Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. Menjamin kestabilan politik negara kita.


 hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil.
 Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.
 Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi
anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan.
 Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau.

2. Memakmurkan ekonomi negara.


 penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang
berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian
produk dan khidmat.
 Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .
rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan

3. Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali.


 Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan
diri dalam konflik antarabangsa dan serantau.
 telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara. Penubuhan NAM telah
berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman.
 Malaysia mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau
seperti negara Thailand dan Indonesia

4. Memudahkan bantuan .
 menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan
mereka .
 Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat Malaysia
mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara
Indonesia apabila berlakunya gempa bumi di negara Indonesia.

5. Meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.


 menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti yang tersohor,kerjasama akademik telah
dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain
 Universiti tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara serantau agar taraf
pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana bersekutu bertambah mutu.
 Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan
sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .
2.1 Kepentingan Keselamatan

Kebanyakkan negara-negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain adalah atas
kepentingan menjaga keselamatan negara. Sebagai contoh menyingkap tirai sejarah Jerman pada
tahun 1870 – 1890, iaitu selepas penyatuan negara Jerman, Bismarck iaitu pemimpin negara Jerman
ketika itu telah mengambil langkah strategik dengan mengadakan hubungan diplomatik di peringkat
antarabangsa iaitu di antara Jerman-Austria-Hungary dan juga negara Russia. Ini kerana Bismarck
beranggapan bahawa selepas Perancis tewas di tangan Prusia pada 1870-1871, (sebuah wilayah
sebelum penyatuan negara Jerman dibentuk), Perancis ingin menyerang balas terhadap Jerman.
Dengan membentuk satu pakatan di antara Jerman-Austria-Hungaray dan Russia, Bismarck berjaya
menjaga kepentingan negara Jerman daripada aspek keselamatan supaya tidak diserang balas oleh
Perancis.

2.2 Kepentingan Pertahanan

Terdapat juga negara-negara yang menjalin persahabatan dengan negara yang mempunyai
kekuatan ketenteraan supaya negaranya mendapat perlindungan daripada diserang oleh negara
yang lebih kuat pengaruhnya. Contoh yang jelas ialah apabila negara Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain
dilihat menjadi rakan baik kepada Amerika Syarikat dikala terdapat negara-negara Arab yang lain
seperti Iraq dan Afghanistan yang telah diserang oleh Amerika Syarikat. Amerika

2.3 Kepentingan Dan Kebergantungan Sumber Semulajadi

Terdapat juga sesebuah negara yang menjalinkan hubungan dengan negara luar atas dasar menjaga
kepentingan kebergantungan sumber semulajadi seperti air dan minyak. Sebagai contoh yang paling
klasik ialah tentang Perjanjian Bekalan Air Johor-Singapura. Kedudukan Singapura dianggap sebagai
“water-stressed country” kerana mengalami kekurangan sumber bekalan air yang mana Singapura
amat bergantung kepada Johor bagi mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung
keperluan negara tersebut dari segi kepesatan ekonomi dan bagi menampung peningkatan populasi.
Justeru itu pihak Jabatan Air, Public Utilities Board, Singapore (PUB) telah merangka strategi untuk
memastikan bekalan air Singapura mencukupi untuk menampung keperluan masa depan dan
mengurangkan pergantungan kepada bekalan air Johor. [6] PUB merupakan agensi yang terlibat
sepenuhnya dalam menguruskan perbekalan dan sumber air di Singapura seperti mengintergrasikan
sumber air termasuk penyediaan kolam air, sistem pengaliran, kerja-kerja pengairan, sungai dan
penambakan.

Pergantungan ini dilihat sebagai liabiliti kepada kedua-dua negara Singapura dan juga Malaysia. Ini
kerana ia melibatkan beberapa isu politik yang menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia
dan Singapura pernah tegang pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Namun begitu,
kedua-dua negara terus menjalinkan hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin kepentingan ini
tercapai serta keharmonian semangat kejiranan diantara dua negara dapat dijayakan. Malaysia kini
pada era pemerintahan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sedang dalam usaha membuat kajian
semula dalam perjanjian air Johor-Singapura. Malaysia berkepentingan menarik pelabur Singapura
untuk melabur di Malaysia dan sebaliknya Singapura masih bergantung kepada Johor untuk
membekalkan air kepada republik itu.
2.4 Kepentingan Untuk Mendapat Pengiktirafan Diperingkat Antarabangsa

Menurut Juegen Kleiner di dalam bukunya”Diplomatic practice between tradition and innovation”
kedaulatan dan pengiktifaran sesebuah negara itu dapat dicapai apabila negara tersebut mendapat
pengiktirafan hasil daripada mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Menurutnya lagi
sebagaimana yang terkandung di dalam “Article 14 of the Charter of the Organisation of American
States” yang telah dipinda pada tahun 1997, pengiktirafan adalah apabila sesebuah negara yang
menjalin hubungan diplomatik itu diterima oleh masyarakat antarabangsa dengan mematuhi
undang-undang antarabangsa sebagaimana seperti yang ternukil didalam perjanjian bilateral kedua-
dua negara[7].

Dengan ini jelas bahawa antara faktor yang membawa kepada hubungan diplomasi adalah apabila
sesebuah negara itu menginginkan negaranya mendapat pengiktirafan daripada masyakat
antabangsa yang mungkin atas sebab-sebab politik mahunun ekonomi. Contohnya kewujudan
negara Israel yang mana pemimpin Israel yang meraih simpati masyarakat antarabangsa khususnya
Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong penempatan kaum Yahudi di Palestin agar dapat
ditubuhkan satu negara yang berdaulat. [8]

2.5 Kepentingan Mewujudkan Aspek Keseimbangan Kuasa

Terdapat juga hubungan diplomatik yang dijalinkan atas dasar mewujudkan kesimbangan kuasa.
Memetik sejarah berkenaan dengan sumbangan Bismarck dalam menjamin keselamatan Jerman
selepas penyatuan negara tersebut antaranya ialah Bismarck tindakannya bagi memastikan bahawa
Perancis tidak mempunyai rakan sekutu di kalangan negara-negara Eropah. Stategi Bismack dengan
memencilkan Perancis ini adalah bagi memastikan Perancis tidak membalas dendam selepas kalah
dalam peperangan terhadap Jerman. Pada masa yang sama Bismack telah mengadakan hubungan
yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Rusia, Austria-Hungary. Pihak British ketika
itu iaitu pada tahun 1872, melihat terdapat peralihan dalam aspek keseimbangan kuasa di Benua
Eropah. Ini kerana Kerajaan British berpendapat bahawa Bismarck adalah seorang yang lebih
berpengaruh berbanding Napoleon III dan Odo Russell.
Melalui hubungan baik ini, Jepun dan Malaysia mendapat manafaat bersama dalam bentuk:

a) Jepun mendapat bekalan sumber bahan mentah untuk sektor pembuatannya seperti getah,
bijih timah dan petroleum;

b) Malaysia dapat menarik minat pelabur-pelabur Jepun untuk melabur di Malaysia. Manafaatnya,
Malaysia dapat meningkatkan pertumbuhnan ekonomi melalui peningkatan KDNK negara dan
menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia

Anda mungkin juga menyukai