Anda di halaman 1dari 6

LATAR BELAKANG

Cadangan menubuhkan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah diusulkan dengan tujuan untuk memperingati jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan; Perdana Menteri Malaysia yang pertama; dan juga Bapa Malaysia. Maka sebagai mengambil sempena ulang tahun kelahiran Y.T.M. Tunku yang ke-63 pada 8 Februari 1966, Utusan Melayu telah melancarkan satu kutipan derma untuk menubuhkan satu Tabung Pendidikan Tunku Abdul Rahman dengan tujuan utamanya untuk membantu pelajar-pelajar Melayu di peringkat pengajian tinggi. Pelancaran pungutan derma itu telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak; ahli-ahli UMNO, KerajaanKerajaan Negeri, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan dan juga individu-individu dari berbagai keturunan. Memandangkan bahawa yayasan sedemikian patut dijadikan satu institusi nasional, maka Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan YTAR yang wujud seperti sekarang ini melalui suatu Akta Parlimen yang dipanggil Akta Tabung Yayasan Tunku Abdul Rahman Bilangan 43, Tahun 1966 pada 15 Julai 1966. Dengan itu, persetujuan telah dicapai supaya peluang bantuan pelajaran dan biasiswa YTAR ini dibuka kepada semua pelajar Malaysia tanpa mengira keturunan kaum dan agama. Pengerusi pertama YTAR, Y.B. En. Khir Johari (kini Tan Sri) telah dilantik atas nama peribadinya pada 1966. Pada 16 April 1974 Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Menteri Pelajaran (Pendidikan) Malaysia menjadi Pengerusi YTAR atas nama jawatannya. Pada 26 Mac 2004, YTAR yang sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pejabat YTAR terletak di A-10-12, Menara UOA Bangsar, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur.

YTAR ditadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada : a) Menteri Pengajian Tinggi yang dilantik atas nama jawatannya sebagai Pengerusi; b) Seorang wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; c) Seorang wakil Perbendaharaan; d) Enam orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi; dan e) Ketua Eksekutif YTAR. VISI & MISI Visi Menjadi sebuah organisasi yang cekap, telus dan berwibawa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang menjulang kecemerlangan universiti tempatan. Misi

Memberi biasiswa berprestij dan melahirkan "Tunku Scholars". Menggalakkan dan menghargai kecemerlangan dalam pendidikan tinggi; dan Meningkatkan saiz dana melalui pelaburan. OBJEKTIF Menguruskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT yang cemerlang di dalam akademik dan ko-kurikulum dan mempunyai sifatsifat kepimpinan dan keperibadian Al-Marhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Objektif utama Yayasan Tunku Abdul Rahman sekarang adalah untuk memelihara dan menempatkan di tempat yang sepatutnya tinggi, nama besar Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Bapa Kemerdekaan, untuk dikenal dan diingati oleh generasi muda Malaysia. Untuk mencapai hasrat ini, Yayasan Tunku menjalankan tiga program utama setiap tahun iaitu: Abdul Rahman

a) b) c)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dermasiswa Tunku Abdul Rahman Pertandingan Pidato Kemerdekaan Peringkat IPT(dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia MADUM)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini dikendalikan oleh YTAR sebagai suatu biasiswa yang berprestij dan eksklusif. Biasiswa ini dibuka kepada pelajar program sarjana muda di universiti tempatan yang baru tamat pengajian tahun pertama. Calon yang berjaya mestilah mempunyai p.n.g.k. minimum 3.50, aktif dalam ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berkemahiran berhujah dalam bidang selain daripada bidang pengajian mereka dan memperlihatkan sifatsifat murni Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Bilangan penerima BTAR dihadkan kepada 30 orang sahaja setahun. Permohonan diterima sepanjang bulan Mac setiap tahun. Pemohon yang menyertai tahun satu program ijazah pertama pada bulan Julai tahun sebelumnya, boleh memohon dengan syarat telah memperolehi keputusan p.n.g. minimum 3.50 dalam semester pertama, dan disokong oleh TNC(HEP) dari segi penglibatan dalam bidang ko-kurikulum. Biasiswa akan dibayar meliputi kos bermula bulan Julai tahun yang sama, tetapi tidak meliputi kos yang ditanggung oleh pelajar pada tahun pertama. Namun pelajar yang tamat pengajian ijazah pertama dengan p.n.g.k melebihi 3.50 berkemungkinan dibantu dengan YTAR membayar balik bagi pihaknya, pinjaman institusi yang diambil untuk tahun pertama itu. Yayasan Tunku Abdul Rahman juga menganugerahkan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Dermasiswa ini dikeluarkan oleh YTAR dalam bentuk membayar balik sebahagian daripada pinjaman PTPTN yang telah diambil oleh graduan untuk menampung pengajian mereka di peringkat ijazah pertama. Skim dermasiswa ini bertujuan membantu beberapa orang graduan baru IPTA tempatan yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan, telah mencapai tahap akademik yang cemerlang dan pada masa yang sama telah aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di peringkat universiti. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan diproses mulai setiap 1 Oktober untuk memilih

bakal penerima yang akan diumumkan pada bulan Disember atau Januari. Pertandingan Pidato Kemerdekaan Peringkat IPT ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman semenjak tahun 2008. Pertandingan ini adalah satu pertandingan tetap dalam kalendar tahunan MADUM, dan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh universiti tempatan yang bergabung dengan MADUM. Siri pertandingan pidato bertujuan mencungkil bakat berpidato dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Pertandingan Pidato Kemerdekaan diadakan pada bulan kemerdekaan setiap tahun. Ia memerlukan pelajar membuat persediaan dengan cara menyelidik dan mencari hujah-hujah berkaitan pencapaian serta pengisian kemerdekaan, dan dalam memperkatakan mengenainya, terusmenerus mengabadikan nama dan ingatan kita kepada Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

PENERANGAN MENGENAI LOGO Pengenalan: Logo YTAR ini disalur galurkan daripada logo peribadi Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman (Tunku) yang telah diubahsuaikan untuk kegunaan YTAR.

Penerangan:

Kubbah masjid: melambangkan nilai-nilai murni yang didokong oleh agama Islam seperti kesucian, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya. Bunga Raya: Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Justeru, ia melambangkan bahawa YTAR adalah satu pertubuhan bersifat nasional bukan kenegerian atau berasaskan etnik. Sumbangan YTAR harus melintasi semua warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama. Obor: Obor melambangkan penyuluh ke arah pencarian ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang itu menjadi insan yang berilmu, berketerampilan, berfikiran terbuka dan berakhlak tinggi. Ini sejajar dengan fungsi YTAR memberi bantuan untuk pengajian tinggi. 'Sphinx': Pada satu ketika Tunku pernah memenangi satu hadiah berupa hasil seni aneh yang mempunyai gambar 'sphinx' (raksaksa dalam mitos Yunani purba). Sphinx ini juga terdapat pada logo sesetengah universiti di Britain, termasuk sebuah kolej di Universiti Cambridge tempat Tunku menuntut. Ia melambangkan aspirasi YTAR menjadi sebuah petubuhan yang kukuh, besar dan terkenal. Warna Emas: Ia melambangkan unsur diraja yang berkaitan dengan asal-usul Tunku sebagai seorang putera raja. Warna Biru: Melambangkan cinta, harmoni, kesepakatan, dan perpaduan yang dicita-citakan supaya wujud dan bersemarak di kalangan masyarakat Malaysia. PIAGAM PELANGGAN

Memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan Borang Permohonan; Mengeluarkan surat tawaran biasiswa dan Borang Perjanjian kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat kelulusan Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YTAR;

Membuat bayaran kepada pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja setelah surat perjanjian biasiswa disempurna dan dikembalikan; Menyalurkan bayaran kepada penerima biasiswa yang sedia ada dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima laporan prestasi akademik yang memuaskan dari pelajar; Memberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja kepada pertanyaan dan aduan pelanggan; Mengguna pakai pendekatan mesra pelanggan dalam semua urusan.

Anda mungkin juga menyukai