Hallahan dan Kauffham ( 1976 ) menyatakan Autism merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 tahun. Manakala menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts ( 1996 ), mereka menyatakan bahawa Autism merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu aut yang bermaksud diri dan ism yang bermaksud orientasi atau keadaan. Ia bermaksud seseorang tidak biasa dengan diri sendiri serta gagal menunjukkan minat terhadap orang lain. Persatuan Autism Amerika Syarikat telah mendefinisikan Autism sebagai ketidakupayaan yang rencam dan pada kebiasaannya ia kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 tahun. Keadaan ini disebabkan kesan daripada kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak. Autism dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan berlaku kepada seorang individu daripada 500 individu. Kekerapan murid-murid lelaki mengalami Autism adalah empat kali ganda berbanding murid-murid perempuan. NASOM pula mendefinisikan Autism sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada seorang bayi dalam masa 30 bulan yang pertama. Komunikasi sesama mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang Matematik Atau Kemahiran Mekanikal, ataupun dalam Seni Muzik, daya ingatan dan lain-lain. Manakala menurut Individual With Disabilities Education Art pula, Autism didefinisikan sebagai masalah perkembangan yang memberi kesan terhadap komunikasi verbal dan bukan verbal serta interaksi social yang biasanya kelihatan sebelum seseorang berumur 3 tahun ( 18 bulan kelahiran ) dan memberi impak terhadap pencapaian seseorang individu. Selain itu, Autism adalah kategori ketidakupayaanyang dicirikan dengan gangguan dalam masalah hubungan social, komunikasi, emosi serta kurang kebolehan imaginasi dan bermain. Mereka juga menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang-ulang, biasanya berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Tahap keseriusan Autism boleh dibahagi pada tiga jenis, iaitu ringan, sederhana dan serius ( teruk ). Berdasarkan definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa Autism merupakan ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecelaruan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkah laku, kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar, bahasa dan komunikasi, serta sosial dan emosi.

AUTISM : 04) Punca-punca Autism PUNCA-PUNCA AUTISM Autism adalah satu ketidakupayaan yang komplek dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya Autism. Namun begitu, terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mencari punca sebenar Autism. Antara punca yang dikatakan ialah Autism disebabkanfaktor genetik. Pengaruh genetik menunjukkan adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami Autism berbanding orang lain. Contohnya, kembar seiras lebih berisiko berkemungkinan untuk mendapat Autism berbanding kembar tidak seiras. Selain itu, terdapat faktor sebelum dan selepas kelahiran. Pengambilan ubat penenang seperti pil Talidomida oleh ibu mengandung yang mengalami mabuk hamil boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Dalam kajian yang dijalankan oleh Millar dan Stromland, mereka telah membuktikan bahawa 5% daripada mangsa Talidomida mengalami Autism. Ibu-ibu mengandung yang dijangkiti virus Rubella ketika 3 bulan pertama mengandung juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkan anak Autism. Selain itu, serangan Virus Sitolomegalo, kanakkanak yang mengalami kelemasan sewaktu kelahiran ( prenatal asfiksia ) dan kanakkanak yang menghidap penyakit ensefalitis atau lembam otak, keracunan makanan dan bengkak cantik atau beguk merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan bayi yang dikandung mengalami Autism. Tidak ketinggalan juga, pencemaran dan toksin dalam persekitaran juga boleh menyebabkan berlakunya Autism. Contohnya, didapati berlakunya kadar Autism yang tinggi disebuah Bandar kecil di Leomenster, Massachussetts, iaitu tempat terdapatnya kilang pengeluar cermin mata yang mengeluarkan asap yang banyak. Hal ini membuktikan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan terjadinya Autism kepada seseorang individu. Berkaitan fungsi otak pula, terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik dan kemungkinan juga lobus temporal dan korteks terjadi kepada individu Autism. Sesetengah murid-murid pekak, murid-murid yang menghidap penyakit baka seperti Fenilketonuria, Sklerosis Tuberus, Sindrom Fragile X, Sindrom Asperger, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom William dikatakan menunjukkan ciri-ciri Autism. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tindakan untuk membantu proses pendiagnosan. AUTISM : 05) Ciri-ciri Autism CIRI-CIRI AUTISM Individu Autism merupakan mereka yang tidak menunjukkan sebarang minat, tidak suka didukung ataupun dipeluk dan kadang-kadang dia menjerit tanpa sebab. Mereka tidak boleh berhubung dengan orang dewasa dan menunjukkan minat yang stereotaip. Sekiranya seseorang menunjukkan kecenderungan bersifat sedemikian, kemungkinan mereka menghadapi satu kecelaruan penyakit dalam kalangan kanakkanak yang dinamakan Autism.

Autism merupakan masalah komunikasi yang berkait rapat dengan masalah tingkah laku. Maksudnya, individu Autism akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan umur mereka.Contohnya murid-murid yang berumur 11 tahun menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak berumur 3 tahun. Murid-murid tersebut juga akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur dan rosak. Hampir semua murid Autism menunjukkan ciri seperti bermasalah dalam komunikasi, interaksi social, pola bermain serta mempunyai gangguan deria, tingkah laku dan emosi. Masalah komunikasi. 1. Murid-murid Autism tidak menunjukkan perkembangan bahasa dalam komunikasi seperti murid-murid lain. 2. Perkembangan bahasa mereka adalah lambat atau tiada langsung berbanding murid-murid normal. 3. Mereka jarang menggunakan bahasa yang sesuaiuntuk bertutur, sukar diajak bercakap, kadangkala menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja. 4. Mereka kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan perkara yang dikatakan oleh orang lain. 5. Ramai murid-murid Autism gagal menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. 6. Tahap kefahaman bahasanya adalah rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. 7. Bahasa yang digunakan agak ganjil dan sukar untuk difahami. 8. Mereka juga sering mengulangi ungkapan-ungkapan yang telah mereka dengar dengan cara yang literal. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan pengulangan (Ekolalia ), iaitu keadaan mereka yang tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif. Interaksi sosial. 1. Murid-murid Autism suka bersendirian. 2. Mereka lebih gemar menjauhkan diri dan duduk disuatu tempat atau sudut tertentu. 3. Menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan orang lain semenjak daripada awal kehidupan.

4. Mereka lebih suka menyendiri dan menyepikan diri serta menghabiskan banyak masa di dalam dunia mereka sendiri. 5. Murid-murid Autism ini tidak pernah memulakan sebarang bentuk interaksi social. 6. Mereka juga tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. 7. Mereka seolah-olah hidup dalam dunia mereka sendiri. 8. Ibu mereka juga sukar untuk menjalinkan kemesraan dengan mereka kerana mereka tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibu bapa ,mereka tidak mendapat gerak balas. 9. Mereka berkelakuan seperti murid-murid pekak, buta dan bisu. 10. Mereka juga selalu mengelakkan pertentangan mata dan bergelut bila penjaga cuba membuat perhubungan mata. Pola bermain. 1. Mereka mampu duduk dalam sesuatu kedudukan untuk satu jangka masa yang lama walaupun mereka mendengar buntu tertentu berkali-kali, malah mereka juga mampu melakukan tindakan yang sama berulang-ulang. 2. Murid-murid Autism biasanya akan leka bermain dengan sesuatu barang yang diminatinya sehingga berjam-jam lamanya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil, dialih atau hilang. 3. Jika diganggu, murid-murid ini akan mempamerkan tingkah laku yang resah, dan mungkin akan melolong atau menjerit. 4. Kebanyakkan kanak-kanak Autism ini akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan dan menjengkitkan kakinya semasa berjalan. 5. Suka memutar-mutarkan sesuatu benda seperti tudung botol, dan alat permainan seperti mangkuk-magkuk plastik, mengumpul batu-batu dan sebagainya. 6. Sesetengah murid-murid Autism boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukan perbuatan atau permainan yang berkaitan dengan sesuatu objek seperti memutar roda kereta permainan atau memutar blok kayu secara berterusan. Tingkah laku.

1. Ketidakupayaan tingkah laku berlaku kepada murid-murid Autism seperti rangsangan kendiri tingkah laku, iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat seperti menggoyangkan tangan dan menghantuk kepala. 2. Mempunyai masalah untuk tidur dan makan, hubungan mata yang lemah, hiperaktif atau hipoaktif dan kurang menumpukan perhatian. 3. Mempunyai daya ingatan yang baik untuk menghafal. 4. Murid-murid Autism juga kelihatan tertarik dengan kebisingan dan objek yang bergerak secara berulang-ulang. Emosi 1. Emosi kanak-kanak Autism sangat sukar untuk diramal dan kerap berubahubah. 2. Mereka sering ketawa, marah dan menangis tanpa sebab yang pasti. 3. Mereka juga akan mengamuk diluar kawalan jika kemahuan mereka tidak diturut. 4. Mereka akan merosakkan apa-apa sahaja yang berada disekelilingnya dan menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran jika emosi mereka terganggu. 5. Mereka juga tidak mempunyai perasaan sempati dan memahami perasaan orang lain. 6. Kebanyakkan kanak-kanak Autism menunjukkan cirri-ciri perkembangan bahasa dan social.

AUTISM : 06) Pengujian Untuk Kanak-Kanak Autism


PENGUJIAN UNTUK MURID-MURID AUTISM Terdapat dua ujian yang dapat dijalankan secara berkesan terhadap murin-murid Autism, iaitu ujian kecerdasan atau intelektual dan ujian tingkahlaku. Ujian ini dapat digunakan bagi merancang program untuk mereka. Ujian Kecerdasan atau Intelektual merupakan komponen utama dalam menentukan kelayakan individu Autism untuk menerima perkhidmatan Pendidikan Khas. Sesetengah Autism dianggap genius atau dikenali sebagai Sindrom Aspreger. Keadaan ini disebabkan oleh kemahirankemahiran tertentu yang mereka perolehi adalah tinggi atau bakat mereka yang luar biasa. Namun begitu, murid-murid Autism menunjukkan kelewatan dalam proses mental yang selalunya dikesan dalam ujian kecerdasan formal.

Ujian yang kedua pula ialah Ujian Tingkah Laku. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui matlamat kefungsian tingkah laku seseorang individu. Ujian ini difokuskan untuk mengenalpasti tingkah laku dan

akibat setiap langkah laku tersebut. Ahli Profesional telah cuba mencari jalan untuk mengubah tingkah laku tersebut. Kombinasi pendidikan dan ujian tingkah laku akan memberi gambaran menyeluruh tentang kekurangan setiap individu supaya program khas dapat dibentuk untuk memenuhi keperluan khusus individu Autism.

AUTISM : 07) Pendekatan Intervensi Akademik Dan Tingkah Laku PENDEKATAN INTERVENSI AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU. Terdapat pelbagai jenis intervensi awal yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak Autism. Proses intervensi pada peringkat awal hanya tertumpu pada rawatan perubatan dan tingkah laku . Rawatan yang biasa dilakukan terhadap murid-murid Autism ialah denganmengambil ubat Ritalin. Ia bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif yang dialami oleh mereka. Selain itu,pengambilan Vitamin B6 bersama Magnesium juga boleh diamalkan. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid Autism meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian mereka. Penyakit Autism ini tidak dapat dipulihkan dengan pelbagai rawatan. Oleh sebab itu, murid-murid ini perlu didiagnosiskan pada peringkat awal untuk membantu mereka menjalankan sesuatu aktiviti dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai dengan mereka. Selain daripada perubatan, pengurusan tingkah laku juga boleh dilakukan sebagai kaedah intervensi awal. Sebagai seorang guru, kita dapat mengekalkan dan meningkatkan tingkah laku positif yang diingini melalui strategi, teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Penggunaan teknik pengasingan, time out, pembentukan, memberi ganjaran, dendaan, dan sebagainya dapat membantu murid-murid tersebut. Terdapat beberapa pendekatan intervensi akademik yang dapat dilaksanakan seiring dengan intervensi tingkah laku. Salah satunya ialah Pendekatan Analisis Terapan Tingkah Laku. Pendekatan ini sesuai dilaksanakan bersama intervensi bioperubatan. Melalui pendekatan ini, murid-murid Autism akan menunjukkan perkembangan yang baik disamping bantuan daripada ibu bapa, adik beradik, dan rakan sebaya. Melalui kaedah ini, murid-murid Autism diajar satu kemahiran dalam satu-satu masa seperti mewarnakan gambar menggunakan cara yang paling senang. Mereka diajar secara langkah demi langkah. Sesi latihan ini dijalankan secara formal dan berstruktur. Bagi kanak-kanak Autism yang mempunyai masalah deria, Intervensi integrasi deria dapat dilakukan bagi menanganinya. Ia dilakukan bermula daripada masalah ringan sehinggalah masalah yang berat. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah sikap hipersensitif atau hiposensitif terhadap sesuatu rangsangan. Integrasi deria dapat dibahagikankepada tiga aspek, iaitu deria vestibular, taktil dan proprioseptif. Vestibular melibatkan pergerakan dan keseimbangan, taktil pula melibatkan sentuhan manakala proprioseptif merupakan bahagian yang berkaitan dengan joint dan ligament. Selain itu, Terapi Pertuturan juga boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak ini. Biasanya, ia dilakukan dalam masa 1-2 jam sehari sahaja. Aktiviti ini dapat diintegrasikan semasa murid-murid ini berada dirumah dan disekolah apabila menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, bahasa isyarat juga dapat membantu muridmurid ini meningkatkan daya pertuturan mereka.

Terapi fizikal melibatkan kemahiran motor kasar dan juga motor halus. Murid-murid Autism ini mempunyai keupayaan kemahiran motor kasar dan motor halus yang amat terhad. Bagi menangani masalah ini, terapi fizikal dan deria dapat dijalankan secara serentak. Intervensi Auditori merupakan salah satu intervensi yang dapat membantu muridmurid Autism daripada spek tingkah laku mereka. Terdapat beberapa jenis intervensi auditori, iaitu Berard Auditory Integration Training yang dikenali sebagai Berard AIT. Antara aktiviti didalam intervensi ini ialah mendengar muzik yang telah diproses selama 10 jam. Ia dikatakan selama 2 jam 30 minit sehari dan dijalankan selama 1112 hari sebulan. Selain AIT, terdapat juga intervensi-intervensi lain yang boleh dilakukan seperti pendekatan Tomatis ( Terapi Pendengaran ), program pendengaran dan kaedah SAMONAS, iaitu kaedah terapi bunyi untuk murid-murid Autism. AUTISM : 08) Keperluan Pembelajaran Kanak-Kanak Autism KEPERLUAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISM. Hampir 75-80 % kanak-kanak autism mengalami masalah pembelajaran sederhana dan teruk. Keperluan pembelajaran yang efektif bagi kanak-kanak autism adalah melibatkan kawalan tingah laku yang kurang sesuai, dan kemahiran komunikasi dan social. Bagi mencapai keperluan pembelajaran ini, setiap pihak yang terlibat perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan pendekatan berterusan dapat diaplikasikan. Ini kerana kemampuan kanak-kanak autism menggunakan kemahiran yang dipelajari dan menggeneralisasikan dala konteks yang lain adalah sesuatu yang mencabar. Kanak-kanak Autism dapat dididik. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalan memproses maklumat. Ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan mengalakkkan rangsangan. Program pembelajaran yang berstruktur ini perlu dimulakan seawal yang mungkin dengan ibu bapa dan ibu bapa perlu bertindak sebagai guru. Program pembelajaran bagi kanak-kanak adalah bercorak kearah analisis tingkah laku dan menggalakan penggunaan pertuturan dan komunikasi. Kanak-kanak dengan tahap autism yang teruk perlu diajar secara individu tetapi bagi mereka yang berada pada tahap sederhana dan ringan, integrasi dengan kanakkanak normal menjadikan mereka lebih efektif. Penjaga dan guru perlu mengenalpasti factor pengukuhan mereka seperti memberikan biskut ataupun lainlain, sebagai tambahan bagi puji-pujian yang diberikan. Disamping itu, penjaga dan guru juga boleh menggunakan peneguhan social bagi memastikan mereka menunjukkan tingkah laku yang baik dan mengekalkan pembelajaran. Adalah penting bagi mengekalkan jadual yang biasa diikuti, dengan menjadikan pereskitaran sebagai sesuatu yang dapat dijangka oleh kanak-kanak. Apabila perlu membuat perubahan, penjaga ataupun guru perlu bersedia kerana kanak-kanak autism akan menjadi tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku menentang. Manakala dalam aspek komunikasi pula, peningkatan boleh dilakukan dengan menggunakan pergerakan dan isyarat yang bersesuaian.

1. Genetik ( Baka ) Pengaruh genetik menunjukkan bahawa kembar seiras ( monozygotic twins ) lebih cenderung untuk mendapat autisme berbanding kembar tidak seiras (dizygotic twins). Banyak kajian dijalankan memfokuskan kepada gen autisme dan pengkaji cenderung berpendapat bahawa tiga hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan dengan sistem imunisasi yang lemah ( Edelson, 1999 )

2. Organik ( Kerosakan pada otak ) Kerosakan pada otak yang berpunca daripada pengambilan pil thalidomide untuk mengatasi masalah morning sickness oleh ibu yang hamil. Kajian Miler dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa thalidomide adalah autistik dan dari segi peratus ianya 30% lebih berbanding populasi umum ( Rodier, 2000 ).

3. Biokimia ( Gangguan metabolisme ) Termasuk beta endorphin yang menyekat perkembangan mental kanak-kanak.

4. Imunulogi ( Human Leucocyte Antigen / HLA ) 5. Alam Sekeliling ( Congenital Rubela, Birth Trauma dan lain-lain ). Kehadiran virus menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme ( Edelson, 1999 ) 6. Kekurangan oksigen semasa proses kelahiran 7. Proses kelahiran secara paksaan iaitu vacuum extraction . 8. Gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf dan 9. Infeksi neurologikal.
http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/kenali-autisme.html

Wednesday, 27 February 2013


Ummu Iman

2.2

Peringkat Autisme

a)Autisme Ringan Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidak berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggil namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih boleh dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan tindakan yang dilakukan seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yang sterotipik dan sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah. b)Autisme sedang Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun ia tidak memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti diri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untuk dikendalikan tetapi masih boleh diusahakan. c)Autisme Berat Pada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi berada dipelukkan orang tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhenti setelah mereka rasa keletihan kemudian langsung tertidur.
http://nazarinappgupm2012.blogspot.com/2012/12/kajian-kes-autisme.html

Ahad, 23 Disember 2012


Naza Rina

Anda mungkin juga menyukai