Anda di halaman 1dari 9

DIPLOMA IN MANAGMENT

MAY / 2022

MPU2363

PENGAJIAN MELAYSIA

NO. MATRIKULASI : 011208021286001

NO. KAD PENGENALAN : 011208021286

NO. TELEFON : 01126722808


E-MEL : diyaanjan1208@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : ALOR SETAR LEARNING CENTRE


1
Pengenalan
Dasar Luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh
dibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga
keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau
diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan
kedaulatannya. Serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih
diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara
kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau berkerjasama
dengan lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asa negara yang
berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah
menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatan. Negar-negara
yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan
negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang
diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita
mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di
samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan
masyarakat tersebut.

1
TUGASAN 1

1. Dasar luar Malaysia sentiasa berubah dengan mengambil kira perubahan keadaan politik
semasa. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi ancaman komunis.
Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-Barat
yang antikomunis. Ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada
negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand.

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun Abdul
Razak ini adalah disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang
melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur.

Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi. Oleh itu, Dasar luar
Malaysia pada tahap pertama lebih bersifat pro-Barat kerana Malaysia merupakan pengeluar
utama bijih timah dan getah. Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain kerana
mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur
Britain merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia.

Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu,
Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk
meningkatkan nilai perdagangan negara kita. Beliau juga memperkenalkan Dasar Pandang ke
Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan
Malaysia. Dasar ini juga bertujuan menggalakkan pelaburan dari negara berkenaan ke
Malaysia.

Perubahan dasar luar Malaysia yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara membangun dan negara Islam. Hal ini
bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara

2
berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi
perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak.

(315 patah perkataan)

3
2. Dasar luar ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir . Tun Dr Mahathir Mohamad telah
dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun
Hussien Onn. Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan
negara membangun.

Ketika era Tun Dr. Mahathir, aspek politik Malaysia berkaitan dengan Dasar Luar dilihat
agak berjaya apabila telah berjaya menyertai banyak pertubuhan antarabangsa. Antara senarai
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia ialah komanwel, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan
Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Matlamat menubuhan komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan
negara anggota. Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang di kalangan negara anggota.

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun
dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. DPT menjadi salah
satu dari instrumen beliau dalam memacu perkembangan ekonomi Malaysia pasca
kemelesetan ekonomi dunia pada awal 1980an.

DPT bermaksud memandang ke negara-negara timur yang sudahpun maju atau meningkat
maju iaitu Jepun dan Korea Selatan dalam ertikata peminjaman teknologi serta mencontohi
etika kerja (Ahmad Atory Hussain, 1992) yang diamalkan oleh negara-negara tersebut. Fokus
DPT ialah displin dan kerajinan bekerja, kesetiaan kepada negara, keutamaan diberikan
kepada organisasi dan tidak kepada diri sendiri , daya pengeluaran dan kualiti yang tinggi,
peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan jurang antara eksekutif dengan pekerja biasa
dan sistem pengurusan yang menitikberatkan pencapaian serta kejayaan jangka panjang dan
tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan jangka pendek

Setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua- dua belah pihak. Tun Dr
Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dengan
negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fiji dan Tonga dalam usaha untuk mengeratkan
lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical
Cooperation Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara- negara Pasifik
Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat.
4
Dasar luar Malaysia periode Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dari tahun 2003-2005
disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri Kelima ini
meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping
memperhalus dan mengkonsolidasikan dasar luar sedia ada. Walaupun dasar luar yang
diamalkan masih sama namun metode yang digunakan bagi menyampaikan aspirasi nasional
negara di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian Dato’ Seri
Abdullah yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju utama
pemerintahan negara, tetapi Dato’ Seri Abdullah dalam menyatakan pendirian terhadap
sesuatu isu dasar luar telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan sikap yang pragmatik.

Jelas betapa besarnya pengaruh peribadi dalam melakar mencorak dan sekaligus mewarnai
dasar luar Malaysia. Selain daripada Perdana Menteri yang memimpin, peranan Timbalan
Perdana Menteri, Menteri Luar yang diklasifikasikan sebagai elit dalaman (inner circle),
menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Parlimen dan pegawai pegawai atasan kementerian luar
negeri yang merupakan elit luaran juga banyak memberikan kesan ke atas keputusan dasar
luar Malaysia.

(492 patah perkataan)


3. Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu mengumumkan empat prinsip utama dalam
Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu.

Menurut Perdana Menteri, beberapa isu penting yang di bawa dalam ucapannya pada Sesi
ke73 Perhimpunan Agung PBB tahun lepas turut menjadi perhatian dalam kerangka
berkenaan merangkumi prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan
undangundang.Malaysia meneruskan dasar asing yang bebas, berprinsip dan pragmatik,
berasaskan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan.

“Apa yang berubah adalah cara Malaysia mendekati isu-isu tertentu yang mempengaruhi
minat kita. Oleh itu, tema Rangka Kerja ini adalah 'Perubahan Kesinambungan'.Ini akan
menjadi hala tuju pelaksanaan dasar luar negeri kita,” kata Dr Mahathir selepas melancarkan
Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu di Putrajaya.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Datuk Marzuki
Yahya.

5
“Saya perlu menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan dasar
yang dirumuskan oleh kerajaan.

"Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Rangka Kerja ini adalah hasil kajian dan
penilaian menyeluruh dan komprehensif, termasuk perundingan dengan pelbagai pihak yang
berminat,” kata Dr Mahathir lagi,

Rangka Kerja itu juga, jelas beliau, mengambil kira prinsip-prinsip kardinal seperti ketelusan,
keterbukaan dan tadbir urus yang baik.

Malah Malaysia, jelasnya, amat prihatin pelanggaran multilateralisme seperti yang berlaku di
Kashmir dan Palestin.

Justeru, Malaysia akan mengemukakan protes secara terbuka.

(205 patah perkataan)


TUGASAN 2

1. Melalui kursus ini saya dapat mempelajari sesuatu yang berkaitan tentang Pengajian
Malaysia adalah satu kursus yang diperkenalkan bertujuan untuk memupuk penghayatan ke
arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Kursus ini juga dapat mendidik kelompok
masyarakat khususnya generasi muda yang mempunyai daya juang yang tinggi dan mampu
untuk mengahadapi cabaran di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan
tentang sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan dan perpaduan,
pembangunan negara dan isu-isu keperihatinan negara. Kursus ini juga telah menambahkan
kemahiran saya dalam belajar secara membaca modul, mengikuti forum serta menonton
video yang ada dalam myINSPIRE.

2. Saya merasa begitu teruja kerana banyak ilmu yang saya peroleh semasa mengikuti
kursus ini. Saya juga telah membaca beberapa artikel yang berkaitan dengan pengajian
Malaysia yang telah diterbitkan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya
memahami sejarah bangsa dan negara serta perkembangan masyarakat dari aspek
sosiobudaya, politik, dan ekonomi. Selain itu, Saya sebagai rakyat Malaysia
mempertingkatkan kesedaran, kepakaran dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha
mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menyumbang ke arah pembangunan
Negara. Sebagai anak negara Malaysia saya mula menghargai usaha dan sumbangan kearah
pembangunan Negara. Justeru, saya menghargai keperibadian bangsa dan berbangga menjadi
rakyat Malaysia.

6
3. Pendapat peribadi saya, Sebagai warganegara Malaysia cadangan saya untuk
melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang
unggul imperialisme keburukan kepada yang dijajah dalam aspek politik, sekonomi dan
sosial. Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis adalah untuk kepentingan ekonomi
negara mereka. Kita hendaklah berani, mempunyai semangat juang yang kental dan sanggup
berkorban dalam mempertahankan tanah air dari sebarang penjajahan asing. Sebagai anggota
masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental dan
keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara. Harapan saya agar
semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara dengan berusaha
mempertahankan.
(285 patah perkataan)
Tugasan 3

7
Rujukan

Ruslan Zainuddin, Mohd.Mahadee Ismail & Zaini Othman. (2007). Kenegaraan Malaysia.
Oxford Fajar: Kuala Lumpur. Mardiana & Hasnah. Pengajian Malaysia. (2001). Penerbit
Fajar Bakti: Kuala Lumpur. INTAN (2007). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut
Pentadbiran Awam Negara. Jayum A. Jawan (2002). Politics and Govement in Malaysia,
Shah Alam: Karisma Publication. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan (1997).
Kenegaraan Malaysia Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Mohamed Suffian
Hashim, Tun (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka. Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Perlembagaan
Persekutuan.
Kuala Lumpur: International Law Book Series.

Anda mungkin juga menyukai