Anda di halaman 1dari 3

SSM adalah satu syarikat yang berfungsi mengumpul maklumat yang berdaftar

untuk mengawal selia syarikat sama ada syarikat dalam negeri atau dari luar
negara. Oleh itu perancangan yang teliti harus dilakukan oleh jabatan sumber
manusia untuk mengawal keberkesanan rancangan selari dengan visi dan misi SSM.

Hasil temubual saya dengan salah seorang pekerja SSM, berikut adalah empat
contoh

SSM menyediakan program faedah dan insentif sama seperti organisasi dalam
badan kerajaan yang lain. Dengan adanya faedah dan insentif yang diberikan oleh
SSM ini dapat menarik minat golongan yang berkelayakan untk bekerja dalam SSM.

3.4 KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN PEKERJAAN SSM

Di jabatan sumber manusia SSM amat mementingkan keselamatan para pekerj-


pekerjanya. Ini dapat saya dilihat apabila pekerja-pekerja SSM di beri latihan dan
kursus berkenaan keselamatan semasa di tempat kerja.

Sebagai contoh pihak di jabatan sumber manusia telah menyediakan kursus latihan
kebakaran setiap tahun kepada pekerja-pekerjanya. Ini dapat meningkatkan
pengatahuan tentang keselamatan kepada pekerja-pekerja SSM jika berlakunya
kecemasan atau kemalangan di tempat kerja.

Rajah 2: Kursus latihan keselamatan SSM (Sumber: Buletin SSM march 2013)

4.0 SARANAN FUNGSI-FUNGSI UTAMA PENGURUSAN UNTUK MENINGKATKAN


PRESTASI ORGANISASI SSM

Tiga saranan yang relevan dan boleh dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi
SSM adalah:

4.1 Mengubah carta organisasi


Apa yang saya boleh lihat dalam sturktur organisasi di SSM terlalu ramai unit kerja
di bawah sekyen organisasi. Ini bermakna sistem operasi dalam organisasi SSM
adalah tidak sistematik dan akan menyebabkan kos yang tinggi untuk pihak SSM
sedangkan kini SSM telah menggunakan sistem operasi kerja yang baharu dan tidak
memerlukan ramai tenaga pekerja di bahagian operasi. Oleh itu penyusunan semula
carta organisasi perlu di lakukan.

4.2 Memberi latihan yang khusus kepada pekerja

SSM adalah sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna dan
bukan sebuah syarikat perniagaan. Oleh itu SSM seharusnya menggunakan tenaga
kerja yang ada secara optimum. Bagi pendapat saya, jika sesebuah unit tidak
memerlukan tenaga kerja yang banyak, pihak pengurusan sumber manusia
seharusnya memberikan latihan yang lebih khusus untuk kebaikan sesebuah
organisasi sebagai contoh Pada tahun 2014, SSM telah memperkenalkan
pendaftaran syarikat dalam talian dan akan mengakibatkan pekerja di unit
pendaftaran tidak mempunyai kerja yang banyak. Oleh itu pekerja di unit
pendaftaran harus diberi latihan yang khusus sebagai contoh memberikan latihan
pemasaran untuk memperkenalkan SSM di Malaysia. Ini kerana masih ramai
peniaga-peniaga di dalam atau di luar talian masih tidak mendaftar dengan SSM.

4.3 Sistem insentif berhubungkait dengan prestasi kerja

Selari dengan visi syarikat, SSM perlu melakukan sesuatu perubahan untuk
memotivasikan pekerjanya. Pada zaman sekarang, peningkatan kos sara hidup yang
tinggi dan GST bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah salah satu bebanan
kepada rakyat Malaysia. Oleh itu pihak di jabatan sumber manusia SSM perlu
mengaplikasikan sistem insentif yang berhubungkait dengan prestasi kerja untuk
memotivasikan pekerja-pekerjanya di peringkat pertengahan dan bawahan. Sistem
ini akan membuat pekerja lebih bersemangat untuk bekerja. Insentif tinggi rangsang
produktiviti.

5.0 RUMUSAN

2
Secara keseluruhannya pengurusan sumber manusia adalah nadi kepada sebuah
organisasi. Jika sebuah jabatan sumber manusia tidak beroperasi dengan efektif,
besar kemungkinan organisasi tersebut tidak akan mencapai visi dan misinya.
Sistem pengurusan yang efektif boleh membantu pengurusan sumber manusia
menjadi lebih berkesan dan cekap di dalam menguruskan setiap seksyen dan unit di
sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai