Anda di halaman 1dari 7

SULIT SJHK3023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1 Tahun 1

PEPERIKSAAN BAWA PULANG (THE) : NOVEMBER 2020

KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

NAMA : NURIN ALYA ATIQAH BT ABD RAZAK

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 1 6 2 3 4 0 0 9 2
KAD PENGENALAN : 0 1 0 1 0 6 - 0 2 - 0 3 7 6

KOD KURSUS : SJHK3023


KURSUS : MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
MASA : 8 JAM
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan diemelkan pada calon pada

2. Calon dikehendaki memuat turun soalan dan menjawab soalan dalam tempoh 8 jam
( 9 pagi hingga 5 petang)
3. Buku soalan ini mengandungi Bahagian Esei ( 1 soalan)

4. Peperiksaan ini adalah sulit. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang dan
melakukan plagiat.

5. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12,
langkau 1.5 baris

6. Setipa helaian jawapan dilabelkan dengan angka giliran (bahagian kiri header) dan
kod kertas peperiksaan (bahagian kanan header)

7. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah/KUPP


melalui emel sebelum atau pada masa tamat

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJHK3023

8. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan salinan bercetak (hardcopy)
skrip jawapan sebagai (backup) sekiranya fail yang diemel rosak dan tidak dapat
dibuka.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJHK3023

BAHAGIAN ESEI
( 40 markah )

Jawab soalan.

1. Dasar Luar Negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang
dinamik. Oleh itu dalam beberapa tahun ini dasar luar negara kita berkembang
dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi
global yang sentiasa berubah (Zulhilmi, 2003)

Berdasarkan petikan tersebut,Kemukakan faktor-faktor yang menjadi penentuan


dasar luar negara, serterusnya banding bezakan secara kritis penentuan dasar luar
negara ketika era di zaman Tunku Abdul Rahman dengan zaman Tun Hussein Onn

Catatan:
 Jawapan anda perlu disediakan dalam 1200 patah perkataan
 Bukti sokongan seperti carta, abstrak artikel, jurnal boleh dilampirkan
 Rujukan tidak diambil kira sebagai bilangan perkataan
 Rujukan perlu mengikut format APA
[ 40 markah]

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3023

Jawapan:

Antara faktor-faktor yang menjadi penentu dasar luar negara ialah faktor sejarah. Sebagai
contoh, Malaysia diketahui telah menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti China,
Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi melalui aktiviti perdagangan. Pada ketika ini hubungan Melayu Serumpun telah
terjalin di Kepulauan Melayu dengan negara seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, dan
Singapura. Malaysia juga telah menyertai pertubuhan Komenwel setelah mencapai
kemerdekaan bagi menjalinan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komenwel
yang lain seperti Australia dan New Zealand. Pada ketika itu, Malaysia sedang diancam
dengan fahaman komunis yang dibawa oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang jelas akan
mengugat kedaulatan negara. Oleh disebabkan hal demikian, Malaysia bertindak dengan
mengamalkan dasar luar pro-Barat dan anti komunis. Malaysia juga terpaksa bergantung
kepada kuasa Barat kerana masih belum mempunyai keupayaan pertahanan.

Selain itu, ekonomi juga merupakan antara faktor-faktor penentu dasar luar sesebuah
negara. Misalnya, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu,
Malaysia banyak menjalin hubungan dengan negara luar yang lain supaya dapat
mengembangkan dan memajukan ekonomi negaranya. Hubungan ekonomi antara negara
Malaysia dengan negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat telah lama terjalin sejak
zaman penjajahan British lagi kerana pada masa itu, Tanah Melayu merupakan antara
negara pengeluar utama biji timah dan getah. Walaupun telah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih lagi mengharapkan pasaran dan juga modal daripada negara-negara
tersebut. Malaysia juga meningkatkan pasaran dengan menjalin hubungan baik dengan
negara Islam dan negara membangun yang lain. Pada tahun 1980-an Dasar Pandang ke
Timur diwujudkan supaya dapat menggalakkan pelabur asing terutama dari Korea Selatan
dan Jepun untuk melabur ke negara Malaysia. Hal ini merupakan beberapa langkah yang
telah diambil bagi menarik pelaburan asing yang dapat meningkatkan ekonomi negara sekali
gus memberikan lebih banyak peluang pekerjaan.

Seterusnya, faktor politik juga merupakan antara penentu dasar luas bagi sesebuah negara.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sebuah pemerintahan demokrasi
berparlimen yang berhak menentukan arah tuju masa depan negara berdasarkan prinsip-
prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Sebagai contoh, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-
prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan

4 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3023

dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Di samping itu, faktor yang menjadi penentu dasar luar negara ialah faktor demografi.
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan
menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Malaysia mempunyai pelbagai lapisan
masyarakat yang mempunyai agama, bangsa dan bahasa yang berbeza. Di Malaysia,
mereka dibenarkan mengamalkan budaya dan agama masing-masing. Oleh itu, Malaysia
menetang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia tidak akan
menjalinkan hubungan dengan negara tersebut sehingga negara Afrika Selatan
menghapuskan Dasar Aparteid.

Akhir sekali, faktor geografi merupakan salah satu faktor penentu bagi dasar luar Malaysia.
Geografi merupakan nasib dan tidak boleh dipilih. Malaysia mempunyai kedudukan yang
strategik di Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara seperti Singapura, Thailand,
Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal
perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan
meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

Banding bezakan secara kritis penentuan dasar luar negara ketika era di zaman Tunku
Abdul Rahman dengan zaman Tun Hussein Onn.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pada tahun 1960-an, Tanah Melayu mengalami ancaman komunis. Pada ketika itu, Tanah
Melayu mengamalkan dasar Pro-Barat pada awal kemerdekaan dan menentang komunis.
Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya (AMDA) telah menyebabkan Tanah Melayu
mendapatkan bantuan ketenteraan dari Britain. Pada tahun 1963, negara Malaysia
terbentuk. Malaysia cuba mengatasi masalah konfrontasi dengan Indonesia dan masalah
tuntutan Filipina terhadap Sabah. Dasar luar pada era Tunku Abdul Rahman, Malaysia
memberikan sokongan kepada Amerika Syarikat untuk menyerang komunis yang cuba
untuk meluaskan kuasa di Vietnam Selatan. Malaysia juga tidak setuju dengan tindakan
Republik Rakyat China yang mahu membentuk kerajaan komunis. Melaysia dapat
mengurangkan détente dan meningkatkan sosial negara melalui hubungan luar negara.
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali atas nasihat Tun Dr. Ismail. Malaysia menjalankan

5 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3023

perdagangan bebas dengan negara-negara luar seperti Jerman, Britain, dan Amerika
Syarikat. Malaysia juga pernah libatkan diri dalam perdagangan Afro-Asia.

Tun Hussein Onn

Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh
beliau. Selain itu, tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri juga singkat yang
menyebabkan Dasar Luar Malaysia pada era kepimpinan beliau tidak begitu banyak
perubahan. Namun begitu, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau masih berusaha
memperkemaskan lagi Dasar Luar Malaysia. Antara beberapa dasar luar yang telah
dilakukan oleh Tun Hussein Onn ialah beliau telah mengadakan hubungan antarabangsa
dengan negara-negara Islam. Beliau juga telah mewujudkan hubungan yang erat dengan
China. Selain itu, Beliau telah menghadiri persidangan ASEAN di Bali pada tahun 1975 dan
1977 di Kuala Lumpur. Tun Hussein Onn telah mengeratkan perhubungan dengan negara-
negara ASEAN selepas kejatuhan Saigon atau kini dikenali sebagai Ho Chi Minh pada tahun
1975. Seterusnya, beliau juga telah menggalakkan pengunduran pengkalan tentera Amerika
Syarikat di Asia Tenggara. Akhir sekali, beliau turut menentang serangan Vietnam ke atas
Kemboja.

Banding beza

Setiap pemimpin mempunyai peranan yang berbeza dalam menggubal atau menyusun
dasar luar Malaysia. Corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berbentuk pro-
Barat dan antikomunis manakala pada era kepimpinan Tun Hussein Onn pada tahun 1976 –
1981 menunjukkan bahawa Tun Hussein Onn telah menjalinkan hubungan dengan China
yang diketahui mempunyai masyarakat komunis yang banyak. Perbezaan yang boleh kita
lihat ialah Tunku Abdul Rahman lebih mengharapkan bantuan dari Barat. Hal ini demikian
kerana pada ketika itu negara baru sahaja mencapai zaman kemerdekaan. Selain itu, beliau
juga mungkin terbiasa dengan cara kehidupan di Britain disebabkan beliau telah lama
tinggal di sana. Pada era Tun Hussein Onn boleh dikatakan sebagai era pengukuhan atau
dasar penerusan. Hal ini demikian kerana Tun Hussein Onn tidak sering terlibat dengan
penentuan dasar luar seperti pemimpin-pemimpin sebelum ini. Hal ini bersesuaian dengan
kepribadian Tun Hussein Onn, iaitu merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai
ciri-ciri radikal dalam pentadbiran. Selain itu, kita dapat lihat bahawa Tunku Abdul Razak
lebih memilih untuk menjalankan perniagaan dengan negara Barat berbanding dengan
negara Asia. Hubungan baik antara Tanah Melayu dan Britain telah berjaya membuatkan
Britain menjaga keselamatan Tanah Melayu daripada ancaman komunis dan pihak yang
lain. Seterusnya saya juga melihat bahawa kemajuan yang dilakukan oleh Tun Hussein Onn

6 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3023

hanya dari aspek politik antara negara ASEAN. Beliau juga mula untuk berbaik-baik dengan
negara China yang diketahui mempunyai pasaran dagangan yang luas. Akhir sekali, pada
zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik manakala pada zaman kepimpinan Tun
Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama
pertahanan dan keselamatan negara. Namun begitu, kedua-dua pemimpin telah melakukan
tugas yang sangat baik dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Jasa mereka
sentiasa perlu dikenang agar dapat menimbulkan semangat cinta akan tanah air dalam
kalangan diri mereka. Pemerintahan pada zaman Tunku Abdul Rahman telah banyak
mendatangkan kebaikan kepada negara kita. Sebagai contoh, hubungan antarabangsa
yang dijalinkan bersama negara ASEAN menyebabkan ekonomi negara bertambah baik.
Tun Hussein Onn juga telah menjaga kedaulatan negara dengan sangat baik. Walaupun
Islam dilihat penting dalam Dasar Luar Malaysia, dalam hubungan bilateral dan dasar luar
pada peringkat awal, Malaysia seolah-olah kurang meletakkan Islam sebagai asas penting
Malaysia dan hubungan luarnya. Hal ini semakin jelas apabila Malaysia memberikan
sokongannya kepada India dan bukannya Pakistan pada 1962 semasa meletusnya Perang
Indo-Pakistan I. Keadaan bertambah buruk antara Malaysia-Pakistan pada 1965 akibat
tindakan Malaysia yang memberikan sokongan ke atas India dalam isu Kashmir. Walaupun
isu ini telah diselesaikan melalui penglibatan pihak ketiga, iaitu Iran, namun tanpa kita
sedari, ini membuktikan bahawa Islam bukan menjadi keutamaan dalam dasar luar Malaysia
ketika itu.

Bibliografi

Faridah Binti Jaafar. (t. t). Peribadi Politik Tun Hussein dan Dasar Luar Malaysia 1976 –
1981. Dimuat turun pada 10 November 2020, daripada,
file:///C:/Users/ASUS/Downloads/9134-1201-18653-1-10-20171116.pdf.

Ramli Dollah dan Wan Shawaluddin Wan Hassan. (t. t). Pengaruh Kepimpinan Dalam Dasar
Luar Malaysia. Dimuat turun pada 10 November 2020 daripada,
file:///C:/Users/ASUS/Downloads/131-Artikel-196-1-10-20160331.pdf.

KERTAS SOALAN TAMAT

7 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai