Anda di halaman 1dari 37

DASAR LUAR NEGARA

12:23 PM Cikgu Zainal No comments MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU PBB.

Bangunan & Logo PBB LATAR BELAKANG 1. Beribu pejabat di New York selepas ditubuhkan pada 24 OKT 1945 selepas Perang Dunia Kedua. 2. PBB dianggotai 191 (sehingga 2005) buah Negara anggota. 3. Malaysia menganggotai PBB pada 17 Sept 1957 MATLAMAT 1. Menjalin kerjasama antara Negara dunia dari segi ekonomi, sosial, kebudiaan dan politik. 2. Memelihara hak asasi tanpa mengira kaum dan agama 3. Keamanan Negara dari persaingan senjata nuklear dan pengganas. MAJLIS-MAJLIS ANGGOTA PBB 1. MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG y Membahas perkara berkaitan masalah ekonomi, sosial dan politik dunia y Dianggotai 15 negara anggota 5 anggota tetap (pemegang kuasa veto Britain, AS, Rusia, Perancis dan China) dan 10 anggota sementara. 2. MAJLIS KESELAMATAN y Berperanan hentikan pencerobohan kuasa besar dan kekalkan keamanaan y Tumpuan kepada penyelesaian politik secara aman y Mempunyai 5 negara berkuasa veto (political veto) y Malaysia pernah menjadi ahli Majlis Keselamatan ( 1965, 1988 dan 2000) 3. MAHKAMAH PENGADILAN/ JENAYAH ANTARABANGSA (ICC) y Berpusat di The Hague (Belanda) y Mengadili masalah antara bangsa seperti penghapusan etnik, jenayah perang, pertindihan sempadan, dll. y Mempunyai 15 orang hakim dari pelbagai Negara y Pernah menyelesaikan masalah Pulau Sipadan dan Ligitan- pertikaian Malaysia dengan Indonesia. Pulau Batu putih antara Malaysia dan Singapura. 4. MAJLIS AMANAH y Membantu Negara yang merdeka supaya dapat menguruskan pentadbiran dengan baik. y Menyediakan Negara belum merdeka dapat berkerajaan sendiri. 5. MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL y Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial Negara anggota.

Membantu dan menyelesaikan masalah pembangunan (kemiskinan), pendidikan dan langkah pencegahan penyakit y Fungsinya dapat dilihat melalui Agensi-agensi PBB 6. JABATAN SEKRETARIAT/ JABATAN URUSETIA y Melaksanakan urusan harian pentadbiran PBB - Persidangan antarabangsa melibatkan isu dunia - Meninjau masalah sosial dan ekonomi y AGENSI ANGGOTA PBB Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bank Dunia (WB) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelarian (UNHCR) Tabung Kanak-kanak Bangsa2 Bersatu (UNICEF) Rancangan Pembangunan Bangsa2 Bersatu (UNDP) Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan (UNESCO)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PERANAM MALAYSIA DALAM PBB 1. KEBAJIKAN y Bantuan wang, makanan, dan perkhidmatan kebajikan negara terlibat peperangan, dan bencana alam 2. KEAMANAAN y Melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia melalui referendum Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan oleh PBB y Menyelesaikan konfrontasi Malaysia Indonesia (1963) y Mengadili tuntuan Malaysia keatas Pulau Sipadan dan Ligitan keatas Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura. y Ancaman keras ujian nuklear oleh Negara seperti Peranchis dll y Tindakan pencerobohan ke atas Iraq oleh AS dan Britian y Kezaliman dan pencerobohan regim Zionis di Palestin y Menghantar pasukan tentera pengaman bersama-sama PBB 3. PELARIAN y Program penempatan pelarian Vietnam, Burma di Malaysia 4. HAK ASASI y Menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan Read more: DASAR LUAR NEGARA ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/08/dasar-luar-negara.html#ixzz1jUI6V3rw

K0MANWEL, OIC, NAM & DLL


10:42 PM Cikgu Zainal No comments DASAR LUAR NEGARA.

Sukan Komanwel - DELHI 2010 A. MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU KOMANWEL PENGENALAN 1. Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London. 2. Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. 3. Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota. OBJEKTIF 1. Menjaga kebajikan Negara anggota 2. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota 3. Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota 4. Meningkatkan pembangunan dan ekonomi. MALAYSIA & KOMANWEL 1. Rancangan Colombo (1950) bantuan kewangan, teknikal, biasiswa kepada pelajar Malaysia. 2. Tabung Ekuiti Komanwel membantu Negara dalam modal perindustrian 3. Dasar Aparteid (1960an) bersama Negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut. 4. Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihanraya di Fiji, Nigeria dsb 5. Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGAM) - Tuan rumah 1989 - Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar 6. Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM) tuan rumah pada 1998

B.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

PENDAHULUAN 1. Ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara. 2. Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi) 3. Malaysia adalah Negara pengasas OIC OBJEKTIF 1. Mengujudkan kerjasama, perpaduan kalangan anggota dalam bidang ekonomi, sains, social dan kebudayaan, 2. Negara Islam yang aman dengan mencari kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan 3. Penyelesaian masalah Negara yang terlibat Perang Iraq dan perjuangan rakyat Palestin MALAYSIA & OIC 1. POLITIK - Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb 2. PENDIDIKAN - Penubuhan UIAM di Malaysia - Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982 - Penerapan Syariah Islam Islamadab 1979 3. KEBAJIKAN - Membantu Negara Islam di Afrika Chad - Bantuan kesihatan dan perubatan pelarian Lubnan, Afghanistan 4. KEBUDAYAAN - Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul - Sukan Negara-negara Islam di Izmir - Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat 5. EKONOMI - Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM - Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin - Eksport Negara Islam

C. MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3.

PENDAHULUAN Ditubuhkan pada 1961 di Belgrede , Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah Malaysia menyertai NAM pada 1969 Negara NAM di anggotai sebanyak 114 buah Negara dengan 3 kali sidang kemuncak OBJEKTIF Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman MALAYSIA & NAM Penyokong kuat Nam semasa pentadbiran Tun Abd Razak Aktif dalam mesyuarat dan persidangan di Algeria, Colombo, Havana, New delhi dan Luanda. Tuan rumah persidangan pada 2003

D. 1. 2. 3. 4.

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN BADAN ANTARABANGSA LAIN KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8) KUMPULAN 15 (G15) KERJASAMA SELATAN SELATAN (G77) HUBUNGAN UTARA SELATAN (DIALOG UTARA SELATAN) Read more: K0MANWEL, OIC, NAM & DLL ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/k0manwel-oic-nam-dll.html#ixzz1jUIOWzX9

DASAR LUAR NEGARA


10:44 PM Cikgu Zainal No comments

DASAR LUAR NEGARA. TAJUK: MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU ASEAN. 1. PENDAHULUAN
1.1 Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dibawah Deklarasi Bangkok. 1.2 Dianggotai oleh Negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina (1967), Berunei Darulsalam (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kemboja (1999) 1.3 Dua Negara pemerhati iaitu Timor Leste dan Papua New Guinea. 1.4 Sekretariat tetap ASEAN di Jakarta (Indonesia)

2. MATLAMAT ASEAN
2.1 Mempercepat pertumbuhan ekonomi kalangan Negara anggota. 2.2 Menggalak kerjasama sosial, kebudayaan, sains dan teknologi, Serta pentadbiran. 2.3 Mengekalkan keamanan dan kestabilan kalangan serantau, 2.4 Menggalakan pertumbuhan perindustrian, dan perdagangan. 2.5 Mengekalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN

3. BENTUK KERJASAMA ASEAN


3.1 KERJASAMA EKONOMI y Kerjasama ekonomi Projek Perindustrian ASEAN - Projek Baja ASEAN di Indonesia. - Projek Perlombongan Potasium di Thailand. - Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina - Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia. - Projek Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura. y Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) - Untuk menghapuskan sekatan perdagangan dua hala. - Menggalakkan kerjasama perdagangan. - Meluaskan dan meningkatkan pasaran Negara serantau y Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/ Pasaran Tunggal ASEAN - Mengujudkan pasaran tunggal Negara anggota. - Menarik minat pelabur luar ASEAN - Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang kemiskinan, - Meningkatkan taraf hidup Negara serantau - Bersatu menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa y Pertubuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia. - Konsep Segitiga Pertumbuhan Ekonomi. - Melibatkan tiga Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia bagi pertumbuhan ekonomi serantau di bahagian utara. - Bahagian selatan melibatkan Negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. y Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA) - Bertujuan untuk mengadakan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan Negara Asia lain

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) - Perjanjian perdagangan ASEAN dengan Australia dan New Zealand. 3.2 KERJASAMA POLITIK y Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) - Konsep diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (1971) - Matlamatnya ialah Pertikaian Negara anggota diselesaikan tanpa kekerasan (melalui perundingan) Pertikaian tidak perlu melibatkan kuasa besar dunia. Menjamin dan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik kawasan serantau y Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ 1987) - Kawasan bebas dan selamat ancaman senjata nuclear. 3.3 KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN. y Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM) - Untuk mengembangkan bahasa Melayu setaraf bahasa dunia lain. - Mengembangkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. - Meningkatkan persaudaran Negara serumpun. y Tabung Kebudayaan ASEAN - Menganjur dan mengembangkan festival kebudayaan seperti Psta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN, bengkel lukisan dan Muzik. - Matlamat utamanya ialah untuk mengeratkan hubungan budaya Negara anggota. y Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) - Mewujudkan kerjasama pendidikan dan ilmu pengetahuan Negara serantau. - Kerjasama pendidikan melalui; Pembaharuan dan Teknologi (INNOTECH) di Filipina Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC) di Singapura Pusat Pendidikan Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang (Malaysia) y Perjanjian Perkongsian Maklumat. - Perkongsian maklumat mengenai keselamatan (keganasan dan jenayah) - Kerjasama isu sempadan y Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan (Sukan SEA) y Pertukaran Rancangan TV dan Radio y

4 ISU-ISU DAN CABARAN MALAYSIA - ASEAN


4.3 Indonesia Pertindihan sempadan dan pendatang tanpa izin. 4.4 Thailand pencerobohan nelayan di perairan Malaysia, keganasan selatan Thailand dan pendatang tanpa izin. 4.5 Singapura perebutan Pulau Batu Putih, Tambak Laut, Jambatan menggantikan Tambak Johor dan bekalan air dari Johor. 4.6 Filipina Tuntutan ke atas Sabah dan pendatang tanpa Izin 4.7 Vietnam Tuntutan ke atas Kepulauan Spratly 4.8 Myanmar Pendatang tanpa izin Read more: DASAR LUAR NEGARA ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/dasar-luar-negara.html#ixzz1jUIdKZVJ

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia)


5:21 PM Cikgu Zainal No comments

BAB 6: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Place of Justice-Malaysia

1. PENDAHULUAN. 1.1 Mahkamah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu 1.1.1 Mahkamah Awam 1.1.2 Mahkamah Khas (Raja-raja) 1.1.3 Mahkamah Syariah 1.1.4 Mahkamah-mahkamah Khas 1.1.5 Badan Pengadilan lain. 2. MAHKAMAH AWAM 2.1 Mahkamah bersifat terbuka semasa perbicaraan orang ramai boleh mendengar kes yang dibicarakan 2.2 Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan hukuman mati 2.3 Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja. 2.4 Dapat dibahagi kepada dua (2) y Mahkamah Atasan - Mahkamah Persekutuan - Mahkamah Rayuan - Mahkamah Tinggi Semenanjung - Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. y Mahkamah Rendah Mahkamah Sesyen - Mahkamah Majistret Kelas I Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil) Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)

3. MAHKAMAH KHAS (Raja-raja) 3.1 Hanya mengendalikan kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan. 3.2 Penghakiman dilakukan secara tertutup 3.3 Pengadilan dilakukan oleh - Ketua Hakim Negara - Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi - 2 orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja2 4. MAHKAMAH SYARIAH 4.1 Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja. 4.2 Mahkamah terdiri daripada - Mahkamah Rendah Syariah - Mahkamah Tinggi Syariah - Mahkamah Rayuan Syariah 5. MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS 5.1 Mahkamah yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja. 5.2 Antara Mahkamah Khas ialah - Mahkamah Kanak-kanak - Mahkamah Tentera - Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak - Mahkamah Perusahaan - Mahkamah Buruh 6. BADAN PENGADILAN LAIN. 6.1 Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat Antara badan pengadilan ialah Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan
Badan tatatertib Majlis Peguam Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Tribunal Pengguna Tribunal Perumahan.

6.2

Read more: SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA (Mahkamah-Mahkamah di Malaysia) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/03/nota-pengajianam.html#ixzz1jUItVbqY

Nota Pengajian Am K1 Dasar Dalam Negara


10:07 PM Cikgu Zainal No comments

Dasar Pertanian Negara perlu mengambil kira perkara ini

DASAR DALAM NEGARA


TAJUK: DASAR EKONOMI
1. PENDAHULUAN. 1.1 Dasar-dasar ekonomi diperkenalkan bertujuan mewujudkan perpaduan pelbagai kaum, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. 1.2 Memperbanyakan peluang pekerjaan, merapatkan jurang perbezaan luar bandar dan bandar, serta mewujudkan pembangunan yang seimbang. 1.3 Dapat juga melahirkan bangsa yang berdaya saing, mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. 2. DASAR-DASAR EKONOMI 2.1 Dasar Pertanian Negara. 2.2 Dasar Perindustrian Negara 2.3 Dasar Induk Perindustrian Kedua 2.4 Dasar Perindustrian Berat 2.5 Dasar Persyarikatan Malaysia 2.6 Dasar Perswastaan 2.7 Dasar Sogoshosa 2.8 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara 2.9 Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam 2.10 Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia.

1. 2. 3. 4.

*PERHATIAN. Dasar yang diperkenalkan Latar Belakang Dasar-dasar Objektif Strategi dan Pelaksanaan

*Bila membaca/mengulang kaji/ membuat tugasan, perkara2 ini perlu diambil perhatian.

Contoh seperti di bawah

DASAR SOGOSHOSA
LATAR BELAKANG DASAR 1. Dilancarkan pada 1982 2. Konsep yang diperkenalkan di Jepun bermaksud syarikat perdagangan am. 3. Pengalaman kejayaan negara Jepun mendorong kerajaan bertujuan membantu negara dalam pasaran eksport dan kerja luar melalui rangkaian antarabangsa. OBJEKTIF 1. Menggalakkan eksport barang dari pengguna tradisional kepada pengguna baru. 2. Pemindahan teknologi dan pengetahuan 3. Usahasama pelaburan dalam industri di Malaysia dan peluang pengembangan diperingkat antarabangsa 4. Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport. STRATEGI & PELAKSANAAN Wujudkan Sogoshosa selaras dengan Dasar Persyarikatan Malaysia. Bantuan dan kemudahan diberi kepada syarikat tanpa ketepikan syarikat perdagangan am lain Galakkan syarikat-syarikat di Malaysia mempelbagaikan barangan eksport untuk pasaran luar. Galakkan dari kerajaan; Pengecualian cukai Galakkan kewangan bagi membantu melaksanakan kegiatan eksport. Galakkan untuk mencari pasaran baru di seberang laut Khidmat nasihat, maklumat, kerjasama kepada syarikat yang beroperasi di luar negara melalui wakil-wakil perdagangan Malaysia di seberang laut. Read more: Nota Pengajian Am K1 Dasar Dalam Negara ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/06/nota-pengajian-am-k1-dasar-dalamnegara.html#ixzz1jUJ7HdAu

1. 2. 3. 4. 4.1 4.2 4.3 4.4

DASAR DALAM NEGARA (Dasar Sosial, Pentadbiran & Dasar Lain)


9:18 AM Cikgu Zainal No comments

DASAR DALAM NEGARA

Mari belajar dari Jepun.

DASAR SOSIAL DAN PENTADBIRAN Serta DASAR AWAM LAIN.


1. PENDAHULUAN 1.1 Dasar sosial dan pentadbiran yang diujudkan oleh kerajaan bertujuan untuk mencapai pembangunan seimbang yang akan melahirkan perpaduan kaum. 1.2 Di samping itu bertujuan juga untuk melahirkan sumber manusia yang mantap dalam menghadapi cabaran dan saingan globalisasi. 2. DASAR SOSIAL & PENTADBIRAN 2.1 Dasar Pendidikan Negara. 2.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 2.3 Dasar Pandang Ke Timur. 2.4 Dasar Kepimpinan Melalui Teladan. 2.5 Dasar Bersih, Cekap,Dan Amanah. 2.6 Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran. 2.7 Dasar Urbanisasi Negara. 2.8 Dasar Telekomunikasi Negara. 2.9 Koridor Raya Multimedia (MSC) 2.10 Dasar kependudukan Negara. 2.11 Dasar Sosial Negara. 2.12 Dasar Wanita Negara. 3. DASAR AWAM LAIN. 3.1 Dasar Keselamatan Jalan Raya (KEJARA). 3.2 Dasar Sains dan Teknologi. 3.3 Dasar Wawasan Negara.

*PERHATIAN. 1. Latar Belakang Dasar-dasar 2. Objektif 3. Strategi dan Pelaksanaan

*Bila membaca/ mengulang kaji/ membuat tugasan perkara-perkara ini perlu diambil perhatian

Contoh seperti di bawah: Tugasan "Dasar Pandang Ke Timur"

Pandang ke Timur itu "Pandang diri sendiri".

DASAR PANDANG KE TIMUR


LATAR BELAKANG DASAR 1. Di umumkan pada 1982 dalam Persidangan Tahunan Ke 5 MAJECA/JAMECA. 2. Kejayaan Jepun dan Korea Selatan dijadikan contoh untuk membangun Negara dari segi pengurusan dan pembangunan sektor awam. 3. Aspek yang boleh dicontohi ialah; 3.1 Teknologi canggih, 3.2 Disiplin, Kerajinan, dan kesetiaan. 3.3 Etika kerja, kecekapan dan pengurusan berkesan OBJEKTIF 1. Mengukuhkan nilai murni dan sikap rakyat.

2. Mewujudkan masyarakat memiliki etika kerja positif. 3. Prestasi pengurusan dan pembangunan Negara yang meningkat. 4. Jalin hubungan perdagangan dengan Negara Timur serta Barat. STRETEGI & PELAKSANAAN 1. Menjalin hubungan baik dan kerjasama dalam bidang perindustrian, penyelidikan, teknikal pengurusan dan ekonomi dengan Jepun dan Korea Selatan. 2. Menghantar pelajar dan pegawai-pegawai ke negara berkenaan bagi mempelajari bidang teknikal dan pengurusan. Read more: DASAR DALAM NEGARA (Dasar Sosial, Pentadbiran & Dasar Lain) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/06/dasar-dalam-negara-dasarsosial.html#ixzz1jULsMVme

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.


(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli manamana satu Majlis Parlimen jika-(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di manamana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan. (2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian. (3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)-(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia-(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau (b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau (c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan. (5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

_________________________________________ CATATAN Per. 48: 1. Lihat Per. 47. 2. Fasal (1): (a) Akta 10/1960, seksyen 7, berkuat kuasa dari 31-5-1960, memasukkan perkataan "atau ke Dewan Undangan sesuatu negeri" dalam perenggan (d) dan menggantikan perkataan "dua tahun" dalam perenggan (e) dengan "satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit". Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-91963, memasukkan perkataan "(atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam sesuatu Negeri Borneo atau di Singapura)" dalam perenggan (e). (b) Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976, menggantikan perkataan "sesuatu Negeri Borneo" dalam perenggan (e) dengan "Negeri Sabah atau Sarawak". (c) Akta A354, seksyen 15, berkuat kuasa dari 27-8-1976, menggantikan perkataan "satu negara asing" dalam perenggan (f) dengan "mana-mana negara di luar Persekutuan". 3. Fasal (2): Lihat Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]. 4. Fasal (3): Perkataan "atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu" dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 7(c), berkuat kuasa dari 31-5-1960. 5. Fasal (4) dan (5): Ditambahkan oleh Akta A566, seksyen 6, berkuat kuasa dari 16-12-1983. 6. Fasal 6: Ditambahkan oleh Akta A767, seksyen 2, berkuat kuasa dari 11-5-1990.

Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.
(1) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis itu maka kerusinya hendaklah menjadi kosong. (2) Jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dipilih ke Dewan Rakyat atau jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara dipilih atau dilantik ke Dewan Negara atau jika pemilihan atau pelantikan mana-mana satu Majlis Parlimen adalah berlawanan dengan Perkara 49, maka pemilihan atau pelantikan itu adalah terbatal. (3) (Dimansuhkan). (4) Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sah untuk dipilih sebagai ahli ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau dilantik dengan sah ke Dewan Negara tanpa persetujuannya.

Perkara 44. Keanggotaan Parlimen. Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara. (1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahli-ahli dipilih dan dilantik seperti yang berikut: (a) dua orang ahli bagi setiap Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan (aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan (b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli. (3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tersentuh dengan pembubaran Parlimen. (3A) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus atau selainnya: Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telahpun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara ialah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Fasal ini seorang ahli Dewan Negara, maka dia boleh terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian selama baki tempoh jawatannya. (4) Parlimen boleh melalui undang-undang (a) menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga; (b) memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu; (c) mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan ahli dilantik. Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat. (1) Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih. (2) Maka hendaklah ada (a) dua ratus sembilan orang ahli dari Negeri-negeri di Malaysia seperti yang berikut: (i) dua puluh enam orang ahli dari Johor; (ii) lima belas orang ahli dari Kedah; (iii) empat belas orang ahli dari Kelantan; (iv) enam orang ahli dari Melaka;

(v) lapan orang ahli dari Negeri Sembilan; (vi) empat belas orang ahli dari Pahang; (vii) tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang; (viii) dua puluh empat orang ahli dari Perak; (ix) tiga orang ahli dari Perlis; (x) dua puluh lima orang ahli dari Sabah; (xi) tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak; (xii) dua puluh dua orang ahli dari Selangor; dan (xiii) lapan orang ahli dari Terengganu; dan (b) tiga belas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya seperti yang berikut: (i) sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; (ii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan; (iii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen. Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli (a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun; (b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48. Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di manamana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada manamana negara di luar Persekutuan. (2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh

undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian. (3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2) (a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia (i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau (ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau (b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau (c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan. (5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Kelayakan menjadi ahli Parlimen 47. (a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun; (b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48. Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen 48. untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di

Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana Negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana Negara di luar Persekutuan. (2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian. (3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak boleh dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, daritarikh

orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah satu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2) (a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia (i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau (ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau (b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau (c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang

dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilngan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan. (5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikhpelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan Peruntukan melarang dua keahlian

Rakyat Mahu Malaysia Tanpa UMNO


By Anwar Ibrahim 0 Comments Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Anwar, Demokrasi, Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Penerbitan, Persidangan, Pilihanraya, Politik, Program and Umno Harakah ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi. Justeru itu, rakyat mahu Malaysia Tanpa Umno, ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya, katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi. Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat. Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat. Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa, jelasnya. Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat. Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak. Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat, ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala, katanya lagi. Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat. Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno, ujarnya. Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga. Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat, katanya. Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya. Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit. Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020. Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang, katanya. Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno. Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan. Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.

Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal. Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam, katanya. 14 Jan

Jangkaan Pilihan Raya Mengejut, PR Tuntut Kerajaan Bersih


By Anwar Ibrahim 0 Comments Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Persidangan, Pilihanraya, Politik and Program The Malaysian Insider ALOR SETAR, 14 Jan Pakatan Rakyat (PR) yang memulakan konvensyen kebangsaannya hari ini di bersedia untuk menghapuskan Malaysia dari rasuah dan pembaziran sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai Putrjaya. Dengan sumber pilihan raya akan diadakan tahun ini, pemimpin-pemimpin PKR mengetengahkan masa untuk mereka mengalami perubahan dalam ucapan pembukaan mereka di Stadium Sultan Abdul Halim di sini. Mereka mendakwa dengan bukti-bukti penyelewengan kerajaan dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan keadaan hutang negara yang terus meningkat, kerajaan telah lama menyalahgunakan kuasa mereka. Negara ini kotor untuk 53, 54 tahun. Ini ialah risiko besar Pakatan Rakyat, Naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberitahu sekumpulan 2,000 para perwakilan pembangkang dan penyokong-penyokong mereka. Kita perlu bekerja bersama-sama dan menghapuskan BN dalam pilihan raya umum berikutnya membersihkan negara kami yan tercinta. Timbalan presiden PAS, Mohd Sabu berkata BN akan terus untuk mengalirkan kekayaan negara jika terus berkuasa dan menegaskan bahawa satu undi untuk PR ialah satu undi untuk satu masa depan lebih baik. Slogan mereka ialah BN menang, rakyat senang, tetapi kami mengatakan BN menang, muflis Malaysia, katanya. Tetapi Mohamad, dikenali umum sebagai Mat Sabu, menyampaikan peringatan dengan menunjukkan yang kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menjadi kenyataan jika parti komponen pakatan pembangkang bekerja berganding bahu dan berpaksikan landasan bersama-sama. Kami yakin kami boleh mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 jika kami bersatu, katanya.

Menggunakan pembebasan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sebagai batu loncatan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata walaupun ketua pembangkang sekarang bebas daripada tuduhan liwat, orang ramai belum bebas. 901 adalah satu sumber inspirasi untuk orang ramai menolak Umno dan kami akan menolak mereka dalam pilihan raya berikutnya, katanya. Konvensyen, PR ketiga, dijangka untuk fokus pada empat dasar utama untuk menarik lebiih ramai pengundi, dalam persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan


post info
By Anwar Ibrahim UncategorizedCategories: 0 Comments

Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini. Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan cubaan meliwat dan cubaan seks oral. Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral. Dia (Saiful) tidak sebut cubaan tetapi liwat dan seks oral, katanya. Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan cubaan liwat dan cubaan seks oral. Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral. Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful. Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan. Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai cubaan? soal Karpal. Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu. Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor. Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan. Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat. Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian. Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful. Maklumat penting lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak. Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan. Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat, kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.

Hukuman kes Adam Adli pengajaran buat pelajar IPT Berita Harian
January 11, 2012

11 JAN Keputusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim selama tiga semester mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menganggap tindakan terhadap pelajar tahun akhir jurusan Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu sebagai menindas, bermotifkan politik dan jelas menghalang pelajar daripada menyuarakan pandangan. Suara protes itu bukan saja dikeluarkan pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang seiring dengan perjuangan mereka. Parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan turut melemparkan kecaman sama kepada UPSI dengan menyatakan universiti itu bertindak keterlaluan. Adam Adli, 22, dilaporkan menurunkan bendera dengan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, 17 Disember lalu. Di atas tindakannya itu Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UPSI mendapati tindakannya itu merosakkan dan memudaratkan nama baik universiti, pelajar serta kakitangan UPSI. Tindakannya juga dilihat boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Kita berpendapat tindakan dikenakan itu bukanlah bersifat menghukum tetapi lebih sebagai pengajaran. Pengajaran yang dimaksudkan bukanlah untuk Adam Adli seorang tetapi untuk semua pelajar universiti. Kes Adam Adli harus dijadikan iktibar kepada pelajar agar menghormati undang-undang dan lebih peka terhadap sensitiviti kelompok lain. Sebagai penuntut universiti, mereka juga sepatutnya menunjuk teladan baik yang boleh dicontohi masyarakat luar kampus, terutama generasi pelajar bagaimana menghormati pemimpin negara. Memang benar, bagi memberi makna kepada sistem demokrasi diamalkan negara, mahasiswa wajib diberi ruang berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam dan bersuara dengan lantang. Namun kebebasan dimaksudkan itu harus digunakan secara bertanggungjawab dan dalam ruang lingkup undang-undang. Ia harus digunakan untuk membawa kebaikan dan bukan menimbulkan kemarahan orang lain dengan menghina pemimpin negara. Sebagai bakal pendidik, Adam Adli harus sedar bahawa jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari. Segala tindak tanduk diperhati dan menjadi ikutan anak didiknya kelak. Sekiranya tidak diperbetul tingkah lakunya yang lebih cenderung mengikuti emosi, tidak mungkin beliau boleh melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dengan bijaksana. Di atas hujah ini, Adam Adli harus menggunakan tempoh rehat yang diberikan kepadanya untuk muhasabah dan memperbetulkan dirinya agar dapat menjadi pendidik yang mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Dalam pada itu, kita berharap tidak wujud batu api yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan politik sempit pihak tertentu. Berita Harian

Dr Novandri Hasan Basri Seperti yang kita ketahui, kes liwat Anwar Ibrahim telah ditunda sekali lagi. Alasan kali ini ialah peguambela Anwar Ibrahim telah mendapatkan laporan perubatan Shaiful Bukhari.

Dan seorang pakar daripada Melbourne, Australia Dr David Lawrence Noel Wells telah dilantik untuk mengkaji laporan tersebut. Doktor itu dikatakan bertugas di Victoria Institute of Forensic Medicine. Yang menariknya kali ini ialah peguambela Anwar Ibrahim turut ingin tahu tahap kepakaran doktordoktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun satu dunia sudah tahu bahawa tiga doktor yang memeriksa Shaiful Bukhari adalah doktor pakar. Peguambela juga ingin tahu sama ada doktor-doktor tersebut pernah melakukan pemeriksaan ke atas mangsa liwat sebelum ini. Penulis melihat strategi peguambela Anwar Ibrahim menarik tetapi juga pelik kerana doktor yang memeriksa Shaiful Bukhari di Hospital Pusrawi hanyalah seorang doktor perubatan biasa yang tidak mempunyai kepakaran dan pastinya tidak pernah melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa liwat. Akan tetapi peguambela tetap berpegang teguh kepada penemuan yang dicatit oleh doktor tersebut! Di manakah rasionalnya peguambela Anwar Ibrahim beria-ia inginkan status ilmu pakar Hospital Kuala Lumpur tetapi tidak pula terlintas untuk meragui pemeriksaan kesihatan seorang doktor biasa yang dari segi ilmu perubatan, tidak layak untuk melakukan pemeriksaan ke atas kes yang melibatkan medico-legal? Untuk perhatian semua, doktor biasa seperti doktor di Hospital Pusrawi tidak layak untuk membuat sebarang pemeriksaan ke atas kes medico-legal kecuali jika pesakit tersebut di dalam bahaya seperti pendarahan teruk dan sebagainya. Sebarang kes medico-legal mesti mengikuti protokol forensik yang rapi dan standard. Ini adalah kerana penemuan tersebut bakal dipersoalkan di dalam bilik mahkamah dan pakar perubatan tersebut tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Jika mereka tersilap atau terlupa, kes tersebut boleh diketepikan oleh mahkamah di atas kesilapan teknikal walau pun bukti-bukti lain kukuh dan yang bersalah memang bersalah! Senario di atas tentu mengingatkan kita kepada kes liwat Anwar Ibrahim yang pertama di mana

pengulungan akhir telah menyebutkan dengan jelas bahawa segala bukti yang dikemukakan menjuruskan Anwar Ibrahim terlibat di dalam aktiviti tidak bermoral itu tetapi beliau dilepaskan dek kesilapan-kesilapan teknikal. Penulis melihat strategi 'ingin tahu kepakaran doktor-doktor perubatan HKL' sebagai satu lagi tektik untuk melengah-lengahkan kes. Begitu juga dengan tindakan peguambela Anwar Ibrahim yang hanya melantik seorang pakar iaitu Dr David Lawrence Noel Wells dan bukannya turut menamakan dua doktor lain yang telah mereka lantik pada 18 Februari 2010. Mereka ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia dan Dr C Damodaran dari Chennai, India. Kenapa Dr David Lawrence sahaja? Apakah peguambela Anwar Ibrahim sengaja menamakan seorang doktor sahaja untuk melengahlengahkan lagi kes liwat Anwar Ibrahim? Penulis beranggapan demikian kerana peguambela Anwar Ibrahim boleh mendakwa bahawa mereka tidak berpuas hati dengan laporan Dr David Lawrence. Oleh kerana itu mereka akan meminta mahkamah menangguhkan lagi kes kerana mereka inginkan masa untuk dua doktor lain yang mereka lantik itu mengkaji dahulu laporan perubatan Shaiful Bukhari! Tidakkah itu namanya tektik melengah-lengahkan kes?

2 Sudut Yang Berlainan Mengenai Isu Adam Adli?


Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami simpulkan di sini ada 2 perkataan yang sesuai mengenai isu Adam Adli ini daripada 2 sudut yang berbeza dalam keadaan negara hari ini : 1) Tidak fikir panjang : Ya.benar, apa yang dilihat sebenarnya tindakan Adam Adli kurang cerdik di mana Adam Adli masih lagi memegang status sebagai seorang pelajar universiti, ranjau dalam bidang pendidikan masih panjang lagi melainkan beliau (Adam Adli) datang daripada keluarga yang berkedudukan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bekerja. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara apatah lagi demi perjuangan. 2) Berani : Yatidak boleh dinafikan juga, Adam Adli dilihat berani menanggung risiko dan Adam Adli telah tunjukkan generasi muda/pelajar pun dah mula bersuara lantang. Apa yang Adam Adli telah lakukan hari ini akan termaktub dalam sejarah negara.

[Isu Adam Adli] Sejarah sudah membuktikan kuasa dikalangan mahasiswa mempunyai pengaruh yang cukup kuat sehingga mampu mengurangkan majoriti kerajaan dalam pilihanraya umum Ke-3 pada tahun 1969 seterusnya tsunami politik yang pertama kalinya berlaku hasil gerakan, jelajah, suara & peranan mahasiswa sendiri pada masa itu. Dan akhirnya selepas MAGERAN dihentikan & parlimen dibuka semula sejak dibubarkan selepas tragedi 13 Mei 1969, AUKU mula diperkenalkan pada tahun 1971. Kekuatan mahasiswa tidak boleh dipandang rendah.
y y

mahasiswa mampu menggulingkan kerajaan mahasiswa juga mampu memberikan kekuatan yang luar biasa kepada kerajaan untuk bergerak dengan lebih pantas

Di atas kertas sememangnya AUKU diperkenalkan bagi mengelakkan pelajar terlibat dengan politik kepartian dan sibuk dengan berpolitik tetapi hakikatnya yang tidak boleh diselindung, AUKU ditubuhkan untuk menyekat suara-suara mahasiswa yang menentang kerajaan. Itu faktanya. Kenapa kami katakan begitu? Kalau benarlah undang-undang ini mahu mahasiswa lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran tanpa terlibat dengan politik yang dikatakan mampu menjejaskan prestasi mereka. Kerajaan juga patut juga meneliti & menimbangkan: Akta-akta tambahan selain daripada AUKU patut diperkenalkan iaitu :

1. Akta Untuk Maksiat Universiti (AUMU) Berapa pelajar universiti yang terjejas teruk dek kerana hawa nafsu dengan melakukan maksiat sehingga menyebabkan kurang tumpuan dalam menguasai ilmu 2. Akta Untuk Hiburan Universiti (AUHU) Berapa ramai pelajar yang lebih gemar berhibur sehingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu juga semakin kurang 3. Akta Untuk Rempit Universiti (AURU) Berapa ramai pelajar-pelajar yang lebih suka lumba motor hingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu semakin kurang

Moralnya di sini, banyak lagi perkara-perkara lain yang menjadi faktor pelajar mengurangkan tumpuan menguasai ilmu tetapi kenapa nampak bab POLITIK sahaja??? Teringat kami dengan kata-kata oleh Profesor Madya Dr. Azmi Sharom (penysrah Undangundang Universiti Malaysia) mengenai AUKU :

The stand of the Government as well as the dissenting judge is that the UUCA is there to prevent students from getting involved in politics and thus being distracted from their studies. This too does not make sense. Having been a student myself and having taught them for 21 years, let me assure you that young people can get distracted from their studies by a million and one things and chances are unless you are some serious political nerd, politics is not going to be on that list. We might as well ban students from playing online games if we are so concerned about their focus on studying. Dr Azmi Sharom
It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.

Nampak?

2 Sudut Yang Berlainan Mengenai Isu Adam Adli?


Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami simpulkan di sini ada 2 perkataan yang sesuai mengenai isu Adam Adli ini daripada 2 sudut yang berbeza dalam keadaan negara hari ini : 1) Tidak fikir panjang : Ya.benar, apa yang dilihat sebenarnya tindakan Adam Adli kurang cerdik di mana Adam Adli masih lagi memegang status sebagai seorang pelajar universiti, ranjau dalam bidang pendidikan masih panjang lagi melainkan beliau (Adam Adli) datang daripada keluarga yang berkedudukan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bekerja. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara apatah lagi demi perjuangan.

2) Berani : Yatidak boleh dinafikan juga, Adam Adli dilihat berani menanggung risiko dan Adam Adli telah tunjukkan generasi muda/pelajar pun dah mula bersuara lantang. Apa yang Adam Adli telah lakukan hari ini akan termaktub dalam sejarah negara.

Respon Selepas Tindakan Adam Adli?


Cumacumanya kami lihat tindakbalas mereka-mereka yang berkenaan terhadap provokasi yang dilakukan oleh pelajar ini (Adam Adli) amat memalukan. Andai pelajar ini termasuklah Adam Adli dilihat keterlaluan dan kurang cerdik daripada segi tindakannya, maka tidak perlulah membalas provokasi ini secara melulu seperti yang dilihat baru-baru ini. Kalau begitu, apa beza anda dengan Adam Adli? Sekarang ini kalangan mahasisiwa telah bersuara, persoalannya sekarang ini bagaimana Datuk Seri Najib mahu menangani isu ini?
y y

Kalau AUKU tiada nanti, ada sesetengah pelajar akan gunakan kebebasan yang ada untuk menghalalkan semua perbuatan mahasiswa pula Kalau ada AUKU pun ada yang tak cerdik nak buat benda-benda pelik apatah lagi kalau dah bebas nanti

Bagi kami, undang-undang tetap perlu ada sebagai langkah kawalan tetapi bezanya di sini undang-undang yang terang-terang menyekat perkembangan mahasiswa patut dilupuskan. Itu pandangan kami.

Anda mungkin juga menyukai