Anda di halaman 1dari 6

https://www.malaysiakini.

com/news/50551

Wawasan 2020 - Akhir sebuah impian

Wan Hamidi Hamid

Diterbitkan 1 Jan 2020, 8:11 am

Dikemaskini 1 Jan 2020, 8:27 am

A+

A-

ULASAN | Ketika Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020 pada 1991, saya sebagai seorang
wartawan yang makan gaji dengan sebuah akhbar prokerajaan BN memandangnya dengan sinis.

Bukan kerana saya berasa diri hebat atau berilmu tinggi, cuma memang pesisme saya tidak pernah yakin
dengan idealisme Umno-BN. Apatah lagi apabila ia mahu melahirkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu
padu.

Saya pesimis dengan wawasan itu kerana tidak yakin ia mampu mengubah struktur negara. Wawasan
2020 lahir selepas tamatnya tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1990.

Maksudnya DEB yang dijelmakan sebagai hak Melayu (walaupun matlamatnya adalah untuk menyusun
semula masyarakat dan membasmi kemiskinan) secara tiba-tiba mahu ditinggalkan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang rakyatnya (mungkin) setara dan berpeluang saksama.

Namun, dalam pesisisme itu, saya turut meraih nikmat pertumbuhan ekonomi dekad 1990-an. Memang
malu juga mahu mengakuinya, tetapi itulah hakikatnya.

Secara peribadi, perkembangan ekonomi dan kekuatan ringgit membolehkan saya berbelanja mewah
membeli buku dan majalah luar negara, serta barangan import lain dengan harga mampu milik.
Pada masa itu nilai AS$1 bersamaan RM2.5 manakala £1 setara RM3.8 dan S$1 bersamaan RM1.5 –
walaupun gaji zaman itu tidaklah sebesar mana pun.

Jadi contoh negara membangun

Kini, melihat kembali wawasan Dr Mahathir itu, semuanya hanya tinggal impian. Sama ada saya betul
atau tidak (kerana pesimisme diri), yang jelas kita bukan sahaja gagal mencapai matlamat wawasan
tersebut, malah kita semakin berundur ke arah curiga antara satu sama lain, benci sesama sendiri, dan
semakin tidak bermoral dalam aspek rasuah, korupsi dan salah guna kuasa.

Matlamat dan cabaran Wawasan 2020 semakin jauh kita tinggalkan. Sama ada kita cipta wawasan lain
untuk tahun 2030, 2040 atau 2050, ia sudah tidak memberi banyak makna lagi kerana matlamat asas
Bangsa Malaysia sudah kita bakul sampahkan.

Antara matlamat utama Wawasan 2020 yang jauh ditinggalkan itu ialah cita-cita murni menjadikan
Malaysia sebagai “sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara”.

Juga tiada lagi impian untuk mewujudkan “masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan
demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun”.

Apa lagi harapan untuk melahirkan sebuah “masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat
Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan
pada masa sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara”.

Sudah tiada lagi.


Malah, dari sudut ekonomi, tiada lagi impian untuk “memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi... yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama dengan wujudnya
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi” dan “masyarakat makmur
yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental”.

Kita sekarang seperti kehilangan arah. Kita mudah tergoda dengan imej-imej agama dan kaum daripada
pengisian serta maknanya. Kita berbalah dan bertegang leher, malah sanggup mencabar ke arah
keganasan atas jenama, lambang dan simbol.

Barang jadi mahal

Hanya kulit menjadi pujaan kerana isi sudah lama hilang. Ia seperti tidak ramai yang pedulikan spesies
Harimau Malaya yang bakal pupus tidak lama lagi kerana kita lebih sayangkan gambar, imej dan
simbolismenya berbanding benar-benar memulihara hidupan liar yang terancam itu.

Dengan atau tanpa sebarang wawasan, 2020 telah pun tiba - sama ada kita bersedia atau tidak. Saya
masih kekal pesimis dan sinis.

Memang saya sendiri tidak suka dengan perangai ini tetapi sukar untuk membuangnya. Mungkin saya
boleh berazam untuk lebih positif sempena tahun dan dekad baru ini, tetapi itu juga sekadar angan-
angan.

Sementara itu, nilai ringgit untuk hari ini adalah AS$1 bersamaan RM4.1 manakala £1 bersamaan RM5.4,
manakala di seberang Tambah Johor, S$1 bersamaan RM3.0.

Saya pun jarang lagi membeli majalah antarabangsa kerana ia kini menjadi terlalu mahal. Kos sara hidup
semakin meningkat manakala gaji masih di takuk lama.

Dan ini bukan soal parti politik mana yang memerintah atau membangkang.
Ini bukan kisah orang lain. Ini adalah cerita tentang diri kita sendiri. Sama ada saya pesimis atau optimis,
beginilah realitinya. Sama ada mahu hidup benci-membenci atau bantu-membantu, itu pilihan peribadi.
Tiada apa yang akan berubah jika kita terus kaku dan bisu.

Kalau setakat pandai mencari kesalahan, kekhilafan dan kesilapan orang lain, memang kita adalah juara.
Saya sendiri pun dengan sedihnya terpaksa mengaku ada “kepandaian” ini.

Persoalannya, selepas daripada itu, apa? Tepuk dada tanya selera, ukur baju di badan sendiri.

WAN HAMIDI HAMID seorang penulis, kolumnis, pemerhati politik dan penggemar muzik.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
Malaysiakini.

Pejabat Perdana Menteri Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat masa ini, laman utama Laman Web ini
sedang diselenggara. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan dipersilakan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan melalui pautan di bawah.
Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum and Good Day. For the time being, the main site is currently under
maintenance. You may find the relevant information through the links as follows.
Thank You.

 Teks Ucapan Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat


(PRIHATIN) (Bahasa Melayu)
 Speech Text of Prihatin Rakyat Economic Stimulus Package (PRIHATIN)
(English)
 MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN
EKONOMI PRIHATIN RAKYAT
 MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN
EKONOMI PRIHATIN RAKYAT
 MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN
EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wawasan-2020-gagal-wawasan-kemakmuran-
bersama-2030-mampu-dicapai-pm-226842

Perdana Menteri yakin menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, ia mampu dicapai
seiring hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berstatus maju. - Foto JPM

KUALA LUMPUR: Selepas mengilhamkan Wawasan 2020 sewaktu kali pertama menerajui pentadbiran
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akui sasaran itu gagal dicapai sepenuhnya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yakin menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, ia
mampu dicapai seiring hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berstatus maju.

"Tahun 2020 agak signifikan di hati saya. Semasa saya menerajui pentadbiran Malaysia pada kali
pertama, Kerajaan menerusi Wawasan 2020 ketika itu telah menyasarkan tahun ini sebagai tahun bagi
negara kita mencapai taraf negara maju.

"Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sedar bahawa sasaran itu tidak dapat kita
capai sepenuhnya dan kerana itu kita telah menyediakan blueprint yang baharu yang kita kenali sebagai
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

"Dalam lain perkataan, kita telah melanjutkan sasaran tersebut ke tahun 2030 dan kita percaya, kita
akan dapat mencapai objektif tersebut," katanya dalam Perutusan Sambutan Tahun Baharu 2020.

Beliau pada masa sama memohon setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama dengan Kerajaan
untuk bukan sahaja memajukan negara, malah turut sama memajukan diri.
"Walaupun kita tidak dapat mencapai sasaran negara maju sepenuhnya tetapi ada beberapa perisian
negara maju yang boleh kita lakukan.

"Nilai-nilai seperti rajin, berdisiplin, menjaga kebersihan, bersifat tolak-ansur, hormat menghormati,
berbudi bahasa dan berjiwa besar adalah ciri-ciri yang membeza kita dari mereka yang tidak maju dan
mundur.

"Sifat-sifat mulia ini mewakili kesemua budaya, agama dan bangsa dan kepelbagaian Malaysia
seharusnya membuat kita lebih peka kepada nilai-nilai tersebut," katanya.

Anda mungkin juga menyukai