Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NUUR AISHAH BINTI TOLHAH

NO KAD PENGENALAN : 870527-01-5604

TAJUK : HALA TUJU NEGARA

Sebuah negara bukan sahaja perlu mempunyai penduduk, bangunan, aktiviti


dan kerajaan, tetapi yang paling utama adalah mempunyai hala tuju. Ke arah mana
hala tuju kerajaan tersebut? Adakah sekadar untuk rakyatnya mengisi siang dan
malam dengan aktiviti rutin ataupun berpadu tenaga membawa negara mereka
melangkah lebih jauh dan tampil hebat di mata dunia? Itulah persoalan yang harus
kita rungkaikan apabila berbicara mengenai hala tuju negara.

Dalam konteks Malaysia, sebagai sebuah negara maju dan membangun,


bahkan dipandang tinggi di mata dunia, sudah tentu soal hala tuju negara adalah
perkara yang sangat penting untuk difahami. Tidak cukup sekadar dibahaskan di
dewan-dewan rasmi negara, sebaliknya perlu membumi dan meresapi segenap
sanubari rakyat jelata.

Antara fokus utama dalam menentukan hala tuju negara adalah soal integriti,
tadbir urus yang baik, pengasingan kuasa dan suatu istilah yang cukup popular iaitu
“Rule Of Law”. Keempat-empat perkara ini adalah tunjang dalam pembinaan sebuah
negara berhemah dan berwawasan. Namun apabila ia disabotaj oleh tangan-tangan
yang khianat, sebagai contoh apabila berleluasanya rasuah dalam urusan kerajaan,
maka sesebuah negara itu sebenarnya sedang menuju ke ambang kemusnahan.
Inilah perkara yang sangat menggusarkan kita.

Integriti adalah asas yang perlu diadun sebati dalam jiwa setiap warga
sesebuah negara. Malaysia sangat menitikberatkan soal integriti bahkan sangat
serius dalam membendung rasuah. Tidak ada istilah berlembut atau memejamkan
mata kerana rasuah nyata adalah barah yang membinasakan negara. Bahkan
disemai juga kesedaran untuk sentiasa menyedari tentang amanah apabila
menjalankan urusan kerja. Antara perkara lain yang dititikberatkan dalam usaha
membangunkan semula negara adalah peluang pekerjaan tempatan dan keutamaan
kepada produk tempatan dalam perolehan. Hal ini dapat membawa kemajuan dalam
usaha rakyat ke tahap yang lebih baik dan berjaya, sekaligus merancakkan lagi
sektor ekonomi negara.

Berbalik kepada soal hala tuju negara, ianya tidak lengkap sekiranya tidak
diperhatikan pelaksanaannya. Untuk itu, hala tuju kementerian juga digarap kemas,
dengan menyatakan di dalamnya secara jelas tentang hala tuju jabatan, hala tuju
badan berkanun, hala tuju badan tidak berkanun dan hala tuju syarikat. Ini bagi
memastikan setiap bahagian itu mempunyai objektif jelas dan pembawakan yang
tidak terpesong dari matlamat besar negara.
Bahkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ( 2016 – 2020 ) kita dapat
melihat salah satu perkara penting adalah mengenai kepentingan melaksanakan
usaha secara bersama untuk mencapai aspirasi negara. Di dalam falsafah negara
maju, ia bukan sahaja perlu mempunyai ekonomi yang kukuh serta infrastruktur
yang bertaraf dunia, bahkan juga perlu mempunyai rakyat yang berakhlak mulia dan
berilmu. Rakyat tanpa budi pekerti dan tidak berminat dengan ilmu pengetahuan
pastinya akan membawa negara itu ke belakang dan bukannya terkehadapan
sebagainya diharapkan.

Di dalam sebuah negara yang memberi perhatian kepada hala tuju dan
wawasan, hasrat serta kemahuan rakyat adalah perkara yang tidak diambil ringan.
Ia sentiasa diberi keutamaan dan diusahakan. Antaranya adalah rakyat mahu
merasa selamat, selesa, dihargai serta mendapat perkhidmatan terbaik. Justeru
sesebuah kerajaan perlu sentiasa bersama denyut nadi rakyat, dengan mendengar
rintihan mereka, merasai kesusahan mereka, membela mereka serta mengambil
segala langkah yang perlu untuk mengatasi masalah mereka.

Hasil daripada usaha kerajaan ini, rakyat akan memperoleh banyak manfaat.
Di sinilah proses memberi dan menerima berlaku, di mana kerajaan yang sentiasa
memberikan yang terbaik kepada rakyat akan menerima sumbangan terbaik juga
daripada rakyat. Maka kualiti hidup rakyat negara tersebut pastinya akan meningkat,
kadar jenayah juga akan berkurangan, rakyat boleh menikmati kemudahan yang
selesa serta mudah, dan paling utama akan merasa sangat bangga menjadi rakyat
negara tersebut. Dalam konteks negara kita, pastinya kita sentiasa bangga
melaungkan ‘saya rakyat Malaysia’.

Salah satu cabaran dalam menentukan hala tuju negara adalah memperkasa
perpaduan dalam kalangan rakyat. Ketiadaan formula atau perancangan yang rapi
akan menyebabkan perpecahan yang merugikan rakyat. Malaysia telah
membuktikan sejak merdeka, kita berjaya hidup dengan aman dan harmoni
meskipun berbeza bangsa, agama dan budaya. Bahkan perbezaan tersebut
mematangkan dan menyatupadukan rakyat Malaysia hingga ke hari ini. Di sinilah
pentingnya asas yang kita pegang bersama iaitu perlembagaan dan rukun negara.

Jika diperhatikan, kita akan dapati bagaimana nilai-nilai murni telah berakar umbi
dalam negara kita sehingga perpaduan itu dapat kita kecapi hingga ke hari ini.
Antaranya adalah berbudi bahasa, hormat menghormati, menjaga tuturkata dan
persaudaraan yang melangkaui sempadan agama dan bangsa.

Justeru amatlah penting untuk kita kembali menghayati pelbagai saranan


kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah kejayaan dan kegemilangan.
Sekiranya seluruh rakyat dapat menjiwai aspirasi dan hala tuju negara, maka
Malaysia pastinya akan menjadi model contoh kepada dunia satu ketika nanti.

Anda mungkin juga menyukai