Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirahmanirrahim.

Hadirin warga dewan yg di kasihi.


Dalam hidup saya dan anda semua banyak perkara yang boleh kita fikirkan, kecuali
1 perkara iaitu asal usul kita. Kerana di sinilah kita bermula, kita tumpahkan taat
setia dan segala-galanya demi pengorbanan kita kepada negara tercinta.
Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 menyatakan dalam tempoh empat
dekad yang lalu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sosio-ekonomi yang memberangsangkan. Indeks Kualiti Hidup Malaysia telah
dibangunkan pada tahun 1999 bagi membolehkan kemajuan negara diukur. Indeks
Kualiti Hidup Malaysia telah mengalami beberapa perubahan iaitu berkembang
daripada 10 komponen dan 38 indikator kepada 11 komponen dan 45 indikator untuk
memberi

gambaran

dengan

lebih

jelas

tentang

kehidupan

sosio-ekonomi

masyarakat pelbagai etnik dan kualiti hidup yang lebih tepat. Ini menunjukkan
kepada kita bahawa aman dan makmurnya negara kita yang tercinta.
Saya bukan Mawi dengan Aduh Salihanya, juga bukan Dato AC Mizal bersama
4U2C dengan Fionanya, apatah lagi Taufik Batishah dengan Awak Kat Mana, Awak
Awak Kat Mana! tapi tuan-tuan saya Cikgu Farizan seorang guru pendidikan khas
ingin mengajak hadirin tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama mhayati,
mendalami dan memahami akan mauduk bicara yang berbunyi KEMAKMURAN
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT AGENDA UTAMA NEGARA.
Terima kasih di ucapkan kepada peneraju acara, yang di hormati kombinasi
intelektual kehakiman bervisi, dif-dif kehormat yang di sanjungi, seterusnya hadirin
yang di hormati sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati
sejiwa.
Hadirin yang di kasihi sekalian.
Menurut kamus dewan edisi yang ke empat kemakmuran membawa maksud di
mana rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan cukup serba serbinya tanpa ada
kekurangan. Kesejahteraan pula, di mana kita hidup bebas daripada kesusahan
1

serta hidup dalam aman dan sentosa. Manakala agenda utama Negara pula ialah
semua hal yang berkaitan dengan usaha-usaha yang di jadikan fokus utama dalam
menyediakan dasar untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat
sentiasa terbela.
Rakyat dan pemimpin ini tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan
kuku. Kesemua ini perlu untuk sama di pacu bagi membina sebuah negara yang jitu.
Tuntasnya kesejahteraan dan kemakmakmuran rakyat agenda utama negara
berkehendakkan kita untuk berbicara tentang tanggungjawab serta kepentingankepentingan dan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh negara dalam usaha untuk
memastikan nasib rakyat sentiasa terbela. Kerana apalah negara maju di mata dunia
tapi sayang rakyat tidak terbela.
Hadirin yang di kasihi sekalian.
4 perpektif utama akan kita telusuri bersama,
PERTAMA! AGENDA NEGARA SELEPAS MERDEKA.
Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni
antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktahnya. Kerajaan telah
mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) 19711990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991
2000, Dasar Wawasan Negara, kesemuanya telah kita jalankan demi memastikan
tiada rakyat yang ketinggalan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh
Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu
yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah
mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi
antara kaum dan wilayah.
Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan
pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut
meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan
2

semula masyarakat. Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu
padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur
berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020
merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada
peringkat

nasional

dan

antarabangsa

serta

menitikberatkan

pembangunan

menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan


dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi
sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai
moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta
mampu bersaing.
Hadirin yang di kasihi sekalian.
KEDUA! KEPERIBADIAN PEMIMPIN TUNJANG NASIB RAKYAT AKAN TERBELA.
Pernahkah kita sedari, bahawa jatuh dan bangunnya sesebuah negara itu di tunjangi
oleh aspek keperibadian yang di miliki oleh seseorang pemimpin itu. Dari corak
pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba, dari kejujuran
seorang pemimpin hinggalah ketaatan orang-orang yang di pimpin. Kesemua ini
perlu untuk sama di adun untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat
terus terbela. Menurut Edword Gibbon dalam The Decline and Fall Of The Ruman
Empire menceritakan bagaimana Maharaja Lucius telah menanam bibit-bibit
kehancuran dalam Empayar Rom melalui masalah korupsi dan penyalah gunaan
kuasa di era pemerintahannya. Kehidupan rakyat tidak terbela yang kaya terus kaya
yang papa terus derita. Akhirnya empayar rom tidak kemana, hari ini mereka hanya
tinggal pada naman. Di Malaysia saya cukup berbangga apabila kepemimpinan
berintegriti di jadikan asas utama. Pelan Integriti nasional telah di laksanakan bagi
menjaga kebajkan rakyat jelata tidak mengira bangsa, agama dan juga budaya serta
menjadikan rakyat sebagai agenda utama.
Hadirin yang di kasihi sekalian.
Saudara saudari yang di kasihi sekalian.

Dunia pada hari ini sememangnya di akui hebat dengan pembangunan material
yang semakin meningkat. Persaingan untuk medapatkan kekayaan berlaku di mana
sahaja. Namun tuan-tuan dan puan-puan adakah kita layak untuk di katakan sebagai
sebuah negara yang bertamadun sekiranya nasib rakyat tidak terbela. Makmur dan
sejahterakah kita jika masih ada rakyat di negara ini ibarat kais pagi makan pagi kais
petang makan petang. Makmur dan sejahterakah kita jika di dalam kepesatan
ekonomi sekarang tapi sayang rakyat masih merempat di negara sendiri. Makmur
dan sejahterakah kita jika di bandar-bandar utama di negara kita di penuhi dengan
warga asing yg mencari rezeki di negara kita. Lantaran menyedari hakikat ini
pelbagai usaha telah di rangka pelbagai usaha telah di rencana. Dari dasar ekonomi
baru hinggalah pengenalan kepada slogan Rakyat di Dahulukan Pencapaian di
Utamakan segala-galanya telah kita laksanakan supaya apa? Supaya rakyat tidak
ketinggalan.
Warga dewan yang di kasihi sekalian
KETIGA! PENYEDIAAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA.
Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga modal insan (human capital)
antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK 9). Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah tertera
dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, ia berperanan besar
dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Dalam konteks lebih luas, modal
insan mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber
manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia
yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya.
Menurut Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, untuk memperkukuhkan modal insan
dan membawa perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran
utama dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 9. Faktor yang paling utama untuk
menjadi sebuah negara maju ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat negara
tersebut. Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memilik
infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga. Kita perlu menerapkan
pendekatan

yang

menyeluruh

terhadap

pembangunan

modal

insan,

yang

menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika,
minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.
RMK9 menggariskan strategi Modal Insan untuk meletakkan mentaliti masyarakat
kita di kelas pertama. Pembangunan Modal Insan yang ditekankan meletakkan satu
tujuan utama iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat kita supaya lebih diterap
dengan nilai-nilai murni serta disulami dengan warna-warna empati sesama insan.
Ini memperlihatkan betapa kuat strategi ini mampu membuang mentaliti kelas ketiga
masyarakat kita. Strategi Pembangunan Modal Insan ini dianggap seiring dengan
konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu Keutuhan Budaya dan Moral.
Hadirin yang di hormati sekalian.
KE EMPAT! MALAYSIA PADA MASA KINI YANG PATUT KITA BANGGAKAN.
Setelah sekian lama kita sering di dendangkan dengan pelbagai program yang
dijalankan oleh negara dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat. Projek
Perumahan 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia, Kedai
Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. Namakanlah apa sahaja program yang di
laksanakan, persoalannya adakah kita sebagai rakyat benar-benar menghargainya
dan berapa ramaikah di antara kita benar-benar menghargainya. Jika benar-benar
kita memahaminya mengapa masih ada di kalangan kita akan menyalahkan
pemimpin di atas apa yang telah di lakukan. Jika benar-benar kita memahami dan
menghargainya mengapa masih ada di kalangan kita yang tidak pernah menyokong
usaha yang di lakukan oleh pemimpin dalam apa jua keadaan dan jika benar-benar
kita memahaminya mengapa semakin ramai di antara kita yang menghalang akan
usaha-usaha yang di mainkan oleh pemimpin dalam usaha untuk menjaga kebajikan
rakyat jelata. Saya yakin ini semua ini berlaku kerana kita tidak faham dengan apa
yang kita dengar dengan apa yang kita ungkapkan.
Hadirin yang budiman sekalian,
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020 merupakan rancangan
pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.
Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia
untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial,
5

kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada


pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh abad yang lalu,
RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang
bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan
prinsip Bangsa Malaysia atau pertumbuhan berpaksikan rakyat yang progresif dan
bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi
kemakmuran negara untuk rakyat.
KONKLUSINYA. Sudah tiba masanya kita menetapkan satu matlamat, kita hidup
bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat. Yang ringan sama di jinjing,
yang berat sama di pikul, hati gajah sama di lapah hati kuman sama di cecah,
gunung sama di daki lurah sama kita turuni. Semoga! Kesedaran kita pada hari ini
dapat memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita menari, menyanyi dan
hidup dalam keadaan harmoni. Tidak mengapa kita kehilangan kekasih hati, tapi
tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali kita kehilangan akan kemakmuran dan
kesejahteraan yang telah sekian lama kita kecapi.. Sekian Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai