Anda di halaman 1dari 13

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati. Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah. Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan 2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera. Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja. Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah. Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain. Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika rakyat tidak

mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin, amanah dan sebagainya. Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang murni. Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal. Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja, kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti, kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan, penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada segala yang buruk. Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal, yang memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina

negara maju. Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati. Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat memerangi dan mencegah perkaraperkara yang boleh meruntuhkan kemuliaan dirinya. Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang. Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk yang counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan kerajaan. Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama, budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.

MAKSUD cabaran dalam Wawasan 2020


WAWASAN 2020 (1991-2020) merupakan satu gerak kerja untuk mencapai status negara maju mengikut acuan Malaysia. Ada Sembilan cabaran selama 30 tahun untuk kesemuanya dicapai pada tahun 2020. Hal ini bererti, sepanjang 30 tahun ini, semua yang dinamakan cabaran merupakan suatu yang masih dalam proses. Berikut merupakan sebagian tulisan seseorang yang dapat saya rakamkan semula berkenaan Wawasan 2020. (NMS-editor) Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka. Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi. Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi . Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020


Dalam memenuhi cabaran Ketujuh Wawasan 2020, negara memerlukan generasi guru yang berwibawa, mengawal sahsiah dan moral murid. Keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekaligus menentukan pencapaian matlamat wawasan negara. Peranan yang guru boleh mainkan antaranya adalah melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan, wujudkan budaya sayang menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan, menggilap potensi, sahsiah, pengetahuan dan kemahiran murid, menghapuskan ciri negatif warisan keluarga murid, guru adalah mursyid, zuhud, amanah dan bersih peribadi daripada sebarang kejelekan serta guru perlu menguasai keilmuannya melalui penyelidikan yang berterusan.

ABSTRACT In fulfillingthe 7th. Challenge of Vision 2020, our country needa teachers who are dedicated, and able to control the students moral and attitude. The effectiveness of teachers roles influence the qualities of our future generation in the year 2020 and will determine the nataions vision objectives achievement. Teachers roles are having positive attitude at the students and treating them equally, inculcating love culture, berkhundi, which is achieving towards perfection not only to ourselves but also to the community, discoveringown potiential, attitude, knowledge and students skills, eliminating the inheritance of the familys negatives values. Teachers are mursyid, zuhud, honest and having clean personality besides free from any disgrace and they have to master their knowledge through the on going research process.

PENGENALAN Membincangkan mengenai Wawasan 2020 bermakna meneropong ke masa depan, menelah apa yang bakal terjadi. Peneropongan ke masa depan menjadi semakin kritikal, kerana jika kita tidak peka dan bersiap sedia, berkemungkinan besar generasi kini akan berhadapan dengan kejutan masa depan yang membawa kepada kesan ke atas peribadi, psikologi dan sosiologi. (Alvin Toffler, 1990; Mohd. Kamal Hassan,2006; Sidek Baba, 2006). Adalah amat penting generasi murid masa kini dipersiapkan Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10, 2007 83untuk menghadapi abad futuristik yang penuh dengan pelbagai cabaran yang bersifat global.Sehubungan dengan itu Wawasan 2020 digubal bertujuan untuk dijadikan panduan kepada semua rakyat negara ini untuk membolehkan mereka menghadapi cabaran mendatang.
Antaranya, cabaran Wawasan 2020 yang ketujuh berbunyi:

membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahu pun individu, tetapi kepada sistemkekeluargaan yang kukuh lagi mantap (MMKH, hal.4). Untuk merealisasikan hasrat tersebut, sebahagian besar usahanya terletak kepada peranan sistem pendidikan, kerana ia merupakan wadah penerapan nilai yang paling utama.Bagi menghadapi cabaran ketujuh menjelang tahun 2020, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting,khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu laju sekali. Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan, baik alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan. Pembangunan manusia kini menghadapi krisis ketidakseimbangan antara pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan

emosi.Kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek nilai dan moral boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan

sejati(Abu Bakar Abdul Majid & Sarina Othman, 1998; Tajul Ariffin Mohd. Noordin,1992). Oleh itu, dalam membicarakan cabaran wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat penyayang, matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha tidak dilakukan oleh semua pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga.Sekolah dan semua anggota termasuk guru besar, pengetua, guru, murid dan kakitangan adalah sebagai sebuah rumah tangga dan sebuah keluarga besar. Asas yang sayang. Sesungguhnya kasih sayang merupakan fitrah dalam diri manusia dan ia merupakan tenaga pengikat yang kuat sesama manusia. Malahan ia boleh diluaskan kepada haiwan, tumbuhan dan benda-benda bukan manusia. Bagi menjayakan sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan

kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram, berbudi bahasa dan seterusnya, guru-guru perlu mempunyai tanggapan yang betul dan positif tentang setiap anak didik yang berada di sekolah. Jika para pendidik melihat anak-anak dengan cara positif atau memikirkanya dengan cara positif, hasilnya akan jadi positif (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1993).Turut membantu ke arah pembentukan sekolah penyayang ialah mengenal harga diri manusia. Sesungguhnya harga diri adalah anugerah Tuhan Maha Pencipta yang amat mahal kepada setiap manusia. Ia berkait rapat dengan maruah, kebanggaan dan kehormatan diri. Guru dituntut untuk menghormati harga diri manusia, termasuk anak-anak. Dengan kata lain, guru tidak boleh melayan anak-anak seperti barang yang tidak bernilai seperti sampah atau menyumpah menyeranah mereka. Layanan yang buruk akan menjejaskan maruah, kebanggaan, kehormatan dan harga diri. Justeru mereka akan merasa tersinggung, marah dan terhina yang mengakibatkan fitrah murninya diselubungi oleh dendam dan benci (Sidek Baba 2006; Mohd. Kamal Hassan 2006).Sudah pasti berlaku ialah mereka akan merasa benci kepada guru, sekolah,pelajaran dan mungkin hilang kepercayaan kepada manusia. Ia akan dihinggapi dengan tekanan jiwa dan terdorong melakukan perbuatan salah laku. Sudah tentu pendidik tidak mahu sekolah memperlihatkan citra sebuah penjara atau citra sekolah budak nakal (Sidek Baba, 2006).

Guru perlu bersama-sama berusaha sedaya upaya untuk menjadikan sekolah seperti rumah tangga supaya para murid dengan rasa bangga dan penuh perasaan menyatakan Sekolahku Rumahku.(Ahmad Mohamad Said & Khalif A.Harris, 2005). Dengan itu, semua pendidik perlu melihat murid dengan positif dan berusaha untuk melayani mereka atas prinsip-prinsip kemanusiaan. Dalam suasana yang positif dan mesra, benih-benih kasih sayang dan nilai-nilai kemanusiaan akan berkembang dengan subur. Sesungguhnya sekolah akan menjadi rumah kedua, dan mungkin bagi sesetengah murid rumah pertama, iaitu tempat yang membahagiakan diri dan kehidupan mereka (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1993). Saranan Imam al Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin (t.t) mengenai peranan guru dalam pendidikan amat bertepatan dengan matlamat Wawasan 2020 yang ketujuh, iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ia merupakan sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat kebajikan insan dan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi pembentukan sebuah keluarga yang kukuh.Imam al Ghazali (t t) menegaskan bahawa guru perlu menanamkan rasa kasih sayangdalam kalangan murid dan mewujudkan rasa kasih sayang mereka terhadap murid-murid. Dari sinilah murid-murid akan terdidik agar bersifat sayang menyayangi dalam kehidupan bermasyarakat dan tidak mementingkan dirinya sahaja. Apa yang jelas dalam saranan Imam al Ghazali ialah kanak-kanak sejak daripada kecil lagi diasuh dengan didikan yang berbentuk keduniaan dan keakhiratan. Mereka perlu diasuh dengan didikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan tidak mudah patah semangat serta tidak mementingkan diri sendiri. Ini penting kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.Penekanan pendidikan dunia dan akhirat secara seimbang dan bersepadu akan memastikan masyarakat Malaysia tidak bersikap individualistik, materialistik dan pesimistik, tetapi menunjukkan sikap sebaliknya, iaitu optimis, berakhlak dan tabah.(Abu Bakar Nordin, 1995).

Cabaran untuk mewujudkan masyarakat dan budaya menyayangi, melalui sistem sosial dilihat daripada konsep Bekhudi yang dibawa oleh tokoh pendidik Mohammad Iqbal (1983). Menurut Mohammad Iqbal Bekhudi akan wujud hasil daripada penyerapan Khudi dalam masyarakat. Khudi bermaksud berfikir yang bukan untuk

menyempurnakan dirinya sahaja, malah berusaha ke arah kesempurnaan kumpulan untuk mewujudkan dan meyakini sebuah masyarakat yang penyayang dan dinamis. Bagi Mohammad Iqbal, pembangunan masyarakat terletak pada kebangkitan harga dirinya dan kebebasan dalam mengembangkan kreativiti, serta menyatakan

keyakinannya. Mohammad Iqbal menekankan bahawa asas kepada sesebuah masyarakat yang dinamis adalah bermula dari setiap individu yang mempunyai tanggungjawab terlebih dahulu untuk menyempurnakan diri masing-masing, sebelum sesebuah masyarakat itu dibentuk. Teori khudi yang diasaskan oleh Mohammad Iqbal memperlihatkan secara jelas akan sebuah masyarakat yang sentiasa berusaha mencapai kesempurnaan dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, bagi mencapai ciri-ciri masyarakat tersebut, tingkah laku, akhlak dan pekerti zahir ahli masyarakat mestilah menunjukkan manifestasi taraf kebersihan rohaniah (Muhd. Labib, 1981 & Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1977). Nilai mempunyai pengaruh kritikal dalam perkembangan diri manusia,khususnya ke atas perkembangan moral, sosial, intelektual dan kerohanian. Oleh itu,orientasi nilai amat penting dalam mencorakkan perkembangan sahsiah (Abd. RahimAbd. Rashid, 2001) Pendidikan Islam dan Moral Dalam Kurikulum Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang direalisasikan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah meletakkan pendidikan nilai pada asas yang kukuh dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penekanan kepada moral dan nilai direalisasi dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib adalah selaras dengan Wawasan 2020. Penekanan ini diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 bukan sahaja mampu berdaya saing dalam negara perindustrian, tetapi juga mempamer ciri-ciri sahsiah yang cemerlang. Penerapan nilainilai murni dibuat melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk

kurikulum tersirat, (kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku). Usaha ini di diharapkan menghasilkan budaya sekolah penyayang (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1988). Di samping itu peranan yang dimainkan oleh komuniti pendidikan adalah sangat kritikal dalam mempertahankan nilai-nilai positif yang dapat menjamin amalan dan pelaksanaan nilai hidup bermoral, beretika dan berguna dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara (Mohd. Kamal Hassan, 2006). Guru perlu sentiasa menyedari bahawa teori dan ilmu pengetahuan hanya akan berfaedah kepada muridnya apabila ia diseimbangkan dengan amalan. Latihan yang mencukupi diperlukan memastikan sesuatu praktis atau amalan muridnya mencapai tahap cemerlang. Begitu juga dalam mengekalkan minat murid supaya menguasai teori atau ilmu pengetahuan dan seterusnya melakukan amalan melalui latihan hingga menjadi mahir atau cemerlang. Dengan kata lain ilmu dan amalan itu hendaklah bermakna kepada mereka (Abdul Halim Muhammady, 1986). Sesuatu ilmu dan amalan itu akan bermakna kepada murid apabila: i) mereka memahami faedah ilmu dan amalan ilmu dalam kehidupan seharian mereka dan kesan buruk jika tidak mempunyai ilmu dan amalan berkenaan. ii) semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan potensi mereka dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmaninya dilibatkan secara aktif. iii) murid mampu atau berupaya menerima ilmu dan melakukan amalan yang disediakan oleh guru. iv) guru dapat mengekalkan pengaruhnya terhadap muridnya melalui kemantapan ilmu dan kemahiranya juga mempunyai ciri sahsiah yang boleh dicontohi, dan v) maklumat, pengetahuan dan ilmu yang disampaikan dapat difahami isi kandunganya tanpa keraguan dan pada masa yang sama memahami cara atau kaedah dan kemahiran untuk mengaplikasikan maklumat, pengetahuan dan ilmu tersebut dalam pelbagai situasi kehidupan sebenar mereka..

Guru perlu memahami dan menyedari bahawa sekolah adalah sebagai jambatan yang menghubungkan antara keluarga setiap murid dan masyarakat yang akan dianggotai oleh murid apabila tamat persekolahan mereka . Pengaruh Keluarga Dalam konteks ini sekolah yang diwakili oleh guru dipertanggungjawabkan olehmasyarakat untuk membantu, memupuk dan mengukuhkan sahsiah anak mereka. Pada masa yang sama sekolah hendaklah memberi mereka pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi berbagai cabaran hidup dengan berkesan dan seterusnya dapat menyesuaikan diri, memperbaiki lagi sahsiah, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akhirnya akan dapat menyumbang kepada keharmonian dan pembangunan masyarakat dan negaranya (Mohd. Kamal Hassan, 2006).Guru juga perlu menyedari bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap murid. Oleh itu guru perlu mengenal pasti ciri atau potensi muridnya secara terperinci, memotivasikan mereka untuk mengembangkan ciri atau potensi yang positif ketahap maksimum dan secara beransur-ansur mempengaruhi mereka untuk mengurangkan dan akhirnya

menghapuskan ciri negatif warisan keluarga mereka. Konsep sekolah sebagai jambatan ini memerlukan guru memahami dengan mendalam tentang latar belakang keluarga muridnya serta persekitaran masyarakat setempat (Wan Mohd.Nor Wan Daud, 2003). Kualiti Peribadi Guru Apabila kita ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius tentang akhlak / kualiti peribadi guru juga adalah perlu. Ini kerana guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk mendapatkan ilmu dan semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antaranya untuk menanam nilai-nilai insani melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupkan potensi-potensi dalaman dan luaran dalam diri murid supaya dapat berkembang dan berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang disediakan oleh Allah S.W.T. Guru adalah pendidik dan mursyid di

samping menjadi penyampai ilmu. Maka guru perlulah memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai pendidik (Al Ghazali, t.t).Antara sifat yang perlu ada pada guru ialah sifat zuhud dan bekerja untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam Islam seseorang ahli ilmu dianggap berdosa kalau ia membisu dan tidak mahu membantu si jahil. Dengan sikap sebegini, seseorangguru akan bekerja keras dengan segala kemampuan untuk meningkatkan ilmu muridnya tanpa memikirkan sangat habuan yang bersifat kebendaan. Sebenarnya kualiti peribadi seumpama ini wujud dalam kalangan guru generasi terdahulu. Seterusnya, semangat inilah yang telah menggerakkan mereka menjelajah ke merata tempat untuk menyampaikan ilmu di samping membuka pusat-pusat pengajian walaupun kemudahannya amat terbatas sekali (Abdul Halim Muhammady, 1986).Guru perlu mempunyai kebersihan peribadi daripada segala kejelekan sama ada dari segi percakapan, tindakan atau perasaan. Guru juga perlu memiliki budipekerti yang bebas daripada perasaan dengki, takabur, riya, tamak, pemarah dan sebagainya. Hatinya hendaklah sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas kerana keikhlasan seseorang itu sering kali jelas tergambar melalui cara ia bertindak.Perbuatan pula haruslah dapat menggambarkan apa yang diucap, di samping sentiasa mempunyai keinginan untuk menambah dan mendalami ilmu.Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali menegaskan, guru perlu bersikap dan bertindak seperti ayah atau ibu dalam hubungannya dengan murid. Sikap ini bukan sahaja dapat menambahkan perhatian guru untuk peningkatan ilmu dan akhlak murid, malah turut memberi peluang kepada mereka untuk mendidik muridseperti mendidik anak sendiri. Selain itu, guru hendaklah menguasai mata pelajaran yang diajarnya. Penguasaan ilmu sudah tentu memerlukan pembacaan yang luas dan pengkajian yang berterusan.Kemampuan guru yang sedemikian akan dapat membina keyakinan dalam kalangan murid dan ibu bapa (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2003). Guru perlu juga ada kemampuan untuk menilai kecenderungan dan kegemaran seseorang murid supaya dapat memudahkannya membentuk murid dengan menggunakan cara dan bahan yang sesuai. Guru perlu mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan terhadap ilmu (kefahaman penyampaian dan penghayatannya). Dengan adanya sifat sifat ini akan terhasillah tugas kerja yang sempurna, prestasi yang sentiasa meningkat dan

pencampaian yang memuaskan sama ada terhadap dirinya, murid, pihak pentadbir ataupengurus. PENUTUP Sembilan cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020, kebanyakannya mempunyai persamaan dari segi tindakan, orientasi dan matlamat dengan idea-idea yang diutarakan dalam cabaran ketujuh iaitu mencapai matlamat wawasan negara bagi menghasilkan modal insan yang dihasratkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Bagi mencapainya, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekali gus menentukan wajah acuan sendiri generasi Malaysia. Maka dengan langkah-langkah yang disebutkan di atas, diharapkan guru berusaha dengan cemerlang dalam mendidik anak-anak yang bakal menyambung sejarah tamadun bangsa padamasa akan datang. Merekalah anak-anak harapan yang akanmengukuhkan kedudukan bangsa dalam arena pertembungan kebudayaan dan pemikiran dengan bangsa-bangsa lain.

Anda mungkin juga menyukai