Anda di halaman 1dari 24

UNIT KEMANUSIAAN

JABATAN UMUM
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN SEJARAH

KOD DAN NAMA A054001 SEJARAH


PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

SEMESTER 2 PRA DIPLOMA / SEMESTER 4

NO DAN TAJUK MODUL/ MO9 : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA


MODULE NO AND TITLE

STANDARD
9.1 Peranan dan Sumbangan Malaysia Dalam Pertubuhan
PEMBELAJARAN Serantau dan Antarabangsa
/LEARNING STANDARD
- ASEAN
- KOMANWEL
- OIC
- PBB

KETERANGAN MODUL

Kandungan modul ini menerangkan keperibadian dan kewibawaan tokoh-tokoh


negara yang berjaya dalam bidang masing-masing, seterusnya menyumbang ke
arah membina negara maju. Modul ini juga merangkumi usaha-usaha Malaysia ke
arah pembentukaan negara maju menerusi Wawasan 2020 dan langkah-langkah
Malaysia menghadapi globalisasi. Murid juga akan didedahkan dengan penemuan
dan inovasi yang memberi kesejahteraan dalam kehidupan manusia sejagat.

1
9.1 MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DAN KERJASAMA
ANTARABANGSA

1. ASEAN

 Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.


 Terdiri daripada10 buah negara.

 Matlamat ASEAN ialah:


a. Mengekalkan kestabilan politik serantau.
b. Kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
c. Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kerjasama bidang pertanian,
perdagangan dan perindustrian.
d. Hubungan erat antara persatuan dan pertubuhan anggota anggota ASEAN.
e. Kerjasama dalam bentuk bantuan latihan dan penyelidikan.

 Peranan Malaysia dalam ASEAN:


a. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 mengisytiharkan negara negara ASEAN son aman,
bebas dan berkecuali (ZOFPAN).
1984, Menteri Menteri ASEAN memutuskan rantau ini Zon Bebas Senjata Nuklear.
b. Kerjasama projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan di
Aceh Indonesia.
c. Menjadi ASEAN Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
d. Mencadangkan kerjasama ekonomi ASEAN diluaskan ke China, Jepun dan Korea
(ASEAN+3).
e. Kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
f. Menganjurkan Sukan SEA

2
2. KOMANWEL

 Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara


sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah
dijajah oleh pihak British
 Dibentuk pada 1931.
 Ahlinya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang merdeka.
 Keahliannya sebanyak 54 negara (negara maju dan negara sedang membangun)
 Seketariatnya beribu pejabat di London.

 Matlamat penubuhannya:
a. Membina semangat setia kawan di kalangan ahli
b. Kerjasama dalam segala bidang politik, ekonomi dan sosial.
c. Contoh Malaysia mendapat bantuan ketenteraan semasa diancam oleh Parti
Komunis Malaya.
d. Ekport Malaysia ke negara Komanvel dikenakan cukai yang rendah
e. Malaysia menganjurkan Sukan Komanvel pada 1998.
f. Malaysia mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo iaitu bantuan teknikal
dan biasiswa dalam bidang pendidikan

3. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

 Ditubuhkan pada 1971.


 Beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
 Ia cetusan idea Tunku Abdul Rahman.
 Penubuhan awalnya dianggotai 57 buah negara.

3
 Matlamat penubuhan OIC ialah:
a. Mengeratkan hubungan sesama negara Islam.
b. Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan.
c. Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

 Sumbangan Malaysia dalam OIC ialah:


a. Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung pertama OIC.
b. Menjadi perantara dalam perang Iran-Iraq.
c. Memperjuangkan hak orang Palestin.
d. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada 1974 dan 2003.
e. Menawarkan biasiswa kepada para pelajar OIC untuk belajar di UIAM.
f. Mengesyorkan dinar Islam dijadikan mata wang dalam urusan kewangan.

4. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

 Ditubuhkan secara rasmi pada 1945.


 Beribu pejabat di New York.
 Keanggotaan kian bertambah iaitu hanya 51 negara pada 1945 dan naik kepada 189
pada 2002.
 Malaysia menjadi ahli PBB selepas merdeka pada 1957.
 Setiap ahli perlu akur dengan Piagam PBB.
 Empat matlamat Piagam PBB iaitu:
a. Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
b. Menggalakkan hubungan baik antara negara anggota.
c. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
d. Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
e. Pusat mengharmonikan tindakan negara negara anggota.

 Peranan Malaysia dalam PBB:


a. Menjadi pasukan pendamai di Congo pada 1960
b. 1989 menjadi pasukan pengaman di Namibia.
c. Lantang bersuara di PBB mengenai isu apartheid.
d. Berpendirian tegas dalam isu Palestin.
e. Menjadi ahli Bank Dunia
f. Kerjasama dalam bidang pengeluaran bidang makanan dalam agensi Food and
Agricultural Organization (FAO).
g. Kerjasama dalam bidang kesihatan dalam agensi World Health Organization
(WHO).
h. Peranan penting dalam bidang sains dan teknologi bi bawah Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989 dan 1999.

4
UNIT KEMANUSIAAN
JABATAN UMUM
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN SEJARAH

KOD DAN NAMA A054001 SEJARAH


PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

SEMESTER 2 PRA DIPLOMA/SEMESTER 4

NO DAN TAJUK MODUL/ MO10 : MENUJU NEGARA MAJU


MODULE NO AND TITLE

10.1 Pemimpin Negara


- Dato’ Onn Jaafar
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Tun Abdul Razak Datuk Hussien
- Tun Hussein Onn
- Tun Dr Mahathir Mohamad
STANDARD - Tun Abdullah Ahmad Badawi
PEMBELAJARAN 10.2 Wawasan 2020
/LEARNING STANDARD  Idea dan konsep
 Sembilan cabaran utama
10.3 Cabaran Masa Depan
- Globalisasi,
- ICT
- K-Ekonomi
- K-Society )

KETERANGAN MODUL
Kandungan modul ini menerangkan keperibadian dan kewibawaan tokoh-tokoh negara
yang berjaya dalam bidang masing-masing, seterusnya menyumbang ke arah membina
negara maju. Modul ini juga merangkumi usaha-usaha Malaysia ke arah pembentukaan
negara maju menerusi Wawasan 2020 dan langkah-langkah Malaysia menghadapi
globalisasi. Murid juga akan didedahkan dengan penemuan dan inovasi yang memberi
kesejahteraan dalam kehidupan manusia sejagat.

5
10.1 Pemimpin Negara

1. DATO’ ONN JAAFAR


Latar belakang

Dato' Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962)


merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah
dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi
beliau telah meletak jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada
18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada
UMNO.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim serta


merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad,
Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja
Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu
sebelum melanjutkan pelajarannya di England.Beliau
pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Keluarga

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau meninggal dunia pada
tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Sumbangan

(i) Wartawan

Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun
1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau
sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar
mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain
pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta
Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.

(ii) Pengasas UMNO

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu
dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada

6
1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu
melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau
meletak jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya,
UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi
hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi
"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu
ditentang, beliau meletak jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun
1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding
dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti
Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh
sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat
sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato
Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya
Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

2. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ

Latar belakang

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih


dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak
lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan
Abdul Hamid Halim Shah,Sultan Kedah yang ke-24.
Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid
yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau
bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan
Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun
berumur 30 tahun ketika itu.

Pendidikan
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 – Penang Free School, Penang.
1925 – Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 – Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

7
Sumbangan
1. Menyertai UMNO dan menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk
Onn Jaafar meletakkan jawatan.
2. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang
pertama di Kedah.
3. Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
4. Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan.
5. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri
Tanah Melayu yang pertama.
6. Satu lagi rombongan ke London diadakan. England bersetuju untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
7. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka. Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
8. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan
pertandingan bolasepak antarabangsa.
9. Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958–
1976).
10. Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan
untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai
Muslim.
11. Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang
menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
12. Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
13. ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar,
iaitu Association of Southeast Asian Nations.
14. Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik
sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
15. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
16. Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) (1982 – 1988).

8
3. TUN ABD RAZAK DATUK HUSSEIN

Latar Belakang

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji


Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya,
beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta


merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd
Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga
merupakan keturunan bangsawan yang selama ini menjadi
ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.

Tun Hussein Onn juga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi
penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri
Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah
menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009.

Pendidikan

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa
untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya
terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-
undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang
sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul
Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom
(KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan
itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk
perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada
tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

9
Kerjaya

Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau
menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British.

Selepas pilihan raya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di
samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian
Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar
pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul
Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri
sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan
kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti
Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London kerana
leukemia. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara,
Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa
Pembangunan.

Sumbangan Tun Abdul Razak

 Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga
Februari 1984).
 Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31
Oktober 1976)
 Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
 Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya
pada 30 Jun 1979

10
 Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains
Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
 Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of
Nottingham pada 11 Julai1986.
 Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
 Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja
Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
 Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei
Darussalam pada 30 Oktober 1990.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand pada 19


Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland
pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of
Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

4. TUN HUSSEIN ONN

Latar Belakang

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari


1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976
sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang
amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan
kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras
kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab
usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang
sebagai "Bapa Perpaduan".

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak


kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar
"Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai
Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar
ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin,
Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di
Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya

11
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah
Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein
merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia)
pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya
bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang
cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun
berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati
masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai
Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai
daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun
Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai
bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama
pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul
Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran


Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi
Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis
Kerja Negeri Johor.

Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan
bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh
orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri dari UMNO, beliau kemudianyannya menyertai
bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun
1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik,
beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran
dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law
pada tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada
masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad
Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali
menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO).
Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tapi UMNO telah
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah
pada Mei 1969.

12
Kebangkitan untuk berkuasa

Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun
Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan menang
dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari
1976, beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian
Tun Abdul Razak. [1]

Peranan dan sumbangan

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung
UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden
yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik
menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun
Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos
1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul
Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah
disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, beliau
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada
tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi
Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh
Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang
pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada
konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dipermodenkan.Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membanteras
pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten.Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya
tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika itu ekonomi negara
terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani
rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga telah berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau juga telah
mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang

13
diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada
kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri
Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS semasa hayatnya. Disebabkan
perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang
merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Selepas persaraan

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada


pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan
Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68
tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala
Lumpur.

Keistimewaan

Beliau adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan
hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.
Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang
berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada
akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan komentar dengan harapan bahawa
perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau adalah seorang negarawan
yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.
Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang
Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah
berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO
yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh
sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah
mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang
stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

14
5. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Latar Belakang
Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai
1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M"
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det"
sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan
artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits
Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay
Women Make Their Own Freedom”. Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31
Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan
melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan
daripada kejayaan negara-negara luar sehingga
mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah
sebuah negara yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah
sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia
dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia
keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana
bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal
yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha
tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan
kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana
pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa
sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran"
terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya
menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya,
tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Timesmenyimpulkan sifat autokratik
beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam
Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas
desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah).
Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di
dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada
zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar
Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya
Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

15
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja
Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun
sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang
memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

6. TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

Latar belakang

Tun Abdullah Ahmad Badawi (31 Oktober 2003-3 April


2009) yang juga dikenali sebagai “Pak Lah”
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima
yang telah mengambil alih pucuk pimpinan negara dari
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan reputasinya
sebagai seorang yang bertanggungjawab, sabar,
tabah, bertoleransi, sukakan perpaduan, mesra, kuat
bekerja dan yang paling utama kuat beragama yang
menjadikan beliau seorang pemimpin yang paling
diharapkan bagi memacu Malaysia ke tahap yang lebih
tinggi pada masa hadapan. Fokus pentadbiran beliau
berbeza dengan empat perdana menteri sebelumnya
kerana beliau lebih menekankan pengurusan negara
berkonsepkan “Islam Hadhari” selain Pembangunan
Modal Insan. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
dikenang dengan gelaran sebagai ‘”Bapa
Pembangunan Modal Insan”.

Peribadi dan Pendidikan

Tun Abdullah Ahmad Badawi berasal dari keturunan keluarga yang mempunyai latar belakang
keagamaan yang kuat dan keintelektualan yang tinggi. Beliau dilahirkan pada 26 November
1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bapanya Hj. Ahmad Badawi juga
merupakan seorang ulama dan ahli politik yang pernah menjadi ahli Parlimen bagi kawasan
Kepala Batas.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas.
Manakala pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Al-Wataniah,
Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan Sekolah Lelaki Methodist Pulau Pinang. Selepas
menamatkan persekolahan, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru. Beliau
kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya selama tiga tahun (1962-1964)
dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Pengajian Islam.

Tun Abdullah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pengaman Persekutuan, di Jabatan


Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1964 sehingga 1969. Pada tahun
1969, beliau telah menjadi Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan di bawah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir
negara yang telah ditubuhkan selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pada tahun

16
1971, Tun Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Belia di Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan sehingga 1973, sebelum menjadi Timbalan Ketua Pengarah dalam
Kementerian yang sama pada tahun 1974.

Tun Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato’ Mahmood pada
tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori dan empat
orang cucu. Pada 20 Oktober 2005, Datin Seri Endon Mahmood telah meninggal dunia kerana
menghidap penyakit barah payudara sejak tahun 2003. Pada 9 Jun 2007, Tun Abdullah telah
berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah.

Sumbangan

Perjuangan Politik

Tun Abdullah mula menyertai UMNO pada tahun 1965. Beliau mula bergiat aktif dalam arena
politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas. Pada tahun 1978, beliau telah
meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan untuk menjadi ahli politik sepenuh masa. Pada
tahun yang sama, beliau telah bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 sebagai calon
Barisan Nasional dan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Tun
Abdullah telah dipilih untuk memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987,
1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung
UMNO 2000, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi tahun 2000-2003. Beliau
memegang jawatan sebagai Presiden UMNO sejak tahun 2003 sehingga 2008.

Bapa Pembangunan Modal Insan

Jasa dan sumbangan Tun Abdullah begitu besar dalam usaha pembagunan modal insan
negara. Keperihatinan beliau terhadap kepentingan kualiti modal insan negara dapat
digambarkan melalui pengenalan slogan “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Slogan ini
memberi makna yang cukup mendalam kepada semua pihak yang dipertanggungjawabkan
bagi melaksanakan usaha untuk membina modal insan negara. Kualiti cemerlang, gemilang
dan terbilang merupakan satu tahap pencapaian unggul yang perlu dijadikan matlamat dan
hala tuju pembangunan modal insan negara secara individu dan kolektif.

Program pembangunan modal insan telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah pada tahun 2005.
Modal insan bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk pengembangan dan
kelebihan yang dimiliki. Manusia boleh memperolehi sesuatu yang dihajati melalui ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Pembangunan modal insan adalah antara teras utama dalam
melahirkan dan memperkembangkan ekonomi berlandaskan teknologi dan pengetahuan.
Dalam hal ini, beliau menekankan kepentingan mengimbangkan antara pembangunan fizikal,
mental dan spiritual. Keperihatinan beliau dalam usaha membangunkan modal insan ini juga
tergambar dengan jelas melalui Misi Nasional Negara yang dijadikan sebagai panduan hala
tuju utama negara.

17
Konsep Pengurusan Islam Hadhari

Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah mempunyai pendekatan
tersendiri dalam menguruskan negara dengan memperkenalkan konsep “Islam Hadhari”
sebagai cetusan kebangkitan dalam memperkasakan perjuangan bangsa. Konsep ini
memberi lebih penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan
peradaban iaitu peradaban yang dibina melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada
usaha untuk mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan
insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Beliau merealisasikan 10 prinsip utama Islam Hadhari iaitu meliputi ketaqwaan kepada Ilahi,
kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan,
pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak
kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi
dan kekuatan pertahanan.

Prinsip-prinsip ini adalah mengikut acuan yang telah diadun supaya amalan serta
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana
pihak dalam sesebuah negara yang memiliki komposisi rakyatnya yang berbilang agama dan
kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah bertujuan untuk memperkasakan umat Islam
supaya lebih bersedia dan berupaya untuk menghadapi cabaran dunia semasa. Pada 2 April
2009, Tun Abdullah telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima,
dan telah melantik timbalannya iaitu YBhg. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak
sebagai penggantinya.

10.2 WAWASAN 2020

1. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju
menjelang tahun 2020.
2. Idea wawasan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad
pada 28 Februari 1991.
3. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju
di dunia.
4. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti negara-negara maju di Barat yang
menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi kemajuan bersepadu.

18
5. Menurut Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, negara Malaysia yang
maju sepenuhnya tidak akan wujud sehingga kita dapat mengatasi sembilan cabaran
yang telah dikenal pasti sejak negara kita merdeka.
6. Sembilan cabaran yang perlu diatasi bagi merealisasikan Wawasan 2020 tersebut
dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Cabaran Huraian

Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Kedua Melahirkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan


berkeyakinan.

Ketiga Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

Keempat Mewuiudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Kelima Mewuiudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi

Keenam Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

Kelapan Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

Kesembilan Memupuk dan membina masyarakat makmur

7. Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai
melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Kesemua dasar tersebut memberikan sumbangan yang besar ke arah mewujudkan
hubungan antara kaum yang sihat. Oleh itu, rakyat yang beridentitikan Malaysia dapat
diwujudkan.

8. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa bersikap


terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi
pelbagai masalah. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara mereka sendiri
dan sekali gus mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia. Selain itu,
musuh negara mudah ditangkis oleh mereka.

9. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Masyarakat


demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang berfikiran matang
akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak
puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran-
saluran tertentu dalam suasana mesra dan bersifat membina. Masyarakat bermoral dan
beretika pula perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk
masyarakat berbudaya unggul. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan
tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi
kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika.

19
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misalnya, memberikan penekanan kepada usaha
melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

10. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu. Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan
berfikiran terbuka untuk sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi dapat
dilihat melalui perlembagaan negara, pengamalan sistem demokrasi, kewujudan parti
politik gabungan pelbagai parti kaum seperti Barisan Nasional, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

11. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat progresif yang dapat menyerap segala
perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan. Masyaraka tyang maju
tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik. Penguasaan sesebuah
masyarakat terhadap ilmu pengetahuan terutamanya yang bertunjangkan sains dan
teknologi sering menjadi ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat maju dan
saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta
inovatif.

12. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang


bermuafakat, saling memahami dan menghormati, bekerjasama dan saling membantu.
Masyarakat penyayang tidak individualisitik sebaliknya meletakkan kepentingan
masyarakat lebih daripada kepentingan diri. Asas-asas yang kukuh dalam pembinaan
masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-
nilai mumi amalan tradisi dan institusi kekeluargaan. Kasih sayang dalam masyarakat
bermula daripada kasih sayang dalam kekeluargaan. Hubungan sesama manusia
dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan
nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.

13. Kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok-kelompok tertentu
dalam masyarakat akan membawa rasa tidak puas hati dan kemudiannya mencetuskan
rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan telah banyak melaksanakan
dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan
Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Pada umumnya,
dasar-dasar tersebut adalah untuk menjamin keadilan ekonomi yang sekali gus
meningkatkan taraf hidup rakyat.

14. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang
hidup melarat dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang tinggi
begitu juga dengan pendapatan negara.

15. Sesungguhnya, Wawasan 2020 hanya akan menjadi realiti apabila kesemua sembilan
cabaran utama dapat disahut oleh semua rakyat Malaysia. Dalam hal ini, generasi
pelajar yang sedang berada di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang berat. Pelajar-pelajar bukan sahaja akan terlibat dalam pengisian
wawasan tetapi juga meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin
negara terdahulu untuk terus mengekalkan kemajuan negara kita Malaysia.

20
16. Kemajuan Bersepadu Malaysia akan menjadi sebuah industri yang maju pada tahun
2020 berteraskan:
• Perpaduan rakyat.
• Kestabilan politik.
• Ketinggian taraf hidup.
• Kekukuhan nilai moral dan etika.
• Kekukuhan sistem kerajaan.
• Ketinggian maruah bangsa.
• Semangat yakin diri bangsanya.

Lirik lagu Wawasan 2020

Bendera berkibar di angkasa


Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam
membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat
yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan
ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud selama
ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan.
Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad akan
terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di Barat. Malaysia
yang menggunakan acuan kemajuannya sendiri malah mempunyai kelebihan kerana
menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.

21
10.3 CABARAN MASA DEPAN

Penciptaan teknologi memainkan peranan penting dalam selarah dunia sehingga hari ini yang
memperlihatkan hubungan antarabangsa menjadi lebih giat. Pada akhir abad ke- 20 dan yang
paling penting pada abad ke- 21 Ini muncul revolusi teknologi maklumatyang membawa
perubahan besar kepada kehidupan kita. Malaysia membuat perancangan awal bagi
menghadapi perubahan ini agar dapat samasama bersaing dengan negara-negara di dunia.

i. Globalisasi

Globalisasi merujuk pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang
disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala
aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia,
kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan
yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemaluan teknologi, khususnya dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

ii. Teknollogi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication


Technology (ICT)

Peralatan teknologi baru seperti komputer dan internet, perkembangan teknologi


telekomunikasi contohnya telefon mudah alih, dan kos pengangkutan yang semakin murah
merupakan faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada hubungan sesama manusia antara
sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Inovasi teknologi ini membawa perubahan
yang luas dalam masa yang singkat.

ICT merujuk pada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku
dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan.

Malaysia menyedari kepentingan ICT dan telah menyediakan prasarana bagi merebut
peluang serta faedah yang dihasilkan olehnya. Justeru, Malaysia telah menjalankan pelbagai
langkah bagi mempromosikan penggunaan ICT. Dalam mencapai objektif pembangunan
jangka panjang, Malaysia telah merancang pembinaan prasarana ICT seperti yang terdapat
dalam wawasan 2020. Bagi mencapai obiektif ini, kerajaan telah melancarkan projek Koridar
Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah memulakan e-pendidikan,
pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.

iii. Koridor Raya Multimedia

Kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kelapan, umpamanya, telah menyediakan


peruntukan belanjawan sebanyalk RM5.2 bilion bagi projek berasaskan ICT. Pada masa yang
sama, jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar juga tidak dilupakan apabila RM1
bilion daripada peruntukan tersebut diagihkan bagi program luar bandar. Dengan ini, kerajaan
Malaysia menggalakkan perkembangan dan penggunaan ICT secara positif dengan harapan
rancangan dan pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan (k-ekonomi) dapat berjalan
dengan lancar dan seterusnya membangunkan ekonom'i negara dan meletakkan Malaysia
dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi ini.

22
Koridor Raya
Multimedia (MSC)

Dilancarkan pada 27 Jun 1998. Koridor Raya Multimedia ini merujuk pada sebuah
kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Koridor raya ini dibangunkan secara
berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara. Tujuan adalah untuk
memartabatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia
global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

iv. K-ekonomi

K- ekonomi, iaitu ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge-based economy


merujuk pada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagii mencipta
satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

Sebelum inil, dunia mengukur kemajuan atau kekayaan sesebuah negara itu berdasarkan
jumlah simpanan emas serta pemilikan tanah jajahan yang luas dan sumber semula jadi.
Pengukuran kekayaan kemudiannya beralih kepada pengeluaran barangan pertanian atau
barangan industri. Namun, pada era globalisasi, k-ekonomi memainkan peranan yang penting
yang mampu bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan
merupakan penggerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan pemiagaan, peluang
pekerjaan serta perkongsian pintar. Bagi menjayakan ini, sumber yang paling berharga ialah
modal intelek dan juga pekerja berpengetahuan.

Modal intelek hanya boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, diikuti dengan
semangat serta daya saing yang tinggi. Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan oleh
negara untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan. Inovasi merupakan kunci
utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan
pembangunan atau research and development (R & D). Kerajaan Malaysia telah
menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan dalam usaha
menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten. Di samping itu, kerajaan sentiasa
menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha
meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara. Dengan cara ini Malaysia akan mampu
bersaing pada peringkat yang lebih tinggi selari dengan matlamat globalisasi.

23
v. K-society

K-masyarakat atau knowledge society (k-society) merujuk kepada masyarakat yang sentiasa
berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ini
selari dengan konsep pembelalaran sepaniang hayat. Prasarana untuk pertumbuhan k-
society telah dibangunkan dengan secekapnya oleh kerajaan Malaysia terutama dalam
bidang pendidikan.

Usaha telah dijalankan bagi membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan
Malaysia. Antaranya, sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid
pelbagai kaum yang dapat meningkatkan daya saing. Sekolah bestari pula dilengkapkan
dengan prasarana teknologi maklumat atau information technology (IT) dalam usaha
memupuk rasa cinta terhadap IT. Kurikulum juga diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat
melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis. Hal ini dapat
melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan
berkemabiran tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globallsasi.
Matlamat k-masyarakat dan k-ekonomi adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha
mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.

RUMUSAN

Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang dinamis dalam strategi dasar luamya bagi
memastikon negara dapat terus bersaing dalam dunia yang sedang mengalami perubahan
yang pesat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sejarah membuktikan betapa penting
sesebuah negara mengejar maklumat dan mengikuti perubahan semasa dunia serta sentiasa
di hadapan dalam mengeiar kemajuan terutama dalam dunia yang tidak bersempadan. Tiada
halangan bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan meraih maklumat dalam
mengejar kemajuan. Semua perkara ini bergantung pada kehendak dan semangat serta daya
saing rakyat negara ini untuk berjaya pada peringkat dunia.

24

Anda mungkin juga menyukai