Anda di halaman 1dari 19

APA

DIA

PENDEKATAN,

KAEDAH,

TEKNIK

DAN

STRATEGI

PENGAJARAN?

Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas dan sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu

interaksi dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid masingmasing saling mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri telah ibadah

menggunakan pelbagai teknik antaranya teknik tunjukcara/demonstrasi untuk mengajar solat kepada para sahabat baginda sepertimana yang tersebut dalam hadis yang bermaksud: Sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu melihat aku sembahyang. Kemudian Rasulullah SAW mendirikan solat di hadapan mereka agar mereka dapat melihat, memerhati dan kemudian meniru perbuatan baginda (Ariffin, 1991). Sebagai seorang pendidik, maka sudah tentulah guru Pendidikan Islam boleh menggunakan teknik yang telah dianjurkan Baginda SAW. Saedah Hj. Siraj et al., (1993), menyatakan bahawa guru bukan sahaja berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran para pelajarnya. Azizah Lebai Nordin (1999) menekankan bahawa, seorang guru yang berkesan seharusnya mengetahui segala aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja harus meniliti pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah perlu mengetahui falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Hanya dengan mengetahui falsafah dan matlamat sukatan pelajaran tersebut, guru dapat membawa anak didiknya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Selain daripada menguasai ilmu yang berkaitan dengan isi kandungan oleh

pelajaran, para

guru

juga

perlu

menguasai

pedagogi

kerana

dapat

mendedahkan mereka kepada cara membuat perancangan yang berkesan yang merangkumi aspek persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, strategi pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan murid. Seorang guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar, tetapi tidak dapat menguasai strategi dan kaedah pengajaran, tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Umpamanya seorang guru yang hendak mengajar ibadah yang berkaitan dengan cara berwudu, cara bertayammum dan cara mengerjakan solat tetapi menggunakan kaedah syarahan sahaja tanpa menggunakan tunjuk cara, sudah tentu pengajarannya tidak berkesan

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH

A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE

Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique A way of achieving ones purpose skillfully.

Al-Qardawi (1980), seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, menyatakan

bahawa aspek amali dan penghayatan merupakan antara asas utama dalam pendidikan Islam. Menurut beliau, pendidikan atau pembelajaran yang dilakukan melalui latihan dan aplikasi secara langsung mempunyai hubungan atau memberi kesan yang baik kepada pelajar dan seterusnya dapat memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang dipelajari. Hasan Langgulung (1991) menjelaskan bahawa fungsi utama pendidikan untuk memindahkan nilai-nilai, ilmu dan kemahiran dari satu generasi ke satu generasi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang mudah. Menurut beliau lagi proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan teknik yang betul dan berkesan. Untuk mencapai Objektif dan Hasil Pembelajaran perlulah seseorang pendidik menggunakan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan model-model pengajaran yang sesuai. Seorang pendidik harus mengetahui konsep tersebut agar pengajaran yang dijalankan berkesan dan objektif yang disasarkan tercapai.

Definisi Strategi Kebijaksanaan guru dalam memilih pendekatan,merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.Strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan /operasi yang berkesan. Sesuatu strategi perlu merangkumi perkara berikut: * Penentuan pendekatan * Pemilihan kaedah/teknik, teori, model pengajaran * Pengurusan masa dan langkah-langkah * Pengurusan bahan * Pengurusan kelas.

Al-Quran telah memulakan penggunaan iqra (baca) dan qalam (tulisan) sebagai satu strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai strategi pembelajaran lain seperti kitabah, ziadah al-ilm dan amalan solihan dalam kursus Pengajian Islam diambil daripada al-Quran yang secara khususnya membawa maksud; segala usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat dan maksud pengajaran yang dirancangkan. Definisi Pendekatan Cara kita mendekati sesuatu / cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Cara kita mendekati pelajar perlu berlandaskan model pengajaran, prinsip dan teori-teori pembelajaran, contohnya: * Konkrit kepada abstrak * Mudah kepada kompleks * Keseluruhan kepada bahagian * Umum kepada spesifik / sebaliknya * Dekat kepada jauh * Diketahui kepada belum diketahui Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran? 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan,

kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, Objektif pencapaian murid diutamakan Perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, simulasi, perbincangan, main peranan, penyoalanan, penyelesaian masalah,

sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahanbahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

Penggabungjalinan
o o

Proses penyampaian beberapa kemahiran Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu Kemahiran bahasa matematik digabungjalinkan dengan kemahiran

o o

Ciri-ciri gabungjalin:

Integrasi beberapa kemahiran

Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Cara mengguna gabungjalin


Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah

dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.

Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

Penyerapan
o

Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.

Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.

Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. Ciri-ciri penyerapan :

Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF? Induktif (istiqra): Dari khusus kepada umum ( dari fakta kepada kesimpulan / rumusan) Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama.Berdasarkan kepada contohcontoh yang diberikan, pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan

Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o

Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu

o o

Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif

o o o

Sediakan contoh-contoh yang sesuai Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama Guru tidak harus memberi contoh sekaligus Sediakan alat bantu mangajar Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh. Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

o o o o o o

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF? Deduktif(istinbat) : Dari umum kepada khusus ( contoh-contoh kepada fakta). Guru memberitahu pelajar objektif pelajaran pada peringkat awal. Pelajar dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran:
o o o o o o

Prinsip/rumus Kaedah deduktif Aplikasi rumus/prinsip Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik? Pendekatan Eklektik: Menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang lalu (induktif & deduktif). Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar pada waktu itu. o o o o o o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur Gabungan pendekatan digunakan Menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik Boleh gunakan strategi Pemusatan guru, Pemusatan murid, Pusatan bahan Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK? Pendekatan Tematik: Guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umar pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut. Contohnya;

Pokok perbicaraan/topik utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o o

kumpulan pelbagai kebolehan sama kebolehan kumpulan pelbagai kebolehan sama kebolehan kumpulan pelbagai kebolehan sama kebolehan

Tema yang sama dibincangkan oleh


o o

Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi


o o

Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan Membuat rumusan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)? Pembelajaran Masteri: Pendekatan mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi. Berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar dilahirkan dengan keupayaan memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh menguasai sesuatu kemahiran atau perkara yang diajar dengan baik dan sempurna sekiranya diberi peluang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam masa yang mencukupi. Elemen penting dalam pendekatan masteri adalah aspek penilaian. (penting sebelum beralih tajuk lain)

Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan Faktor pencapaian murid:
o o o o o

Kebolehan asas Kuantiti dan kualiti pengajaran/pembelajaran Kebolehan memahami pengajaran Daya usaha pembelajaran berterusan Masa pembelajaran

Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. Pilih kaedah dan teknik yng berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.

Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

Anda mungkin juga menyukai