Anda di halaman 1dari 1

PERBEZAAN ANTARA BAHASA AUSTRONESIA DAN AUSTROASIA

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati
tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun. Filum ini merujuk
kepada kelompok bahasa yang mempunyai lama waktunya antara 5,000 tahun atau lebih.
Hubungan kekeluargaan bahasa-bahasa ini ada yang dekat dan ada yang jauh. Rumpun
utama ini terdiri daripada Bahasa Austronesia atau dahulunya dikenali sebagai MalayoPolynesia atau Melayu-Polinesia, Tibet China dan Austroasia. Dari segi istilah, Austroasia
bermaksud Asia Selatan. Rumpun Austroasia terdiri daripada Bahasa Cham dan Mon-Khmer
yang semuanya terdapat di daratan Asia, bahagian selatan dan juga termasuk sebahagian
besar orang-orang asli di Malaysia. Istilah Austronesia pula merupakan gabungan perkataan
austro yang berunsur Latin dan perkataan nesos yang berunsur Yunani membawa maksud
pulau. Oleh itu, Austronesia bermaksud pulau-pulau Selatan. Keluarga Bahasa Austronesia
ini amat besar dan luas penyebarannya di dunia, iaitu dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara
hingga ke New Zealand di hujung selatan dan dari Madagascar di barat hingga ke Pulau
Easter di timur. Penutur awal bahasa Austronesia proto atau purba dikatakan berasal dari
wilayah yang disebut China sekarang ini. Sekitar 4000 tahun yang lalu, penutur ini bermigrasi
dari selatan China ke pulau Taiwan dan seterusnya menyeberangi sempadan Filipina, Tanah
Melayu dan Indonesia. Kemudian mereka bergerak ke Madagascar berdekatan dengan benua
Afrika dan ke seluruh Lautan Pasifik. Pemecahan Bahasa Austronesia kepada rumpun atau
subkeluarga yang lebih kecil berlaku kemudian. Pembahagian sesuatu bahasa kepada
keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang
terdapat pada bahasa tersebut. Rumpun bahasa Austronesia terpecah kepada dua, iaitu
Austronesia bahagian barat dan Oceania. Bahasa Oceania pula terbahagi kepada tiga iaitu
Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Austronesia bahagian barat pula dikenali juga sebagai
Hesperania yang bererti pulau-pulau barat atau ada yang menyebutnya sebagai Nusantara.
Disebabkan Bahasa Austronesia merupakan kumpulan bahasa yang besar dan mempunyai
subkeluarga yang banyak, maka para sejarawan telah membahagikan rumpun bahasa
Austronesia ini kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan Melayu atau
Nusantara (tidak kurang juga yang menamakannya sebagai Indonesia), bahasa-bahasa
Polinesia seperti Bahasa Hawaii, Tonga dan Maori, Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasabahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian dan cabang yang keempat ialah bahasabahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan
Gillbert. Kelompok keluarga Nusantara merupakan cabang paling besar dalam rumpun
Austronesia. Melihat kepada pembahagian juga, dapat dikenalpasti bahawa bahasa Melayu
yang kita tuturkan pada hari ini tergolong dalam cabang bahasa Nusantara. Berdasarkan
perkaitan dan kekeluargaan, bahasa-bahasa ini kemudian digolongkan ke dalam subkeluarga
pula. Cabang bahasa Nusantara mempunyai paling banyak subkeluarga, iaitu antara 200
hingga 300 bahasa. Subkeluarga bahasa Nusantara ini kemudiannya digolongkan kepada
beberapa kumpulan seperti kumpulan Filipina yang terdiri daripada Bahasa Tagalog, Lioko,
Bikol dan Sulu, kumpulan Sumatera, contohnya Bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Melayu,
kumpulan Jawa pula seperti Bahasa Sunda, Jawa dan Madura, kumpulan Kalimantan
antaranya Iban, Kenya, Kayan dan Melanau, seterusnya kumpulan Bali-sasak seperti bahasa
Bali, Sasak dan Sumbawa, terdapat juga kumpulan Sulawesi selatan, contohnya bahasa
Makasar, Bugis dan Seko serta yang terakhir merupakan kumpulan bahasa Halmahera
selatan yang terdiri daripada bahasa Hilmahera selatan, Nufur dan Kowiai.

Anda mungkin juga menyukai