Anda di halaman 1dari 2

Refleksi tentang Penggunaan ICT dalam P&P

Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap pengajaran pembelajaran


menggunakan ICT, banyak perkara yang boleh kita kongsikan bersama.

KEKUATAN
1. Proses P&P berada dalam suasana yang menarik dan tidak membosankan
khususnya pelajar merasa sangat teruja dengan paparan laman-laman web
tertentu.
2. Kita sebagai guru pun merasa sangat bersemangat untuk menjalankan proses
P&P.
3. Penggunaan ICT juga sangat menjimatkan masa dalam penyedian BBM kepada
pelajar kerana segalanya boleh kita perolehi di dalam laman-laman web tertentu.
4.

Penggunaan ICT merupakan kaedah yang paling berkesan dan bersistem

KELEMAHAN
1. Kadangkala kita tidak dapat melayari internet disebabkan gangguan-gangguan
teknikal.
2. Perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar boleh mengundang kepada
penerokaan laman-laman web yang tidak sepatutnnya sehinggakan kita sebagai
guru tidak dapat mengawal pergerakan mereka semasa P&P.
3. Terdapat juga sesetengah pelajar yang hilang tumpuan semasa proses P&P
disebabkan leka meneroka laman-laman web lain selain yang kita sarankan.
4. Makmal komputer yang terdapat di sekolah sangat terhad penggunaannya
walaupun saya berada di sekolah berasarama penuh

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

1. Peningkatan kadar perkhidmatan internet di kawasan sekolah oleh pihak


pengurusan sekolah.
2.Guru hendaklah mengawal tingkah laku pelajar semasa proses P&P dengan
memberi amaran dan nasihat yang sewajarnya

3. Penggunaan makmal komputer yang terancang oleh pihak penyelia makmal.


4. Penggunaan wireless terutamanya di dalam kelas agar memudahkan guru untuk
melayari internet
5. Guru hendaklah sentiasa peka terhadap tumpuan yang diberikan oleh para
pelajar. Lakukan sebarang aktiviti yang lebih memberangsangkan agar pelajar tidak
hilang tumpuan.

BATASAN DAN KEKANGAN


1. Tingkah laku pelajar yang sukar untuk diduga
2. Tiadanya kerjasama yang erat dan padu di antara pihak pentadbir dan para guru.
3. Sikap negatif guru itu sendiri terhadap P&P menggunakan ICT.

Anda mungkin juga menyukai