Anda di halaman 1dari 18

HNS203 Kenegaraan

PENSYARAH : Encik Samri bin Sainuddin TUGASAN 3

6. Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan identitinya yang tersendiri. Pada pandangan anda sejauh manakah matlamat tersebut mampu dilaksanakan.

GROUP NAMA NO. MATRIK TARIKH HANTAR

: UPSI B02 : HOI CHING FENG : 20112053377 : 6 Mei 2012

ISI KANDUNGAN
Bil 1.0 2.0 2.1 2.2 2.3 2.31 2.32 2.33 2.34 2.4 2.5 Pengenalan Wawasan 2020 Cabaran-cabaran Wawasan 2020 Pembangunan Ekonomi Malaysia Transformasi Negara Gagasan 1Malaysia Program Transformasi Kerajaan (PTK) Model Baru Ekonomi (MBE) Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) Pencapaian Program Transformasi Kerajaan (PTK) 2011 Kesimpulan Rujukan Kandungan Halaman

3 34 46 67 78 89 9 10 10 12 12 -14 14 17 17 18

1.0 Pengenalan Malaysia telah bergerak jauh sejak lima tahun pertama rancangan sosioekonominya yang menentukan langkah dan hala tuju bagi pembangunan Negara. Berpandukan kejayaan dalam melaksanakan rancangan lima tahun yang berikutnya serta Dasar Ekonomi Baru yang merentasi tempoh dua puluh lima tahun semenjak 1970, kini Malaysia bergerak ke arah fasa baru yang lebih mencabar dalam pembinaan Negara. Hari ini, berpandukan Wawasan 2020, Malaysia disasarkan menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Pencapaian tersebut bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi politik, sosial dan kerohaniannya. Suatu wawasan yang dikongsi bersama sememangnya merupakan pra-syarat kritikal bagi kejayaan membina negara. Wawasan merupakan suatu imej mental tentang keadaan masa hadapan yang boleh dianggap secara jelas sebagai lebih baik dan lebih menarik berbanding dengan keadaan sekarang. Wawasan berperanan sebagai suatu matlamat atau idea yang diharapkan, iaitu dilihat sebagai sesuatu yang berfaedah untuk diusahakan. Wawasan memberikan panduan kepada hala tuju yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk bergerak, samalah seperti satu destinasi yang dikenal sebagai petunjuk kepada sesuatu perjalanan. Wawasan yang baik definisinya memberi fokus dan petunjuk kepada perumusan program semasa dan turut menghubungkan tindakan semasa dengan kejayaan matlamat masa hadapan. Suatu wawasan bersama berperanan sebagai magnet dengan menyatukan kepelbagaian kuasa di dalam sesebuah negara menuju matlamat yang sama. Oleh yang demikian, wawasan itu hendaklah berinspirasi dan membantu untuk membentuk aspirasi nasional yang dikongsi bersama. Negara yang rakyatnya tidak terikat antara satu sama lain atau tidak dipandu oleh suatu wawasan bersama telah sedia maklum bertengah lautan. Oleh itu, dalam proses membina negara, tugas penting kepimpinan ialah membentuk suatu wawasan yang dikongsi bersama. 2.0 Wawasan 2020 Wawasan 2020 terkandung di dalam ucapan dasar bekas Perdana Mentari Tun Mahathir Mohamad, di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Kandungan penuh visi dan matlamat wawasan ini terkandung dalam teks ucapan beliau yang berjudul Malaysia Melangkah Ke Hadapan, yang antara lainnya mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia dalam menyiapkan diri sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.
3

Wawasan 2020 merupakan satu dasar dan politik sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Wawasan ini merupakan sebagai garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara kita. Melalui wawasan ini, matlamat terakhir yang dicitakan ialah pembentukan sebuah Negara bangsa Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja, malahan akan merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, kerohanian dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi Negara yang benar-benar maju, bersatu, progresif dan makmur. Rakyat Malaysia akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam sebuah masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Menurut bekas Perdana Mentari Tun Mahathir Mohamad, matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan industri tidak akan tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategi, cabaran-cabaran yang kita hadapi sejak kelahiran negara ini sebagai negara merdeka. Cabaran-cabaran ini telah diterima ramai sebagai satu wawasan yang menjadi panduan dalam usaha membangunkan negara. Wawasan ini yang meliputi aspek-aspek dalaman dan luaran juga memberi matlamat negara dan arah tujuan untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. Tidak akan wujud Malaysia yang maju dengan sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran yang kita hadapi dalam tempoh tiga puluh tahun ini. Sebanyak sembilah cabaran yang digaris oleh bekas Perdana Mentari Tun Mahathir Mohamad yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai tahap negara yang maju dan progresif. 2.1 Cabaran-cabaran Wawasan 2020 Cabaran pertama ialah mewujudkan sebuah negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, menwujudkan integrasi di kelompok etnik dan wilayah, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas, tenteram dan maju, mempunyai keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang perolehi, dengan apa yang telah dicapai, cukup kuat menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat yang
4

bebas dan teguh, dan anggota-anggotanya yang penuh yakin dengan kebolehan masingmasing adalah prasyarat penting dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara yang benar-benar maju. Ini mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan. Cabaran ketiga ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. Mengamalkan suatu bentuk demokratis Malaysia, berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain. Cabaran Keempat yang sering kita hadapi ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan ertinya, dan utuh nilai keagamaannya. Budi pekerti yang luhur, nilai-niali moral, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu. Ia juga dapat membantu kea rah pembentukan masyarakat demokratis yang matang , bebas dan teguh yang kemudiannya nanti mampu melahirkan rakyat yang berkeyakinan diri. Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal, lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahu pun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. Cabaran Keenam ialah cabaran untuk membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. iaitu sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang. Cabaran Kelapan ialah untuk menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Menjamin pengagihan kekayaan secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. 1
1

Asnarulkhadi Abu Samah. (1997). Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang

2.2 Pembangunan Ekonomi Malaysia Pada pendapat saya, matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai pada tahun yang ditetapkan iaitu Tahun 2020. Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan identitinya yang tersendiri. Matlamat terakhir yang digaris dalam Dasar Wawasan 2020 ialah membentuk Malaysia menjadikan negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Pembentukan negara maju bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja, ia juga terlibat segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Namun begitu, bidang ekonomi memainkan peranan yang penting dalam kejayaan mencapai matlamat Wawasan 2020. Matlamat asal Wawasan 2020 yang digariskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK) perlu dipertingkatkan dari RM115 billion pada tahun 1990 kepada RM920 billion selepas tiga puluh tahun iaitu pada tahun 2020. Dalam tempoh tiga puluh tahun ini, Malaysia perlu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi pada 7 peratus secara puratanya setiap tahun untuk mencecah taraf negara maju yang berpendapatan tinggi. Namun demikian, di antara tahun 1991 dengan 2010, kadar pertumbuhan ekonomi hanya mencapai 5.4 peratus secara puratanya. Ini disebabkan Malaysia telah mengalami krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan tahun 1998, kelembapan ekonomi global tahun 2002, dan krisis ekonomi global terbaru ini. Oleh itu, kadar pertumbuhan ekonomi secara purata pada 9.1 peratus, prestasi yang kemuncak pada tahun 1990-an diheret hingga ke paras purata 5.4 peratus setiap tahun. Merujuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9, tahun 2006-2010), kadar pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada paras 6 peratus secara puratanya. Setelah melalui krisis ekonomi global antara tahun 2008 hingga 2009, ia telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi, pencapaian kadar pertumbuhan ekomoni RMK-9 hanya pada paras 3.2 peratus. Krisis ekonomi global ini mengakibatkan semua sektor gagal mencapai matlamat RMK-9, dan juga memperlahankan langkah kita untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, bekas Perdana Mentari, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi pada paras 10.3 peratus secara puratanya perlu dicapai dan dikekalkan oleh Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Kita boleh dapat melihat Malaysia masa kini menghadapi cabaran yang besar dan kritikal jika negara maju ingin dicapai. Diakui bahawa ini anggaran menetapkan matlamat yang tinggi Malaysia untuk gigih berusaha mencapaikan. Matlamat Wawasan 2020 ini kelihatan sukar untuk
6

dicapai, maka pihak kerajaan mengubahkan strategi iaitu merendahkan palang matlamat kadar pertumbuhan ekonomi kepada 5.4 peratus secara puratanya setiap tahun dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Kerajaan mengurangkan angka pendapatan perkapita sehingga USD15,341 (RM50,627) demi membolehkan Malaysia menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Angka pendapatan perkapita tersebut semata-mata untuk memenuhi syarat mnimum bagi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Terdapat tahu bahawa pencapaian kadar pertumbuhan ekomoni RMK-9 (tahun 20062010) hanya pada paras 3.2 peratus, namun pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi untuk Tahun 2010 dapat dicapai sebanyak 7.2 peratus secara puratanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berasa bangga bahawa kadar Tahun 2010 dapat dicapai pada paras 7.2 peratus. Ia menyifatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus sebagai pencapaian tertinggi ekonomi dalam tempoh 10 tahun. Beliau berkata negara mampu mengulangi pencapaian ekonomi yang membanggakan tahun tersebut jika momentum pertumbuhan ekonomi berterusan meskipun berhadapan dengan cabaran luar yang tidak menentu.2 Tidak dinafikan ekonomi Malaysia kelihatan bertambah baik berbanding dengan dahulu. Pencapaian tersebut dianggap sebagai satu dorongan bagi semua pihak bersama ke arah merealisasikan Wawasan. 2.3 Transformasi Negara Bagi meletakkan negara kita pada landasan lebih kukuh dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Keempat tonggok utama merupakan resipi yang boleh memacu dan menepati inti pati Wawasan 2020 serta mendorong transformasi besar kepada ekonomi, sosial dan kerajaan ke arah melonjakkan negara ke arah status negara maju sejajar matlamat Wawasan 2020. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang cuba membuat perubahan menggunakan metodologi KPI supaya segala usaha kerajaan boleh dinilai secara terperinci dengan menggunakan penilaian yang sangat objektif dan telus.3

http://1malaysia.com.my/news/pm-bangga-negara-capai-kadar-pertumbuhan-ekonomi-7-2-peratus/ http://www.bharian.com.my/articles/NajibterimapandanganlaksanaWawasan2020/Article/

2.31 Gagasan 1Malaysia Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Ini menggambarkan bahawa Negara yang bersatupadu adalah cabaran yang terpenting bagi mencapai Wawasan 2020. Gambaran ini adalah tepat kerana perpaduan bangsa dianggap syarat utama di dalam menjayakan semua cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020. Sebuah negara tidak mungkin dapat membangun serta berjaya di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat perpaduan dan enggan bekerjasama. 1Malaysia diperkenalkan sebagai satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia adalah konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara kita sebagai usaha dan lambang komitmen oleh rakyat Malaysia demi mencapai yang terbaik dan berkualiti untuk negara. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita merupakan sebagai cara mempertingkatkan prestasi kepada Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Perdana Menteri menyatakan ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. Gagasan 1Malaysia adalah konsep yang bertunjangkan kekuatan yang muncul daripada perpaduan kepelbagaian kaum yang bebas mengamalkan cara hidup masing-masing tetapi tetap bersatu memajukan negara, saling memahami dan saling menghormati di bawah panji-panji Jalur Gemilang. 1Malaysia juga adalah pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan perpaduan antara berbilang kaum bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Sebuah Negara yang kukuh dan stabil yang dicapai oleh rakyat bersatu padu akan mencapai status negara maju yang diilhamkan melalui Wawasan 2020. Untuk mencapai sebuah negara yang benar-benar maju, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. 4 Dua aspek utama yang diperkenalkan dalam 1 Malaysia iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nilainilai aspirasi.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf

Rakyat yang mengamalkan nilai-nilai aspirasi akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi membantu Malaysia dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global serta membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Teras perpaduan menekan semua rakyat Malaysia akan terbela dalam keadilan sosial dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Semangat 1Malaysia sangat relevan dalam membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat ke arah lebih baik. 2.32 Program Transformasi Kerajaan (PTK) Program Transformasi Kerajaan (PTK/GTP) menggariskan secara terperinci objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bagi meghasilkan perubahan yang diharapkan bagi melalui pelaksanaan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Bagi menjayakan PTK, kerajaan dan perkhidmatan awam saling bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain, khususnya dalam pelaksanaan NKRA dan MKRA. Justeru, Perdana Menteri sendiri mengetuai pelaksanaan PTK dengan dibantu anggota Kabinet serta didokong oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam. Strategi pelaksanaan pelan ini dirangka oleh Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Sehubungan itu, lapan pasukan yang dianggotai agensi kerajaan dan dikenali sebagai Makmal, telah ditubuhkan, dengan setiap makmal bertanggungjawab bagi setiap enam NKRA, satu untuk 1Malaysia dan satu lagi untuk meneliti pengurusan keseluruhannya. Program Transformasi Kerajaan (PTK) akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Di bawah fasa pertama dari 2010 hingga 2012, objektif kerajaan adalah menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA. Matlamat bagi fasa kedua dari 2012 hingga 2015 iaitu kelihatan transformasi kerajaan lebih melebar serta mendalam dan kehidupan harian rakyat menjadi lebih baik berbanding dengan dulu, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai
9

tambah lebih tinggi. Transformasi bagi fasa ketiga dari 2015 hingga 2020 adalah matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat Malaysia menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran di negara kita lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat. Setiap rakyat Malaysia memiliki semangat cinta negara dan jati diri dengan melihat diri masingmasing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan politik. 5 Matlamat-matlamat yang digariskan oleh Perdana Menteri dalam PTK iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mengurangkan dan membasmikan kadar jenayah, memerangi rasuah, mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, menambahbaikkan pengangkutan awam, mempertingkatkan kebertanggungjawaban menteri dan kakitangan awam. 2.33 Model Baru Ekonomi (MBE) Malaysia amat memerlukan satu perubahan ekonomi yang agresif bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi melalui Wawasan 2020. Model Baru Ekonomi (MBE) diperkenalkan sebagai tunjang penting bagi Malaysia yang sedang dimaju, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Tiga prinsip yang diperkenalkan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman. Ketiga-tiga prinsip ini akan menggalakkan kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang makmur; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.6 Malaysia menggunakan modal Baru Ekonomi (MBE) ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru, ia akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dengan visi jangka masa yang lebih panjang yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11). Ekonomi Malaysia akan diubahkan menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam 8 tahun yang akan datang.
5

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/466-pengenalannkra/6815-program-transformasi-kerajaan-ptk.html 6 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/419-model-baruekonomi-mbe/6141-teks-ucapan-perdana-menteri-tentang-model-ekonomi-baru-meb-.html

10

Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi didefinisikan upah pekerja ditambah tinggi bagi keseluruhan ekonomi. Ini disebabkan pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki, dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datang tanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi. Model Baru Ekonomi (MBE) ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan taraf hidup yang lebih baik. Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum dari negara sederhana menjadikan negara yang maju. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, jika Malaysia mampu melakukan transformasi ini, maka kita boleh mendapatkan pulangan yang lumayah. Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan pada masa ini. Namun begitu, isirumah berpendapatan yang rendah masih bertimbul banyak di Malaysia. Kumpulan berpendapatan rendah yang masih dapat dilihat di Malaysia adalah seperti rumah panjang di Sabah dan Sarawak, golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara, golongan nelayan, peniaga kecil dan petani, orang Asli dan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Kerajaan kini berhadapan dengan masalah memerlukan pendekatan baru untuk menyelesaikannya. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri. Ia adalah satu badan bebas yang mengkaji ekonomi negara kita secara terperinci. MPEN menggariskan pendekatan untuk menyelesaikan kemiskinan dan juga memperbaharui polisi afirmatif dalam konteks ekonomi baru dan lebih berdaya saing. Ini akan menjadi sebahagian daripada proses konsultasi awam. Keutamaan matlamat bagi pencapaian Negara yang berpendapatan tinggi adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Malaysia tidak akan mencapai Negara yang berpendapatan tinggi, mapan, dan yang melibatkan penyertaan menyeluruh jika tiada menyelesaikan masalah jurang pendapatan. Malaysia
11

memperbaharui polisi afirmatif terhadap MBE yang akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Modal Baru Ekonomi (MBE) juga adalah satu Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang akan menjadi pemacu utama ekonomi Negara untuk mencapai Wawasan 2020. Ia digerakkan atas landasan transformasi perkhidmatan awam, sosial dan ekonomi dengan berlandaskan empat tonggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE), dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). MBE merupakan satu Hala Tuju Dasar strategik kerajaan bagi membangun kemajuan ekonomi negara menyeluruh, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara mapan serta meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia secara sepenuhnya. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik yang diperkenalkan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) yang akan bertumpu kepada menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi, membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing, memperkukuhkan sektor awam, melaksanakan tindakan afi rmatif yang telus dan mesra pasaran, membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. Kelapan-lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi. 2.34 Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) adalah kesinambungan pelan rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK10 adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, kerajaan menggarap rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan politik. Selaras dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan, kerajaan menyasarkan RMK10 adalah pemangkin kepada pencapaian Wawasan 2020. Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi, dijana oleh sektor perkhidmatan akan melonjakkan aspirasi negara berpendapatan tinggi. RMK10 merupakan pelan rancangan pembangunan negara yang digubal bagi menyokong pelaksanaan Model Baru Ekonomi, enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang
12

Ekonomi Utama Negara dan Pelan Transformasi Kerajaan. Perkara yang lebih penting ialah melaksanakan Gagasan 1Malaysia agar seluruh rakyat mendapat taraf kehidupan yang sempurna dan berkualiti setanding dengan negara maju. RMK10 telah diperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi. . Malaysia telah melaksanakan transformasi minda dan ekonomi untuk terus kekal bersaing di peringkat global. RMK10 adalah landasan yang sesuai digubal untuk melaksanakan perubahan bagi pembangunan negara yang seimbang dan berdaya saing. Rakyat Malaysia bersedia untuk melangkah ke hadapan menerima dan melakukan perubahan untuk bersama membangunkan negara. Penggubalan RMK10 berdasarkan kepada kesesuaian untuk mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE). Setiap strategi yang dirangka adalah pemangkin kepada kejayaan MBE yang berpaksikan negara maju berpendapatan tinggi. Limpahan ekonomi yang stabil serta berdaya maju akan memberi peluang kepada rakyat tempatan mengecapi pendapatan yang lebih tinggi melalui pekerja yang berkemahiran tinggi. Selaras dengan cita dan harapan untuk menjadi kemakmuran negara menjelang 2020, infrastruktur dan kemudahan yang lengkap perlu disediakan. Kemudahan awam rakyat, lebuh raya, landasan kereta api berkembar serta rangkaian telekomunikasi yang pantas dan meliputi semua kawasan akan dibangunkan dalam tempoh RMK10. Status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi memerlukan pencapaian infrastruktur dan jalinan komunikasi yang canggih meliputi seluruh negara tanpa batas sempadan geografi. Penyediaan infrastruktur yang bertaraf dunia sewajarnya dibangunkan di Malaysia sebelum menjadikan negara maju pada tahun 2020. Penggubalan RMK10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan menjayakan Gagasan 1Malaysia. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, fahaman politik, agama dan adat budaya akan menerima peluang yang sama dalam pelbagai bidang. Kemudahan dan keselesaan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan akan menjadi fokus dalam RMK10 agar tiada kaum atau golongan yang tersisih daripada arus perdana kemajuan negara. Hasrat membangunkan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak mengabaikan mana-mana golongan atau kumpulan yang masih memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan. Kebanyakan subsidi dinikmati oleh golongan yang berada dan berkemampuan, oleh itu kebergantungan rakyat kepada subsidi perlu diubah. Pihak kerajaan telah menyusun semula pemberian subsidi kepada rakyat Malaysia, namun bantuan kepada kumpulan yang memerlukan akan diteruskan agar golongan ini tidak tersisih daripada arus pembangunan negara. Kerajaan
13

sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar tiada yang terpinggir daripada setiap program atau dasar yang diperkenalkan. Program pembangunan latihan kemahiran yang dirangka dalam RMK 10 telah disediakan kepada golongan muda yang berminat dengan perniagaan. Kerajaan menyediakan kemudahan kreadit TEKUN dan AIM dalam usaha menangani kemiskinan bandar. Kemudahan ini akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan bagi membina keupayaan mereka dalam bidang pengurusan kewangan, penyelidikan, rancangan perniagaan, pemasaran dan promosi. Tujuan kerajaan menyediakan segala peluang ini adalah untuk mengurangkan jurang antara penduduk terutama yang tinggal di bandar. Melalui latihan dan penyediaan mikro kredit ini generasi muda berpeluang memajukan diri, masyarakat dan negara dengan menceburi dalam bidang perniagaan. Pembangunan Modal Insan menjadi kesinambungan dalam RMK10. Pembangunan modal insan kelas pertama adalah menunaikan kejayaan Model Baru Ekonomi dan mencapai status negara maju menjelang 2020 serta negara berpendapatan tinggi. Ia dikehendaki bermula daripada kanak-kanak sehingga golongan belia wajar menerima pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan negara. Ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan dan kepakaran tinggi dengan inovatif serta kreatif memerlukan penyediaan peluang-peluang pengajian dan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi. RMK10 telah banyak menyediakan segala kemudahan fizikal dan bukan fizikal kepada bidang pendidikan untuk melaksanakannya. Menyediakan modal insan kelas pertama yang berkualiti serta pengetahuan yang tinggi dengan nilai-nilai inovatif dan kreatif perlu bermula daripada zaman kanak-kanak. Proses pembelajaran yang dimulai daripada zaman kanak-kanak akan mengerakkan daya kreatif yang tinggi selain percambahan ilmu di peringkat awal usia. Di akhir tempoh RMK10, kerajaan akan mengurangkan umur persekolahan daripada enam ke lima tahun untuk mencapai matlamat menyediakan pendidikan di awal usia agar percambahan kreativiti dapat digarap dengan lebih bersistem.7 Guru atau tenaga pengajar adalah aset utama kepada pengajaran dan pembelajaran. Guru yang terlatih dan profesional dalam bidang-bidang berkaitan dapat melahirkan pelajar atau murid yang berpengetahuan dan berkualiti. Latihan dan pengambilan guru dalam tempoh RMK10 akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek. Aspek-aspek itu merangkumi kemahiran, inovatif, kreatif dan kelayakan yang sewajarnya di samping menambah bilangan guru siswazah sehingga 60 peratus di sekolah rendah seluruh negara. Matlamat utama kerajaan ialah
7

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/418-rancanganmalaysia-/7433-rmk-10-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-sosial.html

14

memberi pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak di seluruh negara. Mereka adalah penentu dan modal insan yang akan membina negara di masa depan. Kerajaan telah banyak menyediakan peluang dan ruang untuk membangunkan modal insan bagi memberi pendidikan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Tiada satu kaum atau golongan yang diabaikan untuk bersama menikmati kemakmuran negara hasil limpahan ekonomi berkat kesepaduan dan kemuafakatan kerajaan. Matlamat Gagasan 1Malaysia bagi membentuk sebuah negara bangsa berdaulat serta stabil dapat diwujudkan lebih awal melalui pendidikan yang bersepadu kepada rakyat Malaysia bermula daripada kanak-kanak. Kanakkanak lebih memahami dan menghayati segala nilai dan aspirasi 1Malaysia melalui pendidikan yang dirancang. RMK10 merupakan pemangkin kepada pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang diilhamkan dalam Rukun Negara. 2.4 Pencapaian Program Transformasi Kerajaan (PTK) 2011 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Program Transformasi Kerajaan Inisiatif (PTK) telah menjadi pemangkin kepada transformasi perubahan kepada negara kita. Selaras dengan janji kerajaan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, program-program yang dirancang dan dilaksanakan di bawah bidang kuasa PTK telah membawa perubahan kepada inovasi kemudahan dan meningkatkan kecekapan dalam jentera kerajaan untuk memberi kemenangan yang lebih besar bagi semua pihak yang memerlukan. Pencapaian Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 3 tahun lalu telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Matlamat-matlamat yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan (PTK) telah dicapai pada tahun 2011. Menangani Kenaikan Kos Hidup (COL) Kerajaan telah menjaga kebajikan rakyat serta menyediakan keperluan untuk mereka. Melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memberi bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada sebuah keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3, 000. NKRA Mengurangkan Jenayah Dengan kerjasama erat antara polis, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, majlis perbandaran, dan rakyat, negara kita telah berjaya mengurangkan peratus dalam jenayah jalanan di seluruh negara sebanyak 39.7 peratus. Kini Malaysia telah menduduki tempat keempat sebagai negara yang selamat untuk dihuni di rantau Asia Pasifik.
15

NKRA Membanteras Rasuah Bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuh (SPRM), seramai 918 pesalah rasuah telah disabitkan di mahkamah pada tahun 2011. NKRA Meningkatkan Pencapaian Pelajar Kadar penyertaan prasekolah di seluruh Negara telah meningkat sebanyak 77.23 peratus berbanding 72.4 peratus pada tahun 2010. Manakala, peratus bilangan bagi Sekolah Berpretasi Tinggi telah meningkat sebanyak 52 sekolah berbanding 20 sekolah pada tahun 2011. NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar Seramai 547,669 penumpang kini sedang menikmati perkhidmatan Bas Expressway Transit (BET) manakala penumpang komuter menikmati keselesaan 35 set tren empat gerabak pada laluan sistem LRT Kelana Jaya. NKRA Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar Hampir satu juta orang masyarakat luar bandar kini mampu menikmati kehidupan yang lebih baik, terutamanya masyarakat di Sabah dan Sarawak kini berpeluang untuk mengubah cara hidup pada yang lebih baik dan turut serta dalam menyumbang pada ekonomi. Sebanyak 27,004 rumah luar bandar sudah mempunyai bekalan elektrik, 73,227 rumah luar bandar telah menerima bekalan air bersih, 14,365 rumah luar bandar telah dibina dan dibaik pulih dan 1,013 kilometer jalan raya telah berjaya dibina. NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah Menerusi NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, program 1AZAM telah membantu dan menyediakan 63,147 isi rumah yang dilanda kemiskinan kapasiti produktif menjadi lebih mapan diri. Inisiatif di bawah NKRA juga telah menyediakan latihan bagi 1,100 usahawan wanita dan seramai 12,578 rakyat miskin turut diberi peluang untuk mengubah kehidupan mereka melalui pinjaman mikro-kredit.8 Pencapaian kerajaan dalam melaksanakan program-program transformasi nasional telah memperlihatkan satu anjakan besar dalam sejarah pembangunan negara. Kesemua hasil usaha kerajaan dalam tempoh tiga tahun sejak Perdana Menteri kita memimpin negara dapat dilihat dengan ketara. Kerajaan mengakui peranan besar semua pihak terutamanya rakyat jelata dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program transformasi yang dirancangkan. Tidak
8

http://www.theborneopost.com/2012/04/04/inisiatif-gtp-2011-tetapkan-pretasi-baharuuntuk-hasil-yang-mantap-memberangsangkan/

16

dinafikan perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara kita mencapai kemajuan dalam semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan merealisasikan Wawasan 2020. 2.6 Kesimpulan Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk membentukkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Perdana Menteri kita telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang boleh memacu dan menepati inti pati Wawasan 2020 serta mendorong transformasi besar melonjakkan negara ke arah status negara maju sejajar matlamat Wawasan 2020. Beliau mengumpamakan matlamat Wawasan 2020 itu sebagai sebuah 'rumah' dengan gagasan 1Malaysia sebagai bumbung yang disokong oleh dua tiang utama iaitu Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang dihuraikan dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Saya percaya pelbagai usaha kerajaan seperti dasar ekonomi baru, program tranformasi kerajaan, program transformasi ekonomi dan RMK-10 mampu melonjakkan ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju.

Rujukan Ahmad Sarji. (2003). Wawasan 2020 Malaysia : Memahami Konsep, Implikasi dan Cabaran. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan. Chamil Wariya. (2007). Malaysia:Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemeritahan Lambang Kebangsaan. Media Global Matrix Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Ruslan Zainuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan

17

Asnarulkhadi Abu Samah. (1997). Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang http://1malaysia.com.my/news/pm-bangga-negara-capai-kadar-pertumbuhan-ekonomi-7-2peratus/ http://www.bharian.com.my/articles/NajibterimapandanganlaksanaWawasan2020/Article/ http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/466-pengenalan-nkra/6815program-transformasi-kerajaan-ptk.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/419-model-baru-ekonomimbe/6141-teks-ucapan-perdana-menteri-tentang-model-ekonomi-baru-meb-.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/418-rancanganmalaysia-/7433-rmk-10-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-sosial.html http://www.theborneopost.com/2012/04/04/inisiatif-gtp-2011-tetapkan-pretasi-baharu-untukhasil-yang-mantap-memberangsangkan/ http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1028/MENUJU-KE-ARAH-NEGARAMAJU

18

Anda mungkin juga menyukai