Anda di halaman 1dari 33

7.

BAB 7 : ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA


7.1. Dasar Luar Negara :
Setiap negara harus ada hubungan luar
Matlamat adalah untuk menjamin pertahanan dan keselamatan
negara dan rakyat, pembangunan ekonomi perdagangan, kerjasama
antarabangsa dan diplomasi.
Hubungan luar atau hubungan antarabangsa satu kajian berkenaan
hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan.
Hubungan ini juga melibatkan entiti-entiti ( aktor ).
Entiti ( actor ) terdiri daripada organisasi antarabangsa, syarikat
syarikat multinasional dan individu individu.
Kerajaan merancang dasar luar yang dinamik.
Ciri utamanya ialah tidak kaku, tetap dan stereotaip.
7.1.1. Sejarah Hubungan Luar Malaysia
Hubungan Malaysia dengan negara luar berlaku sejak zaman
prakemerdekaan.
Melaka mengamalkan dasar luar dengan negara India, Siam, China,
Parsi, Arab, Jepun dan sekitar Kepulauan Melayu.
Faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada
pembentukan dan hala tuju perhubungan.
Dasar luar Malaysia :

Tunku Abdul Lebih bercorak proBarat dan anti


Rahman komunis.
( 1957 1970 )
Tun Abdul Razak Menititikberatkan pembangunan dan
Hussein integrasi sosial.
( 1970 1975 )
Tun Hussein Onn Berdasarkan kerjasama pertahanan dan
( 1975 1981 )
keselamatan.
Tun Dr. Mahathir Mementingkan hubungan ekonomi.
Mohamad
( 1981 2003 )
Tun Abdullah - Mementingkan aspek agama islam
- Menjalinkan hubungan melalui dua
Ahmad Badawi
( 2003 2008 ) aspek:
1. Bilateral Dengan sebuah Negara
sebagai contoh : Malaysia dan Iran
2. Multilateral Secara berkumpulan
seperti : Malaysia dan Negara
Negara lain melalui PBB, ASEAN
dan OIC.
7.1.2. Faktor Pembentukan Dasar Luar

Faktor Justifikasi
Persekitaran Kedudukan Malaysia yang strategik.
Kebanyakan perdagangan antara Timur
Geostatik
jauh dan Tengah melalui Selat Melaka.
Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
negara luar.
Memastikan wilayah ini bebas dan aman.
Struktur Politik Mempengaruhi pembentukan dasar luar
Negara Malaysia.
Mengamalkan konsep demokrasi.
Menyokong penuh kebebasan manusia
dan kemakmuran rakyat.
Demografi Mempunyai penduduk pelbagai kaum.
Mementingkan perpaduan dan
penghormatan hak asasi manusia.
Perjuangan menentang Dasar Aparthied.
Keselamatan Keselamatan negara menjadi agenda
Negara penting yang mempengaruhi dasar luar
Malaysia
Kedudukan Malaysia yang strategik perlu
diawasi daripada diceroboh oleh anasir
anasir tertentu seperti Komunis.
Faktor Sejarah Mempengaruhi amalan dasar luar
Malaysia. Contohnya hubungan Malaysia
dengan Indonesia, Brunei dan Singapura.
Negara-negara yang menganggotai
Komanwel merupakan negara bekas tanah
jajahan British.
Faktor Ekonomi Memerlukan barangan untuk keperluan
rakyat.
Ingin memasarkan barang Malaysia ke
negara luar.
Membolehkan pemindahan teknologi
daripada negara luar untuk memajukan
negara ini.
Rakan dagangan hanya di bentuk melalui
hubungan diplomatik.
Dasar luar amat perlu.
Undang undang Di pengaruhi oleh sistem perundangan
antarabangsa antarabangsa.
Menghormati prinsip yang di gariskan
dalam PBB.
Menetapkan undang undang tentang
diplomasi, menghormati keutuhan negara
lain.
Komunikasi dan mekanisme.
Mengambil bahagian yang aktif.
Usaha ke arah keamanan dunia
Faktor Globalisasi Malaysia merupakan sebahagian dari
rantau dan dunia yang luas.
Sesuatu yang berlaku di negara luar
mampu menggugat kesejahteraan baik
dari segi politik atau ekonomi.
Menangani isu-isu yang timbul.
Meminimumkan pendedahan

7.1.3. Penggubalan Dasar Luar Negara


Bagi Malaysia, amat penting agar usaha serta langkah yang
kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan
serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di
rantau Asia Tenggara terus berkekalan.
Menyedari bertapa pentingnya Negara terus maju dan
produktif, kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan
bercorak antarabangsa.
7.1.4. Objektif Dasar Luar Negara

Objektif Dasar Luar Negara


Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan
Malaysia di arena antarabangsa.
Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan
dan keselamatan Malaysia.
Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan
dalam hal ehwal dalaman negara lain.
Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi,
keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan
aspirasi Malaysia dalam semua bidang.
Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama
dengan negara negara lain.

7.1.5. Peranan Kementerian Luar Negeri


- Misi Kementerian Luar Negeri adalah menegakkan kedaulatan dan
keutuhan wilayah Malaysia :
o Melindungi kepentingan Malaysia
o Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada
pihak berkepentingan.
- Kementerian Luar Negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar
Malaysia dengan Negara Negara asing. Antara objektif yang
dipertanggungjawabkan :
o Hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara
Negara asing dan pertubuhan pertubuhan
antarabangsa.
o Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan
Negara Negara asing.
o Menjalankan aktviti aktiviti penerangan bagi mengunjur
imej Negara di luar negeri.
o Mengendalikan aktiviti aktiviti sokongan termasuk
perkhidmatan, pentadbiran am dan kewangan.
7.1.6. Keutamaan Dasar Luar Malaysia
Walaupun Malaysia mempunyai dasar luar yang mantap ini tidak
bermakna negara ini bebas membuat hubungan dengan semua
negara di dunia. Hal ini kerana Malaysia perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti faktor keselamatan dan juga faedah
Pembangunan ekonomi, sosial dan politik.

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


Asean di tubuhkan pada 8 Ogos 1967.Di cadangkan oleh Tungku
Abdul Rahman dan di persetujui oleh negara-negara seperti
Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Sehingga kini Asean
dianggotai oleh lebih 10 buah negara
Malaysia telah banyak mengadakan hubungan
perdagangan,kerjasama ekonomi,politik,sosial dan kebudayaan
serta pendidikan dan kesihatan.
Aspek keselamatan,Asean telah bersetuju menjadi kan rantau ini
sebagai rantau yang bebas dari persaingan kuasa besar. Dengan
itu muncullah konsep Zon Aman. Bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
di semua negara anggota Asean
Negara-negara Asean telah menubuhkan beberapa jawatankuasa
tetap untuk merunding usaha ke arah Pembangunan ekonomi dan
sosial. Sebagai contoh Jawatankuasa perdagangan dan
pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, kebudayaan,
penerangan dan sebagainya
Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan merangkumi
aspek kebudayaan dan kesenian,sukan serta telekomunikasi
contohnya seperti sukan Sea, pesta filem Asean dan sebagainya.
Bidang pelancongan pula,semua negara anggota Asean
menyokong program tahun melawat Asean pada tahun 1996
Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi
kepakaran untuk di pelajari oleh penuntut - penuntut dari negara
anggota. Untuk mencapai hasrat ini,Asean telah menubuhkan
persidangan menteri-menteri pelajaran Asean (SEAMEO).dan
perlaksanaannya telah diagih kepada beberapa buah negara
Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di
pulau pinang RELC untuk melatih pegawai-pegawai meningkatkan
prestasi penguasaan Bahasa Inggeris
Negara-negara anggota juga turut bekerjasama dalam bidang
penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi,hepatitis dan
coxsakie B
Aspek integrasi ekonomi Asean bangga apabila berjaya
menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan di
laksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007 iaitu
Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei
manakala empat negara anggota iaitu Laos,Kemboja,Myanmar
dan Vietnam akan di laksanakan pada 2012

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

OIC ialah singkatan kepada Organisation of Islamic Conference


atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC di
anggotai oleh 57 buah negara islam daripada tiga rantau terbesar
OIC bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk negara-
negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah.
OIC di tubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.
Malaysia diberi penghormatan apabila Tungku Abd Rahman di
lantik menjadi setiausaha Agong OIC yang pertama.
OIC terletak di Jeddah Arab saudi. Pertubuhan ini bermatlamat
mewujudkan kerjasama antara semua negara islam dalam
pelbagai bidang seperti sosial,ekonomi,sains dan
teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk
meninggikan syiar islam
OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang
menindas umat islam seluruh dunia.
OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan
mengenai hukum hakam yang di hadapi oleh umat islam sejagat
Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan
OIC. Seperti penubuhan bank pembangunan islam atau
menangani masalah yang di hadapi oleh negara negara islam.
Antaranya adalah mengkritik campur tangan Rusia di
Afghanistan,menyokong perjuangan rakyat Palestin,mengutus
dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan
membangunkan ekonomi serta sosial negara Africa dengan
membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan
OIC telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC
seperti Petronas di Iran
Bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara negara islam
Malaysia telah menganjurkan musabaqah Al-Quran pada tiap-tiap
tahun
Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak
persidangan dan mesyuarat yang penting,Contohnya,sesi luar
biasa menteri - menteri negara islam mengenai keganasan(1-
3April 2002),mesyuarat sierre Leone(13-14 Jun 2002),mesyuarat
susulan peringkat pegawai kanan mengenai pelancongan (5-7
September 2003),sidang ke-27 menteri - menteri luar OIC(27 Jun
2000),sidang kemuncak ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan
bahagian mesyuarat lain pada peringkat menteri dan juga
pegawai-pegawai kanan dan jawatan kuasa di bawah naungan
OIC. Malaysia juga di beri tanggungjawab mengetuai delegasi OIC
peringkat Menteri selaras dengan mesyuarat khas untuk bertemu
ahli-ahli kuartet (EU, Rusia, Amerika syarikat dan setiausaha
Agong PBB) bagi menggesa kuartet mengambil langkah segera
menyelesaikan konflik Israil Palestin
Kerajaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika
Syarikat(AS) dan Britain mengiktiraf peranan pertubuhan
persidangan Islam OIC dalam mengembalikan keamanan dan
kestabilan di Iraq dan Palestin

Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8)

D-8 di tubuhkan pada 1997 dan di anggotai oleh negara


Bangladesh,Mesir,Indonesia,Iran,Malaysia,Nigeria,Pakistan dan
Turki.Perjanjian perdagangan keutamaan (PTA) menjadi kunci
utama bagi mencapai sasaran dan tindakan setiap negara
anggota dalam meratifikasikan perjanjian tersebut boleh
melenyapkan pelbagai halangan dalam bidang perdagangan
Pada sidang kemuncak kelapan ini,dua dokumen penting
dimeterai iaitu visi global (2012-2030) dan piagam D-8 yang
antara lain bertujuan membolehkan gagasan itu mencapai
pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan,menjadi sebuah
kumpulan ekonomi dinamik dan mewujudkan kerangka kerja
kerjasama ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti untuk
mengubah kualiti kehidupan rakyat
bi Penglibatan Malaysia
l
1 Sejak tahun 1981,Malaysia telah dua kali
mengambil tempat di majlis keselamatan (MK)
PBB,iaitu pada tahun 1988-1989 dan 1999-
2000.Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali
ismail,wakil tetap Malaysia ke PBB,di lantik sebagai
Presiden Perhimpunan Agung PBB sesi ke-51.
2 Memimpin negara-negara kumpulan 77 yang
ditugaskan untuk membincangkan isu-isu
pembangunan dunia..Malaysia juga telah dipilih
menjadi pemimpin ICDATT,iaitu agensi
antarabangsa yang di tugaskan untuk membanteras
penyalahgunaan dadah.
3 Malaysia juga turut terlibat dalam melaksanakan
dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman
ke Congo(1961),Somalia (1995),bosnia (1996) dan
sempadan Iraq-Iraq .
4 Pada 20-25 februari 2003,Malaysia menjadi tuan
rumah kepada siding kemuncak pergerakan Negara-
negara berkecuali (NAM) pemilihan Malaysia
sebagai tuan rumah siding kemuncak NAM di capai
sewaktu mesyuarat peringkat menteri bagi biro
penyelaras NAM di Durban,afrika selatan pada 28
april 2002.
5 Malayasia juga telah menjadi tuan rumah kepada
banyak persidangan dan mesyuarat yang
penting.Anataranya adalah sesi luar biasa menteri-
menteri luar negara islam mengenai keganasan(1-3
April 2003),mesyuarat kumpulan sierra leone(13-14
Jun 2002) mesyuarat susulan peringkat pegawai
kanan mengenai perlancongan(5-7 September
2003),sidang ke-27 menteri-menteri luar OIC(27 jun
2000),sidang kemuncak ke-10 OIC (16-18 oktober
2003),dan pelbagai mesyuarat lain di peringkat
menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan
jawatankuasa di bawah naungan OIC.
6 Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat khas
peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah
pada bulan April 2004 untuk membincangkan
masalah di palestin dan iraq
7 Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai
KERJASAMA SELATAN-SELATAN (KSS)

KSS di tubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan


ekonomi negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan
dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,Jepun dan
Britain.Malaysia mencadangkan agar di tubuhkan kerjasama
selatan-selatan.Antaranya resolusi yang di kemukakan bagi
penubuhan KSS ialah:
a) Memperbaik keadaan ekonomi negara membangun.
b) Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang di
sebabkan tekanan negara maju.
c) Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun
d) Menubuhkan suruhanjaya selatan-selatan untuk mengemukakan
syor untuk mengelakkan tekanan negara maju.

Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)

EAEC dikenali sebagai kumpulan Ekonomi Asia Timur.Kedudukan


pertubuhan ini semakin jelas,khususnya dalam keadaan suasana
ekonomi dunia yang tidak menentu akibat tercetusnya peristiwa
serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia(WTC),New
york pada september 2001.
Penubuhan EAEC boleh mengurangkan kesan negative daripada
keadaan ekonomi yang tidak menentu di Amerika Syarikat.hal ini
kerana,melalui penubuhan EAEC,rantau asia timur tidak akan
terlalu bergantung pada perdagangan Amerika Syarikat.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS JAJAHAN BRITISH


(KOMANWEL)

pertubuhan ini di anggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan


british,termasuk Malaysia.
penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
matlamat utama penubuhan KOMANWEL adalah untuk
mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan
ekonomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang
baik.
-sejak menjadi Ahli KOMANWEL pada tahun 1957,Malaysia telah
mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan
antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu Apartheid
di Africa Selatan.
Dalam persidangan ketua-ketua KOMANWEL (CHOGM)di
Bahamas(1985)dan di Vancouver(1987),Malaysia telah
menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih
agresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan
dunia,Penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apertheid.
ekoran suara lantang malaysia ini lah,Malaysia telah di pilih untuk
menjadi tuan rumah persidangan CHOGM pada tahun 1989.
Dalam persidangan ini selain membincangkan isu
Apertheid,kemerdekaan Namibia,Masalah Dadah,kebuluran dan
kemiskinan di Africa,konflik asia barat,konflik Afghanistan dan
Kompuchea.terdapat satu isu yang telah menarik pandangan
negara dunia,iaitu tentang isu alam sekitar.
Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,ketua-ketua
negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan tau
tindakan seperti yang berikut:
a) Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam
sekitar.
b) Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju
dan sedang membangun.
c) Pengurangan pencemaran laut.
d) Mengatasi masalah penipisan ozon.
Melaui komanwel,Malaysia telah mendapat beberapa
faedah,seperti kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan
sains, dan teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan
sebagainya.
Dalam bidang pertahanan,misalnya Malaysia mendapat bantuan
ketenteraan khususnya untuk peringkat untuk peringkat 10 tahun
selepas kemerdekaan.Selain itu,Malaysia juga telah mengadakan
latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara
Komanwel.
Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju
dalam komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan
Am (GSP) bagi barangan Malaysia.Dengan adanya skim ini,cukai
bagi barangan Malaysia boleh direndahkan dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan pesaingan barangan Malaysia
dengan barangan negara lain dipasaran luar.
Melalui Rancangan Colombo,Malaysia mendapat khidmat nasihat
mengenai pendidikan,pertanian,teknikal,kesihatan dan
sebagainya.Contohnya dalam bidang pendidikan,negara anggota
komanwel telah memberikan nasihat dalam penubuhan Maktab-
Maktab perguruan,A-Level,HSC.Dalam bidang social
pula,perpaduan negara-negara Komanwel telah di salurkan melalui
aktiviti sukan.,iaitu sukan Komanwel yang mana Malaysia telah
menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

PERTUBUHAN NEGARA NEGARA BERKECUALI(NAM)

NAM atau singkatan bahasa inggerisnya,the non-ALIGNED


movement,yang juga di kenali sebagai pergerakan negara2
berkecuali
Diasaskan pada 1961 bersempana sidang kemuncak NAM yang
pertama di Belgrade,Yugoslavia.
Asas penubuhan tersebut adalah tindak balas kepada perlumbaan
sejata oleh dua kuasa besar,Iaitu Amerika syarikat dan Soviet
Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.
Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969.
Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak
berpihak kepda blok barak atau timur.
NAM berpegang pada prinsip menghormati Kemerdekaan,Keutuhan
dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak
campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
Berdasar kepada pengistiaran havana yg di buat pada tahun
1979,NAM berperanan memastikan
kedaulatan,kemerdekaan,intergriti dan keselamatan negara2
berkecuali dalam memerangi imperialisme,kolonisme,neo-
kolonisme,perkauman,pemisahan bangsa dan pencerobohan dari
bangsa asing,pekerjaan dan diominasi terhadap kuasa serta
kumpulan politik
Tujuan penubuhan NAM Seperti berikut :

(a)Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara


anggota.

(b)menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian


berhubung isu isu semasa.

(c)mengelakkan negara negara kecil terlibat dalam peperangan


ideologi.

(d)memperjuangkan hak dan kepentingan negara negara


sedang membangun

(f)Mengubah perjuangan NAM dalam permuafakatan dalam


kalangan anggota NAM melalui rundingan

(g)meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di


mata dunia

Malaysia telah di beri penghormatan apabila telah di lantik menjadi


Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun
1989.Dalam persidangan ini,malaysia telah di lantik menganggotai
kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang di
tugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
kerjasama politik dan ekonomi negara-negara anggota NAM.Pada
bulan Februari 2003,Malaysia di beri penghormatan menjadi tuan
rumah persidangan.
Sehingga kini terdapat sejumlah 114 negara yang mengaggotai
NAM yang selain dari Malaysia antaranya adalah
Afghanistan,Bangladesh,Brunei
Darussalam,Palestin,Madagascar,Sri
Langka,Singapura,Vietnam,Venezuela,Timour
Leste,Somalia,Thailand dan lain-lain lagi

Komuniti Ekonomi Asean (AEC)

Pelaksanaan AEC membolehkan aliran barangan, perkhidmatan,


pelaburan serta modal menjadi lebih bebas, seterusnya mengubah
rantau ini menjadi pusat pelaburan yang menarik dengan
pembentukan satu pasaran dan pusat pengeluaran tunggal yang
besar.
Masalah keselamatan juga perlu dibincangkan dengan mendalam
memandangkan negara-negara Asia Timur tidak mempunyai
perjanjian menyeluruh dalam bidang ketenteraan, tidak seperti EU
yang kebanyakannya merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian
Atlantik Utara (NATO). Kerjasama yang minimal dalam ketenteraan
mungkin menyukarkan integrase negara-negara anggota Asia
Timur.
Persamaan ciri-ciri EAC dan EU termasuklah:
a) EAC dan EU terdiri daripada negara-negara seragam serta
mempunyai pelbagai tahap keupayaan dari segi ketenteraan
dan ekonomi.
b) EAC dan EU terdiri daripada negara-negara kecil dan padat.
c) ASEAN yang merupakan tulang belakang kepada penubuhan
serantau yang dihormati serta pandangan diambil perhatian
seperti EU yang telah berusia lebih 50 tahun.
d) Negara-negara anggota EAC merasakan perlu untuk
mengintegrasikan antara satu sama lain untuk melindungi
kepentingan rantau Asia Timur berikutan pelaksanaan rejim
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) seperti yang
dirasakan oleh EU.
e) EAC mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah
kumpulan serantau yang aman, makmur dan maju untuk
pembangunan semua penduduk di rantau ini.
7.1.7. Isu isu dalam Hubungan Antarabangsa
Globalisasi
o Malaysia Perlu berhadapan dengan fenomena globalisasi,
iaitu dunia tanpa sempadan yang wujud akibat kemajuan
teknologi komunikasi dan kemudahan perhubungan.
o Globalisasi yang lebih adil dan seimbang yang
memberikan manfaat kepada semua warga dunia, baik
Negara kaya mahupun Negara miskin.
Masalah Keganasan
o Dunia harus sensitif dan memberikan perhatian kepada
ketidakadilan dan penindasan yang berlaku. Keganasan
tidak mungkin dihapuskan dengan hanya membunuh
pengganas.
o Bagi yang ekstrem di dunia Islam, salah satu dorongan
utama untuk mengganas adalah sebagai respons kepada
tindak tanduk Israel ( yang disokong AS ) menyerang
rakyat Palestin.
Pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan Sekutunya ke atas Iraq
o Malaysia menentang pencerobohan AS berpandukan
undang undang antarabangsa dan piagam PBB.
o Pencerobohan ke atas Iraq telah membawa beberapa
kesan penting terhadap masyarakat antarabangsa dan
mewujudkan dunia unipolar yang didukung oleh AS.
Malaysia telah menyuarakan pendirian tegas dan
memainkan peranan pada peringkat antarabangsa
khususnya sebagai pengerusi NAM.
o Pencerobohan ke atas Iraq oleh AS dan sekutunya telah
menyebabkan perpecahan antara anggota masyarakat
antarabangsa.
o Perkembangan ini boleh membawa kepada
ketidakstabilan sistem antarabangsa dan kesan buruk
kepada Negara Negara kecil.
Konflik di Asia Barat dan di Beberapa Negara

Konflik Penjelasan
Palestin Israel Konflik ini seolah tiada penghujungnya.
Israel merupakan Negara yang tidak
diiktiraf dunia tetapi Palestin menjadi
mangsa dalam percaturan Israel
menubuhkan negeri sendiri.
Syria Berlaku akibat perang saudara sehingga
mengorbankan rakyat yang tidak
berdosa.
Afghanistan Konflik yang berterusan antara
pemerintah dan kumpulan Taliban.
Korea Selatan Masing masing Negara ingin
Korea Utara menunjukkan kekuatan melancarkan
peluru berpandu.
Rohingya Masyarakat Rohingya yang beragama
Islam menjadi mangsa kepada
pembersihan etnik oleh kerajaan tentera
Myanmar.
Iraq Konflik timbul akibat perbalahan antara
sesama Islam yang mempunyai mazhab
yang berbeza.
Iraq Iran Konflik juga timbul akibat persengketaan
antara puak atau etnik yang berbeza.

7.2. Pembangunan dan Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan tempat tinggal kehidupan bagi manusia
dan haiwan.
Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam
menentukan keseimbangan alam sekitar.
Pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar
menjadi mangsa.
Kesan akibat perbuatan manusia bencana alam seperti tsunami,
kemarau dan sebagainya.
Lebih 40% daripada muka bumi ini yang diliputi oleh hutan telah
dimusnahkan atau musnah oleh kegiatan manusia.
Paras laut yang semakin meningkat ekoran berlakunya pencairan
ais yang telah terkawal.
7.2.1. Jenis jenis Pencemaran
Pencemaran Air
Permukaan air meliputi 97%
daripada bekalan air.
Manakala baki 3% adalah air
bawah tanah. Sungai Punca utama kepada
menyumbangkan lebih berlakunya pencemaran air :
daripada 90% bekalan air
mentah. Air bawah tanah Pembangunan sampah
mula diterokai sejak 70 tahun yang tidak teratur.
yang lalu. Pembangunan Najis.
tanpa kawalan menyebabkan Sisa perkilangan.
sumber air di Malaysia telah Bahan kimia.
tercemar. Pencemaran air Tumpahan minyak
berlaku apabila sifat air
berubah dan memberi kesan
negatif kepada manusia dan
alam sekitar.

Pencemaran air akan Jabatan Alam Sekitar ( JAS )


memberi kesan kepada telah memantau kualiti air
kehidupan manusia kerana sungai serta mengenal pasti
manusia menggunakan air sumber sumber
untuk minum, memasak, pencemaran.
membasuh dan lain lain
lagi. Hakisan tanah dan
Indeks kualiti Air ( IKA ) mendapan adalah punca
digunakan untuk menentukan kepada kehadiran Pepejal
status air sungai yang Terampai (SS) di dalam
diklasifikasikan kepada 3 lembangan sungai.
kategori, iaitu Bersih (B),
Sederhana Tercemar (ST) dan
Tercemar (T). Pengelasan sungai
Logam berat dan molekul yang
juga dilaksanakan setiap tahun
tinggi seperti Kuprum, Zink,
berdasarkan IKA dan Interim
Kalium, Nikel, Plumbum,
Standard Kualiti Air Kebangsaan
Arsenik dan Raksa yang
(INWQS) iaitu kelas I, II, III, IV
digunakan dalam industri
dan V. Enam parameter iaitu
untuk menghasilkan
Keperluan Oksigen Biokimia
pengeluaran merupakan
(BODs), Keperluan Oksigen
penyumbang utama pencemar
Kimia (COD), Ammoniakal
logam berat di lembangan
Nitrogen (NH3-N), Pepejal
sungai di Malaysia.
Terampai (SS), nilai pH dan
Oksigen Terlarut (DO) digunakan
dalam pengiraan IKA. Lebih 90% bekalan air di
Malaysia berpunca daripada
sungai.
Pencemaran Udara

Berlakunya pembebasan atau


penyebaran bahan kimia ke Jenis jenis bahan
atmosfera sehingga pencemar yang biasa
menyebabkan berlakunya terdapat di ruang angkasa
perubahan yang tidak baik ke negara Malaysia.
atas kehidupan manusia dan
haiwan.
Menyebabkan hujan asid
Berlakunya penipisan lapisan dan berlakunya pemanasan
ozon yang bertindak melindungi global.
bumi daripada sinaran cahaya
matahari.
Industri penternakan ialah
penyumbang gas rumah
Disebabkan oleh pencairan kaca, iaitu sebanyak 18%
lapisan ais di kutub utara. dan kesan yang paling nyata
Permukaan air laut dianggarkan dapat dilihat adalah dengan
akan naik antara 0.8 m hingga kenaikan paras laut.
1.5 m pada abad yang akan
datang.

Pemanasan global
Perubahan iklim yang berlaku sesungguhnya dapat
adalah disebabkan oleh aktiviti memberi kesan kepada taraf
manusia seperti perindustrian, kesihatan penduduk dunia.
perhutanan dan sebagainya. Kesannya, boleh dirasai oleh
semua negara sama ada
negara maju, membangun,
mundur dan miskin.
Menyebabkan penglihatan
Jabatan Alam Sekitar ( JAS
manusia terjejas disebabkan
) menjalankan program
oleh asap dan jerebu.
pengawasan kualiti udara
di seluruh negara.

Gangguan Radang
sistem mata Data berhubung dengan
pernafasan indeks pencemaran udara
( IPU ) dilakukan JAS
partikul Gangguan setiap masa.
at kepala
hidung
Pencemaran Bunyi
o Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh pertambahan
kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan.
Pencemaran Darat / Tanah
o Berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu
bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran
warna, hakisan dan kesuburan.

7.2.2. Langkah langka Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia


Malaysia menubuhkan Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) yang
terletak di bawah di bawah kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
Dasar alam sekitar telah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia
sebagai negara yang bersih, selamat dan sihat.
JAS juga berperanan mengadakan kempen kempen
kesedaran mengenai pencemaran di seluruh Malaysia.
Mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan
peraturan bersampingan.
Aktiviti perindustrian dikehendaki mendapatkan kelulusan
daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar sebelum
melaksanakan projek.
Aktiviti aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti
Alam Sekeliling, yang memerlukan penilaian EIA sebelum
kelulusan projek adalah seperti yang berikut:
a) Pertanian
b) Perhutanan
c) Perikanan
d) Perumahan
e) Perindustrian
f) Pengangkutan
g) Petroleum
h) Pelabuhan
Melaksanakan dasar kebangsaan mengenai alam sekitar.
Melaksanakan agenda baharu iaitu Matlamat Pembangunan
Kelestarian ( SPG ).
Memfokuskan langkah memastikan kelestarian alam sekitar
dan pertubuhan ekonomi.
SPG memfokus kepada langkah membendung perubahan iklim
yang boleh memberi impak kepada manusia.

7.3. Pembangunan Insan


Memperkasa insan sebagai seorang individu dan anggota dalam
masyarakat atau komuniti.
Modal insan merupakan aspek penting selain wang,industri,tanah
serta infrastruktur yang lain.
Diuar-uarkan secara menyeluruh khususnya semasa Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri.
Memetik kata-kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi ketika sambutan kemerdekaan tahun 2005 beliau menyatakan

"Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi


ilmu pengetahuan yang secukupnya , kita mahu mendidik
mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia , mempunyai
hemah yang tinggi , berjiwa besar , cintakan negara dan
mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.
Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini,
rakyat yang bersemangat , bersedia bekerja dengan kuat ,
bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang
mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi."

7.3.1. Definisi Modal Insan


Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal
yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta
kesedaran budaya tinggi.
Menurut YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak,
pembangunan modal insan :
o Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan
inovasi negara.
o Memupuk minda kelas pertama di samping penekanan
akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya
dan memiliki kekuatan moral.
7.3.2. Kepentingan Modal Insan
M
b
m
k
d
u
t
g
e
n
r p
ljW
a P
iy
w
s-
0
2
7.3.3. Teras Pembangunan Modal Insan
Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama
rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan
negara.

Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah


luar bandar dengan bandar termasuk mempertingkatkan kualiti
pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru
berpengalaman di sekolah luar bandar

Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan


pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan
pasaran

Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan


latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua
peringkat

Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai


pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta
memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan

Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat


yang mempunyai perpekstif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem
nilai - nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan

Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan


antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam
pembangunan modal insan

7.3.4. Tindakan tindakan Pembangunan Modal Insan

Bidang Tindakan
Menubuhkan Institut Integriti bertujuan
membina upaya modal insan untuk
membanteras rasuah.
Perkhidma
Menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara
tan
Kerajaan (PEMUDAH) bagi meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian oleh jentera
kerajaan.
Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan
Pelajaran, 2006 2010 yang telah dirangka
untuk melaksanakan dan merealisasikan satu
sistem Pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia.
Pendidika
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang
n
menetapkan matlamat untuk meningkatkan
kualiti pelajar, keupayaan pensyarah,
infrastruktur Institusi Pengajian Tinggi dan
membina rangkaian dengan institusi institusi
pendidikan tinggi ternama dunia.
Melancarkan Iskandar Malaysia ( dahulunya
wilayah Pembangunan Iskandar )
Mewujudkan wilayah Ekonomi koridor Utara /
Ekonomi
Northern Corridor Economic Region ( NCER )
Melaksanakan Program Transformasi Syarikat
syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC )
Membangunkan Knowledge Workers
Development Institute bagi memastikan
bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati
permintaan industri ICT.
Sains dan
Program Pembangunan Modal Insan atau
Teknologi
Human Capital Development ( HCD ) dalam
bidang sains, teknologi dan inovasi bertujuan
menambah bilangan dan meningkatkan
kemahiran penyelidik.
Sosial Memperkenalkan Program Latihan Khidmat
Negara yang bertujuan membangunkan warga
muda bertujuan membangunkan warga muda
berdisiplin, berdaya tahan, berdaya kepimpinan
dan bersifat prihatin.
Program memperkasa tenaga muda bertujuan
membangun Belia 3K, iaitu belia yang
menguasai kemahiran, kepimpinan dan
keusahawanan.
Melaksanakan program Tanggungjawab Sosial
Korporat ( CSR ) di mana badan badan
korporat membantu golongan kurang upaya dan
yang memerlukan agar semua lapisan rakyat
dapat menikmati taraf hidup berkualiti.
Melahirkan barisan pemimpin yang
Politik berketerampilan, dikagumi, dihormati dan
dipercayai.
Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang
Kerohania bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan
n umat seimbang atau apa yang disebut sebagai
ummatan wasatan.

7.3.5. Memperkasa Pembangunan Modal Insan


Kerajaan merencanakan agar aspek pendidikan diberi
penekanan yang lebih.
Beberapa langkah telah dijalankan antarabangsa adalah;
pemeriksaan modal insan
a) Memperkasa Sekolah Rendah dan Menengah
b) Pendidikan Untuk Semua
c) Memartabatkan Profesion Perguruan
d) Memantapkan Pengajian Tinggi

Memperkasa Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia


Rendah dan Menengah ( KPM ) telah menyediakan
peruntukan yang besar untuk
pembangunan pendidikan.
RM30 bilion telah diperuntukkan
melalui pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).
Memartabatkan profesion
perguruan dan merapatkan jurang
pendidikan antara bandar dan luar
bandar.
60 buah sekolah kluster telah
diwujudkan pada tahun 2008.
RM500 ribu diberikan kepada
setiap sekolah kluster bagi
membangunkan kegiatan
kokurikulum, latihan serta
pembelian peralatan
pembelajaran.
Setiap orang perlu mendapat hak
ini sekurang sekurangnya sekali
seumur hidup.
Tanggungjawab kerajaan sesebuah
Pendidikan Untuk Semua negara untuk menyediakan
kemudahan pendidikan kepada
rakyat.
Memansuhkan yuran di sekolah
rendah dan menengah.
Memartabatkan Peranan guru amat besar dalam
Profesion Guru mendidik anak bangsa.
Tanpa guru siapalah kita, tidak
kiralah seseorang itu jurutera, ahli
ekonomi dan sebagainya.
Langkah memartabatkan profesion
peguruan:
I. Meningkatkan elaun guru
pendidikan khas. ( RM100
kepada RM250 sebulan )
II. Menaikkan elaun guru ganti
berkelulusan ijazah. ( RM85
kepada RM150 sehari )
III. Sediakan elaun sebanyak
RM60 sejam bagi lepasan
ijazah.
IV. RM50 sejam lepasan diploma
kepada guru yang mengajar
bahasa cina dan tamil di
sekolah kebangsaan.
Menyediakan Pendidikan Tinggi
kepada anak anak tempatan
malahan juga kepada pelajar
pelajar dari luar negara.
Pada 27 Ogos 2008, Pelan
Strategik Pengajian Tinggi telah
dilancarkan.
R12 bilion diperuntukkan bagi
melaksanakan pelbagai projek dan
program.
Antara program:
Memantapkan Pengajian I. Tingkatkan aktiviti

Tinggi penyelidikan dan


pembangunan.
II. Menaik taraf serta
memperluas Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti
Darul Iman dan Universiti
Pertahanan.
III. Meningkatkan peruntukan
kepada Universiti Teknologi
Mara bagi mencapai sasaran
200,000 mahasiswa menjelang
tahun 2010.

7.3.6. Komponen komponen Utama Pembangunan Modal Insan

Semua pihak perlu berganding bahu bagi merealisasikan impian


sejagat untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.
Antara komponen :
Ibu bapa
Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
Institusi Pendidikan
o Sekolah
o Universiti
7.3.7. Membentuk Modal Insan Cemerlang
o Modal insan yang cemerlang bermaksud cemerlang dari semua
aspek mental fizikal. Dalam hal ini pembentukan modal insan
cemerlang bermula dari bangku sekolah hinggalah peringkat
Universiti. Perlu di tekankan bahawa yang memerlukan jatuh
bangun sesebuah tamadun itu adalah terletak pada modal insan
yang di miliki. Jika cemerlang modal insannya maka cemerlanglah
negara itu di mata dunia dan sebaliknya. Apakah yang perlu ada
dalam usaha membangunkan modal insan cemerlang tersebut:
Ada nilai tambah
Pada hari ini, kebolehan seseorang itu bukan sahaja di ukur
pada tahap pendidikan yang di miliki mereka malahan
lebih daripada itu. Maksudnya, seseorang itu perlu ada
nilai tambah pada dirinya selain segulung ijazah.
Dalam pembangunan modal insan pada hari ini,kerajaan
sangat menekankan nilai tambah dalam diri seseorang
individu tanpa nilai tambah tersebut seseorang itu akan
sukar untuk memasarkan dirinya dalam pasaran pekerjaan
yang penuh persaingan. Selain itu, negara tidak mahu
modal insan yang ada pada hari ini bersikap jumud sebagai
mana kata-kata bekas perdana menteri Malaysia Tun
Abdullah Haji Ahmad badawi :

" Kerana manusia (seharusnya) sentiasa


meningkatkan kemajuan diri dan ini dikatakan
pembangunan modal insan, pembangunan minda
kelas pertama. Jika tidak bangsa kita tidak akan jadi
maju. Jadikanlah tambah nilai ini sebagai satu budaya
kita,tambah nilai pada diri,tambah nilai kepada hasil
kerja,tambah nilai kepada barang-barang yang di
hasilkan dan saya percaya kita akan menjadi lebih
maju lagi pada masa hadapan"

o Kuat pegangan agama


Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan
seseorang manusia. Tanpa agama, hidup seseorang itu
umpama tiada kemudi atau haluan hidup. Agama juga
berperanan mendidik manusia agar menjadi umat yang
baik, patuh kepada agama, ibu bapa dan menghormati
orang di sekelilingnya.
Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mempunyai
pegangan agama yang kukuh kerana agama akan
menghalangnya dari melakukan kemungkaran dan
kemusnahan sama ada terhadap manusia atau alam
sekitar. Modal insan cemerlang sebenarnya mempunyai
pegangan agama yang kukuh dan tidak mudah di
ganggu gugat oleh pihak pihak tertentu. Ia juga
menjadikan seseorang itu tahu siapa dirinya? Mengapa ia
dilahirkan? Apakah peranannya di dunia ini? Orang yang
mengetahui hakikatnya mengapakah dirinya di ciptakan
akan sentiasa mengatur hidupnya dengan baik dan
patuh terhadap suruhan agamanya
o Berusaha sendiri
Untuk menjadi masyarakat yang maju kita tidak boleh
berpeluk tubuh dan menongkat dagu sambil menunggu
'buah yang tidak gugur'. Hal ini kerana sikap sebegini
tidak ada pada kamus tamadun bangsa yang maju.
Untuk mencapai kemajuan, seseorang itu tidak boleh
mengharapkan bantuan orang lain semata mata.
Mereka juga perlu berusaha sendiri kerana bantuan yang
diberikan adalah sementara sahaja.
Justeru modal insan yang masih lagi di bangku sekolah
atau pusat pengajian perlu di berikan panduan untuk
hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan
semata-mata bagi menentukan hidup mereka selepas
tamat belajar nanti.
o Kasih sayang
Manusia yang di ciptakan oleh Allah sememangnya
sentiasa berkasih sayang. Tanpa kasih sayang hidup
manusia tidak bermakna kerana kasih sayang lah
pengerat hubungan antara manusia. Namun, jika di
perhatikan dengan berkembangnya teknologi maklumat
dan tersebar nya elemen-elemen negatif dan luar, hal ini
menyebabkan masyarakat di negara ini juga turut
menerima tempiasnya. Nilai kasih sayang seakan pudar
dalam jiwa masyarakat pada hari ini, penderaan sering
berlaku tidak kira terhadap orang tua ataupun kanak
kanak.
Fenomena seperti ini sebenarnya sudah cukup
menunjukkan kepada kita bahawa nilai kasih sayang
semakin pudar dalam kalangan sebahagian masyarakat
hari ini. Pembentukan modal insan yang cemerlang
adalah dengan kasih sayang kerana tanpa kasih dalam
diri generasi muda hari ini sebenarnya memberikan
kesan kepada Pembangunan negara pada masa akan
datang.
o Semangat patriotisme yang kuat
Semangat patriotisme atau semangat kebangsaan perlu
di pupuk dalam kalangan masyarakat hari ini. Semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia pada
masa kini secara am nya boleh di lihat pada masa-masa
tertentu sahaja. Contohnya semasa negara menyambut
hari kemerdekaan.
Dalam hal ini,modal insan yang masih mentah,
khususnya generasi baru perlu mempunyai semangat
patriotisme dalam diri mereka agar pembangunan
negara pada masa akan datang tidak mudah di ganggu
gugat oleh anasir-anasir luar yang cuba campur tangan
dalam hal ehwal negara ini. Jika masyarakat dahulu
berjuang untuk mempertahankan tanah air, generasi
baru pula harus berjuang memastikan negara tidak di
jajah dari segi ekonomi,politik dan sosial.
o Memahami masyarakat majmuk
Kemajmukan masyarakat Malaysia menyebabkan mereka
mempunyai pelbagai agama, etnik, kepercayaan dan
cara hidup.
Contoh persamaan adalah seperti hak hak mereka
sebagai warganegara dan rakyat Malaysia. Manakala
perbezaan pula mengajak setiap kaum agar
menghormati perbezaan antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai