Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan hubungan luar Malaysia 1.

Menjamin keselamatan & keamanan dunia Malaysia menjalinkan hubungan baik antara negara untuk mengelakkan belaku konflik atau peperangan. Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 2. Menjaga ekonomi global Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi gobal dapat berkembang melalui perdagangan bebas dijalankan ,pertukaran mata wang dan meningkatkan kegiatan ekonomi negara supaya mampu bersaing di peringkat global. 3. Perkembangan ekonomi negara Tarikan pelaburan asing, pemindahan teknologi melalui projek usaha sama , meluaskan pasaran barangan negara, mewujudkan segi tiga pertumbuhan ekonomi dan banyak lagi kepentingan yang dapat dicapai/nikmati melalui dasar luar yang diamalkan. Sebagai Contoh, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing telah digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea 4. Bebas Dari Ancaman Bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan pentadbiran dan politik negara.Contoh: Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dengan menjalin hubungan yang baik dengan negara Blok Timur dan Blok Barat supaya tidak diancam oleh mana-mana pihak 5. Menangani jenayah dan gejala sosial: Malaysia dan negara serantau bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa Contohnya: pemerdagangan orang dan pengedaran dadah 6. Mengatasi ancaman luar Keselamatan negara terjaga jika Malaysia menjalin hubungan luar. Selain itu, bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan pentadbiran dan politik negara. Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan dan mengekalkan kestabilan politik