Anda di halaman 1dari 5

a) Huraikan keperluan dan kepentingan komunikasi terutama dalam aspek pendidikan?

b) Nyatakan apakah kepentingan komunikasi dalam bilik darjah? c) Bincangkan secara kumpulan, langkah-langkah untuk memperbaiki aspek komunikasi dalam bilik darjah.

Soalan (a)
Dalam bidang pendidikan, komunikasi sangat diperlukan kerana kedua-duanya saling berkait. Walaubagaimana kaedah pendidikan atau penyampaian ilmu dilakukan, ia masih memerlukan komunikasi. Oleh itu, tidak mungkin mendidik manusia tanpa berkomunikasi, mengajar orang tanpa berkomunikasi, atau memberi kuliah tanpa interaksi secara lisan. Setiap guru perlu mewujudkan iklim komunikasi yang positif ketika berkomunikasi dengan pelajar. Proses komunikasi dapat berlangsung dengan baik jika proses penyampaian dan penerimaan maklumat berlaku dengan baik dan lancar. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan atau salah faham. Komunikasi adalah sebagai jambatan ilmu diantara guru kepada pelajar dalam menyampaikan pengalaman, pengetahuan, sikap dan kemahiran. Guru yang gagal dalam komunikasi berkesan, bersikap tidak sabar, ketiadaan kasih sayang, terlalu tegas dengan pendirian tanpa mahu bertolak ansur atau memberi pilihan kepada pelajar boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Di dalam dunia pendidikan, komunikasi sangat diperlukan untuk menyampaikan pemahaman yang holistik, komprehensif, mendasar dan sistematik tentang pemanfaatan komunikasi dalam implementasi kegiatan pengajaran dan pembelajaran murid. Tanpa pengaruh komunikasi yang baik, pendidikan akan kehilangan cara dan orientasi dalam membangunkan kualiti akademik. Diperingkat pengurusan sekolah, guru, murid-murid dan pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam menghubungkaitkan komunikasi yang baik dan berkesan. Pendidikan ini

boleh mewujudkan reformasi baru yang lebih dinamik dan interaktif dengan adanya penggunaan teknologi multimedia interaktif sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan masa pernbelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru, peranan murid mahupun pengurusan pendidikan. idea dan matlamat komunikasi di sekolah semakin penting dan mencabar, terutama sekali dalam mendidik anak bangsa Malaysia yang cerdik, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global. Oleh itu tugas dan peranan pihak pengurusan, guru dan sekolah sangat penting dan amat diharapkan.

Soalan (b) Kepentingan komunikasi di dalam bilik darjah ialah Komunikasi sebagai saluran dalam menyelesaikan konflik di bilik darjah. Komunikasi memberikan ruang melahirkan pendangan dan pendapat. Komunikasi dapat mewujudkan pengaliran maklumat yang berkesan. Komunikasi membolehkan guru mendapat maklum balas mengenai perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah. Komunikasin boleh membantu perkembangan kreativiti bilik darjah. Komunikasi dapat membina pelbagai kemahiran dan perkembangan pelajar. Komunikasi dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan. Dengan adanya komunikasi ia boleh Mencorakkan kemahiran dan kecakapan pengajaran guru. Komunikasi yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

Soalan (c) Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi di dalam bilih darjah; 1) Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran bagi memastikan setiap murid mendengar dengan mudah dan jelas.murid digalakkan bertanya selepas penyampaian pelajaran oleh guru. 2) Jika jawapan murid kurang tepat, elakkan mengkritik mereka dan baiki jawapan yang dianggap kurang sesuai. 3) Elakkan melabel murid dengan kata-kata yang berbentuk negatif. Dengan ini, murid akan bertambah yakin untuk memberikan hujah-hujah. 4) Galakan perundingan perlu bagi mengelakkan murid memberontak apabila diberikan arahan. 5) Guru perlu menunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba memberikan jawapan dan mengemukakan soalan. Ini akan mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang menyertai perbincangan. 6) Mermerikan perhatian ketika murid menjawab soalan atau menyoal. Ini akan mendorong murid untuk berinteraksi dengan guru. 7) Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bersesuaian dengan kebolahan murid bagi memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. 8) Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa oleh murid-murid.

a) Nyatakan empat kemahiran yang perlu ada dalam komunikasi berkesan. b) Huraikan peranan mata, telinga dan sentuhan dalam komunikasi berkesan. c) Senaraikan isi-isi penting komunikasi berdasarkan bahan yang dilampirkan.

Soalan (a) Empat kemahiran yang perlu ada dalam komunikasi berkesan ialah; Kemahiran mendengar. Merupakan kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif semasa pelajar di sekolah rendah atau menengah, seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran. Mendengar mesej yang diterima dalam pelbagai bentuk dan bahasa memerlukan mereka mentafsir dalam bentuk yang mudah difahami. Kemahiran memberikan perhatian. Pendengar yang memberikan perhatian akan mendorong mereka untuk terus bercakap dan mendengar dengan aktif, menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk dihadapan sedikit, menghadap orang yang bercakap, memberi maklum balas secara lisan atau isyarat bahasa badan dan bertanya untuk penjelasan lebih lanjut. Kemahiran menimbulkan minat orang. Kemahiran ini memastikan suara yang didengar hendaklah boleh menimbulkan minat orang terhadap apa yang ingin disampaikan. Dalam mewujudkan komunikasi berkesan, minat terhadap apa yang dibicarakan perlu ditunjukkan. Pendengar juga perlu dilibatkan semasa berkomunikasi dengan memberikan pandangan, bagi mengelakkan pendengar berasa bosan dan kurang minat untuk memberikan perhatian. Kemahiran tingkah laku. Kemahiran ini melibatkan deria dan kekuatan fizikal seperti kumunikasi mata, kedudukan tubuh dan pergerakan, mimik muka dan air muka, keterampilan dan suara. Jika komunikasi ini digunakan mencapai tahap yang tinggi, komunikasi berkesan akan berlaku dalam kemahiran tingkah laku ini.

Soalan (b) Dalam mewujudkan komunikasi berkesan, penggunaan mata, telinga dan sentuhan adalah penting. Menggunakan mata untuk mendapatkan gambaran melalui penglihatan. Penilaian melalui first impression ini disampaikan melalui perasaan yang disalurkan bersama pandangan. Komunikasi berkesan dengan memandang kepada pasangan atau pendengar dan berbicara selama 5 saat memberikan gambaran bahawa komitmen di dalam menjalinkan hubungan. Kontek mata juga menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Dengan ini, kita dapat menunjukkan perasaan yang positif seperti suka, gembira dan bersungguh-sungguh. Peranan telinga adalah sebagai alat bantu mendengar semasa berkomunikasi dengan orang lain. Jika fungsi telinga tersebut bermasalah, maka orang tersebut akan mengalami kesulitan dalam berkomunikasi. Telinga sentiasa bersedia untuk mendengar dan memahami dengan rasionalsemasa berkomunikasi. Mendengar bukan hanya tindakan pukulan gelombang bunyi ke atas gegendang telinga semata-mata. Ia merupakan proses menterjemahkan tindakan fizikal bunyi kepada pemahaman yang menghasilkan respons. Peranan sentuhan termasuk, bersalaman, menggenggam tangan dan berciuman. Bentuk komunikasi ini masing-masing menyampaikan pesanan tentang tujuan atau perasaan dari sang penyentuh. Sentuhan juga dapat menyebabkan suatu perasaan pada sang penerima sentuhan, baik positif ataupun negatif. Beberapa pesan yang sungguh-sungguh, dukungan emosional, kasih sayang seperti perhatian atau simpati dapat

dilakukan melalui sentuhan. Contohnya seorang guru akan menepuk bahagian belakang badan murid jika mereka dapat menjawab soalan dengan betul. Keadaan ini dilihat dapat memberi sokongan moral kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai